Thursday, April 9, 2015

Hujan Di Bundu Tuhan

Yang bestnya kerja dengan Audit, ni kita boleh berkerja sambil ambil gambar yang cantik-cantik. Ala pakai kamera HP jer nih. Semalam kami ke SMK Bundu Tuhan yang sudah semistinyalah terletak di Bundu Tuhan, kan. Menurut bos saya, Bundu Tuhan ini bahasa Dusun. Bahasa Melayu ini Bundu, lundu iaitu pokok binjai manakala Tuhan pula bererti tebing runtuh. SMK ini jauhnya lebih kuranglah 82km dari Pejabat kami. Tulis banyak pun dah tua-tua ni letih,  meh tengok gambar.


Sebelum Hujan... sebenarnya sekolah ini lebih luas tapi saya ambil dari kantin sekolah semasa kami berhenti makan tengahari. ambil mana sempat saja.


Lunch, courtesy of tuah Rumah, terima kasih cikgu. Sayur cendawan tu memang sedap. Ada ayam, ada sikit lada hitam dan tepung jangung barangkali untuk memekatkan kuahnya. Nasi Goreng itu memang sebijik macam nasi goreng di Semenanjung, maksud saya macam yang mak saya bikin. Hati tertanya-tanya juga takkanlah orang semenanjung kerja tukang masak di sana, sambil jeling-jeling dapur kantin. Nak tanya malu.....


Bakat muda. Sempat menyilok, skit tika bikin pemeriksaan di bilik seni mereka. Apa yang diperiksanya di dalam tu???... Rahasia kerajaan he he mana bule bagi tau.


Kami tinggalkan Sekolah ini tika hujan masih lebat kerna jika ditunggu teduh dulu, nanti KK jem.


No comments: