Saya rasa bertuah kerna diperkenalkan dengan life crisis
pada pertengahan umur 30’an. Saya
melihat-lihat keliling tentang perkara itu, maksud saya kewujudan masalah itu.
Saya lihat saya analisa psiko, stalking???? Suka hati kolah eh…dia yang rela hati mengaku mengalami lost the sense of purpose in life dan mereka-mereka
yang menunjukkan tanda menghadapi krisis tersebut.
Saya jua bertanya adakah aku mengalami krisis tersebut? Saya
ini masih ada ibu dan hidup saya disibukkan dengan melayan ekspektasi dia. Jadi
saya kira saya bukanlah termasuk golongan yang mengalami masalah itu. Tapi, kan
tu, what if ibu saya pergi? Adakah saya akan rasa seperti sunyi, sepi yang tak bertepi?
Wah…mungkin,kan. Wah takutnya. Jadi saya pun mencari purpose in
life yang baru. Saya cari subjek paling mengujakan untuk saya fikir, apa topic,
perkara yang saya tak tau lagi jawabnya dan mau tau, apa jawab sebenarnya. Saya
memburu sebuah jawaban.
Apakah topic itu. Tentulah saya kerja kewangan, tentulah iyanya sesuatu yang berkaitan dengan kewangan dan urustadbir Negara. Konspirasi. Kunun ada kuasa
jahat mau hancur bangsa Melayu dengan mengucar-kacirkan sistem pentadbiran Negara, merompak, menggelapkan wang rakyat, bla bla bla.... Betul ka itu? Ntah saya pun tak tau. Betul ada dajjal ka, atau ko yang dajjalnya, dah gagal, tak mau mengaku gagal, lalu cipta momok, kata momok gagalkan ko. ko terpedaya, ko tertipu. Saya tidak boleh berteka-teki
begitu-begitu sahaja. Ada cara lebih konstruktif dan tidak akan dianggap gila.
Caranya ialah pergi balik sekolah, bikin cara orang sarjana bikin untuk
temui sebuah jawaban. Yup itu yang saya tengah kerjakan kini. Kalau saya membebel
di sini bercakap itu ini, tanpa apa-apa
kelulusan akademik, orang akan kata saya gila. Jadi mau tak mau kenalah dapatkan sijil
juga, alah bukannya mahal sangat pun. Kalau betul mahal PTPTN, kana da. Jadi doakan
saya berjaya….ya.
No comments:
Post a Comment