Busu pesan agar saya belikan keronsang atau biasa kita kata brooch untuk dia. Sementara kawan saya ada bikin audit di sini, saya ambil kesempatan jalan-jalan bersamanya. Saya tak pernah pun merayap kekawasan ini pada waktu lepas pejabat... rupanya lepas jam 5 keadaan meriah sungguh, tika kami tiba, pasar baru sahaja dibuka...wah saya jadi rambang mata, tak tau mana satu mau pilih, semua cantik 3 RM10, 3 RM10...lepas berbangga dengan belian, terserempak kawan lain. Dengan bangganya saya tunjuk kerongsang saya...deme tanya "berapa". Saya kata RM10, 3. Deme gelak, "kami dapat RM10, 5"...hah! tak pe, tak pe...lain masa saya akan dapatkan juga yang 5 pasang RM10.
Okla saya ada sedikit gambar yang saya snap gitu-gitu aje...
|
Sekitar pusat jualan. Bukan brooch sahaja yang ada, macam-macam ada. Jam tangan, beg, minyak wangi, macam-macamlah, kan, tapi banyak yang tak ori,lah... |
|
Bagai-bentuk-rupa yang ada, sampai tak tau mana satu mau dipilih |
|
Lepas penat tengok brooch, kita ke kawasan berdekatan pasar besar dan pasar Flipina untuk makan-makan, sini memang mewah makanan laut, tapi lebih baik beli dan masak sendiri. Boleh tahan terik juga harganya...Almaklum, kawasan tumpuan pelancung,kan |
|
hah ini makanan yang pertama kali saya jumpa dalam hidup ini. Murtabak goreng. Tekezut jualah, I, U. |
No comments:
Post a Comment