Wednesday, May 27, 2015

Dietlah kunun...

Kunun-kunun berazam mau fit dan bule habiskan 2.5km dibawah 17minit, saya pun berusahalah untuk mengikuti ceramah on line Kevin Azahari... gigih mengira kalori. Pasal kalori-kalori ini, sebenarnya masa saya di Mahkamah lagi, Tuan Pengarah siap jemput orang pejabat kesihatan bagi ceramah yang lebih kurang sama sahaja isi seperti yang Kevin sarankan, tapi tu orang kata dorongan untuk berubah tu tak kuat, nafsu, tarikan makan-makan pula tinggi...tengok sana sedap, tengok sini sedap....so ceramah tinggallah ceramah, mula dengar ceramah tu gigih juga mengira kalori, lepas tu hampeh. Penceramah siap bagi booklet lagi bagi menyenagkan kita mengira kalori...

So kini apalah ceritanya....saya pun apa lagi bersemangatlah memasak makanan sihat, aish, aish kununlah, kan itu hari sudah beli periuk ajaib, jadi inilah hasilnya..



ntah apa ke namanya benda ini tak taulah selebriti kak Fauziah Samad kata dim-sum cendawan. 



lepas tu kita bikin sup sayur tarajun-tarajun dari bos saya. "didih air, semuak kasi tarajun dalam periuk, jangan ko tumis-tumis" pesannya. sup ini makan dengan nasilah. Kata Kevin sebesar penumbuk  saja nasinya ya.


Agaknyalah sebab makan nasi sepenumbuk aje...balik rumah saya limpas pasar malam..hah amik ko aku beli ketam goreng seeokor RM3.00 dan udang secucuk ada empat ekor RM1.50, Saya tanak nasi dah tak kira dah berapa penuumbuk,  saya masak lagi sayur tarajun, saya makan puas-puas...Itulah cerita orang kunun nak diet ni.

No comments: