Dah lama rasanya tak mengumpat iye… semalam adalah hari
sedih buat ramai kawan-kawan saya. Saya sebenarnya on-line aje berkawan dengan
Anti-Anwar, Anti-PKR segala bagai. Off-line rasanya semua kawan-kawan saya
pencinta DSAI, baik dari sekolah Menengah, tingkatan 3 dulu, masa itu DSAI kita
punya Menteri Pelajaran??? Pendidikan…sampailah kini. Baik Cina mau pun India,
Melayu apatah laginya semua cinta, semua sayang sama DSAI, kecuali saya yang
berkecuali…
Itu perkara normal bagi insan artistic berjiwa bebas dan
merdeka, yang sangat kreatif lagi berbakat besar ini, kita tak suka
ganas-ganas, bakar sana-bakar sini, kita tak berapa terkarenlah. It is very
un-me, it’s very un-us… prasanlah tuuuuu. PENIPU…. Cer cer tanya exSAMURA SPM
90, terutama yang lelaki. Mesti mereka gelak guling-guling punya kalau mereka terbaca statement
perasan jobo-gedik tahap dewa ini.
Jadi usah nak perasan sangat, mari kita berbalik pada cerita
kawan-kawan kita. Semalam adalah hari sedih untuk kawan-kawanku. Sedih sampai
ada yang tak boleh terima kenyataan, dan mula bercerita wali, nabi, pejuang
Islam pun kena penjara, menyedapkan hati dan perasaan sendiri, lah tuuuu. Wali, Nabi, HERO
pejuang kebenaran semua kena penjara, DSAI kena penjara, deduksinya DSAI
HERO/IKON Islam yang diinaya. Lalu sebagai seorang saya yang sangat faham
bahawa manusia tika dirundung duka, hanya mau dengar perkataan yang mereka mahu
dengar, saya pun bermulut manis, walau seluruh hati saya meragui kata-kata saya
sendiri, merasai yang cerita yang saya petik dalam percakapan saya ini hanyalah
sebuah israilliyat tapi saya dengan penuh yakin tanpa rasa sedikit pun bersalah
menghamburkan kata-kata ini;
“5 tahun bukannya lama pun, pasti
keluar nanti tuhan akan bagi mukjizat, Anwar muda remaja semula seperti sama
seperti mukjizat yang dikurnai kepada Siti Zulaikha, satu ketika dulu”
Dan saya percaya ramai akan mengaminkan kata-kata di atas dan
mendoakan kesejahteraan dia yang telah dikurnai ilham semanis itu.
No comments:
Post a Comment