Friday, February 20, 2015

CINTA

Saya tergelak guling-guling baca artikel ini. Ntah betul, ntah tidak, tak taulah. Ini mungkin ditulis orang anak-anak generasi “Y” atau “X”. Generasi “R” atau yang selalu saya kata rock kapak taklah sejalang itu kemauan, fantasi dan imaginasi kami. Kita Rock!!!! Brutel, Ganaz, yeay, yeay, yeay…. Generasi saya diasak oleh cerita pembukaan terusan Suez, kemerosotan kualiti Islami orang Mesir. Zaman itu Anwar Ibrahim ialah icon, ABIM’s pesona/boys (ala-ala acuan, jelmaan Anwar) really rock us to the core. To some of us,la.

Faisal Tehrani, Nazeri Johani (Raihan), Kumpulan Nasyid Inteam, ketua-ketua usrah, Naqib berwibawa dan yang sewaktu dengannya adalah lelaki idaman budak perempuan pemalu, hard-working ini. Alhamdulilah semua kawan saya sudah berjaya mendirikan rumah-tangga dan bahagia, bersama-sama “ustaz”mereka. Lelaki jelmaan Anwar yang kacak lagi maksum ini sememangnya hardworking, sehingga membolehkan kawan-kawan saya indak perlu terkejar-kejar sama mencari rezeki, sebab mereka “has feed them enough” Kalau tengok FB mereka tiap-tiap tahun mesti ada gambar family trip ke luar Negara. Itulah untung orang yang taat dan bijak lagi rajin pergi usrah. Itulah untungnya usrah, anda bukan sahaja dapat ilmu, tapi bila sampai saatnya anda akan diperkenalkan untuk diberi ruang dapat jodoh yang sepandan dengan anda.

Bagi, saya yang usrah drop-out ni apa ceritanya yeah…adakah saya turut merasai apa yang dirasai oleh penulis tadi? Honestly saya memang tak berkenan dengan ketua usrah. Ntahlah sebab saya akan banding ayah (paklong) saya dengan mereka. It always my Pak Long, Pak Long & my Pak Long. Nothings compare.

Ok let me tell u something…consider this scenario, budak perempuan kena ilmu pengasih, what would your kepala usrah said?

I don’t care apa mereka nak kata, my Pak Long kata macam ini “sihir ini mulanya nak menolong. Ahli sihir mau menolong jejaka yang dah angau tu yang cintanya ditolak ini, niatnya baik. Tapi niat tak menghalalkan cara. Islam, ada penyelesaian untuk kes bertepuk sebelah tangan ini,tapi apa yang ditawar bomoh lebih short curt”

And tell me what your kepala usrah would say to those yang mau convert, yang pakai tak menutup aurat, smooching, kissing & hugging their boyfriend, buka tudung, love bite betepek sana sini, (aik takkan ko jatuh katil, toilet lebam kat leher? Kalau jatuh tersembam lebam leher tak ka boleh mati, atau masuk ICU ka) dan sebagainya…. Think of what my Pak Long will say.

So, nak kata saya tak pernah sukakan lelakilah ni, eish suka, adalah tu, sekali dengan mamat masa kerja di Firm. Chinese rambut ikal bergelombang….bukan hensem yang jadi taruhan, tapi ke 18-sx dia yang mengujakan. Ko pasti kata lelaki macam itu sex maniac, tapi pada saya lelaki macam itu adalah lelaki yang sukar teruja.  Apa yang bikin saya terjatuh terjelepok tak bangun-bangun dengan si ikal gelombang ni….biarlah rahasia. Tapi orang macam itu mesti tak pandang saya punya.

Lagi sekali, dengan mamat ala-ala, Aku (Chairil Anwar). “Aku binatang jalang, jika aku pergi tak perlu sedu-sedan.” Tapi itu hanyalah alter-ego di alam maya aje yang telah bertahun dia tinggal pergi.


Kesian,kan. Tapi tak usahlah kesiankan saya kerna sebenarnya saya lebih bahagia begini. Kalau nak berpasangan pun biarlah yang sepadan dari segi IQ dan spritualnya. Saya percaya ketidak-sepadanan akan menimbulkan konflik. Kalau masa muda remaja dulu mungkinlah, saya punya ruang waktu untuk menyelesaikan konflik, tapi suda masuk remang ini, sudah punyai konflik di ofis, untuk saya tambah lagi satu konfik di rumah, itu adalah perkara yang tidak adil untuk diri dan DIA yang menciptakan diri ini.

No comments: