Oklah asyik merapu aje ni let get some serious writing. Apalah lagi kalau tak politik tanah air melalui ejek-mengejek kawan-kawan facebook kita. Sebelah pihak mengejek-ejek kita bergaduhkan benda yang ntah-ntah. Mungkin ada satu hal mereka lepas pandang yang kita (perhatian khusus pada orang Pahang) yang diperhatikan oleh Frank Swetthenham. Kita malas berkerja, tapi tak kisah berusaha keras untuk maruah raja kita…. Sebab itu kita rela berbantah-bantahan sedangkan ianya tidak releven langsung dengan kita.
Setelah pakatan hilang dua tunggak utama, ada juga yang
sinis mengejek…. "mereka itu macam Waiting for Godot saja….kesian, kan”. Saya
tidak rasa kesian pun bahkan saya rasa kesian pula pada kawan yang selalu
konfiden bahawa Malay supremacy is unshakable itu. Kawan saya tidak patut begitu cepat excited
dengan kemurungan, yang melanda pakatan yang kurang disenanginya itu.
Saya percaya, orang yang sedang sangat percaya ada kuasa lain sedang menekan dan menginaya dirinya akan bikin apa sahaja untuk melawan. Keadaannya, sekarang mereka terus garang menerjang dan tak kisah kalau terpaksa menerima
waima Medusa, pun jika itu dapat menumbangkan rejim yang dipercayai sangat keji
lagi zalim itu.
Rejim itu kini adalah rejim yang dikuasai bangsa saya. Jika
anda tanya adakah bangsa saya ini satu bangsa yang zalim, sudah pastilah saya
menafikan sekeras-kerasnya. Tapi kalau kamu hujani saya dengan 1001 macam isu
ketirisan, ketidak-cekapan salah-urus dan macam-macam lagi, saya hanya mampu
diam dan berdoa seperti ini di dalam hati
Untuk meramalkan apakah rejim ini akan terus dikuasai oleh
bangsa saya, memang baiklah kita tunggu dan lihat sahaja melainkanlah PAS dan
UMNO dua parti dominan orang Melayu bersatu. Tanpa penyatuan dua parti besar
ini, keadaan kita agak sulit. Itulah pasal janganla kita cepat mengejek-ejek
orang yang sedang tertunggu-tunggu itu, ntah barangkali kitalah sebenarnya yang
tertunggu-tunggu, bukan mereka.
sekadar gambar hiasan saja |
No comments:
Post a Comment