Dari jauh lagi Reeta sudah melambai-lambai sambil
terlompat-lompat kepada saya. Bimbang benar jika saya tidak perasankannya. Kami
bersalaman dan berpelukkan sekadar perlu dan terus menuju ke warung tidak jauh
dari situ. Kali ini dia mengenakan baju kurung moden berwarna kuning cair bunga-bunga
kecil dari kain kapas. Rambutnya yang lurus itu dibiarnya lepas-lepas gitu
sahaja, beralun lembut bila disapa bayu. Saya menegur “ itu yang ko terlompat-lompat
tadi takut aku tak perasan sebab baju kurung ni?” gelak saya…
Reeta yang bertubuh petit itu anak kacuk yang pelbagai, Siam
ada, Melayu (Jawa-hindu) ada, Eropah, ada, Cina, India pun ada, tapi di kad
pengenalannya ditulis sebagai Cina. Cina yang berwarganegara Malaysia. Walau
kebanyakkan masanya lepas dia bergraduat, dihabiskan di Jepun dan
Hong Kong. Walau dia selalu menyebut-nyebut darah Indianya apabila dia marah-marah,
emotional, macamlah Cina tak pandai emo-emo. Nama penuhnya Reeta J. Chong.
“emrmm kita order makan dululah. Nasi campur lauk kampung”
Balasnya.
Reeta yang saya kenal kalau pakai baju kurung, makan lauk
Melayu, kalau berpunjabi suit akan makan capati atau nasi Beryani….kalau
berjeans dan tee shirt seperti selalunya yang kami pakai masa waktu belajar,
makna apalah lagi kalau tak “fast-food”. Tapi sejak dia berkahwin dengan lelaki
pilihan keluarganya, dia makan rebus-rebus dan sup-sup sahaja. Kali ini jadi
normal semula setelah dia bercerai dan kini berpacaran sama Abdul Halim Mansur,
pereka grafik yang bercita-cita untuk jadi pengiat seni Indie berjaya di Kuala
Lumpur ini. Dia makan nasi lauk ikan keli salai masak lemak Cili api, dan ulam
dengan berselera sekali, sehingga saya tak tahan dan berkata begini
“Lama engkau tak buruk lantak macam ini iye”……
Dia angguk-angguk dan selepas segala makanan habis ditelannya, dia bersuara “yup, sejak aku bernikah
and, that was 7 years ago”
“eh seriously
sepanjang engkau bersama dia langsung ko tak sentuh makanan Melayu ka?”
“Dia, kan anti-melayu, anti segala….kecuali keluarganya yang
gah itu”
“Hitler, the Great Aryan, Netanyahu the Great Zion” ha ha ha
ha
“yup, exactly, heee choooi, aku tak nak cakap pasal little Hitler itulah,
so apa kata kawan kau tu, ok tak kalau aku pump in money into ehm ehm…?”
“aku nasihatkan ko jangan. It has nothing to with emotion,
feeling, of me being jealous of you, or wat so ever… tapi it is political. We never know sapa akan
perintah Negara ini pada masa akan datang.”
“oohh shit, if really akan ada perubahan kuasa, pun, bukankan ka YB Elaei yang bagi support semua… I don’t think Elaei is kind of person, belum dapat lain, dah dapat lain, and kalau yang ada ni mau berketuat sampai kiamat pun bukankan, our current ketua Pemuda is ever Hips then ever”
“It is not Elaei, but it is the other block”
“you mean the green one…that one is already finished, looor?”
“true….Dari lagak cakap kawan aku, dengan konfiden dia, tu… I think kalau ko nak venture into this kinda business, baik ko based di Indonesia… Would it be a problem, dear? Ko kata Abdul Halim bukannya jenis yang ambitious, dia cuma mau berseni aje,kan, bukan berseni untuk tumbang itu ini, rampas balik itu ini, kan. The Green one is grooming someone sort of Pekasam and SIMA combined. Never underestimate orang yang terlalu lama terluka dan oppress, they might go into the extreme even forging an allied with SATAN.
“AJEG BALIk?.....eiii scarynya” tanya Reeta seperti ketakutan….
“Sort off, daahhhh makan-makan-makan, don’t let those people
upset us, you dah lama bersedih dengan your little Hitler and don’t let this Anjeng
Balak rampas your happiness for the second time”
“You’re rite, if we cannot avoid the BALAK, let get away
from it,kan” kembali ceria.
“Exactly. Bumi tuhan
luas, tak usah berebutkan BALAKBOLAKBALIK itu semua” sahut saya girang.
No comments:
Post a Comment