Sunday, February 8, 2015

BERANI UNTUK KALAH

Kita boleh kata kita apa sahaja, jelmaan Imam Mahadi, Picasso, Einstein, Salahuddin Al Ayubi, apa-apalah ya, kan. Atau satu masa dahulu kita berangan dah besar esok nak jadi macam si polan, polanah yang berjaya.

Apabila dewasa kita pun tahu kemampuan sebenar kita, contoh saya mau jadi sehebat Santiago Calatrava… tapi saya cepat sedar yang itu hanyalah angan-angan sahaja. Satu ketika seolahnya seorang sahabat maya begitu menyukai tulisan saya. Pun saya cepat sedar tulisan saya berbentuk pinggiran “frinjan” yang jika saya teruskan akan menyakiti ramai hati yang rapat dengan saya.

Kawan-kawan saya kebanyakkannya orang alim, ustaz, ustazah, atau secular seperti saya yang rapat jinak, terkadang taksub dengan ustaz, syeikh, tuan, tok guru. Tak mungkin saya menyakiti mereka hanya ingin mengembirakan kawan yang hanya saya kenal di alam maya. Pun begitu saya tetap mengiktiraf bakat frinjan yang ada dalam diri dan sama sekali tidak saya sanggup menyelar mereka yang berfrinjan sebagai ahli maksiat.

Tapi sukalah saya share di sini, akan itulah pandangan extreme tentang seni di Malaysia ini. Sedangkan HAMKA pun mereka sudah nampak bakal menghuni neraka satu hari nanti. Seni dianggap melalaikan, melainkan seni untuk memuji kebesaran Ilahi dan rasul pesuruhnya. Seni haruslah dipasakkan dengan nilai agama dan budipekerti baik.

Sejujurnya sebagai orang yang kreatif dan punya citarasa seni yang lorat, saya tidak ada masalah dengan seni dari barat, atau seni yang langsung tidak berpaksikan agama, tatasusila kemasyarakatan yang tinggi. Seni Hedonis. Saya tidak memandang mereka yang memiliki koleksi nude art sebagai sex maniac yang berperibadi keji lagi jijik. Begitulah juga dengan looser literature, hasil seni yang ditukangi oleh mereka yang akhirnya membunuh diri, hidup sebagai penagih arak/dadah yang tegar, clubbing, semuanya itu saya ok aje.

Pendapat saya mudah, saya orang baik. Dalam dunia orang baik, ada orang jahat. Bagaimana saya ingin hidup aman, jika setiap masa saya mau berperang dengan orang jahat ini sedangkan mereka tidaklah pernah menyakiti saya. Menyakiti di sini ialah mereka datang, ke rumah saya, maki-hamun saya, ambil-curi barang saya, paksa saya ikut sama dalam aktiviti mereka. Mereka hanya menjaja kisah looser mereka, kalau tak suka mereka tak pernah acu pistol, senapang untuk kita baca lepas tu meraung menangis sama mengenangkan ke “looser”an mereka, pun,kan.

Bagaimana pula mereka ingin tertarik dengan kebaikan saya jika saban masa saya terus-terusan memaki-hamun mereka, menggelar mereka sebagai looser yang langsung tidak punya harapan apa-apa, melainkan terus-terusan menghasilkan karya demi karya gila lagi merosakkan bangsa saya, sedangkan saya juga jika berkarya, karyanya ntah-apa-apa-tah.

Pun di sini, saya fikir untuk jadi orang baik, untuk diterima oleh khalayak MELAYU elitis, saya perlu memaki-hamun looser, saya perlu mengkafirkan setiap pemikir yang datang dari barat. Yang ilmunya selama ini saya amal demi mendapat rezeki untuk kelangsungan hidup. Saya ini kerja kewangan, bukan ustazah. Macam mana  saya mau memaki-maki ilmu duit, ilmu bajet duit, ilmu perancangan bajet, sedangkan hari-hari saya kira  duit, dan tidak pernah rasah pun hidup kira duit orang, sendiri pula habis bulan habis gaji? Atau diam sahaja.

Jadi, untuk tidak bertambah-tambah “teruk” bertambah-tambahlah kawan-kawan fikir saya sudah kena sihir atau apa-apa yang menjurus kepada fitnah kepada kawan-kawan maya, penggiat frinjan, baiklah saya berhenti merapu berkreatif. Kelebihan berfrinjan ini bukanlah satu sahaja kelebihan yang saya ada. Saya boleh memasak dan menggubah bunga yang dilihat tidaklah begitu absurd bagi perempuan sederhana seperti saya. Di luar sana pun, saya memiliki kehidupan yang biasa, yang tidak hebat, tidak juga signifikan, tapi tidaklah pathetic sehingga saya rasa mau bunuh orang atau  bunuh diri sendiri.


Hanya segelintir kita sahaja ditakdir hidup untuk menulis sejarah dunia. Pun begitu mereka yang tidak menulisnya bukanlah mengalami penyakit inferiority complex yang acute atau, looser yang kecewa, merana, penuh dendam kesumat yang tiada kesudahannya yang akhirnya mati bunuh diri, atau bunuh orang lepas tu, orang bunuh mereka balik.  

No comments: