Sunday, February 22, 2015

SETIA



Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah-mengah
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam

Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

Siapa anjing
Hanya binatang setia.

3 Jun 1950, Utusan Zaman

Orang kata sebuah tulisan yang baik adalah nyawa untuk penulisnya hidup 1,000 tahun lagi. Ia relevant sampai kapanpun. Dalam sajak ini anjing ini milik tuan yang jahat. Orang Melayu tak punya anjing. Anjing bikin rumah kita tak masuk malaikat.

Jadi secara psikologinya orang Melayu yang baik tak akan pernah miliki anjing. Pun begitu tidak ada satu binatang pun yang sesetia anjing,kan. Lalu terinspirasi tulisan yang sebegini.

Andai dia mau
jadi bintangmu, bulanmu
Aku hanya mau jadi
Sesetia anjing
Ditendang, dipukul, diherdik
Aku pasti aku tak berpaling

Kerna ku sendiri
ada masa gagal tenang
 bimbang aku, andai,
khilaf tuturku
kau ambil pusing, simpan jadi dendam
Lalu tikam aku dari belakang

Sahabat,
 andai  kau pernah rasai
sakitnya ditikam sahabat dari belakang
pasti kau harap nanti dia tau jua
walau teruk kau ditikamnya bertubi-tubi
hanya doa sejahtera yang kau titipkan untuk dia

kerna nabimu sebaik ummat
tak pernah ajar doa celaka.

Sadong Jaya
22.02.2015

No comments: