Wednesday, July 30, 2014

Harass Raya

Raya tahun ni memang satu pencapaian yang sungguh tak ku sangka. Saya berkonvoi dari Sungai Udang Melaka, melalui ntahlah tak ingat, yang ingat, Cina, Cina ntah apatah... Ramuan Cina Besar??? Lubuk Cina, Cengkau, lepas tu masuk toll Pedas, keluar Senawang, dan menuju ke rumah Atuk kami di Panchor Negeri Sembilan....lepas tu masuk pula lebuh LEKAS keluar ntah kat mana tah, alih-alih dah masuk Bandar Kajang, seterusnya tahu-tahu dah sampai rumah nenek di Hulu Langat aje. Banyak lampu isyarat, jalan pula di sibukkan dengan pembinaan MRT. Alahai terasa harass sangat. Bukan saya sahaja yang terasa teruk, adik sepupu yang mengepalai jelajah raya tu katanya lagi rasa macam nak pitam kerna perlu memandu slow....80-100km/j untuk meng" accommodate" saya yang memang tak reti bawa kereta laju-laju ini.

Belum, harass masih belum berakhir, masih ada lagi satu destinasi iaitu rumah Mak Lang di Melawati. Kali ini jalan bukan sahaja berliku tapi turun naik cerunlah pula. Kecut perut mak, nak tukar gear pun gabera...sampai adik pupu yang sekolah rendah tu pun pandai bercakap. pst... pst ada ke dia kata mmmmmak, tak pandai bawak kereta! Kemain lagi dia mengumpat-umpatkan mmmmak  dengan ayah yang kerja bawa bas itu dalam bahasa Inggeris. ayah dia kata "your kak long should change to a lower gear."..choi mak taulah turun bukit kena turun gear, mak kecut perut jer sebab cerun tu curam sangat, jadi mak tekan break sikit, sebelum tekan clutch dan tukar gear...salah ka? Dari jam 12.30 kami meninggalkan Melaka, pukul 1 pagi lebih baru selamat sampai semula ke rumah. Rasa memang macam nak bermalam sahaja di rumah Mak Lang, tapi saya tak berani cakap apa-apa. Bukan, bukanlah saya rasa letih, tapi jalan dah jauh-jauh, lagi berliku-liku, turun naik cerun, abish tu lepak maksimum 3 jam aje. eish tak berbaloi, buang karen, buang duit minyak aje, kan.

Ini semua plan Pak Ngah saya, pesara tentera itu. Ntahlah muka masing-masing happy je. Harass pun harras lah, iya. Rupanya memanglah susah jadi pemandu ini,kan.....


Pun dalam beraya itu sempat berborak dengan adik sepupu yang sedang mengikuti rancangan "national service" Dia dapat kerja dengan polis, katanya. Dia tak minat. Mak, makcik semua dah pukul canang adik ini akan mengikuti jejak langkah abangnya dan Mamang* dia. Saya tau teman memang tak suka.

Saya kesian kat teman. Family saya memang lorat. They always know wat the best for you. They never try to understand our dream, our interest. Kesianlah kat kami yang kreatif ini. Mungkin dalam family belum ada yang berjaya sebagai artis, wartawan, DJ atau YB agaknya, jadi family memang tak terfikir one of us boleh berjaya dalam bidang ini.


Dan  saya perhati ada adik yang memang diberi kelebihan bersosial dan akan lebih gembira jika mendalami bidang komunikasi, kemasyarakatan, social-work. tapi kita tak tau apa itu social-social dan mak sayalah especiallnya memang meluat dengan kaki-kaki lorat sosial banyak bercakap ini. So kalau ada bakat bercakap baik simpan sahaja, berusaha belajar sungguh-sungguh, jadi pensyarah, jadi cikgu, ajelah tu.

Kesian kat adik kena tuduh dengan mak bila dia cuba beri justifikasi "kenapa saya tak nak jadi POLIS". Kata dia, saya cepat gabera...saya takut, saya gabera sebab saya tak ingat saya letak kunci kat mana. lagi satu dia kata, "saya gabera bila mem (superior dia) marah-marah, bila saya tersalah faham dengan seorang pondan Thailand yang tak berapa faham Bahasa Inggeris. Saya tanya pondan dah buang belum dia kata dah, (tapi dia tak buang lagi dia cuma kepit anunya dalam-dalam) dan saya pun tick borang "sudah". Lalu pondan tersebut diserahkan pada 'mem' bukan "sir' untuk pemeriksaan. Saya malu bila "mem" marah dan sebut-sebut benda itu". Saya juga tidak sukakan orang jahat, saya tak suka pakcik jahat yang tak puasa dan merayu-rayu nak minum air, saya marah pakcik tu. Saya rasa sangat sangat teruk dan jahat sebab marah pakcik tak puasa." Saya cuma kata begini " it's ok to do something that we don't feel comfortable, in the first place. Kerja polis penuh dengan orang jahat yang kita benci...itulah cabarannya" dan saya membebelkan pengalaman saya yang tak seberapa itu.

Bagi orang otak kanan memang susah untuk saya kerja dalam bidang perakaunan yang penuh peraturan (dan terpaksa juga berdepan "orang jahat" yang cuba membengkang-bengkokkkan peraturan) yang membosankan itu. Tapi setelah lebih 10 tahun berkhidmat, saya sudah rasa biasa-biasa aje. Dan saya rasa baguslah saya yang tak berdisiplin lagi kuat berangan tapi baik lagi lurus bendul ini berkerja dalam bidang yang ketat dan sendat ini tapi seketat mana, pun akan ada genius yang boleh putar semua. Kadang-kadang memang diri rasa macam teruk terpaksa merelakan peraturan diputar pulas sesuka hati....tapi itu tidak mengapa. Setuasi ini hanya kadang-kadang sahaja berlaku, bukannya selalu, pun.

* Mamang- panggilan bapa saudara bagi etnik Boyan.

Thursday, July 24, 2014

CINTA TAK BERBALAS

Orang kata ibu punya mukjizat dan firasatnya selalu betul. Saya kira juga betul lah itu pasal yang unrequited love itu. Unrequited love bukan satu yang hina, bahkan adalah bahgian dari jodoh ketentuan yang maha Esa. Yang menjadikan sama ada cinta itu jadi suci atau jadi hina adalah kita sendiri. Bagaimana kita menghadapi kekalahan, penolakkan, mungkin sesetengah dari kita, penolakkan yang disertai dengan penghinaan. Kebanyakkan kita moving on with life dan dikurnai tuhan cinta baharu, sedangkan ada juga diantara kita kekal bersendirian hingga akhir hayat.

Sama ada kekal sendiri atau bahagia dengan orang lain itu juga ketentuan tuhan yang bukanlah atas kuasa mutlak kita sebagai insan yang lemah itu pilih itu dan ini. Mungkin kita kata kita yang pilih, tapi sebenarnya kecenderungan hati itu adalah atas kehendak tuhan. Tuhanlah jualah yang menulis untung nasib kita sebagai begitu dan begini. Dan bukan tidak ada orang yang bersendirian berjaya hidupnya. Macam yang saya kata pokoknya tindak balas kita terhadap ketentuan Tuhan. Adakah kita kecewa, dan kemudian menjadi seorang yang “destructive” sama ada memushankan diri sendiri atau memusnahkan yang lain, atau sebaliknya.  

Ibu-ibu, bapa-bapa tidak seharusnya rasa anak yang menghadapi cinta tak berbalas ini sebagai bermasalah (sebab salah satu ciri orang yang cintanya tak berbalas ini dia tak akan stick pada satu tempat lama-lama, dia tak stick not because she or he cannot get along with other people, it’s just the feeling kut, there’s always a feeling nak tengok orang kat tempat lain macam-manalah pula ragamnya)…Atau akhlaknya tidak dia tidak cukup baik untuk melayakkan dirinya untuk menjadi ayah, atau ibu. Ibu-ibu, bapa-bapa harus yakin setiap bagian tuhan itu adalah ujian buat anak. Dan Allah hanya menguji mereka dengan ujian yang mampu tertanggug oleh diri anak tersebut.

I’m going to talk to one of my untie pasal benda ni. I nak cakap direct dengan my mom memang tak retilah. Bila kita tak boleh, selalu sahaja ada orang lain yang boleh bantu. Ya ya ya….my busu complain that my mom masih tak ok lagi dengan tawaran kerja di Bandar Baru Jempol itu. Pergh….masak aku di hujung-hujung Ramadhan ini.

Tuesday, July 22, 2014

Makan Bunga vs Mandi Bunga

Cerita-cerita semalam, macamlah saya ni banyak duit, kan. Tidak, bukan banyak duit, mana, pun. Tapi orang duduk kewangan memang selalu didekati dengan promoter dan pengiklan. Cerita semalam memang saya yang jemput. Kenapa saya tak pergi kaunter beli ASN1,2/ASB, macam kebanyakkan orang?

Saya sebenarnya mau bikin pinjaman ASN/ASB. Manalah tau,kan kawan punya pasal dia boleh bagi special rate…2.8% ha! Saya teruja nak buat benda itu lepas dengar ceramah AKPK. Kata penceramah, “ambillah kemudahan itu, kos pinjaman sekitar 3.5%-4% sedangkan pulangannya 5%, 6%, 7%? Menurut kajian di Singapura, macam yang pensyarah Pelaburan saya kata, pulangan di Bursa sana, memang tak lari dari 9%-10%. Jadi tidak hairanlah jika di Malaysia ini, PNB yang selama ini menguruskan hal ehwal pelaburan bumiputera boleh bagi pulangan setinggi 7%. Ini kerana sifat “financials instrument" yang diniagakan di sesebuah bursa itu, jika satu kelompok, naik, satu kelompok lagi akan turun. Yang perlu dilakukan oleh pengurus dana ialah memerhati turun naik harga ini dengan tekun.

Jika kita banyak duit, macam Tun Daim Zainudin tu, bijak sebijik macam Tun, peka dan perpengetahuan, macam....lagi-lagi Tun Daim lagi, kita sendiri yang urus dana sendiri, kita sudah semistinyalah boleh bikin lebih dari melabur dalam amanah saham ini. Tapi macam yang saya cakap, modal kita tak tinggi, kita tak eh saya,lah malas nak mengkaji trend pasaran saham, amanah sahamlah yang terbaik untuk kita, sebagai “hedging tool” dalam melindungi simpanan kita dari dimamah inflasi. Tak apalah, tak untung banyak tidak mengapa, asal duit kita tak merosot teruk dek kerana inflasi. Bayangkan anda menyimpan dalam bank biasa, faedahnya 2.5%, inflasi 3% ke 3.5%, memang sakitlahkan.

Riba, bunga memang jahat, mari perang riba, bunga, perangan bapak bunga iaitu Yahudi Israel laknatullah. Korang pergilah, saya lebih selesa dengan cara saya. Ikut hati memang saya mau pergi berperang di Palestine, tapi nak pegi Bandar Baru Jempol, pun mak saya punyalah sedih, tak tidur malam menganalisa-psiko saya. Hasil analisa-psikonya amat mengejutkan tapi mengeli-hatikan saya. Dia kata  mengalami masalah unrequited love dengan pelakun cun Encik Azhar Sulaiman….Mak ai ha ha ha…kelakarkan.  

Kepada yang membaca tulisan ini, doakan mak saya ok dan redhakan pemergian saya ke Bandar Baru tersebut. Terima kasih.

Suka-suka Dia Aje Nak meng"X" Orang

Sama ada kita menjemput atau mereka mendatang, hari-hari kita tak akan lepas dari didekati oleh penjual-penjual barang-barang baru yang katanya lebih islamik. Produk alternative kepada produk sedia ada yang katanya tak Islamik, tak syariah compliance. Dari barang consumer, seperti syampu, minyak wangi, make-up, hinggalah yang terbaru tengah hype sekarang ini iaitu rekaan (design) – reka bentuk rumah.

Saya ini memang hobinya tengok iklan. Jadi saya memang suka tengoklah, bagaimana orang bikin iklan. Iklan biasa masa kita kecik-kecik ialah iklan sabun cap x dengan sabun jenama yang mau dipromosikan. Iklan jenis ini masih relevant, masih menjadi. Saya kalau sabun saya ok. Cuma bila pengiklan terlampau memburuk-burukkan cap X, saya jadi sedikit macam tak berapa suka. Ko nak jual sabun engko, kan, yang engko terlalu focus cakap pasal sabun cap X, apa barang,kan. Kenapa tak focus pada sabun, ko sahaja.

Baru-baru ini saya kawan saya ada cakap yang dia bikin kerja yang ada kaitan dengan financial instrument. Mula-mula saya fikir ianya ASB/ASN, rupanya produk milik komersial. Mula-mula saya minat, pun masih minat walau dividennya serendah 2.5% sahaja. Minat saya jadi malap bila mengenangkan processing feesnya adalah 6.5%, lepas tu padam terus, bila kawan asyik downkan pesaingnya iaitu ASB/ASN. ASB/ASN tak syariah compliance katanya beliau.

Nah, bandingkan produk yang dikata syariah compliance ini dengan ASB/ASN…ASB/ASN 1 ASN2  harganya “fixed” at RM1.00 perunit, regardless market meletup,ka, merudum,ka…tetap RM1.00. Pulangannya terbaru sekitar 6%-7% seunit.hmmm.

Yang compliancelah sangat tu, harganya RM0.40 boleh turun, boleh naik….(boleh turun naik inilah cirri Syariah. Yang tak turun, tak naik kekal RM1.00 itulah punca ASN1, ASN2/ASB tak dapat pengiktirafan syariah compliance, walau saham dalam syarikat arak, judi, pelacur/hiburan semua dah ditapis-tapis) Mana datang katanya past track return 22% t? Saya cuba yahoo finance, nak dapat past historical price, tapi tak berjaya. Tak lama lagi market akan “crash” so tunggu ajelah,kan dia jatuh lagi dan lagi dan lagi…hah. Waktu sekarang adalah paling baik untuk jual stock beli emas…kata pensyarah Investment saya, jadi saya pun kata…ah malas aku nak commit…Lagi pun initially ku ingat dia jual ASB/ASN1, ASN2, bila dia jual benda lain, saya berhak menolak,kan.

Dan penolakkan itu bukanlah pasal, market nak crash atau dividend yang sangat rendah, dengan processing feenya yang tinggi, tidak (untung 2.5% - 6.5% investment cost, eh cik adik, berapa yang akak bole dapat…hah kalau market crash, RM0.40 buatnya jadi RM0.20, eh baik akak gamble beli saham MASlah, RM0.17 dah naik RM0.20, melak-melak boleh naik balik macam dolu-dolu hah tak ka mak cik kaya! …kalau tak naik pun MAS terus gulung tikar, kira sedekah kat MAS, Beranganlah tu). Saya tak ada masalah dengan itu semua, asal ia syariah compliance, tapi saya tak berkenan dengan cara iklannya nya tadi. Ko boleh cerita keberkatan syariah compliance, tapi ko pilih dosa dan azab memilih produk tak syariah compliance, sedangkan produk yang ko kutuk-kutuk itulah tolong orang kita yang buta saham, dapat merasa ada ekuiti di bumi sendiri, walau secuit bebeno. Baik ada, walau seunit,  dari tak ada langsung,kan.

Penghabisannya saya bercadang nak ajak kawan pergi cari gelang emas untuk hari-raya. Kalau tak berkenan, mungkin saya singgah Pejabat POS simpan aje dalam Tabung Haji.

Wednesday, July 16, 2014

HATI BATU part ii

Ini sambungan dari n3 yang lalu….

Apa sebenarnya yang dimarahi sesangat tu….bukanlah saya, tapi semua kami dalam pasukan Perakaunan, baik Pembantu, mau pun Penolong, apatah lagi-lagilah akauntan sendiri. Puan Pengarah menegur segelintir perangai penjawat awam yang menulis sesuatu yang tidak elok di alam maya… tak berapa jelaslah tulisan ini itu di facebook ka, blog ka, watsapp ka, ntalah, yang pentingnya, seseorang daripada kami telah begitu berani menuduh yang orang besar kami bermewah-mewahan main golf, pelbagai hasil dari sumber yang kotor…Bobeybobeybobey….I lost track sebab bobeynya macam bertih jangung meletup-letup gitu, tetiba dah masuk plak bab pangkat, Kami reramai dicabar berhijrah ke Sabah/Sarawak, siap ugut-ugut lagi, “kalau tak nak pegi, nanti saya bikin satu exercise, kasi orang (Sabahan & Sarawakian) lebih muda dari kamu naik pangkat dulu. Besok jangan komplen kenapa dia muda dah pangkat besar, saya dah tua tak naik-naik pangkat!”

Ntahlah, kadang saya pun ada juga, kan tulis begitu, begini, hanya untuk terapi minda, orang kata tu, ha, kan, walau saya tidak adalah sampai mentohmah so & so joli katak bukan guna duit sendiri, saya terasa gak bahang amarah sang Pengarah. Terbantulah tujuan saya kononnya nak tulis pasal, adalah satu benda tu…kata kawan “ko kajilah, pasal kes buli penjawat awam kelas rendah, ni”

Apa ada buli-buli, ko layan ajelah,kan dah bos suruh. Janganlah melawan…melawan markah rendah, tak naik pangkat karang hah! Lepas tu incase nasib ko tak baik “kena” lepas tu kena “pool” kat Putrajaya sana, itu risiko orang bikin kewangan. Mana ada hidup kita ni, lurus aje tanpa risiko. Sikit-sikit pun hidup mesti tempoh risiko. Iyalah waktu mula kerjaya lagi, lepas sorang, sorang penceramah, bos akan cakap macam ini “bikin kewangan ini, sebelah kaki dah ada dalam penjara” itu tagline paling wajib agaknyalah tu.

Dah risiko, sampai sebelah kaki dah ada dalam penjara, so apa yang siok sangat bikin kewangan ni? Ntahla…sebab most of us tak bernasib baik, punya banyak pilihan. Iyalah mak ayah kita bukan orang kaya,pun. Apa dapat kerja tu,lah yang kita sauk cepat-cepat.

As for me risk come with reward, or is it reward doesn’t come without risk??? Tak kisahlah tu heh, mana satu dulu, telur ka, ayam, ka. What is so rewarding about being in financial/accounting field? Saya dapat belajar, membaca, menghayati banyak benda. Macam-macam ragam perangai manusia. Itulah satu benda yang saya suka sangat bidang ini. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tak baik jangan ikut, jadikan sempadan. Setiap tindak-tanduk kita mesti ada batasan.


Menjadikan saya lebih berdisplin dan tidak terlalu hanyut sangat dalam emosi. Nak bikin kewangan tak boleh emo-emo. Kena professional,lah. Kita berhadapan dengan semua orang. Dari sekecil-kecil, pangkat, hinggalah pangkat Datuk pun ada. Datuk ka, pekerja rendah, ka semua “client” kita. Kena banyak sabar.

Reward dalam bentuk kewangan…memanglah ada, kalau langsung tak ada ko sanggup ka kerja tak bergaji? Tapi tidaklah semewah orang kerja sendiri atau kerja dengan firma. Rewardnya lebih kepada dalam bentuk spiritual dan pengalaman kerja yang tak ternilai. Spiritually, bila kita kena banyak sabar, banyak berhati-hati, automatic kita kena banyak ingat tuhan. Sebab most of the time (speaking from my experience) hanya tuhan sahaja yang boleh tolong kita, tuhan yang melapangkan apa yang sempit, menghuraikan apa yang kusut. Maha suci Tuhan yang penyayang , pemurah, lagi pengampun. Itu ajelah yang bestnya pasal kewangan nih.

ESSAY 2

Di bawah ini bolehlah nak kata ada rope essei. Rope jeh...iyalah orang baru-baru nak belajar...



Malaysia with population of 23.27 million is a multiracial country because 61% of the population is Malay, 30% Chinese, 8% Indians and 1% of other ethnic group. Due to this reason, it is important for Malaysian to find ways to keep us bound together so that we can live in peace and harmony despite the differences in race, cultural and religious belief. Some of the ways are,  active role of government in fostering unity, imposed punishment on those who promote hate and racism, active participation of community services and promoting cross-cultural communication especially to youngsters.
Malaysian government has in the past play a significant role in fostering unity through various programs such as 1Malaysia concept, open house for major festivals and advertisement. 1Malaysia concept is the path to lead Malaysian toward political stability, economic growth and social enhancement by accepting among races and to make them feel the sense of belonging together. Unity campaign through radios, television, and newspaper article is done so that the citizen is aware of the importance and the advantages of being united. Meanwhile, national-level open house for major festival like Hair Raya, Chinese New Year, Deepavali organized by the government helps visitor from different races mingle with each other, learned the cultural differences and respect each other and help to strengthen ties among themselves.   
A part form that government has the power to imposed a punishment on those who commit unruly act which lead to hatred and racism. Nowadays, with the advancement in Information technology, we can see some of us openly expressing their hatred towards others. They call names on people with difference races or accusing other races of being racist. Punishment like fine or put those who advocating hate and racism performed social-work for races that he or she hates can be imposed. Punishment always believes to be a solution to a problem. It make people realized promoting hatred and racism is unacceptable and harmful for the unity of the nation.
                Mean while, we as the citizen of a country which composed of people with diverse background can participate actively in community services. Volunteering our energy and spare time with people with different races and cultural background help us to get along better because activities like gotong-royong, rukun tetangga and charity drives are geared toward promoting interaction in the communities.
Last but not least, youngster should be exposed with cross-cultural communication. In the developed nation like America cross-cultural communication has been taught in higher institute of learning. This program help youngster to learn an appropriate behavior in a society with different culture and believe. Cross-cultural communication is believed to be an essential element for sustainability of a country.
In short, active role of government in fostering unity, imposed punishment on those who promote hate and racism, active participation of community services and promoting cross-cultural communication especially to youngsters can help people with diverse background get along better.  Only if we live in a peaceful environment, success and prosperity will be easier to attain.


ESSAY 2
Gadget is small mechanical or electronic device with a practical use but often thought of as a novelty. Examples of gadget are smartphones, iPad and tab. It is design either to make menial tasks easier, or provide us with information. However, it is often argued that gadget has destroyed communication among friends and family. Yes I agree it has changed the way we interact with our environment and other people, but to say it destroyed communication among friends and family is not that accurate. In fact if gadget is used properly it can actually enhance the communication among us.  Gadget is design as an information/Labour-saver, it is efficient and speedy.
Firstly, gadget is an information-saver. It either makes menial tasks easier, or provides us with information. Information indeed enhances the quality of our communication For an example it is easier to get information through gadget like smartphones and tab. Those who have certain hobby, for an example decorating a cake not only can enhance their skills of decorating a cake, they can also connected to more people with the same interest, thus expending their circle of friends. They can find information on where they can find supplier for the supply of ingredient in cake decoration. Also with information that they get through gadget, it gives them confident in communication with family and neighbor explaining to them on how they can come out with beautiful and deliciously decorated cake.
Secondly, with gadget, we can communicate efficiently. We post an update in watsapps, we-chat with our family members of our where about, or our activities. We don’t have to tell the same story over and over again. Family can get connected with each other from anywhere around the globe. We also can communicate with family member who work or further their study abroad with the help of gadget. Also with gadget, allows us to insert graphic, picture to make or communication becoming more interesting and easier to be understood. Thus gadget can enhance the quality of communication among friends and family.
 Thirdly, communicating via gadget is faster than doing it the old fashioned way. Off course the fastest way of communication is face to face but, most of us spend our time working. Some of us have to stay apart from our family member and friends. It is faster to send a massage using gadget form our work-place then waiting for us to get the chance to get together to convey our massage face-to-face. We save time and money travelling just to have the old traditional face-to-face communication.
Lastly gadget allows cheaper mean of communication. Unlike before, people have to pay handsomely if they communicate via phone call. Or if their friend or family member live at different geographical area, chances that they do not keep in touch at all is there.  With smartphone and tab, people can wats apps and weechat, application to communicate with each other, free of charge. They can also connected to the internet and it is much more cheaper using the internet as compare using traditional phone calls, or travelling all the way just to have a face-to-face communication.
In conclusion, for the reason that I have mention above, I believe gadget does not destroy communication among family and friends in fact it enhances the quality of communication by providing us with easy access to information, it is efficient, speedy and cost effective.

Sunday, July 13, 2014

Diam lagi baik



Tiap kali Ramadhan itu le ceritenye, orang Yahudi akan bedil orang Palestine. Bila kena bedil, maka kita pun buat derma kilat. Macam itulah nanti pada tahun hadapan. Kita tak usahlah rasa pelik kenapa Yahudi buat macam itu, sebab itu agama mereka. Ntah sapa yang mengajar? Ustaz saya kata, Yahudi ni dia pandang bangsa lain sebagai goyim, lembu. Dan mereka mengajarkan penganut mereka yang membunuh lembu itu adalah pekerjaan termulia. Kata ustazlah. Abes tu kita kena ramai-ramai, pakat-pakat bunuh ajaran yang sesat ini? Itulah yang sebaiknya saya kira.

Tapi sejarah orang Yahudi ni memang begitu, Allah beri mereka segala macam kelebihan, tapi mereka salah-guna, mereka membenci orang yang tak sebangsa dengan mereka, Bila fikir balik, memang gitulah manusia, bila kita kuat, kita rasa orang yang tak sama macam kita, ini menyusahkan, lack of self discipline, tak ada wawasan, bla…bla…bla…bla…kita berusaha ubah mereka, kita nak jadikan mereka macam kita juga, macam kita barulah kelas, bla…bla..bla… Yang tak kelas, tak boleh kawan sama kita. Oklah kalau setakat tak boleh kawan aje oklah lagi, ni macam kes Yahudi, ni, kawan tak boleh, bunuh kasi mati, dapat pula pahala.

Mujurlah Islam itu agama lengkap, Islam anjur kita saling kenal-mengenal, berbaik-sangka sesama orang yang lain bangsa kerna tuhan memang cipta manusia dengan berbagai bangsa, dengan rupa bentuk, warna kulit yang berbeda. Kerana apa, untuk kita saling mengenal dan cinta-mencintai. Itu Islam, tapi agama ciptaan Yahudi, yang didakwa datang dari tuhan dan nabi-nabi, ajar penganutnya perkara yang berbeza. Mereka bangsa pilihan tuhan, diutus ke dunia ini agar mereka yang bijak pintar menguasi ekonomi & teknologi terkini dunia, kacak, tinggi lawa, membunuh bangsa yang lain yang kurang efficient dan bijak ini. Pengagihan sumber dunia akan lebih cekap jika dikuasai oleh orang-orang cekap yang bermerit sahaja, maka ia satu jihad untuk menghapuskan ketidak-cekapan.

Bila sudah jadi jihad agama, cakap banyak pun tak guna.


Monday, July 7, 2014

HATI BATU



Sad to say saya masih belum dapat tajuk untuk projek. Mula saya ingat nak pergi balik pada akauntan, oohhh bila dalam ucapan kita orang punya orang besar HR, marah-marah, terkecut perut den, terus mencecet kemas barang balik Melaka…pun begitu alhamdullillah saya ditawar industrial training pada semester ini..

Dalam saya tercari-cari tajuk, tercari-cari jurnal secara rawak-rawak aje(sebelum terkincit, terberak kena tembak kaw-kaw punya dengan kita punya orang besar), saya terberkenankan penyanggahan kepada hypothesis, teori-teori kelakuan manusia yang bergelumang dalam dunia pelaburan. Behavioural finance. Pergh memang, behavior-behavior ni memang saya suka. Dalam bidang ini ada penyanggahan terhadap “Efficient Markets Hypothesis (EMH)”. Bidang ini menyanggah bahawa manusia tidaklah serasional yang dinyatakan dalam hukum teori  kewangan tradisonal Lau (2009). Tak rasional itulah yang saya suka sangat…

Tapi fikir balik I’m too oldlah, nak bertukar dari “public sector accounting” kepada ntah hapa tah INVESTMENT hah! Ko dah gila apa Mardhiah????!!!! Betul public sector nak kaji-kaji sangat, pun bukannya boleh sangat pun. Ntah macam tak de benda, semua benda sensitive,kan. Tapi itulah aje…may be saya patut lupakan saja rancangan nak ambil Ijazah Sarjana, baik belajar urutan tradisional di Kolej Komuniti, pencen nanti jadi tukang urut pun ok gak eh….saya tak sukalah buat kek, penat. Urut orang pun penat juga, tapi buat kek lagi penat.   

Ok  apa yang dia marah sangat tu? Akauntan ni biasalah, dia ni macam ni let say kalau anak balik rumah ngadu ada budak jahat buli, mak akan kata balik….kenapa pula dia nak buli adik? Muhasabah, muhasabah, muhasabah…jangan tau nak komplen aje.  Adik pun cakap, adik gemuk, budak sekolah tak suka budak gemuk… la memanglah ibu sayang adik, tapi ibu realistic, dunia hari ini memang kejam pada budak gemuk, adik kenalah diet. Seorang akauntan akan menjaga diet anaknya, tak de benda yang tak boleh diselesaikan…ko gemuk, nasib ko,lah genetic ko macam tu, tapi kalau ko makan ikut nabi, bukan makan ikut babi (macam saya) insyaallah boleh kurus. 

You don’t simply datang merengek-mengeluh, begitu begini, depan akauntan. Pada mereka itu buang masa, ada banyak benda nak kena buat. Kalau tak tahan kena buli sebab gemuk then kuruskan badan, kalau tak tahan kena buli sebab mulut laser, then kurangkan bercakap, kalau tak tahan kena buli sebab sakit mental then makan ubat baik-baik, ikut nasihat doktor baik-baik, mudah,kan. Mengada-ngada kata si A, buli, si B buli, si C buli, semua kaki buli, apa masalahnya,kan. Nampak heartless, tak berperikemaknusian. Tapi ok wat, dari ko terjebak menghukum orang tak bersalah dek kerana rengek keluh kesah orang yang memang secara azalinya dilahirkan sebagai kaki rengek, kaki komplen, lebih baik berhati batu,kan.

Sunday, July 6, 2014

Essay...

Essay biasanya terdiri dari introduction, thesis statement, ideas and supporting ideas and conclusion with coherent transition phrase from one idea to another idea. Tapi macam kat bawah ni boleh kata essei ka haha, hantam sajalah labuuuuu....bacalah essay den...hontah hapa-hapa la ek.



Some of us believe that we can only learn from our successful action. We tried very hard avoiding mistakes by following rules and regulations. We are human, human make mistakes, it is impossible not to make any mistakes at all. Thus we actually learned more from mistakes as compare to our successful action.

The case is very true in my life. When I was in secondary school, I wanted so much to be an architect. It’s a prestigious job. Architect earned a lot of money. So I enrolled in an architecture twinning program. Sad to say I don’t do well during my first year, It is difficult for me to transform my idea into model and drawings. My lecturer told me that I cannot handle criticism very well. I was so upset and going through under a lot of pressure and it cost me on my mental health.

At the age of 23, I was diagnoses of heaving bipolar disorder. It took me so many years of treatment, going through religious therapy, psychoanalysis session and reading a lot on psychology article. But still I don’t understand why I feel so upset with my life. Until one day I watched movie entitle Beautiful mind. It gives me a clearer picture on what is it known as delusional, paranoia.

Only after that, I fully understood my illness. I found versus in quran urging us not be so suspicious with each other. I was in my mid 30’s. Only then I realised what my lecturer’s mean by saying that I cannot handle criticism well. When they critics my work I think that they hate me and want me to quit from doing architecture. I am not good enough to be an architect. I am worthless. I was born looser.

After I realize that I shouldn’t take any criticism too hard then I start to think that I am intelligent enough to further my territory education and go back to school not studying architecture but accounting as I worked as Accountant Assistant in a government sector. I took a half pay leave and become a full time student in Multimedia University Ayer Keroh. Melaka. I pass with flying colour and now I doing a Degree in Accounting in Open university on part time basis.

As my academic progress becoming improving, I gain confident in my life. I still go through medical treatment at Hospital Besar Melaka. I also feel confident to share with my friend that I am receiving treatment at the hospital. Even though I still find that my supervisor don’t really have confident in me,  assigning me with jobs that I feel less challenging to my knowledge, skill and experience, it do not make me overly upset about it. Sometimes, I do feel sad about the stigma that still exist in our society but that doesn’t deter me from withdrawing myself from the society. Yes, people still do not understand our illness but as long as we keep quiet, don’t attacked people (verbally), do our job at our best level, in the end they will respect and accept me, as who I am.

In conclusion I learn from my mistakes and from there I learned to accept my shortcoming, and also learned not to take criticism at heart. I also learn some critics are not worth listing to. Through this process, I gain a lot of interesting information about psychology and it helps me becoming a likeable person at my work place.