Thursday, July 24, 2014

CINTA TAK BERBALAS

Orang kata ibu punya mukjizat dan firasatnya selalu betul. Saya kira juga betul lah itu pasal yang unrequited love itu. Unrequited love bukan satu yang hina, bahkan adalah bahgian dari jodoh ketentuan yang maha Esa. Yang menjadikan sama ada cinta itu jadi suci atau jadi hina adalah kita sendiri. Bagaimana kita menghadapi kekalahan, penolakkan, mungkin sesetengah dari kita, penolakkan yang disertai dengan penghinaan. Kebanyakkan kita moving on with life dan dikurnai tuhan cinta baharu, sedangkan ada juga diantara kita kekal bersendirian hingga akhir hayat.

Sama ada kekal sendiri atau bahagia dengan orang lain itu juga ketentuan tuhan yang bukanlah atas kuasa mutlak kita sebagai insan yang lemah itu pilih itu dan ini. Mungkin kita kata kita yang pilih, tapi sebenarnya kecenderungan hati itu adalah atas kehendak tuhan. Tuhanlah jualah yang menulis untung nasib kita sebagai begitu dan begini. Dan bukan tidak ada orang yang bersendirian berjaya hidupnya. Macam yang saya kata pokoknya tindak balas kita terhadap ketentuan Tuhan. Adakah kita kecewa, dan kemudian menjadi seorang yang “destructive” sama ada memushankan diri sendiri atau memusnahkan yang lain, atau sebaliknya.  

Ibu-ibu, bapa-bapa tidak seharusnya rasa anak yang menghadapi cinta tak berbalas ini sebagai bermasalah (sebab salah satu ciri orang yang cintanya tak berbalas ini dia tak akan stick pada satu tempat lama-lama, dia tak stick not because she or he cannot get along with other people, it’s just the feeling kut, there’s always a feeling nak tengok orang kat tempat lain macam-manalah pula ragamnya)…Atau akhlaknya tidak dia tidak cukup baik untuk melayakkan dirinya untuk menjadi ayah, atau ibu. Ibu-ibu, bapa-bapa harus yakin setiap bagian tuhan itu adalah ujian buat anak. Dan Allah hanya menguji mereka dengan ujian yang mampu tertanggug oleh diri anak tersebut.

I’m going to talk to one of my untie pasal benda ni. I nak cakap direct dengan my mom memang tak retilah. Bila kita tak boleh, selalu sahaja ada orang lain yang boleh bantu. Ya ya ya….my busu complain that my mom masih tak ok lagi dengan tawaran kerja di Bandar Baru Jempol itu. Pergh….masak aku di hujung-hujung Ramadhan ini.

No comments: