Wednesday, July 30, 2014

Harass Raya

Raya tahun ni memang satu pencapaian yang sungguh tak ku sangka. Saya berkonvoi dari Sungai Udang Melaka, melalui ntahlah tak ingat, yang ingat, Cina, Cina ntah apatah... Ramuan Cina Besar??? Lubuk Cina, Cengkau, lepas tu masuk toll Pedas, keluar Senawang, dan menuju ke rumah Atuk kami di Panchor Negeri Sembilan....lepas tu masuk pula lebuh LEKAS keluar ntah kat mana tah, alih-alih dah masuk Bandar Kajang, seterusnya tahu-tahu dah sampai rumah nenek di Hulu Langat aje. Banyak lampu isyarat, jalan pula di sibukkan dengan pembinaan MRT. Alahai terasa harass sangat. Bukan saya sahaja yang terasa teruk, adik sepupu yang mengepalai jelajah raya tu katanya lagi rasa macam nak pitam kerna perlu memandu slow....80-100km/j untuk meng" accommodate" saya yang memang tak reti bawa kereta laju-laju ini.

Belum, harass masih belum berakhir, masih ada lagi satu destinasi iaitu rumah Mak Lang di Melawati. Kali ini jalan bukan sahaja berliku tapi turun naik cerunlah pula. Kecut perut mak, nak tukar gear pun gabera...sampai adik pupu yang sekolah rendah tu pun pandai bercakap. pst... pst ada ke dia kata mmmmmak, tak pandai bawak kereta! Kemain lagi dia mengumpat-umpatkan mmmmak  dengan ayah yang kerja bawa bas itu dalam bahasa Inggeris. ayah dia kata "your kak long should change to a lower gear."..choi mak taulah turun bukit kena turun gear, mak kecut perut jer sebab cerun tu curam sangat, jadi mak tekan break sikit, sebelum tekan clutch dan tukar gear...salah ka? Dari jam 12.30 kami meninggalkan Melaka, pukul 1 pagi lebih baru selamat sampai semula ke rumah. Rasa memang macam nak bermalam sahaja di rumah Mak Lang, tapi saya tak berani cakap apa-apa. Bukan, bukanlah saya rasa letih, tapi jalan dah jauh-jauh, lagi berliku-liku, turun naik cerun, abish tu lepak maksimum 3 jam aje. eish tak berbaloi, buang karen, buang duit minyak aje, kan.

Ini semua plan Pak Ngah saya, pesara tentera itu. Ntahlah muka masing-masing happy je. Harass pun harras lah, iya. Rupanya memanglah susah jadi pemandu ini,kan.....


Pun dalam beraya itu sempat berborak dengan adik sepupu yang sedang mengikuti rancangan "national service" Dia dapat kerja dengan polis, katanya. Dia tak minat. Mak, makcik semua dah pukul canang adik ini akan mengikuti jejak langkah abangnya dan Mamang* dia. Saya tau teman memang tak suka.

Saya kesian kat teman. Family saya memang lorat. They always know wat the best for you. They never try to understand our dream, our interest. Kesianlah kat kami yang kreatif ini. Mungkin dalam family belum ada yang berjaya sebagai artis, wartawan, DJ atau YB agaknya, jadi family memang tak terfikir one of us boleh berjaya dalam bidang ini.


Dan  saya perhati ada adik yang memang diberi kelebihan bersosial dan akan lebih gembira jika mendalami bidang komunikasi, kemasyarakatan, social-work. tapi kita tak tau apa itu social-social dan mak sayalah especiallnya memang meluat dengan kaki-kaki lorat sosial banyak bercakap ini. So kalau ada bakat bercakap baik simpan sahaja, berusaha belajar sungguh-sungguh, jadi pensyarah, jadi cikgu, ajelah tu.

Kesian kat adik kena tuduh dengan mak bila dia cuba beri justifikasi "kenapa saya tak nak jadi POLIS". Kata dia, saya cepat gabera...saya takut, saya gabera sebab saya tak ingat saya letak kunci kat mana. lagi satu dia kata, "saya gabera bila mem (superior dia) marah-marah, bila saya tersalah faham dengan seorang pondan Thailand yang tak berapa faham Bahasa Inggeris. Saya tanya pondan dah buang belum dia kata dah, (tapi dia tak buang lagi dia cuma kepit anunya dalam-dalam) dan saya pun tick borang "sudah". Lalu pondan tersebut diserahkan pada 'mem' bukan "sir' untuk pemeriksaan. Saya malu bila "mem" marah dan sebut-sebut benda itu". Saya juga tidak sukakan orang jahat, saya tak suka pakcik jahat yang tak puasa dan merayu-rayu nak minum air, saya marah pakcik tu. Saya rasa sangat sangat teruk dan jahat sebab marah pakcik tak puasa." Saya cuma kata begini " it's ok to do something that we don't feel comfortable, in the first place. Kerja polis penuh dengan orang jahat yang kita benci...itulah cabarannya" dan saya membebelkan pengalaman saya yang tak seberapa itu.

Bagi orang otak kanan memang susah untuk saya kerja dalam bidang perakaunan yang penuh peraturan (dan terpaksa juga berdepan "orang jahat" yang cuba membengkang-bengkokkkan peraturan) yang membosankan itu. Tapi setelah lebih 10 tahun berkhidmat, saya sudah rasa biasa-biasa aje. Dan saya rasa baguslah saya yang tak berdisiplin lagi kuat berangan tapi baik lagi lurus bendul ini berkerja dalam bidang yang ketat dan sendat ini tapi seketat mana, pun akan ada genius yang boleh putar semua. Kadang-kadang memang diri rasa macam teruk terpaksa merelakan peraturan diputar pulas sesuka hati....tapi itu tidak mengapa. Setuasi ini hanya kadang-kadang sahaja berlaku, bukannya selalu, pun.

* Mamang- panggilan bapa saudara bagi etnik Boyan.

No comments: