Thursday, January 30, 2014

Satay Kajang....

Dulu kata tak mau tulis benda-benda yang orang sibuk tulis, tapi tulis juga,kan. Biasalah tu manusia. Kalau dah hangat sangat, kita pasti akan terinspirasi untuk bercakap akannya. Lepas kangkung, kajanglah pula. Kajang orang kata penjodoh bilangan kertas. Berkajang-kajang. Contoh ayat “Telah berkajang-kajang surat yang dia kirimkan, namun tiada balasan”

Ok enuf pasal makna Kajang. Kajang di sini yang heboh diperkata hari ini ialah nama khas. Kajang. Bila sebut Kajang bukan kertas atau surat cinta yang terbayang, tapi satay. Satay Kajang. Memang kita semua agak terkejut bila mana apa yang pernah berlaku di Permatang Pauh, kini berlaku sekali lagi di Kajang. Rata-rata kita tak sangkalah pasal cerita anak dia tuntut fasakh kerna dah ada lelaki lain dia sanggup buat drama Kajang.

Kalau dulu Permatang Pauh kita faham. Ini pun kita faham jugalah, maruah anak,kan. Mai offis memang pencacai kuat mereka cuba divert isu Kajang bikin cerita kunun semuanya berpunca dari UMNO. Kira bolehlah puisi di bawah ini ditukar jadi puisi politik.  Ayam PR, ular UMNO.

Bagaimana hati tak bimbang
Ayam direban disambar ular.

Patutnya bila guna sambar, kena binatang yang menyambar contohnya helang….atau jika mau ular juga bolehlah dikata ular yang membelit. Maafkan pemuisi kerna katanya pemuisi adalah seorang JURUTERA. Hmmmm budak skola sains lagiii….So maafkanlah dia he he he…..

Ular yang bukan sahaja mau membelit dan melahap tukang satay Kajang, tapi keseluruhan Selangor, katanya. Mastermindnya ialah Tun Mahathir. Mamak memanda yang dah tua tu dikata-kata sebagai macam tak sedar diri dah tua tapi masih juga jahat dan bernafsu mencatur itu dan ini. Hobi agaknya. Malas nak tulis apa dia cakap, sebab apa yang dia cakap adalah ulangan dari apa yang Rafizi Ramli cakap.

Saya pun malas nak tulis balik apa yang Rafizi Ramli cakap. Pada saya Rafizi patut spend time berdiet dan pergi gym ka, boot camp ka, sun bathing ka, baru cakap Rafizi jadi lebih appealing. Ini tak, bulat, tembam putih macam muka tak pernah kena jemur di bawah mentari. Rafizi lebih kelihatan macam penulis fiskyen/novelis yang lebih suka berkawan/bercakap dengan buku dan fantasi dari bercakap dengan manusia. Anti social. he he he he…


Ok mai kita tinggalkan dulu si Rafizi Pahlawan LEMBU NFC itu. Mari pula baca ulasan/kupasan/analisi blogger OTAI yang memang femes dan masih fames. Kalau rasa macam tak sedap, masam, pahit kelat jah apa yang dia sampaikan ini bolehlah kita baca dulu hadis nabi yang kata “bila datang satu berita, periksalah peribadi pembawanya” 

Wednesday, January 29, 2014

Dilema

Mak ajak pergi JB pada cuti hari raya Cina ini. Saya rasa macam malas aje. Lagi satu, habislah diet kalau berkumpul-kumpul macam tu. Ha ha ha….Dia mula menspiko. Dia cerita pasal ada seorang adik sepupu dia punya adik ipar. She don’t want me to end-up like “the adik ipar”.

Pada ketika lain, kawan saya mengoffer datang kemas rumah saya bila saya cerita yang mak saya sakit hati dengan saya kerana saya tak pandai kemas rumah. Kawan saya pun dalam usaha mengurangkan berat badan.

Saya pula mau berkelah-kelah, mandi air terjun ka, apa-apalah yang berkaitan dengan air….

Kalau pergi Johor lepak-lepak, makan barbeque boleh naik 1, 2 kg. Kalau stay boleh kemas rumah, ajak kawan pergi sauna, mandi air panas kat Gadik, boleh mau turun 500gm he he…


Mak saya? hmmm mak saya iya mak saya…. Pergi Johor….24 jam pergi berkubang kat kolam renang sana/shopping kat KIP MART, segala macam shopping yang ada kat JB tuh, BULE? He he he…. Tunggu-tunggu, tunggulah, saya call sepupu belah ayah saya.  Mungkin saya balik Muar dan berkelah di Air Terjun Gunung Ledang, atau Panjat Gunung Ledang..

Sunday, January 26, 2014

TERAPI MINDA

(Magistret,kan ada, so berhentilah nak mengada-ngada dengan laki orang dalam Facebook)

Saya terfikir nak tanyakan soalan ni pada kawan FB saya. Tapi saya fikir balik tak payahlah, kalau dia busy tak de masa nak layan soalan2 bodoh ni saya sedih. Kalau dia layan pula, kita saling layan melayan berbalas massange, tak lama lepas tu nanti saya "kena serang"lah pula macam yang dulu-dulu tuuuuh, perempuan gatal pegacau laki/jantan orang lain. Jadi esok pun saya boleh tanya pada kawan-kawan atau masa saya nak certified true copy sijil nanti saya boleh tanya sama majistret kat opis aje ni. Tapi sebab saya dah tulis saya letak ajelah kat sini. Massage yang tak kesampaiannya adalah seperti berikut:-

Saya ada 2 benda nak tanya awak ni.

Sebelum tu saya nak cerita dulu perkara yang menyesakkan hati saya. Tiba-tiba aje hari ni saya rasa standard-standard ni dah tak best lagi. Pensyarah history saya ada kata akan datang satu ketika nanti kamu tidak sukakan/berperang dengan standard. Sebab saya dah tak sukalah ni, hari ini saya rasa kerajaan Malaysia  tak patut tukar basis perakaunannya dari asas tunai kepada accrual basis macam yang kebanyakkan dipakai oleh Negara-negara maju. Dia mesti tanya benda alah ni punya sebab memang dah wajib kita nak beralih pada 2015 nanti. FYI, (saya dapat maklumat dari dalam portal SPA,lah, mana lagi) nak pakai 4 orang aje. Interview satu Malaysia, ribu-ribuan calon.  

Soalan pertama saya awak rasa macam kurang ajar tak kalau saya cakap jujur dari hati saya yang saya tak berapa setuju lagi kerajaan nak tukar asas perakaunnannya.  Tak ka saya ni dah jadi macam kartun/lalang dah sebab masa pergi interview juruaudit hari tu, saya kemain lagi gian/teruja sangat dengan peralihan kepada Accrual Basis Accounting nih. 5/2 (tak sampai setahun) dah lain pula jawabnya, dah tak suka lah pulaaakkk.


Lagi satu soalan ke 2, awak rasa kalau orang tu nak cari calon Penolong Akauntan  agak-agaknyalah apa yang mereka tengok/cari. Saya ni jenis terima seadanya aje. Saya tak retilah nak membayang-bayang ni. Hari tu yang saya pergi interview yang gagal tu,kan. Komen dia, sebagai juru audit saya perlu berminda pembangkang, tapi jangan sampai nampak pembangkang. Dan dia tak nampak ciri-ciri itu ada pada saya. Saya ni perempuan, mak saya kata hodoh kalau perempuan ni banyak sangat bangkangnya. Itu kalau orang nak cari bini,kan. Nak cari juruaudit, kena membangkanglah pula, ni akauntan ni ntah apa pulalah maunya ye…hmmm. Susah betul hati saya, ni. 

Saturday, January 25, 2014

KANGKUNG GST

Susah sangat ka nak terima hakikat, suka tak suka masuk 2020 Malaysia akan jadi Negara maju. Antara ciri-ciri sebuah Negara maju barang mahal, gaji mahal, ada GST. Kos sara hidup yang melambung naik. Abeh tu apa akan jadi pada mereka yang bergaji sedikit? Benda tu benda biasa, adakah harga barang akan turun. Adakah dalam masa terdekat ini akan muncul penyelamat seperti dalam cerita fiksyen macam The Last Air bender, the Avatar, Imam Mahadi, apa lagi ek. Ntah.. Terpulang kamu untuk mempercayainya. Tapi sebelum anda mempercayainya ada baiknya melawat dulu ke Singapura.

Di sana sudah maju. Orang-orang kecil seperti pemandu bas dan teksi yang  dah penat mengeluh dan tak tahan ada yang berhijrah. Bila mereka berhijrah, tempat mereka diambil oleh buruh warga asing. Ibu saudara saya seorang guru, pun memang ada bercadang untuk berhijrah ke Melaka bila khidmatnya telah tidak diperlukan lagi pada masa akan datang. Jadi saya sudah mula berfikir ke arah itu jika saya  tidak lagi mampu untuk menghuni Negara ini.  

Bukankah molek jika satu hari nanti negera ini hanya dihuni oleh orang-orang kaya yang tinggi IQ dan berjawatan tinggi dan bergaji bersar sahaja? Kerja-kerja manual, serahkan sahaja kepada buruh asing yang sanggup terima upah yang rendah, atau mana yang boleh kita guna mesin, robot, kepintaran buatan, kita gunalah yang itu.

Kerani-kerani, misi-misi, masa dia kuat bolehlah kerja, bila dah pencen bolehlah kalau masih nak duduk di Negara Maju ini boleh didudukkan mereka ke rumah orang tua-tua. Pencen mereka  dipotong separuh. Aturkan program mengimarahkan masjid-masjid kita yang memang besar-besar ni pun. Suruh mereka selalu puasa, Diet. Jaga pemakanan. Diet bubur nasi beras hancur dengan kangkung, jimat belanja. Dah tua-tua bukan boleh makan sedap-sedap, yang mahal pun, kan. Sekali-sekala musim raya, musim berbuka puasa bolehlah bagi peruntukan kat YB-YB belanja makan kat hotel-hotel yang sedap-sedap tu.

Bukankah plan ini sangat molek? Apa yang korang nak sangat? Bukanka selama ni pun kerani-kerani, pekerja-pekerja rendah kerajaan ni ko memang geli dan benci sangat pun? Suruh sekolah pandai-pandai malas, dah kerja pun malas lagi, melaram pandai, jaga anak langsung tak pandai asyik EL-EL(emergency leave) anak sakit, anak sakit. Jaga diri sendiri pun tak pandai, kalau tak EL anak sakit, dia sendiri yang sakit, ambil MC, cuti sakit.


Jadinya kalau pelan ni berjalan lancar warga-negara Malaysia hanyalah terdiri dari orang-orang yang tinggi IQ yang rajin, pandai jaga anak, pandai jaga pemakanan, jaga kesihatan. Anak dan keluarga susah nak dapat sakit, semuanya terancang, emergency-emergency ni tak ada, tak pernah. Yang lain-lain yang rendah-rendah tu semua bukan warga-negara, kuli-buruh berat/hamba yang tak punya kewarganegaraan dan "suara". Itu pun ko masih tak suka lagi ka? Bukankah itu yang korang maukan?


Dahlah tak payah dah nak masuk seminar, masuk sembang/chetting dan memekak, berlagak intelek/pemikir/pengkaji perihatin, kunun kesiankan orang susah, sedangkan selama ni ko tak pernah suka pun pada orang-orang susah yang memang dilahirkan berIQ rendah dan layak jadi KULI-KULI aje. Kita tak pernah susahkan/cemburukan pun ko senang itu, walau tiap kesempatan, ada aje benda peraturan, pekeliling, yang korang buat untuk tambah kita jadi lagi susah dan sempit. Yang ko tiba-tiba sejak dua-menjak GST ni sibuk-sibuk susah mengangkat kita yang tak senang ni apa ke hal,nya? 

Friday, January 17, 2014

You don't need to explain as I'm not that STUUUUPPPPIIIIID!

Saya terpanggil untuk mengomen dalam pasal artikel dalam blog ini, tapi memandangkan sendiri tak ingat passwordnya (bila pula aku ada akaun dengan wordpress nih?) dan bila saya cuba recover/asked for a new Password tapi tak berjaya saya tulis komen saya kat sini ajelah.

Melihat telatah si KJ ni mengingatkan saya pada satu babak dalam Filem Troy yang ada Brad Pitt didalamnya. Babak di mana usai Paris memperkenalkan Helen kepada ayahanda baginda.  "Itulah wajah yang sekian lama telah ditilik membawa petaka kepada empayar TROY" kata Raja perlahan dengan wajah yang sangat gusar sekali.

Sebagai orang Melayu saya memang aware dengan tilikan penteori RAHMAN yang menilik akan kehancuran kuasa UMNO/BN setelah berperdana menterikan lelaki yang lebih senang ramai ingat namanya bermula dari huruf N.

Saya tak kisahpun andai perkara itu benar-benar berlaku dan hanya perlu menyiapkan diri dari segi mental jika berperdana menterikan orang seperti KJ. Pun begitu saya berdoa sama Tuhan yang perkara itu berlaku setelah saya pencen, iaitu lagi 19 tahun lagi. Masa itu bolehlah saya berhijrah ke Negara yang belum lagi mencapai status Negara Maju, macam yang banyak telah dibikin oleh pesara-pesara Jepun yang menetap di sini dengan selesa.

Selfish? Abeh apa yang orang seperti saya boleh lakukan, pergi bunuh si KJ tu? Hmmm sekali terbunuh akan lebih ramai lagi Melayu yang tak sabar menggantikan KJ. Saya juga yang akan mati sia-sia. Mereka boleh sahaja reka cerita sensasi yang  KJ dibunuh/dirogol mati oleh peminat fanatiknya yang kecewa. Ha ha ha….


p.s, sapa nak ngaku akan kebangsatan bangsa sendiri,kan walau sejarah memang mencatat yang mereka itu memang bangsat, pun.

Kangkung VIRAL II

Aik, kangkung Laagiiii. Ya kangkung lagi, itulah yang saya malas nak bertekad-tekad nih. Memang Kangkung nih, memang. Tak padan kangkung tapi boleh bikin kita sangat marah. Kali ini saya marahkan gambar di bawah.

Gambar ini saya ambil dari blog ini


Ya memang marahlah…Pasal dia, mau sahaja rasanya melayan nafsu mencarut-carut, memaki-hamun, menyumpah-seranah dan lain-lain akan seluruh keturunan bangsa nan satu itu. Mau saja tapi tak buat, pun sebab saya ini bangsa yang ada tuhan, ada nabi petunjuk jalan yang sangat mulia, tinggi akal budi lagi terpuji akhlaknya. Kerna sayangkan Nabi, lah saya mau mencontohi perangai baginda sebaik mungkin. Guru saya meriwayatkan bahawa Tuhan dan Nabi saya tidak pernah mencarut.

Pun rasa marah saya terhadap bangsa biadap ini bukanlah pasal sikap biadap mereka. Saya sendiri pun kadang-kadang marah dan biadap pabila saya rasakan saya perlu berbuat demikian.

So biadap bukan isunya, yang buat saya marah ialah pasal kerakusan dan tipu-daya mereka. Bukan menjadi rahsia lagi yang harga barang di Negara ini tidak terletak 100%  kepada mekanisma permintaan dan penawaran pasaran. Pasaran kita kotor. Tidak bersih. Siapakan yang pengotor ini? Jawablah sendiri. Semua pun tahu, siapa mereka. Cuma dulunya mereka ada segan dan silu, tapi hari ini sudah tidak lagi. Kita semua sudah senang, kita semua sudah tamak, sudah pandai irihati. Jadi sudah tidak rasa malu lagi untuk memasang angan, langsung mempamerkan dendam kesumat, kedengkian di hati yang setelah sekian lama dipendam.

Orang yang marah-marah kata sepatutnya lelaki berkemeja putih itu keluarkan idea macam mana nak tolong rakyat turunkah harga barang, bukan menghina pemimpin lawan. Mereka juga dengarnya sudah berpakat nak berkumpul di satu tempat mau mengajar lelaki yang sedang menyumbat kangkung itu tentang adab. Satu perbuatan yang saya kira sangat sia-sia. Mengajar orang yang sudah terlalu angkuh dan tidak boleh diajar lagi adalah perbuatan yang sia-sia umpama mencurah air di daun keladi.


Satu aje yang boleh mengajar dia. Ketamakan dan kebiadapa manusia lain. Penuhilah hajat Si TAMAK yang bertuhankan MATERI, nescaya bukan lelaki itu sahaja, bahkan semua kita akan jadi sangat terpelajar. Pensyarah matematik saya yang sebangsa dengan saya pernah kata “if human don’t want to learn the soft way, let them learn it the hard way”

Thursday, January 16, 2014

Kangkung VIRAL

Saya memang malas nak tulis pasal benda yang orang banyak tulis. Kangkung-kangkung ni memang pada mula memang malas nak tergedik sama menulis walau dah siap beberapa pantun kunun untuk mengada-ngada dengan kawan FB.

Bila kangkung jadi sangat viral, saya batalkan niat untuk membeli pantun tersebut. Dan saya sudah bertekad tak mau tulis, tak mau terlibat, tak mau tersentuh dengan cerita kangkung ni. Tapi kangkung ni memanglah. Memang berhantu dan hari ini tekad saya luntur dan saya menulis juga pasal kangkung.

Saya terjentik untuk menulis kerana pantun berikut yang kunun didakwa ditulis oleh Prof Diraja Ungku Aziz:-

Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar terbenam air parit
Rakyat mengeluh lelah dan sakit
Sedikit diberi banyak diungkit

Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar di air parit
Bagaikan melepas anjing tersepit
Dah jadi pemimpin rakyat digigit


Sekali imbas pun kita akan kata no no no tak mungkin Ungku Aziz menghasilkan pantun seteruk ini. Pantun ini rendah kualitinya dan kerendahan ini sudah tentulah berpunca dari IQnya yang tidak setara dengan IQ seorang Professor. Waima Professor yang dibenci dan dilabel rakan taulan dan anak didik sendiri sebagai Professor kangkungpun mustahil akan menghasilkan pantun yang qualitinya sangat rendah.

Oklah malas nak komen lebih-lebih… nah, sekarang mari bandingkan dengan pantun yang saya hasilkan. IQ saya kalau tak setinggi IQ Professor tapi cukup tinggi untuk melayakkan saya belajar di Sekolah Menengah berasrama Penuh.

Kalau tuan alergikan belacan
Bilis dan cili pun tak kurang molek
Berbudi tanpa, kasih dan ehsan
Itulah dia yang dinamakan BODEK

oh pantun yang mengispirasikan pantun di atas adalah seperti berikut:-

Bila kangkung ada di longkang
Tanda petani kerjanya malas
Bila sanjung ditunggu datang
Tanda berbudi hati tak ikhlas

Apa guna menumis kangkung
Kalau tidak dengan belacan
Kalau berbudi harap disanjung
Itu kasihan bukan ehsan

Kalaulah tak bebal memilih baja
Kangkung pasti subur di laman
Kalau handal mengimbang harga
Semuakan puji, tuan budiman.

Lagi sekali banding-bandingkanlah pantun sangat popular yang kunun didakwa dihasilkan oleh Prof Diraja dengan pantun-pantun yang dihasilkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Sains...jerrrrr! Kalau ada Sekolah  Berasrama Penuh Sastera...hmmm , tentulah pantun-pantunnya akan lebih hebat lagi.

Thursday, January 2, 2014

Orang-orang HEBAT

Skeptikal. Itu perkataannya. Skeptikal jugalah menjadi racun orang pandai macam saya ini. Banyak benda kita skeptical. Contohlah macam dari cerita yang lalu, contoh eh, contoh jah. Bila mana saya diajar Negara akan maju, cara nak hadap Negara maju dengan kerja keras untuk dapat duit lebih, duit gaji tinggi, belanja pun tinggi, semua naik. Kerja keras, belajar bersungguh-sungguh. Itu ajelah yang saya nampak. Saya yang diperkenalkan dengan “inflation spiral” sejak A-LEVEL memang tak nampak kemungkinan harga barang boleh turun.

Namun bila kita berkerja, bercampur gaul, berbual-bual, bercakap-cakap,  berblog, kita berjalan-jalan offline, maupun  surfing online,  kita ditemukan dengan pelbagai pendapat dan kepercayaan dari mereka-mereka yang bukan dalam bidang kita yang percaya, harga barang, indeed boleh turun kalau kita tukar kerajaan atau gulingkan kerajaan yang sedia ada dengan apa cara sekali pun.

Saya yang membesar dalam bidang saya, saya skeptical, dan  mula berkata-kata dalam hati benda yang macam-macam. Iya saya yang kerani, kuli-kuli batak ni memang rasa macam nak ketawa, pun ada. Kadang-kadang memang ada juga kata dalam hati “alahai belajar tinggi-tinggi pun tapi cakap serupa macam orang gila yang kuat berangan”


Mujurlah saya ni kerja kerani aje, dan yang bercakap tu masing-masing memang hebat, jadi gelak-gelak saya hanya dalam hati dan setakat menulis dalam blog ini ajelah. Mana saya tau mereka betul-betul hebat?. Ala, kat sini dalam kerajaan ni pun ada ramai penyokong,  sedara pemimpin mereka pun ada kerja makan gaji sama-sama macam saya. Jadi saya taulah betapa hebatnya mereka. Bila saya cakap hebat ni bukan saya memperli. Tapi sememangnya memang hebatlah jika mau dibandingkan dengan saya. Hebat dari segi kualiti kerja, pencapaian akedemik, segala-galanya hebat, Cuma jawatan itu tidak setanding dengan kerajinan dan kehebatan berkerja.

 Kalau mereka kerja diluar-bersendiri, tak makan gaji tentu mereka dah lama kaya-raya. Kenapa mereka tak kerja sendiri saya pun hairan. Mungkinlah kut jihad kut. Mereka boleh turunkah harga dari dalam. Jika harga turun, apa payah, sibuk-sibuk nak kerja macam nak mati, nak kumpul duit banyak-banyak,kan. Lagipun agaknyalah kalau mereka tak masuk kerja makan gaji dalam sektor awam alamatlah boleh tergendala kut semua jentera kerajaan. Kalau kat dalam opis tu dia ada dua tiga-orang, hah dia dua-tiga orang ajelah tu yang buat kerja, yang lain ni (penyokong BN, yang di atas pagar, semua makan gaji bute). Tak apalah mereka menyusup masuk dalam jentera kerajaan ni, demi nak tolong rakyat.

Melihat kehebatan mereka, jihad mereka kesungguhan dan ketidak-hairanan mereka mengejar harta/materi, itulah saya tak berani nak ketawa lebih-lebih dan langsung tak berani nak bercerita pasal yang saya tulis sebelum ni di pejabat. Tak mustahil  orang-orang hebat ini, boleh menghasilkan sesuatu  yang di luar buku teks Ekonomi Asas saya. Lagi pun saya belajar Ekonomi pun peringat yang sangat asas aje,pun. Alahai baru belajar “Inflation spiral” sudah mengada-ngada nak predict future orang…. Sibuk-sibuk dengan future sendiri sudahlah Mardhiah ya…Future engkau pun bergantung kepada mereka. Dia tak bagi ko markah prestasi bawah 85% pun dah cukup baiklah tu. Karang banyak sangat mengutuk, dia bagi ko betul-betul rendah, baru padanlah muka,kan.