Saturday, April 28, 2012

Super KIASU


Orang ni kata hok ni brutel, orang ni plak kata hok ni zalim dan terjadilah kejadian saling tuduh-menuduh dalam cerita BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam. Ada yang bergaduh-gaduh dalam FB pun ada, pasal sapa mula dulu, bila ada kereta polis dah terbalik dan ranap dikerjakan semasa BERSIH 3.0. Hok ni kata polis langgar dia dulu, dah terperesuk mayat bawah kete polis, itu pasal kete polis terpaksa diterbalikkan. Hok ni kata, plak polis terlanggar sebab hok ni pakat-pakat baling botol kat kete polis.  Tapi bila anak dia 48 jam tak balik rumah, kena rogol, POLIS juga yang deme cari. So, buang karen, buat sakit hati aje melayan cerita POLIS jahat nih. Ko iyekan ajelah cakap dia, walau ko rasa orang hilang akal aje yang akan menterbalikkan kereta sebab nak keluarkan mayat bawah kete. Dah termasuk bawah kereta takkan tak mati, kan. Sure, yang ada di bawah kereta itu mayatlah.

Namun begitu  dalam menganut akidah kapitalis ni, kita perlu juga menganut sama kenyataan yang “CUSTOMER always right”. PM kita sendiri kata rakyat diutamakan. Jadi bila bercakap pasal BERSIH 3.0. Rakyat yang berdemo itu pelanggan/CUSTOMER. Pelanggan yang sangat percaya yang system undi kita tidak bersih. Mereka memang ada bukti yang mengatakan ianya kotor dan dicemari element-element rahsuah, penyalahgunaan kuasa dan apa-apa lagilah kata-kata bombastic yang terdapat dalam kamus, yang saya sendiri pun tak kuasalah nak mengingatinya.

Pihak SPR pun saya kira dah melakukan penambahbaikan, dan hujah mereka, jika sekiranya betul system kita kotor, mengapa PAS boleh memerintah Kelantan dan dalam PRU yang lalu buat pertama kalinya BN gagal mendapat majority 2/3?

Tapi berapa kali orang nak ulang hah! CUSTOMER always right, walau betapa kita rasa kita dah lakukan sedaya mungkin buat benda betul, tapi masih ada juga pelanggan yang tak puas hati, biarlah cerita pasal kita buat kerja betul, simpan dengan kita-kita aje. Iyakan ajelah cakap pelanggan yang sentiasa betul itu. Buat kata ada cerita Movie Amerika pun, ntah apa tajuk, lupa dah:- “orang kije gomen(dalam cerita tu polis FBI) nih, bukannya buleh kita nak bercerita pasal kejayaan kita semasa makan malam krismas, macam orang kerja sendiri, atau macam artis, penyanyi, pelakon pun” Memang jadi badutlah kalu dok brag about our success dalam perkhidmatan awam, nih. Orang menyampah nak dengo.

Macam kat Amerika tu dah ramai juga dapat sakit mental sebab mengelonkan pelanggan yang kadang tu idaklah berapa betul sangat pun, tapi orang kata kita belajarlah dari Amerika, kita buatlah hapa-hapa kursus untuk menangani manusia-manusia kandang tu yang idaklah berapa betul sangat pun, lagi bako darah jah kelakunya tapi dah diberikan MANDAT betul selalu.

Kita kat sini pun ada kaunselor, sikit lagi up masalah kita, kita ada pegawai-pegawai perubatan yang sedia membantu. Memang dalam berhadapan dengan pelanggan yang cerewet, dan memang ada jenis pelanggan yang rasa mereka tak pernah salah memang menguji kesabaran, tapi kita harus ingat akan support-support group yang sentiasa ada untuk menolong kita.

That is to say at the end of the day, kisah pelanggan yang banyak cekadak yang pada mata kita tu kadang mereka lebih psiko dari kita yang memang berada di barisan yang terdedah kepada tekanan-tekanan manusia yang memang pergh orang kata KIASU, tu, akan berlalu bagai angin petang yang sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Thursday, April 26, 2012

update saja-saja


Minggu ini ada khabar gembira, yup setelah hampir setahun habis belajar akhirnya saya dipanggil temuduga jawatan yang sesuai dengan kelayakan baru saya. Lama tu, kan. Tapi macam itulah agaknya kalu kita nak keja gomen. Memang kena tunggulah. Dah tunggu, tak pasti juga akan dapat jawatan tu. Biasanya yang dapat interview memang ramai.

Itulah,kan despite orang kita sendiri mengata-ngata, mengeji penjawat-penjawat awam, tapi kalu time buka application, ya saya percaya, orang SPA sana tak perlu risau tentang tak dapat sambutan. Walau bagaimana jijik pun orang nak mengata orang kerajaan ini, lepas graduate, lepas SPM, pasti seperti wajib kita mengisi borang SPA on-line.

Saya dapat interview Penolong Juruaudit. Memang saya gelihati sendirilah, kan. Macam mana orang yang sering dikata-kata tak reti buat kerja, kerja asyik salah ini, nanti nak mengaudit orang lainlah pula,kan. Tapi mana tau rezki saya. Saya tidak pernah berangan nak ber”temu”, dan kalau boleh memang tak mau mengaudit orang yang pernah merendah-rendahkan saya ditahap yang saya memang kalu cerita memang buat diri sendiri aje yang down, kan. Memang minta simpang malaikat 44 dari ber”temu” dengan mereka-mereka itu. Pada saya lagi nanti kalu kita mai audit dia dan katalah ada salah, lagi saya akan rasa serba-salah. Ada orang pula akan rasa hebat kalau dapat buat macam itu,  buat kata-kata kawan-kawan “ko tunjuk kat dia ko ni siapa sebona eh”  Apo eh, nak nunjuk-nunjuk ni, buang karen aje, idaklah kita ni hebat mana pun sebona eh, mati sok semua mati dimakan cacing juo kita nih.

Anyways, like I said ia hanya sebuah temuduga dan belum tentu dapat, walau ada rakan yang konfiden saya akan dapat kerja itu. Masinlah mulut rakan-rakan yang berkata demikian. Moga keyakinan kalian jadi kenyataan hendaknya. Ada juga yang menasihati agar saya jangan overconfident. Saya taklah overconfident pasal jawatan penolong juruaudit itu, tapi saya memang confident, come this July kalau outcomenya tak menyebelahi saya(keputusan temuduga itu boleh diketahui pada 16/7/2012 nanti) saya tetap akan memohon keluar dari Pejabat sekarang.

Alasan, adalah alasanya, quite concrete juga, kalau kawtiem dengan Puan, mesti dia ok dan mau tolong punyalah, kan. Saya memang dah lama nak keluarpun. Saya jenis manusia yang susah nak sakit hati, tapi kalu sekali dah sakit hati, kalu nak maaf, tu memang saya kena kalu boleh tak mau tengok muka orang terus baru boleh maaf dan lupa. Lagi pun orang yang menyakitkan hati itu tak pernah minta maaf langsung pun. Sebab pada dia benda yang dia buat itu betul dan tak salah langsung. Menyakitkan hati sedara-mara, dua-pupu-tiga-pupu thagut macam saya ini  jihad-fi-sabillilah, apa?

So, memang sepatutnya saya sudah tidak berada lagi di pejabat lama usai belajar itu hari, tapi kerana kesilapan teknikal, yang mungkin disangka seolah sedara-mara thagut saya dah bikin sesuatu agar saya balik semula, jadinya saya masih di Jasin lagi. Saya benci orang Jasin? Ha ha ha…biasalah kerja kat kampung memang macam itu, kita masuk kampung orang, dan memang kampung orang itu memang kampung orang elit dan pandai-pandai kalu mereka nak pandang lekeh dengan orang kampung luar itu memang, agaknya kalu kita di tempat mereka pun kita akan rasa orang kampung luar ini memang lekeh dan bodohlah...

Ala deme Alor Gajah tak buleh kalahkan mereka dalam PMR, SPM pun sebab memang daerah deme mamang ada SPBI, ada MRSM super, ada sekolah kawalan 2, dan akan datang ini sekolah SMKA yang mempunyai aras band yang tinggi. Memang susahlah Alor Gajah nak lawan.

Lagi saya saya fikir orang Alor Gajah memang ulu dan solok,  barbaric(cakap kuat-kuat, emosional, bersungguh-sungguh), tu masih ada lagilah agaknya.  Tapi dah kita orang Alor Gajah, walau bagaimana ulu dan cipanpun kita, kalu orang kampung luar tegur kita memang walau kita mengakulah kita ini ulu sikit sebanyak dalam hati ada gak ngata macam ini,
“seulu-ulu, segasar-gasar aku, idaklah aku merampas orang punya benda. Ha ha ha…semanis-manis mulut ko, pantang ada peluang, ruang kosong, anak ko, cucu ko, anak sedara ko, semua nak ko sumbatkan dalam pejabat ini, besok bini baru ko pun, ko nak letak sebelah pejabat ko” hik hik hik hik…

Itulah dia manusia, walau dia tau dia teruk dia dan dia tau nasihat yang orang lain beri itu baguzz, untuk kebaguzan diri dia juga, walau ustaz, ustazah dah berkali-kali pesan, jangan tengok orang, tengok apa yang dia cakap, kita itu masihlah kalau kita tak suka orang itu, memang kita susah nak terima apa-apa teguran dari yang menegur itu.

Oklah babes & gurlz, chow dulu, doakan saya kalau tak dapat jawatan baru itu, cepat-cepatlah keluar dari Daerah Jasin tu. Makin lama aku mengadap muka cikgu-cikgu Jasin nih, makin meluat aku dengan perangai orang bijak-pandai-intelek ini.  Oh yeah hari ini mau cuti, mau collect convo item. 

Thursday, April 19, 2012

Sekular VS Islam


Ok n3 lepas saya kata nak cerita pasal orang yang kena serang, tapi kita cerita lain kali, atau kesel ajelah, tak payah cerita lah eh, kita cerita sembang/debat politik di pejabat.

Eh, ntahlah sapa mula dulu, saya tak perasan. Mungkin saya mula dulu kut, atau ntahlah seingat saya, dia tanya kenapa saya undi BN. Orang dah bagi tau, dia tetap nak kempen juga PR, kebetulan semalam saya ada baca pasal orang PAS tambang separuh claim penuh, saya ceritalah balik kat dia. Saya juga cerita pasal ada ustaz PAS yang saya kenal, dia juga kenal bikin perangai “membujur lalu, melintang patah” dalam bab-bab duit peruntukan kerajaan ini. Lagi ustaz, lagi expert, banyak pengalaman dan ALLAH sentiasa lindungi orang-orang solleh seperti mereka. Hah kalau terkantoi, marah-marah dan tuduh pihak yang mengantoikan mereka sebagai orang budak benci agama. Ke satu tahap dek marah sangat, menugut tak cium bau syurga pun pernah.

Ituka orangnya kita nak bagi kedudukan tinggi dalam Negara, dahlah tak ada basic background dalam finance & management, sombong pula tu, macam mana tu, kan. Dia adalah hujjah dia, hujjah biasa menyalahkan semua pada UMNO/BN. Dia Tanya GLBT sapa punya angkara? Kenapa itu, ini? Saya cakap balik, “saya secular, orang secular kata GLBT itu hak asasi manusia, kerajaan dah buat apa yang patut, namun tidaklah sampai kerajaan ada kuasa menentu orientasi seks dan selera individu yang tinggal di dalam Negara ini” ha ha ha. Macam siyal, bakau darah tak hujjah saya?

Saya  tak pernah kata secular perfect, memang semua mengakui, system secular ada pincangnya dan membiak budaya hedonis yang menghuru-harakan ummat. Namun saya juga percaya satu hari nanti Islam akan ganti secular, insyaallah, setakat ini Islam dah masuk politik, tapi masih tak menang-menang, kalu percaya pada janji tuhan, Islam akan mengantikan secular juga akhir. Saya sokong secular ka, saya sokong Islam ka, tiba masa Islam menang, Islam akan menang juga. Cuma buat masa sekarang, terutama PRU akan datang ini, saya sukar lihat Islam memang. Kalau PR menang pun, yang bakal menonjol bukan ustaz-ustaz PAS, tapi Mat Sabu dan kawan-kawan beliau. Mat Sabu, semua tau, asal beliau, belajar sekerat jalan di ITM.  ITM sana mana ada offer kursus pengajian Islam, kan.

Hah, itu dia. “Dan nanti bila ustaz ko yang haibat, berkebolehan menyelesai hutang Greece dalam masa 6 bulan, dapat menyatu dunia Timur dan barat dah muncul, hah apa maknanya satu undi aku pada parti yang ko kata perosak umat itu, kan”

Saya tak pasti yang saya menang, saya tak expect menang pun,  tapi saya tau saya menang, bila kawan saya tanya. “Dira Abu Zahar itu suka clubbing eh, apa cerita dia tu?” Saya  tunjukkan dia surat khabar lama yang ada cerita Dira. Saya cakap “ko baca sendiri, ko nilailah. Ini cerita lama, cerita minggu lepas dia minum klorox dan terpaksa dikejarkan kehospital kerana tak sedarkan diri tapi dia menafikannya bagai nak rak. Dia kata dia gestrik, dia appendix, dia stress”


Wednesday, April 18, 2012

Pembunuh kerektor


Orang kata satu dari senjata perang politik ialah pembunuhan kerektor. Kalau nak ikut benda ini bukan baru. Zaman revolusi Peranchis lagi orang dah guna dah. Ntah-ntah zaman anak Nabi Adam, Habil dan Qabil lagi mereka dah mula tektik perang lagu ini. Di Peranchis sana mangsa yang diserang ialah Permaisuri mereka sendiri. Dan mereka berjaya, dan jadilah Peranchis seperti Peranchis pada masa ini.

Di Malaysia pun sama. Katanya perang ini memang sudah lama, dan katanya juga UMNOlah yang mengajar dan memulakan tektik ini, di sini. Ianya berlanjutan, seolah perang mendedah buruk lawan itu sudah macam jihadlah pula jadinya.

Dan hari ini, penyerang-penyerang maut dari Kem Pembangkang juga tidak kurang hebatnya. Kalu dulu kita ada Raja Petra yang terkenal dengan “hantu Altantuyanya”, Kickdefella dengan “jihad menendang Pak Lah” kini kita ada Rafizi Ramli dengan “hantu lembunya”. Walau Kick dan Petra ini mereka mengatakan mereka bukan orang politik, tapi penulis peka dan bebas yang bebas menghentam, membunuh mana-mana kerektor yang mereka rasa patut dibunuh, kalau dulu Petra bunuh Rosmah, hari ini dia bunuh Anwar pulak,  Kick tendang Pak Lah, kini tendang Nik Aziz anak beranak, tak mustahil juga Razifi nanti akan jadi macam Petra dan Kick. Politikus lompat bukanlah benda yang busuk pun, di barat  sana ada yang lompat-lompat last-last terbang tinggi jua contoh orang kata Condoleeza Rice?? He he he…

Kewujudan penyerang-penyerang ini walau kadang tu meresahkan dan mengerikan pun ada juga, namun mereka ada baik dan menafaatnya juga. Ia boleh menjadikan orang besar kita berhati-hati dalam segala perbuatan mereka.  Bila nak buat jahat, kalau Allah tu jauh sangat dan tak nampak, ingatlah akan pembunuh-pembunuh kerektor yang berkeliaran di mana-mana. Hari ini kawan, esok mungkin juga seorang yang paling licik melibas senjata tajam menikam anda semula. Buat kata orang kalu nak bikin benda tak elok tu, pandang kiri-kanan dulu. Pendek kata, benda jahat baik tok sah buat. Kalau ada cita-cita nak jadi pemimpin, atau dah jadi pemimpin, hindarilah perkara-perkara yang orang tak suka, yang mengaib lagi memalukan, bukan diri sahaja, tapi juga keluarga dan rakyat yang memilih/mengangkat anda sebagai pemimpin mereka.

Esok kita cerita orang yang kena serang pula. He he he…

Thursday, April 12, 2012

Absurdity 40


Ramai yang meramalkan yang PRU13 akan berlangsung pada cuti sekolah yang akan datang. Ada banyak sebablah, dan saya merasakan itulah waktu yang sesuai. Namun ada juga kerisauan bahawa negeri yang ditadbir pembangkang enggan membubarkan parlimen memandangkan masih ada setahun lagi sebelum mandate yang diberi pada PRU yang lalu benar-benar berakhir.

Apapun bila bab-bab undi-undi ini kita suka meramal-ramal walau sebenarnya kita bukan ada ilmu dalam bidang sains politik pun. Kita suka meramal sebab memang itulah kita kut, suka menjangka-jangka siapkah pemenang dalam suatu pertandingan, tak kisah pertadingan laga, ayam ka, lembu ka, waima pertandingan ratu mak nyah pun. Memang kita kata itu haram, tapi kita suka nak menebak ayam mana, lembu mana, mak nyah mana akan memang.

Ok apa ramalan saya ya…saya fikir semeluat manapun pengundi atas pagar macam saya pada BN, meluat lagi saya melihat kemengada-ngadaan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang. Namun tidaklah itu mengatasi rasa menyampahnya saya kepada ehm ehm ehm yang perasan kalau dia tak menang pun dia bule ugut, minta itu ini pada siapa sahaja yang bakal memang.

Kita orang kecil yang tak sekolah ni, fikir satu aje, alangkah baiknya PAS dan UMNO bersatu, agar yang satu itu tidak besar kepala dan minta benda yang bukan-bukan. Orang kata harga barang naik pun pasal pemimpin Melayu muakan sangat yang satu itu, dan, orang katalah, sebab pemimpin kita dah termakan budilah, suka tak suka terpaksa biarkan sahaja apa yang satu itu nak buat, walau rakyat marhean susah. Orang kata terpaksa kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang di tanah air sendiri.

Saya mendoakan agar PR kalah teruk dan harapnya bila dah kalah mereka bergaduh sesama mereka dan PAS pulang semula kepangkuan BN dan melupakan mimpikan pemimpin ajaib, “wizard” yang berkebolehan menyatukan dunia timur dan barat dan menyelesaikan hutang Negara Greece dalam masa 6 bulan.

Insyaallah, kalu kamu orang terus sembahyang malam, bermunajat Allah akan makbulkan doa kamu, tapi kamu harus ingat, kadang tu, Allah tak makbulkan doa kamu sebab mungkin belum masanya lagi dunia ini nak kiamat pun. Kalu ko tanya saya, yang lemas dengan tingkah laku baik budak muda, orang tua akhir zaman ini memang saya kata, baik esok kiamat pun tak apa. Tapi kalu kamu tanya sama anak kecil, kamu rasa, apa fikir mereka dengan kemunculan Mehdi yang Ayah(Pak long) saya kata, lepas 40 tahun Mehdi, dunia akan kiamat. Walluhuaalam.

Anak,
Tatkala kamu baru belajar akan wizzardnya i-pad
Akan lucunya angry bird
Betapa rangupnya ayam goreng KFC
Dan manisnya rasa Mcflury

Jika aku bilang sama kamu
Semua ini hanya akan bertahan selama 40 tahun sahaja
Maka apa agaknya
Rasa isi hati kamu.
apa agaknya pinta kamu sama tuhan 
sebelum kamu lelapkan matamu
duhai anak?

ii)

tuan,
takkala kamu baru ketemu cinta
merancang mewarnai dunia dengan warna-warna benih  cinta kamu
 tika itu cinta hatimu berbisik
“ ini semua hanya bertahan selama 40 tahun saja,
      sebelum kita merai cinta sejati di abadi sana”
sedang kamu masih merasakan absurdity
cinta sejati  yang terpaksa dikongsi dengan ribuan bidadari yang jauh lebih elok parasnya
Mungkin juga, mungkin juga ia sangat menguji
Iya bisa saja 40 itu menghadirkan depressi yang indak-indak

Kita manusia, memang kalu boleh kita nak menongkat dunia. Pada masa kita berkempenkan maukan Mehdi, menyelesai hutang dunia, mengembalikan keadilan social, mau merampas semula kekayaan yang telah dikumpul oleh zionis kapitalis yahudi secara licik dan seterusnya menyahkan semua keturunan mereka dari muka bumi ini,  kita mau jua nama kita diingati hingga seratus tahun lagi, jadi apa cerita sebenarnya iyeh? 

Monday, April 9, 2012

Hey, wats-up-wats-up!


Kalu kat barat sana ada kiri ada kanan. Biasanya kanan ini kapitalis dan kiri itu sosialis. Di Malaysia ada juga tokoh-tokoh sosialis yang memperjuangkan kehidupan marhaen. Antara yang saya sangat menjadi kegilaan saya ialah Syed Husin Ali. Iya betul dia, tapi bila dia masuk PKR saya dah tak suka dah. Saya tak suka sebab Syed buleh biar Eli gambar bogel suka-suka hati mak bapak dia aje. Eish tak bermoral langsung mereka ini.

Saya terkejut juga Tien Chua, Elizabeth Wong, Steven Gan itu semua-semua geng sosialis rupanya, yup ahli PRM sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan membentuk PKR yang ada sekarang ini. Dulu suka juga Tien Chua, tapi bila Tien Chua, dah jadi YB naik Mercedes, terus tak suka dah.

Ada pula orang suka Guevara. Memang sosialis ini memang orang suka. Tapi nak jadi sosialis hingga meninggalkan kerjaya lepas itu masuk hutan, aish tak delah saya sanggup. I can see that accounting (in public sector) is getting better and better despite the scandal that surround the profession such as Enron. I don't want to miss the opportunity to be with the team who are responsible in converting the accounting basis from cash to accrual basis. If American took 10 years to complete the conversion process, we Malaysia will took lesser period. By 2015, well, we will have our very first financial report similar to what we used in commercial sector. Oh iyo ko? Iyolah tu, memang iyo,iyo kalau kita yakin iyo,iyo-iyo. Yeah! May Allah give us strength to beat the American in this account.

Biasa orang akan mengasosiasikan kerjaya perakaunan dengan kapitalis. Ya segala penyelesaian yang saya nampak pun gaya kapitalis. Caranya ialah cukai-cukai-cukai dan subsidies cut, cut in government spending is not popular at all. Down-sizing the ever bulging administration force is not also popular. Our solution is too tied-up on manipulating spending, making it becoming so alarming as it didn’t work so well in America. We encourage people to spend. How about generating more income? Not that we didn’t aware of the need to boost-up per capita income of the citizen, it just that, it didn’t work as the citizen prefer to depend on the social benefit then going out to work,(this is the case in Americalah). The American themselves were said to be unhappy, skeptical about the way the capitalist managed the nation, the economy. Here in Malaysia, we are restless about the GST. Not only GST, we are also restless with our first lady spending habbit. But all in rukun kapitalis, is about spending, tarbiyahnya, tarbiyah berbelanja.

How about socialism? I guess if you want to follow Guevara, masuk hutan, selesai masalah. Don’t asked me, I am clueless about the way socialist, communist solving the problem. The only thing that I can see here, in Malaysia, they solve the problem by going for the street protest. I am surprise why thinker like Syed Husin was not given a chance to have an active role in administration of the PR’s ruling state especially Selangor. Yeah, we see Guan Eng’s way of managing Penang. Guan Eng is not socialist he is DAP adik PAP Singapura yang merupakan sekutu ngam, kapitalis Israel. Guan Eng was highly criticized for insensitivity towards the poor Malay and Indian need. Guan Eng is said to be more interested in answering the need of high-end income group.

I really wish to see something different the Pakatan's lead state, but after so many years, Tien Chua was soo keen on street demonstration, Eli was said by the boyfriend,(yeah,yeah the one who that upload the notorious photolah) becoming "old lady" after the split-off their romantic relationship.Steven Gan? Yeah, yeah, yeah Steve, hey what Steve has been doing all this while? Steve is the surat khabar man, he was accused by his nemesis of spreading lies, membatu-api, menaikkan sentiment benci.

Apart from that? More rumah urut and more pendatang/pekerja rumah-rumah hiburan orang dewasa. All we care is about entertainment, as if we work so damn hard that entertainment is on the top of the list.

Anwar Ibrahim? Don't make me laughlah, that old man is too preoccupied with perceived sex scandal (regardless it is fitna or real, only Allah knows) to really absorbed the meaning of social class struggle.

Thursday, April 5, 2012

360 Darjah


Semalam saya memang betul-betul hangin dengan satu kawan tempat kerja. Dia ni dari mula lagi seolah mau mempengaruhi saya agar menyokong pakatan pembangkang. Ala, yang suruh saya baca Malaysiakini tu.

Memang hujah dia baguslah…(kalau rajin saya tulisalah), saya cakap itu dia cakap ini, penghabisanya saya cakap yang saya pilih BN melalui pengalaman saya. Saya dah bersama dengan wanita PAS yang rata-rata cerdik dan celik, peka dan perasa,  saya juga sudah juga bersama perempuan bodoh yang kerjanya memang bodoh shopping dan melaram. Hidup saya, emosi saya juga pernah dihuru-harakan oleh lelaki-lelaki cerdik, genuis, intelek, lagi ambitious dan saya pilih untuk hidup tenang, tanpa rasa terbeban untuk menyelesaikan masalah orang lain yang tidak ada kena mengena dengan saya.

The feel good factor… We don’t want to feel bad all the time, we want to feel good and I notice that perempuan yang kita kata bodoh itu membawa rasa “feel good” Pergi facial, pergi shopping itu bawa rasa good. I no longer believe, inorder to be good muslim we must all the time crying and feel bad.

Bukan, langsung mau happy, tapi orang kata biar seimbang. Asyik cakap masalalah, masalah aje, sampaikan bukan masalalah kita, pun kita nak “treat” macam ia masalah kita yang perlu kita selesaikan, susah juga. Masalah orang,  semua kita nak masuk benak kita, memang kerja orang gilalah tu namanya.

I told him a bit about my experience kena buli di cyber, dan saya cerita, the soonest saya kena buli, orang yang saya jumpa ialah dua pupu ayah saya, the only relatives yang memang orang politik, masuk politik, bertanding dan menang. Masa itu saya pertama kali saya lihat Datin dan masa itu juga saya fikir I like her life.  Simple, simple aje. Buat kueh, buat craft, idaklah dia sibuk-menyibuk nak betulkan orang, sana-sini. I just wanna buat biskut dan buat craft. Since nak buat kraft, biskut dan kek perlukan modal, saya kenalah pergi kerja…he he he….

I went to see him, strictly because I want to know who is Mahathir, who is Anwar. Datin was there, she never menyampuk cakap suami dia. It is the husband who done the talking most of the time.  Cuma bila saya berkenankan croissant yang dihidangnya itu, dia ramah bercerita itu dan ini, aspirasi, pengharapan terhadap kaum ibu dan juga program-program yang telah dijayakan beliau sepanjang suaminya menjadi pemimpin rakyat. Dari baking hinggalah ke kelas jahit-menjahit.

This the time when I realize that dua pupu ayah saya bukanlah bodoh seperti yang sering diejek-ejek oleh parti lawan selama ini. Normal aje, rasanya. That is when I see dalam UMNO bukan hanya Mahathir dan pegawai-pegawai tadbirnya  who do the thinking, bapa saudara sepupu saya juga seorang pemikir  yang bagus.

Saya juga melihat sebuat kecerdikan yang baharu yang terpancar dari tingkah-laku Datin yang saya simpulkan sebagai begini “kecerdikan seorang wanita bukan terletak kepada kepetahanya berbicara, mengulas, mengkritik  isu itu dan ini, kecerdikan seorang wanita terletak kepada kecerdikannya membawa dari dan meletakkan dirinya di tempat yang sesuai”

Hari itu saya pulang ke rumah dengan satu perasaan baru. Memang benar selayaknyalah bapa saudara duapupu saya itu menjadi pemimpin kami, pada masa kuatnya. Dia diperkenankan Tuhan untuk jadi pemimpin bukan dengan sebab tipu-daya parti pemerintah atau kebodohan pengundi yang menggadaikan undi dengan kain pelikat, kain batik dan duit RM10. Saya pulang dengan rasa sebal dan bungkam kerana selama ini memandang orang kampung dengan pandangan jengkel. Bodoh. Boleh dibeli dengan token yang tak seberapa.

Wednesday, April 4, 2012

AKU nak Jadi Raja


Kenalan saya bukan sahaja mengata so and so yang terlibat dalam industry hiburan pop tanah air ada hidden agenda, tapi ada lagi seorang tokoh agama pun dikatanya idaklah ada black hidden agenda, tapi apa tu, Wahabi, Salafi??? He he he… golongan yang tak sukakan keturunan Nabi.

Baiklah saya beri klue sikit pasal kenalan, atau saya suka kata ex-kenalan ini… dia kata dia keturuanan Nabi…so senong chite, dia merasakan yang ada konspirasi menjahanamkan dia. Dia sehabat Eistain, mungkinlah, sebab dia ada cakap dia pernah belajar di Oxford, tapi ntah mengapa, degreenya hanya dari dalam negeri aje. Degree in IT. Budak pandailah, boarding school MRSM. Cream of the crop. Kira one day who knows dia bakal menang hadiah Noble untuk Malaysia.

So forget about dia punya genius dan kebolehan dia, mari saya cerita apa yang saya rasa  tentangnya. Dia rasa ada konspirasi menjahanamkan dia dari cemerlang, dan penjahanam itu terdiri dari mereka yang bencikan Nabi, iaitu yahudi, dan juga aristocrat Arab yang bimbang terlucut kuasa yang ada. Ya ya I know, I know, I know, kat Malaysia ini mana ada Arab dan Israel, dan 2 orang tokoh yang slalu dia sebut-sebut sebagai orang jahat itu dua-dua pun Melayu…psstt, saya come into a conclusion yang dua Melayu tadi, tali-barut pembenci keturunan Nabilah tu he he he…

After bercerita-cerita, saya jadi fed-up dan letih emosi melayannya, fed-up bukan pasal tak percayakan ceritanya, tapi saya tidak mau diheret dalam permusuhan dan rasa benci yang cuba diciptakan. Saya mula berfikir Yahudi dan Keturunan Muhammand itu berasal dari Datuk yang sama, yaitu Nabi Ibrahim. No doubt mereka mewarisi gen IQ yang tinggi. Mereka sepatutnya berbaik-baik, lupakan persengketaan lama, duduk semeja menyelesaikan masalah yang melanda ummat akhir zaman. Bukannya mengajak kita masuk “kem” dia dan lawan pemimpin kita, rampas kuasa dari pimpinan yang ada sebab kununnya yang berada di atas sana turut ada saham konspirasi menginaya dia, keluarga NABI??? Bior benar, yeop. Saya get very angry bila dia kata sepatutnya jadi Raja di sini, ialah keturunan dia. Ko nak jadi Raja, ko pegi balik Tanah Arab, atau tanah xxxx sana bule. (dia kata dia keturunan Nabi Muhammand yang kawen dengan Raja xxx, Raja xxx aje yang betul, raja 14 yang ada hari ini bukan Raja betul, tapi perampas). Hangin satu badan makcik dibuatnya tau!Nabi sebar Islam ke merata ceruk rantau, tak pernah minta jadi Raja.

C’onlah if you are destined to be great, you’ll be great. No need to tell the whole world about plan and conspiracy against you. Sometimes I wonder if Einstein keep complain to his friends about so many so and so were scheming against him. I bet his girl-friend and wife will end up in an asylum if they keep on hearing so many so and so want their beloved to be a dead meat ha ha… But then again if He, Einstein keeps on complaining, he doesn’t have enough memory to write the relativity theory and besides, his wife and his girl-friend were mentally ok. Apa, his son turn out to be crazy??? Einstein must be confiding in his son about all THE nutty-grrity little thing, aha!

So cerita pasal saya dan kenalan tadi pun berakhir dengan pergaduhan yang maha dahsyat.  Kadang-kadang itu saya semacam eish meluat dengan dia pun ada juga. Apa nama keturunan Nabi macam itu? Setiap kali terlintas fikiran macam itu saya istigfar banyak-banyak, jangan sampai satu orang budak bertuah ini, sebut Keturunan Saidina Ali dan Fatima, saya benci. Kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan Keturunan baginda.

Kita juga patut mengaminkan doa yang  sebegini “wahai, tuhan kami! Berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa”

Saya kira doa macam ini orang Ajam pun buleh baca, dan tuhan qabul, bukan eksklusif untuk keturunan Nabi Muhammad sahaja.