Friday, February 24, 2012

Kembang tak Jadi???


Pagi semalam saya membawalah segala tok nenek barang craft yang tersisa untuk digunakan buat bunga-reben untuk hiasan sijil persaraan pentadbir-pentadbir sekolah. Jadi, sebelum masuk pukul 8.00lah nak melambak-lambakkan reben di atas meja kawan yang merupakan PA tak rasmi kepada BOS. Pejabat kami masih gred C yang belum melayakkan kami menerima seorang “trained PA” secara hakiki. Cadangnya nak memprojek waktu rehat panjang hari Jumaat. Pagi-pagi tu look-look aje…seronok-seronok melihat reben dan hiasan yang beraneka warna itu.

Pagi tu ntah ada 2, 3, 4 pegawailah pula yang sibuk dekat situ, pasal nak tengok jadual pergerakkan merekalah.  Bos kami,  yang memang seorang yang selalu datang awal, bertanya, apa ko nak buat ni? Saya yang masih sakit hati pasal insiden bos tanya “ko nak kawen” tu…pun sarcastically menjawab,
“ni hah nak promosi bunga-reben hantaran kat Encik xxx”

“eh ko ni memang pepandai aje ko, dari mana ko dapat cerita ni!”

“Hari tu, kan, kan Hajjah xxx ajak saya brunch dengan dak xxx, abeh tu aleh-aleh, aje, Haji xxx,  tuan timbalan, dak xxx pun mai brunch kedai sama, dia joinlah kami. Masa tu dia cerita-ceritalah yang Encik xxx nak tunang raya nanti, nak kawen…..”

Baru tergagap-gagap nak mengingat tarikh kawen, saya terkejut biawak bila bos mengetuk kepala saya dari belakang…. taklah sakit ketuk sikit aje.  Bos, idaklah marah tapi dia memang tak suka kalau saya terus bersiaran satu Pejabat, satu Jasin pasal benda ini. Agaknyalah, pada bos benda itu belum final lagi, dan masih ada ruang untuk dia mempengaruhi pegawainya sendiri untuk rujuk semula dengan isterinya dan melupakan pasal nak kawen lain, 3 bulan baru bercerai, masih dalam edah ka? Never know for sure. Tapi  kalu masih dalam edah, perbuatan meraikan cinta baru itu adalah sesuatu yang amat menjengkelkan, pada kaca mata seorang Melayu yang penuh santun dan bertertib. GELOJOH!.  Dia pun masuk dalam bilik bersama penyelia yang memang nak berbincang dengannya dan tutup pintu.

Saya tak puas hati dan cakap pada 2 Encik yang lain. “eh betullah orang cakap apa, kena preparelah awal-awal, kan, kawan nak merisik anak dara, bukannya janda! ” saya rasa sedikit marah!

Encik xoxo menyokong, “betul tu, nak merisik, meminang dan hari langsung, 3 kali nak kena pakai barang macam tu”

Haji xixi pula dengan gelak-gelak kecil menyambut “eh, ko tak tau orang tu dah macam ni hah! (sambil mencekik lehernya sendiri), korang  sibuk nak 3, 3 kalilah pula”

Waktu rehat tika nak sembahyang saya sempat bergossip pasal cerita ini dengan seorang kawan yang ada dalam bilik surau. Kawan yang tak tau pasal itu bertanya lebih lanjut pasal cerita cinta ke 2 ini, saya ceritalah dari mula saya dengar cerita tu, dan kawan mencelah. “Dia dah jumpa ka perempuan tu?”

Saya jawab “daaaaah, Haji x2x2 yang aturkan,  dalam bilik sumber, ka, bilik kaunseling ka, ka bilik buku teks ka, tak ingatlah saya, tapi they all jumpa kat SMK xxx” Jawab saya konfiden.

 Kawan nampak sedih aje, mengeluh dan cakap… “Haji x2x2, haji x2x2.  eh Mar, ko bukak aircond tu sikit, panas aku dengar cerita ko ni” Masa dia suruh bukak air-cond, suaranya ditinggikan sedikit dan ada nada geram.

Bila saya cerita Haji xixi bercakap sambil mencekik leher, kawan pun bertanya, “apa maknanya tu?”

“ntahlah. Bini dia dah nak dia balik kut”

But honestly at first I think it is merely on financial issue. I don’t know. But then when I think of the fact that the second lady itu cikgu lulusan Ijazah, yang sudah berumur 39 tahun, so basically finance is not an issue, at all, kan. Tak apa wartawan kepo akan membuat satu interview khas dengan Haji xixi dalam masa terdekat ini, untuk mendapatkan kepastian tuntas.  so tunggu yeee!  

Masa bererobik, saya cerita pula pada kawan lain pasal ini. Idaklah cerita dari mula, sebab dia ada bersama tika kami dengar cerita pertemuan dalam bilik di SMKxxx ini.  Kawan excited. Matanya bersinar dan cakap, dengan nada gembira  “ok. Maknanya bos tak sukalah tu”

“ha ha…tak jadilah tu agaknya.  bini dia dah nak dia balik. Kalau tak, takkanlah bos ketuk kepala saya dan Haji xixi cekik leher sendiri” nada boringggg poyoooo!!!! Hai terlepaslah peluang business bunga-reben hantaran aku nampaknya kali ni hmmmm hampehhh!

Dalam hati saya bercakap tapi tak fairlah, wat if kalau yang satu lagi dah menaruh harapan, they all dah jumpa dahkan, dah siap plan nak pegi haji sama-sama tahun depan. Dah panjang merancang tu, alih-alih tak jadi. Sedih, sedih, sedih, sedih sob sob sob sob… yang Haku sob-sobkan ini pasal terlepas peluang business ka, or purely sedih pasal satu lagi cerita bunga cinta Andalusia Intelek Pembina modal Insan Negara kembang terbantut. Saya  sendiri pun hilang punca menganalisa perasaan sendiri…bercampur aduk perasaan ku ini, pada tika ini tau! he he he.

Apa-pun tidak mengapa, tunggu sahaja penyelidikan selanjutnya dari blog ini pada masa akan datang. Jadi ka tak jadi….Encik xxx yang telah bercerai atas permintaan isterinya,pada  tiga bulan yang lalu, mengikat cinta baru dengan seorang guru lanjut usia yang masih dara itu.

Oh isteri lamanya kerja apa? Ntah kawan saya kata jual tempe, meaning tak sekolah tinggila tu. Seriusly, fulltime housewife yang membantu ekonomi keluarga dengan membuat tempe. Berapa besar business tempe tu tak taulah saya… tapi rasa ekonomi sampingan aje tu.  

Thursday, February 23, 2012

POLiGAMi


Abang-abang FB, baik geng SAMURA, mau pun abang-abang biasa sibuk mengusulkan poligami dalam mendepani  nisbah lelaki yang dah berkurang dari perempuan. Bila cerita pasal bab ini, macam depa ni tak berempati dengan perasaan pasangan sendiri, atau saya bersangka baik yang pasangan mereka sangat wara’ lagi tinggi makam, kesiankan anak-anak dara tua yang berjawatan ini dan berhajat mau berkongsi kasih dengan mereka yang kurang bernasib baik ini.

Saya berbaik sangka aje, tidak mustahil melalui tarbiyah dan pendidikan yang tinggi, menghasilkan wanita-wanita syumul yang suka ntah-ntah menasihati suami sendiri untuk meuar-uarkan poligami sebagai penyelesaian kepada isu anak dara tua yang dikata semakin ramai di sebuah negeri di Malaysia ini.

Saya sendiri pada minggu ini merasa amat terkejut bila bos saya tiba-tiba aje bertanya begini
“ko nak kawin Maziah?”
“tak nak, nanti Encik xxx kawinkan saya dengan budak jual ikan kat Pasar Merlimau tu. Busuk. Saya tak nak. Saya nak kawen dengan professor. Hah! kat mana Encik xxx nak cari?”

“Ni hah, timbalan ni ko nak tak?”
Dalam hati saya cakap Encik xxx ini sudah gila agaknya. Nauzubillah. Nasib baik dia tak cakap “aku ni ko nak tak?” kalau dia cakap macam tu, mau makan tempeleng bos saya hari itu.

I think the polygamy proposal is cruel one. If the woman is determined to face her world alone, why bother to force them to share husband? Please don’t get me wrong, I am not against polygamy, tapi persepsi saya, yang rajin/minat nak berpoligami ni biasanya lelaki pemalas waima pinggan sebijik pun dia malas nak hantar ke sinki, apatah lagi membasuhnya. Lain-lain malas ko tok sah cakaplah, agaknya ntah-ntah kalu boleh mandi pun dia malas. Baju tu kalu tak ada bini yang menggosoknyanya, berkeromot2 pun dia tak kisah pakai ke tempat kerja.

Persepsi saya lagi, lelaki kalau dia rajin bela badan dia, bela dia diri, automatically dia juga akan rajin menjaga kecantikan dan keanggunan orang rumah dia dan trust me menjaga kecantikan diri amat memerlukan masa dan sudah tentu dalam sibuk menghensemkan diri dan pasangan, mereka tidak ada masa bercerita pasal orang lain lebih-lebih lagi masalah anak dara tua. Asyik do belek perut bini, pakaikan bengkung bini, agar perut tu tak boyak terlampau. Lepas tu nak pakaikan masker dan facialkan muka bini.

 Lepas dia belek perut bini dia, bini dia plak belek perut dia, muka dia, bla..bla..bla..macam-macamlahkan, kerja yang perlu di buat agar untuk maintain awet muda, kan. Bukan takut tua, tapi Allah itu cantik dan suka sesuatu yang cantik dan tentu Allah suka kalau kita mati dalam keadaan yang jelita dan nampak taklah tua renta BEBENO.

Pendek kata kalu pasangan itu sibuk mencantikkan sesama sendiri, tak de masa nak fikir pasal orang lain. SELFISH ka orang macam ini? Dah dia nak jadi anak dara terlebih umur, biarlah dia, kalau dia angaukan kamu dan  tiap-tiap hari dia datang goda ko itu lain ceritalahkan.

Friday, February 17, 2012

BUNUH MEMBUNUH


Saya sudah ceritakan apakah ketakutan saya, iaitu takut kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki. Bayangkan jika anda takut ada orang mau bunuh anda, apakah yang akan anda buat?  Bunuh orang itu balik, sebelum dia bunuh anda?

Apa yang saya mengarut ini? Tadi saya baca pasal orang-orang, individu-individu yang pada asanya sangat ditakuti oleh manusia-manusia intelek dan terpelajar. Manusia intelek yang suci bersih ini takut bahawa manusia-manusia “dajjal” ini membawa bencana pada sekelian alam. Manusia dajjal itu ialah manusia yang orang yang benci kerana kemaksiatan,  kesesatan dan kerosakkan yang mereka bawa. Dan tak terlupa juga manusia yang sudah sangat terpesong pendirian mereka tentang tuhan dan mengajak manusia lain memusuhi tuhan. Orang intelek yang suci bersih ini sangat percaya bahawa kewujudan manusia dajjal  ini akan membawa pada kiamat.

Namun ada lagi sejenis manusia yang manusia lain lagi takut. Orang yang membawa perwatakan orang alim, tapi berperangai keji. Wujud ka orang ini? Wallhuaalam. Saya lebih selesa untuk percaya bahawa orang-orang ini hanyalah mainan-lakunan orang-orang yang suka tengok kita lagi benci kepada orang agama yang pada masa ini masih lagi kita pandang tinggi dan sanjung. Ya, memang di Melaka dulu ada seorang Imam yang bikin maksiat, berzina. Lepas tu ada juga cerita orang agama yang berzina juga. Cerita ustazah berzina dan macam-macam lagi.

Nak percaya, percayalah, tapi nak percaya dengan membunuh penzina-penzina dikalangan orang yang pakai pakaian agama bagi mengelak kiamat berlaku adalah satu perkara yang saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Apa bukti dia berzina? Jika dia ditangkap khalwat dalam keadaan mencurigakan, kita suruh dia nikah baik-baik dan bertaubat. Itu standard procedure bagi menyelamatkan kemungkinan orang marhean yang tidak berapa pandai agama macam saya dari membenci agama. Kita tak pernah bunuh orang berzina pun. Kalau dia ditangkap curi duit tabung masjid??? Huh! Adaka? Kalau ada pun kita lucut sahaja jawatannya dan ganti degan orang lain.

Kita jaga nama baik mereka, kita sentiasa mendoakan ustaz-ustazah yang terlanjur ini bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan depan demi kelangsungan hidup beragama. Kita tak tergamak menceritakan, mau pun meuar-uarkan keterlanjuran-keterlajuran yang memang ada berlaku. Namun, adakah ustaz-ustazah mendoakan sekelian umat yang pada dasarnya perasan Islam, tapi tak berapa peka dengan tuntutan sebagai orang Islam, tidak takut melakukan dosa  baik kecil, maupun besar, diberikan taufik dan hidayah dan kembali kepada agama?

Jadi, kesimpulannya, anda semua takutkan kiamat sehingga kalau boleh,  anda mau bunuh semua orang yang anda rasa boleh menyumbang kepada kejadian kiamat. Orang itu termasuklah pencinta FRINJAN macam saya agaknya…ha ha

Tuesday, February 14, 2012

GOOD Bye Cinta Lama


Sebuah kematian itu mengerikan
Seperti mungkin ngilunya sang pokok
pada mata gergaji  di tangan sipemotong kayu
Namun pabila sudah pasrah dan redha
Terpisah
Segala jadi ringan bak
Kekapas yang dituip angin
..*****
Kita itu kadang-kadang tau, kadang-kadang memang rasa macam ok, tapi sebenarnya tak ok kut. Maksud saya ini membaca benda-benda yang tah apa-apalahkan, bahan-bahan 18 SX, 18 SG. Dalam dunia sastera di Indonesialah 18SX ini dah memang diberi muka dan pengiktirafan.

Kalau di Barat tu bila bual-bicara pasal seni, bogel-bogel itu seni. Kita pun tak taulah apa yang membezakan antara bogel seni dengan bogel porno. Saya bukan ahli seni yang mahir membezakan antara seni dan porno.Dan kita kat Malaysia ini senang aje nak beza seni & Porno, kalau budak U buat, orang-orang besar, ternama, buat itu seni, kalau minah kilang, orang marhaen buat, itu PORNO, ha ha!  Di Malaysia kita ada karya-karya yang pada korang ntahlah ek…. kurang ajar, mungkin.

Dan, tanpa saya sedari mungkin saya simpatatic, suka, merasa takjub, wah hebatnya, wah beraninya, ntah apa-apa rasalahkan yang membuat degupan jantung saya berdenyut dengan laju (teruja), pada karya-karya sebegitu. Dan bila ada kawan menasihati, yang saya dah sukakan perkara yang tak baik, walau cara mereka itu agak keterlaluan, sepatutnyalah saya terima dengan hati terbuka.

Saya bukanlah orang yang pandai dalam bab agama, memangkan, kalau sastera tanpa yang macam-macam shit, Patriarch itu, apalah sastera, lesu. Itu perasan peribadi sayalah, yang mentang-mentang ntah ek, orang kata ko dah tak bule tulis romatik-romantik tu udahlah, nak marah-marah menegakkan benang basah yang tulisan marah-marah dan mencarut-carut 18SX itu seni dan berjuanglah pula nak berebutkan apa-apa yang patut direbutlahkan. Cuba ko diam, bule tak. Terjerit-jeritlah pula kunun kebebasan berkreatif di Malaysia ini dijerut dan sebagainya. Tak bebas. Ada LPFlah, ada KDNlah. Dua badan yang selalu dianggap pengacau dan pembunuh seni. Ini Malaysia memang tak bebas semua, tapi dalam tak bebas itu, masih ke satu tahap ada bebasnya.

Seni mencarut-carut, maki-hamun, bogel-bogel  bukan sejenis seni yang boleh diterima oleh khalayak sini. Mengundang resah khalayak. Jadi apa gunanya diberi bakat mencarut kalau tak boleh mencarut sedangkan mencarut itu senjata dalam perang saraf cyber alaf 21? Itu bukan anugerah, tapi itu ujian tuhan agar tidak terbabas dan berbangga dengan idea mencarut itu baguzzz dalam penulisan, untuk buat ubat peluru bagi membelasah dan membedil musuh jahat yang suka membesar-besarkan cerita atau menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Atau sebagai kritik social yang kreatif, segar dan bijak???? Wallahua’lam.

Mungkinlah agaknya ada kebolehan yang patut digilap dan dibentuk, ada yang patut dipendam, disembunyikan agaknya. Umpama wanita jelita yang menyembunyikan wajahnya dibalik penutup muka bagi mengelak berlakunya kekacauan dan fitna.  Namun bila diberikan sesuatu yang orang lain gila mau memilikinya, hati manalah yang kan sabar untuk menyembunyikannya terus. Rasa hati selalu mau menjerit, “hey lihatlah dunia, apa yang aku ada ini.” Itulah dia ujian Tuhan Maha besar agaknya.

Monday, February 13, 2012

Cinta Baru


Kata ntah saya tah saya tak ingat "jika satu pintu tertutup untuk kamu, pintu yang lain akan terbuka untuk kamu" Itu memang betul terjadi pada diri saya.

Memang saya ada some good material, di Multiply.com yang saya fikir kalau saya usahakan dengan rajin akan menjadi sebuah Nopen atau novel yang agak well bolehlah dikatakan ada “otak”.  Namun tujuan saya menulis hanyalah untuk mengambil hati seseorang, tak lebih tak kurang, i.e. bahasa kasar dan bodoh ialah nak mengurat. Saya tidak ada intention langsung nak jadi penulis kreatif. Mula-mula itu ada sikit-sikit beranganlah. Best juga kalau femes, kan. Saya seronok juga menerima emel puji-pujian baik dari orang yang tak mengenalkan dirinya langsung, mau pun orang yang terkenal dalam dunia sastera kita.

Bila diingat balik apa tujuan sebenar aku berkreatif, saya rasa cukup setakat itu sahajalah. Bukan bererti saya dah berjaya menambat hati jejaka idaman, saya sibuk ehemehem, sampai tumpul-tumpul, haus pena kami kerjakan, tak, saya langsung tak berjaya, pun. Waktu saya tengah frust menonggeng itu, kebetulan saya macam saya cerita dulu, saya diarah mewakili pejabat pergi kursus fitness. Lepas itu terus saya tersukalah meloncat-loncat dan terkinja-kinja bikin aerobic. Lepas tu kawan ajak masuk kelas swimming dan sikit-sikit aktiviti bersenam dan berenang berjaya melupakan cinta saya dan cinta saya kepada dunia penulisan kreatif.

Catatan ini saya coretkan incase ada kamu yang fikir, tujuan saya sibuk-sibuk kuruskan badan ialah salah satu pelan pemasaran bagi hasil karya kreatif saya. Sori guys, there will be no creative stuff from me. Kalau ada rezki saya menulis, pun insyaallah dalam bidang non-fiction. Finance or accounting perhaps. Tapi tak janji.  Or perhaps who knows politic analysis he he he….

Kurus badan, jaga kesihatan bukan untuk tujuan promosi, tapi ia itu satu kewajiban kita sebagai umat Islam untuk menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Kalau dah jaga tapi sakit juga, itu memang Tuhan dah tetap macam itu, tapi bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan. Okeh fren, ikut nasihat pakar ya, mari kita jaga makan dan bersenam sekurang-kurangkan 3x seminggu.

Saturday, February 11, 2012

Diari Fitness 4

Kak Fadhilah.
Kitaorang punya apa tah..leader senam robik di Dataran Jasin, setiap Isnin, Rabu & Jumaat

Siapakah yang bling-bling itu.
I know some of my budy2 mesti risau another 5-10 years
from now I start to bling2 like the pink Makcik kih kih kih 
Antara kengkawan yang bererobik di Dat Jasin







Mr Siew yang berbaju oren seorang penyelia yang begitu perihatin akan soal penjagaan makanan. Itu pasal dia mantain saja. Isterinya jururawat yang merupakan pang yau sepupu mak saya.


Thursday, February 9, 2012

Diari Fitness 3

May be this can motivate me to stay on my fitness and diet plan. Yup Yup another gold for 2012 event he he he

Wednesday, February 8, 2012

Diari Fitness 2


Benda paling susah pasal berat badan ialah pasal makan. I just simply love to eat dan makan berlebihan. Over the years lemak pun bertambah, tak kisah. Tapi kenapa baru-baru ini sibuk-sibuk nak kurus, memang dulu pun sibuk, tapi kali ni bertambah serius. Mungkin makin tua, kita makin takut, takut mati, takut itu dan ini. Dan perkara yang paling menakutkan saya ialah hilang akal. What make people hilang akal, tak taulah…

To me kalu hilang kerja, tak ada duit, boleh hilang akal. True la ni memang dari segi kerja I’m on the right track. Walau but no matter how friends tried to yakinkan saya I still have fear and doubt. I guess pengalaman kisah berebut mikrofon itu memang mengilukan. I fear I pegi interview, and I fail. Malu oohhh….semua orang (semua orang??? Apa ko ingat ko Siti Nurhaliza ka?? Paranoidla tu) tau saya cuti panjang, blajar, tapi hampeh…Oklah lets not talk about fear of losing the job so much or not getting the job which is compensate with my newly acquired qualification.

Let’s talk about what I eat today, my resolution to eat “clean food”.  I took oat & almond for breakfast. Today I don’t go to work as I have to take my car to the workshop. Something just don’t feel right, since cuti banyak, kerja pun masih tak banyak, I took  annual leave. The appointment was on 10 o’clock, all went well till almost 12 and I rush to see my cousin for some delicate personal matters, too personal, and too pain full to jot it down here.  And on my way back to town, my stomach start singing.

I give in to the temptation of eating Mc Donald bugger. Pheww…. I reach home almost 3pm. I feel so sleepy, dunno why, wake up at 4.00 and rush to the pool for my 1.5 KM routine. I only burn around 350-400kalorie. But I took how many already? Hah macam manalah nak kurus, kan.

I think of giving up aje…feel like crying. This whole shading pounds and kilos are ridiculous. I won’t get fired if I am fat, won’t I? You’ll never know. I know my boss’s joking, but why am I taking it so seriously? Aish…jangan cepat give-up. Mesti kuat semangat mesti boleh. Saya teringat sesuatu yang saya baca di NST semalam, “loosing weight is actually mental game” sikit lebih kuranglah gitu. It’s in your mind. Kalu saya boleh dapat straight A for Financial Accounting, kenapa susah sangat nak kawal selera makan??????... hemmm… Mc Donald oh Mc Donald.

Ok la pen-off dulu. Dah malam sangat ni, esok mau bagun awal.

Tuesday, February 7, 2012

Diari Fitness 1


Masa sekolah dulu, bukan saya tak suka sukan, tapi saya adalah antara pelajar yang tak ada bakat sukan. Sampailah kerja, semua-semua memang tak mau, mengelak kalau kena exercise-exercise ini. Saya mula suka sukan bermula bila saya dipilih mewakili tempat kerja ke kursus kecergasan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Dearah tempat saya berkerja.

Saya berkenalan dengan lebih dekat dengan penggerak fitness di daerah kami. Kebetulan masa itu saya ada sikit masalah tempat kerja. Kes berebut mikrofon itulah dengan aktiviti “liar” bersembang internet masa pejabat he he he..  Memang masa itu pergi kursus itu memang escapism yang in away meningkat rasa esteem diri dan mengujakan.

Namun saya tidak seserius mana dalam hal ini. Bila saya sambung blajar terus loss contact. Hanya lepas saya kena “tegur” dengan bos baru semasa di Kursus di PD baru saya terhegeh-hegeh mau semangat nak buat senaman ini secara konsisten.  Baru minggu lepas say buat pelan pemakanan dan juga baru minggu lepaslah saya terhegeh-hegeh fikir mau masuk kelas renang peringkat intermediate untuk meningkatkan kelajuan dan juga memperbaiki stroke renang agar dapat memberikan impact terhadap pembakaran lemak badan.

Selama ini saya berenang ala lenggang kangkong. Ikut suka aku nak laju manalah, nak lama mana, kalau aku penat, aku berendam aje dan sembang-sembang. Kalau macam itu samalah seperti menaip sambil tengok TV gitu-gitu.  Minggu lepas juga saya baru gatal mau lihat “how far can I go” kalau saya berjogging di treadmill. Memang dengan berat badan kini saya masih belum boleh menggunakan mesin tersebut.. Oh itu sibuk main tenis tu, itu kes pukul-pukul-kutip-kutip bola belum lagi berlari kejar bola lagi tu.

Berbalik pasal perangai tak senonoh saya di gymnasium, yup saya berlari anak di treadmill walau tau saya tak sepatutnya buat macam itu. Berat sangat nanti mesin  rosak. Ah apa aku peduli sebab nak tau berapa jauh saya boleh berlari dalam masa tertentu. Saya berlari-larian 15 minit sahaja, lepas tu saya rasa penat gila. Dan saya pun berhenti,  jalan-jalan sambil memegang dumbbell kecil  selama lagi 5 minit lagi sebab mesin tu hanya boleh pakai 20 minit sahaja. Selapas berhenti dan lihat skrin kecil. Saya hanya berlari dan berjalah sejauh 1.5KM sahaja.

Alamak macam mana budak-budak tu boleh lari sejauh 8KM dalam masa itu. Wah. Tak apa sebab saya berat sangat itu pasal saya tak boleh berlari laju. Sebenarnya kan saya belum boleh berlari lagi. Tak apa. Pelan-pelan.  Jaga makan betul-betul berenang betul-betul, hah hopefully dalam masa 3, 4 bulan ini saya sudah boleh berlari. Bolehka saya nak kurangkan 15KG dalam masa 3-4 bulan. Wuish cabaran hebat untuk diri sendiri. FOKUS-FOKUS kalau tak boleh 3-4 bulan, setahunlah… he he he. Kita jangan paksa-paksa diri, relex-relex, kalau paksa sangat nanti tak bagus juga. Apa pegi sedut lemak???? Amboi, nak pegi sauna pun tak mampu weh,  mana nak cekau duit weh!

Sunday, February 5, 2012

Post NATAL ops


Breaking up memang sucks sebab kebanyakkan masa pasangan akan tenggelam dalam blaming game. Jarang ada couple yang break-up lepas tu senyum-senyum dan saling memuji-muji antara satu sama lain. Saya memang tidak mau menyibukkan diri dengan mendengar rintihan, atau perangan pasangan-pasangan yang tak kesampaian ini. Saya memang tak ada kenalan macam itu pun, sebenarnya.

Once masa mula-mula berfacebook dulu adalah minah ex-school mate yang sort of nak mengajak berborak ke arah itu, tapi saya firmly cakap, before “ko nak salahkan ko punya partner, muhasabah diri ko dulu” Bengangla kawan, langsung unfriend hi hi hi hi hi… Buang masa kecek hudoh pasal our ex. Our ex dah berubah? Why bother to spend lots of time thinking about it. Kalau memang dah berubah tu, mana kita ada kuasa nak ubah dia semula pada dia yang kita pernah suka dan cinta dulu? Biar kat dialah. Apa mau sesak-sesak minda fikir macam mana sayang boleh jadi benci? Pihak ketiga bagi nasi kangkang kat dia. Husband dia hensem giler, kaya, blab la bla, semua perempuan ni tergila-gilakan husband dia dan bercita-cita mau juga yang itu walau dah tau mamat tu dah ada isteri. If that is the case,m acam mana buleh sampai jadi begitu. Dah tau husband ko tu macam tu apa pasal ko lalai sangat sangat, sampai suami ko lapar dan termakan nasi kangkang orang?

Itu cerita orang yang berani mati break-off. Bagaimana pula cerita orang yang percaya pada ‘payung’ emas. Saya ada satu cerita nak share, yang saya rasa inspiring bagi kita perempuan ini.  Saya tak taulah eh apa rasa tetiba kalau suami kita ada perempuan lain. Harus rasa macam nak terbalik dunia ini agaknya.

Dia buat aerobic.  Lot’s of it. Balik kerja dia work-out gila-gila babi punya, lepas tu penat, tidur. Bangun pagi pergi kerja macam biasa. Focus pada kerja. All of the sudden she finds that she has extra-energy to do more things. Husband dia apa cerita…pegi mampus sama lo. As times goes by, the anger’s fade, she somehow see the “hikmah disebalik setiap kejadian”. All is well. Now I heard that she’s taken care of her sick husband. The other wife? Gone already. Who wants to take care of a sick man isn’t it? As for my friend, thank god prior years of exercising and good food, allowing her to have enough energy to take care of her sick husband.

Yup all is well if we are willing to let go of our grudges and anger. Exercising is good for letting go of the tantrums.  And telling bad things about the one that you used to love is bad. We are good gurlz, aren’t we? Good gurlz don’t bad mouth her MAN or her ex. PERIOD.  

Friday, February 3, 2012

Siri Kembara Maut part 1


I was told by Mr Siew, our previous Pegawai Sukan, that Bukit Sedanan is the best Cross Country’s track in Melaka, for budak skolalah. I don’t ask  much about it. Yesterday I’ve asked our new Penyelia about it. How long & wat is the time range. Ok this is for Sekolah Menengah kid. The track is 8 KM long and it took the kids 15 to 20 minutes to complete the challenge ha ha ha! Whooaaaaa oohhh.

Also he told us that the track consist of “panjat-panjat bukit” that is to say he don’t see if  I have the energy to complete the task, perhaps I might well, end up in the hospital, injured or any mishap that nobody  want to encounter. ie. come Monday, everybody MC. Apa mau jawab sama Tuan PPD, kan. Budak tak injured, pegawai yang injured.

I don’t care. We wait and see. Wait for possing maut activity di check point yang dikata-kata hilly and I cannot go through safely.  How I am going to reach there?…he he mana bule bagi tau sekarang. Tunggu ajelah gambar-gambarnya nanti. Cewah macam bagus aje...