Friday, February 24, 2012

Kembang tak Jadi???


Pagi semalam saya membawalah segala tok nenek barang craft yang tersisa untuk digunakan buat bunga-reben untuk hiasan sijil persaraan pentadbir-pentadbir sekolah. Jadi, sebelum masuk pukul 8.00lah nak melambak-lambakkan reben di atas meja kawan yang merupakan PA tak rasmi kepada BOS. Pejabat kami masih gred C yang belum melayakkan kami menerima seorang “trained PA” secara hakiki. Cadangnya nak memprojek waktu rehat panjang hari Jumaat. Pagi-pagi tu look-look aje…seronok-seronok melihat reben dan hiasan yang beraneka warna itu.

Pagi tu ntah ada 2, 3, 4 pegawailah pula yang sibuk dekat situ, pasal nak tengok jadual pergerakkan merekalah.  Bos kami,  yang memang seorang yang selalu datang awal, bertanya, apa ko nak buat ni? Saya yang masih sakit hati pasal insiden bos tanya “ko nak kawen” tu…pun sarcastically menjawab,
“ni hah nak promosi bunga-reben hantaran kat Encik xxx”

“eh ko ni memang pepandai aje ko, dari mana ko dapat cerita ni!”

“Hari tu, kan, kan Hajjah xxx ajak saya brunch dengan dak xxx, abeh tu aleh-aleh, aje, Haji xxx,  tuan timbalan, dak xxx pun mai brunch kedai sama, dia joinlah kami. Masa tu dia cerita-ceritalah yang Encik xxx nak tunang raya nanti, nak kawen…..”

Baru tergagap-gagap nak mengingat tarikh kawen, saya terkejut biawak bila bos mengetuk kepala saya dari belakang…. taklah sakit ketuk sikit aje.  Bos, idaklah marah tapi dia memang tak suka kalau saya terus bersiaran satu Pejabat, satu Jasin pasal benda ini. Agaknyalah, pada bos benda itu belum final lagi, dan masih ada ruang untuk dia mempengaruhi pegawainya sendiri untuk rujuk semula dengan isterinya dan melupakan pasal nak kawen lain, 3 bulan baru bercerai, masih dalam edah ka? Never know for sure. Tapi  kalu masih dalam edah, perbuatan meraikan cinta baru itu adalah sesuatu yang amat menjengkelkan, pada kaca mata seorang Melayu yang penuh santun dan bertertib. GELOJOH!.  Dia pun masuk dalam bilik bersama penyelia yang memang nak berbincang dengannya dan tutup pintu.

Saya tak puas hati dan cakap pada 2 Encik yang lain. “eh betullah orang cakap apa, kena preparelah awal-awal, kan, kawan nak merisik anak dara, bukannya janda! ” saya rasa sedikit marah!

Encik xoxo menyokong, “betul tu, nak merisik, meminang dan hari langsung, 3 kali nak kena pakai barang macam tu”

Haji xixi pula dengan gelak-gelak kecil menyambut “eh, ko tak tau orang tu dah macam ni hah! (sambil mencekik lehernya sendiri), korang  sibuk nak 3, 3 kalilah pula”

Waktu rehat tika nak sembahyang saya sempat bergossip pasal cerita ini dengan seorang kawan yang ada dalam bilik surau. Kawan yang tak tau pasal itu bertanya lebih lanjut pasal cerita cinta ke 2 ini, saya ceritalah dari mula saya dengar cerita tu, dan kawan mencelah. “Dia dah jumpa ka perempuan tu?”

Saya jawab “daaaaah, Haji x2x2 yang aturkan,  dalam bilik sumber, ka, bilik kaunseling ka, ka bilik buku teks ka, tak ingatlah saya, tapi they all jumpa kat SMK xxx” Jawab saya konfiden.

 Kawan nampak sedih aje, mengeluh dan cakap… “Haji x2x2, haji x2x2.  eh Mar, ko bukak aircond tu sikit, panas aku dengar cerita ko ni” Masa dia suruh bukak air-cond, suaranya ditinggikan sedikit dan ada nada geram.

Bila saya cerita Haji xixi bercakap sambil mencekik leher, kawan pun bertanya, “apa maknanya tu?”

“ntahlah. Bini dia dah nak dia balik kut”

But honestly at first I think it is merely on financial issue. I don’t know. But then when I think of the fact that the second lady itu cikgu lulusan Ijazah, yang sudah berumur 39 tahun, so basically finance is not an issue, at all, kan. Tak apa wartawan kepo akan membuat satu interview khas dengan Haji xixi dalam masa terdekat ini, untuk mendapatkan kepastian tuntas.  so tunggu yeee!  

Masa bererobik, saya cerita pula pada kawan lain pasal ini. Idaklah cerita dari mula, sebab dia ada bersama tika kami dengar cerita pertemuan dalam bilik di SMKxxx ini.  Kawan excited. Matanya bersinar dan cakap, dengan nada gembira  “ok. Maknanya bos tak sukalah tu”

“ha ha…tak jadilah tu agaknya.  bini dia dah nak dia balik. Kalau tak, takkanlah bos ketuk kepala saya dan Haji xixi cekik leher sendiri” nada boringggg poyoooo!!!! Hai terlepaslah peluang business bunga-reben hantaran aku nampaknya kali ni hmmmm hampehhh!

Dalam hati saya bercakap tapi tak fairlah, wat if kalau yang satu lagi dah menaruh harapan, they all dah jumpa dahkan, dah siap plan nak pegi haji sama-sama tahun depan. Dah panjang merancang tu, alih-alih tak jadi. Sedih, sedih, sedih, sedih sob sob sob sob… yang Haku sob-sobkan ini pasal terlepas peluang business ka, or purely sedih pasal satu lagi cerita bunga cinta Andalusia Intelek Pembina modal Insan Negara kembang terbantut. Saya  sendiri pun hilang punca menganalisa perasaan sendiri…bercampur aduk perasaan ku ini, pada tika ini tau! he he he.

Apa-pun tidak mengapa, tunggu sahaja penyelidikan selanjutnya dari blog ini pada masa akan datang. Jadi ka tak jadi….Encik xxx yang telah bercerai atas permintaan isterinya,pada  tiga bulan yang lalu, mengikat cinta baru dengan seorang guru lanjut usia yang masih dara itu.

Oh isteri lamanya kerja apa? Ntah kawan saya kata jual tempe, meaning tak sekolah tinggila tu. Seriusly, fulltime housewife yang membantu ekonomi keluarga dengan membuat tempe. Berapa besar business tempe tu tak taulah saya… tapi rasa ekonomi sampingan aje tu.  

No comments: