Masa sekolah dulu, bukan saya tak suka sukan, tapi saya
adalah antara pelajar yang tak ada bakat sukan. Sampailah kerja, semua-semua
memang tak mau, mengelak kalau kena exercise-exercise ini. Saya mula suka sukan
bermula bila saya dipilih mewakili tempat kerja ke kursus kecergasan yang
dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Dearah tempat saya berkerja.
Saya berkenalan dengan lebih dekat dengan penggerak fitness
di daerah kami. Kebetulan masa itu saya ada sikit masalah tempat kerja. Kes
berebut mikrofon itulah dengan aktiviti “liar” bersembang internet masa pejabat
he he he.. Memang masa itu pergi kursus
itu memang escapism yang in away meningkat rasa esteem diri dan mengujakan.
Namun saya tidak seserius mana dalam hal ini. Bila saya
sambung blajar terus loss contact. Hanya lepas saya kena “tegur” dengan bos
baru semasa di Kursus di PD baru saya terhegeh-hegeh mau semangat nak buat
senaman ini secara konsisten. Baru
minggu lepas say buat pelan pemakanan dan juga baru minggu lepaslah saya
terhegeh-hegeh fikir mau masuk kelas renang peringkat intermediate untuk
meningkatkan kelajuan dan juga memperbaiki stroke renang agar dapat memberikan
impact terhadap pembakaran lemak badan.
Selama ini saya berenang ala lenggang kangkong. Ikut suka
aku nak laju manalah, nak lama mana, kalau aku penat, aku berendam aje dan sembang-sembang.
Kalau macam itu samalah seperti menaip sambil tengok TV gitu-gitu. Minggu lepas juga saya baru gatal mau lihat “how
far can I go” kalau saya berjogging di treadmill. Memang dengan berat badan
kini saya masih belum boleh menggunakan mesin tersebut.. Oh itu sibuk main
tenis tu, itu kes pukul-pukul-kutip-kutip bola belum lagi berlari kejar bola
lagi tu.
Berbalik pasal perangai tak senonoh saya di gymnasium, yup
saya berlari anak di treadmill walau tau saya tak sepatutnya buat macam itu.
Berat sangat nanti mesin rosak. Ah apa
aku peduli sebab nak tau berapa jauh saya boleh berlari dalam masa tertentu.
Saya berlari-larian 15 minit sahaja, lepas tu saya rasa penat gila. Dan saya
pun berhenti, jalan-jalan sambil
memegang dumbbell kecil selama lagi 5 minit
lagi sebab mesin tu hanya boleh pakai 20 minit sahaja. Selapas berhenti dan
lihat skrin kecil. Saya hanya berlari dan berjalah sejauh 1.5KM sahaja.
Alamak macam mana budak-budak tu boleh lari sejauh 8KM dalam
masa itu. Wah. Tak apa sebab saya berat sangat itu pasal saya tak boleh berlari
laju. Sebenarnya kan saya belum boleh berlari lagi. Tak apa. Pelan-pelan. Jaga makan betul-betul berenang betul-betul,
hah hopefully dalam masa 3, 4 bulan ini saya sudah boleh berlari. Bolehka saya
nak kurangkan 15KG dalam masa 3-4 bulan. Wuish cabaran hebat untuk diri
sendiri. FOKUS-FOKUS kalau tak boleh 3-4 bulan, setahunlah… he he he. Kita
jangan paksa-paksa diri, relex-relex, kalau paksa sangat nanti tak bagus juga. Apa
pegi sedut lemak???? Amboi, nak pegi sauna pun tak mampu weh, mana nak cekau duit weh!
No comments:
Post a Comment