Showing posts with label fit and healthy. Show all posts
Showing posts with label fit and healthy. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Diari Fitness 1


Masa sekolah dulu, bukan saya tak suka sukan, tapi saya adalah antara pelajar yang tak ada bakat sukan. Sampailah kerja, semua-semua memang tak mau, mengelak kalau kena exercise-exercise ini. Saya mula suka sukan bermula bila saya dipilih mewakili tempat kerja ke kursus kecergasan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Dearah tempat saya berkerja.

Saya berkenalan dengan lebih dekat dengan penggerak fitness di daerah kami. Kebetulan masa itu saya ada sikit masalah tempat kerja. Kes berebut mikrofon itulah dengan aktiviti “liar” bersembang internet masa pejabat he he he..  Memang masa itu pergi kursus itu memang escapism yang in away meningkat rasa esteem diri dan mengujakan.

Namun saya tidak seserius mana dalam hal ini. Bila saya sambung blajar terus loss contact. Hanya lepas saya kena “tegur” dengan bos baru semasa di Kursus di PD baru saya terhegeh-hegeh mau semangat nak buat senaman ini secara konsisten.  Baru minggu lepas say buat pelan pemakanan dan juga baru minggu lepaslah saya terhegeh-hegeh fikir mau masuk kelas renang peringkat intermediate untuk meningkatkan kelajuan dan juga memperbaiki stroke renang agar dapat memberikan impact terhadap pembakaran lemak badan.

Selama ini saya berenang ala lenggang kangkong. Ikut suka aku nak laju manalah, nak lama mana, kalau aku penat, aku berendam aje dan sembang-sembang. Kalau macam itu samalah seperti menaip sambil tengok TV gitu-gitu.  Minggu lepas juga saya baru gatal mau lihat “how far can I go” kalau saya berjogging di treadmill. Memang dengan berat badan kini saya masih belum boleh menggunakan mesin tersebut.. Oh itu sibuk main tenis tu, itu kes pukul-pukul-kutip-kutip bola belum lagi berlari kejar bola lagi tu.

Berbalik pasal perangai tak senonoh saya di gymnasium, yup saya berlari anak di treadmill walau tau saya tak sepatutnya buat macam itu. Berat sangat nanti mesin  rosak. Ah apa aku peduli sebab nak tau berapa jauh saya boleh berlari dalam masa tertentu. Saya berlari-larian 15 minit sahaja, lepas tu saya rasa penat gila. Dan saya pun berhenti,  jalan-jalan sambil memegang dumbbell kecil  selama lagi 5 minit lagi sebab mesin tu hanya boleh pakai 20 minit sahaja. Selapas berhenti dan lihat skrin kecil. Saya hanya berlari dan berjalah sejauh 1.5KM sahaja.

Alamak macam mana budak-budak tu boleh lari sejauh 8KM dalam masa itu. Wah. Tak apa sebab saya berat sangat itu pasal saya tak boleh berlari laju. Sebenarnya kan saya belum boleh berlari lagi. Tak apa. Pelan-pelan.  Jaga makan betul-betul berenang betul-betul, hah hopefully dalam masa 3, 4 bulan ini saya sudah boleh berlari. Bolehka saya nak kurangkan 15KG dalam masa 3-4 bulan. Wuish cabaran hebat untuk diri sendiri. FOKUS-FOKUS kalau tak boleh 3-4 bulan, setahunlah… he he he. Kita jangan paksa-paksa diri, relex-relex, kalau paksa sangat nanti tak bagus juga. Apa pegi sedut lemak???? Amboi, nak pegi sauna pun tak mampu weh,  mana nak cekau duit weh!

Sunday, August 15, 2010

Cabaran Langsing 1

“I am merely a Malay Muslim who once led a Third World country. I therefore do not understand democratic politics, the rule of law and justice. We the Malay Muslims must democratically choose your bosom pal as leader of our country. After all he has been accused only of doing what you normally do in your great country.” Tun Dr Mahathir bin Muhammad

Ini nasihat mantan PM kita, Tun Dr Mahathir. Anda boleh listkan 1001 sebab kalau tak nak ikut cakap beliau. Tapi saya mesti ikut, sebab Tun ini ajelah yang paling cerdik dan paling boleh pakai cakapnya. Saya secara peribadi memang tak suka Perdana Menteri Baru ini. Bukan, bukan pasal dia peliwat. Saya tidak ada masalah berboskan kaki liwat, bahkan dalam beberapa espek tertentu bos kaki liwat lebih dinamik, efficient dari bos yang straight.

The only problem is our new PM tak macam PM sekarang. PM baru kita nanti tak suka orang gemuk. Kawan di Perbendaharaan kata beliau sangat allergic dengan orang gemuk. Kalau dia nampak kita put on weight sikit aje, dia dah suruh kita bikin work out. Sebenarnya itu pun sangat baguslah tu. Cuma dah kita ni endomorph, memang susahlah bagi kita ini. Itu pasal saya tak suka dia. Mutuallah tu, you don’t like me, I don’t like you.

Tapi itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak mengambil nasihat ikhlas mantan PM kita. Kita jadikan ia satu cabaran dan tekad untuk menjadi manusia yang lebih langsing, lebih berjaya dan produktif. Lagi pun apalah nak pening-pening sangat pasal berat badan pun sebab sekarang ini produk pelangsingan badan sudah berlambakan di pasaran. Cuma kita ajelah hendak atau tak hendak mau ubah cara gaya hidup kita kea rah gaya hidup yang lebih sihat.

Homo pun satu gaya hidup sihat apa? Janji apa-apa yang tersekat, tersempang tu boleh meleleh, memancut keluar, kalu tak nanti jadi toksik, meracun mindalah pula, berimaginasi, berhalusinasikan yang bukan-bukan.

Memudakan jantung???

Bole caya ka yang kita boleh mengembalikan jantung kita ke belakang sana, masa umur 20 tahun. Phew. Sketikal, skeptical, skeptical. Tapi itulah fads ka, hapa ka yang terbaru dalam dunia fitness. Ceh, sejak bila pula si couch potatoes ni mengamati fitness?

Ha ha ha. Sebenarnya dah lama dah kut. Masa dulu 2006-2007, bila saya pergi kursus kecergasan di Hospital Jasin. Sejak hari itu saya semacam rajinlah juga menjenguk-jenguk artikel pasal pemakanan dan fitness ini. Tapi masa tu ajelah, bila bersama geng-geng aerobic tu. Bila saya masuk MMU segalanya terputus sama sekali.

Saya ini memang seorang manusia yang teruk, senang buat kawan senang lupa kawan. Yeah, that is my worst perangai. Mak saya kata “ko pusing bontot ko, ko dah lupa dah orang belakang” Well, I guess I kena calling-calling my aerobic matelah ni heh. I do malas nak call, bergayut kat telefon itu costing. Too bad my kawan semua kakak, makcik-makcik yang tak ambil port pasal facebook-facebook ni. Memasing kerja kerani jah. Kang curi tengok internet pegawai marah. He he he . macam itulah gayenya eh kat kampung ni. Internet untuk pegawai aje.

Ok berbalik pasal perasaan skeptical yang melanda ini. Betulkah kita boleh memutar jam ke belakang membawa jantung kita 17 tahun lebih muda? Yang menariknya itu ia tidak memerlukan masa yang panjang. Cukup hanya 12 minutes satu sessi. 3 kali seminggu. Tapi sekali bikin kena bikin dua set. Teknik menjadi kegilaan di Amerika ini dipanggil sebagai PACE yang di bangunkan oleh Dr Al Sears dari Amerika.

Kita cuba ajelah ye and see the result. Caranya pun tak memerlukan kita ke gym, tak perlukan peralatan kecergasan. Boleh buat kat rumah. Tapi kena buat sampai all out, sampai darah naik ke muka (merah padam). Intense. Tapi untuk permulaan tu tak perlulah sampai macam itu. 60% ok jah.

Tapi harus beringat jangan melebihi aras paling tinggi "aerobic targeted heart rate". Setiap pergerakan dalam senaman jika ia melebihi tahap biasa, akan mendatangkan rasa kurang selesa dan memudaratkan pula pada diri kita. Ini saya yang kata. Saya tak nampak lagilah pula apa Dr Al Sears kata pasal ATHR ini.