Monday, February 13, 2012

Cinta Baru


Kata ntah saya tah saya tak ingat "jika satu pintu tertutup untuk kamu, pintu yang lain akan terbuka untuk kamu" Itu memang betul terjadi pada diri saya.

Memang saya ada some good material, di Multiply.com yang saya fikir kalau saya usahakan dengan rajin akan menjadi sebuah Nopen atau novel yang agak well bolehlah dikatakan ada “otak”.  Namun tujuan saya menulis hanyalah untuk mengambil hati seseorang, tak lebih tak kurang, i.e. bahasa kasar dan bodoh ialah nak mengurat. Saya tidak ada intention langsung nak jadi penulis kreatif. Mula-mula itu ada sikit-sikit beranganlah. Best juga kalau femes, kan. Saya seronok juga menerima emel puji-pujian baik dari orang yang tak mengenalkan dirinya langsung, mau pun orang yang terkenal dalam dunia sastera kita.

Bila diingat balik apa tujuan sebenar aku berkreatif, saya rasa cukup setakat itu sahajalah. Bukan bererti saya dah berjaya menambat hati jejaka idaman, saya sibuk ehemehem, sampai tumpul-tumpul, haus pena kami kerjakan, tak, saya langsung tak berjaya, pun. Waktu saya tengah frust menonggeng itu, kebetulan saya macam saya cerita dulu, saya diarah mewakili pejabat pergi kursus fitness. Lepas itu terus saya tersukalah meloncat-loncat dan terkinja-kinja bikin aerobic. Lepas tu kawan ajak masuk kelas swimming dan sikit-sikit aktiviti bersenam dan berenang berjaya melupakan cinta saya dan cinta saya kepada dunia penulisan kreatif.

Catatan ini saya coretkan incase ada kamu yang fikir, tujuan saya sibuk-sibuk kuruskan badan ialah salah satu pelan pemasaran bagi hasil karya kreatif saya. Sori guys, there will be no creative stuff from me. Kalau ada rezki saya menulis, pun insyaallah dalam bidang non-fiction. Finance or accounting perhaps. Tapi tak janji.  Or perhaps who knows politic analysis he he he….

Kurus badan, jaga kesihatan bukan untuk tujuan promosi, tapi ia itu satu kewajiban kita sebagai umat Islam untuk menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Kalau dah jaga tapi sakit juga, itu memang Tuhan dah tetap macam itu, tapi bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan. Okeh fren, ikut nasihat pakar ya, mari kita jaga makan dan bersenam sekurang-kurangkan 3x seminggu.

No comments: