Tuesday, September 14, 2010

Don't Kiss & Tell




Bagi yang rajin/suka baca pasal politik, mesti satu perkara/isu yang hangat tak lama dulu sebelum Ramadhan dulu ialah pasal Ezam dan Wan Azizah. Pasal Ezam yang semacam memaksa, memberikan tekanan kepada “kakak” kesayangan dia membuka mulut mendedahkan pekung suami sendiri demi menyelamatkan umat Melayu. Kunun kalau kita terjemah balik kepada bahasa Melayu gossip che Kiah, che Joyah, che Mah, bahasa gred sampah, “kak tolonglah kak, fikirkanlah pasal anak-anak sikit. Kak kena pecahkan tembelang abang tu. Kalau tak anak-anak kita gak nanti yang jadi sundal, bohsia, bohjan tau!”

Echeh macam dia dah tau jah anak dia nanti akan end-pun jual maruah-diri kat tanah tumpah darah sendiri sebab kakak dia yang tak nak buka mulut. Saya yang kuat berangan ini membayangkan kalulah saya berada di tempat Kak Wan kita tu, macam mana eh? Saya being kuat berangan, bila dah kuat berangan tu mana ada mau fikir-panjang-panjang. Kalaulah saya Wan Azizah, saya akan cakap macam ini:-

“Aku dah tua-tua nih, anak-anak aku semua sudah berjaya-jaya, anak ko nak nak murtad, anak ko nak jadi sundal, ko dengan bini kolah yang tak pandai, apa plak laki haku punya pasal. Aku maleh nak fikir-fikir. Selagi abang ko tak ganggu aku beribadat udah, apa jadahnya aku nak turun naik pentas jaja buruk laki haku sendiri. Dari aku dengar hasutan ko baik aku dengar apa kata surah Al Azab. Hah kan suruh tu dah terang-terang suruh kita oghang pempuan ni duduk diam-diam, jangan expose-expose sangat kalau nak Allah bersih dan muliakan keturunan aku. Hapa ko ingat haku ni bini Tiger Wood ka? Cantik sangatlah tu dah bercerai cerita derita sendiri, ko ingat orang media ni depa ikhlas ka, tak denya depa dah kira brapa bahagian depa dapat kalu aku jaja emansipasi diri aku sendiri. ”

Honestly saya memang benci orang perempuan yang suka jaja buruk suami. Mujur saya sentiasa dilingkungi rakan yang memandang tinggi kedudukan suami mereka, walau orang luar mulut berbuih mengumpat tak habis-habis mencerita buruk laku pasangan mereka. Sepanjang saya berkerja tukar sana sini, kawan pun macam-macam orang, memang ada kawan jenis macam ini. Saya kenal suami mereka. Taklah jahat sangat pun, tapi ntah perangai tu orang tak berapa gemar, orang Melaka kata kahau, tak padanlah dengan kawan saya yang halus mulus budi-pekertinya.

As pure Malacan, walau dibesarkan di Kampung Kesang , Muar, Johor saya memang tak berapa amik port sangat pasal kahau-kahau ni, memang kengkadang tu kahau-kahau depan orang ramai ni boleh memalukan pasangan masing-masing yang memang comel lote halus mulus, tulus budi-bicara tu. Idealistically, status pasangan kena ambik port juga. Kalau buleh tu sensetiplah skeet, janganlah pasangan kita yang almost tak de cela tu jadi bualan orang, jadi daging makanan si pengumpat dek kekahauan kita.

Berbalik pasal kawan-kawan yang bersuamikan kahau/barbaric tak ikut rule tatatertib majelis ni, memang sering kena umpat sebagai bodoh, diperbodoh-bodohkan lakilah gitu. Kok iye betul dia kikis duit kawan saya, atau dia dah tak bagilah duit pencen dia sebab dah bagi kat pempuan lain yang lebih muda, belanja kat lelaki muda…(iya belanja lelaki muda tu hah suruh panjat tiang lampu, pasang benner, pasang bendera kempen politiklah korang hingat apa?) memanglah kawan terluka dan terkecil hati tapi kawan tak pernah marah sebab kawan anggap Allah beri balas pahala sedekah amal jariah yang lebih bernilai dari rantai emas, loket emas, percutian emas dari suami mereka.

Duit gaji kawan pun tak habis makan, anak-anak mereka yang sekarang ni dah jadi eksekutif-eksekutif belaka pula tak pernah miss tiap-tiap bulan bagi hantar duit walau dah berumah-tangga. Budak-budak tu jadi berjaya pun sebab garang ayah dia, nak harapkan kawan, mampuslah budak-budak tu tak jadi orang. Kawan-kawan sayakan perempuan yang tulus-mulus, tak reti marah-marah? Ntah, orang yang suka mengata-ngata tu nak suruh kawan saya yang dah nak pencen tu bercerai agaknya. Lepas tu kalu nak suruh kawen dengan anak teruna depa yang baru pulang dari London, Australia, Mekah, Madena, Mesir dan Jordan ka ok gak kan. Ini setakat cakap kunun simpati tapi sebeno eh bercakap ikut nafsu yang ntah apa-apa tah, tidak ada pasal kita semua nak ambil port.

Saya memang setujulah dengan pendirian perempuan specis Wan Azizah. Selagi suami tu tak suruh buat benda yang merosakkan akidah, tak de sebab nak memburuk-burukkan pakaian sendiri. Kalau laki tu dah durjana sangat, sampai tak hormat hak kita beribadat, minta cerai, lepas tu zip ajelah mulut tu rapat-rapat. I don’t see any reason nak buka aib orang, terutama suami sendiri.

No comments: