Bila saya baca ada blog tu, saya selalu bercakap-cakap sendiri dalam hati, awatlah dia ni suka sangat cari benci orang. Lalu saya teringat pesan mak dan nenek, paku dulang paku serpih. Saya pun merenung dalam diri lalu saya bercakap sendiri “aku pun apa kurangnya?”
Saya lebih suka bersusah-susah kena pulau, kena hina, kena keji kerana apa? Ntahlah. Apa ceritanya? Ceritanya macam ini, saya terlalu nak ikut peraturan, saya maukan segregation of duty dalam tugas kewangan. Saya pun tak tau kenapa saya degil sangat mau itu, mau macam itu juga. Kerana pasal itu saya bergaduh dengan bos saya sendiri, sampai saya memutuskan untuk bertukar. Bila tukar cerita sama juga dan saya bergaduh lagi. Masalah ini tidak berlaku semasa saya bertugas di Kementerian.
Kali ini saya bergaduh dengan lebih ramai orang lagi. Lebih ramai orang yang pelajarannya lebih tinggi lagi. Kalu dulu saya bergaduh dengan bos yang setakat ada diploma saja, di tempat baru ini saya bergaduh dengan orang yang bukan saja ada ijazah, tapi ada master pun hada, ada MIA cert, tengah bikin CIMA, ACCA pun ada. Pendek kata saya berbalah dengan orang yang lebih besar lebih berpelajaran dari saya sendiri.
Bila saya pergi menyambung pelajaran semula, saya mula faham apa yang saya mau- maukan sangat itu hanya sebahagian dari internal control aje. Suka hatilah organisasi itu nak adakan internal control atau tidak. Kalau bos rasa kos mengadakan control, melebihi benefit, tak payah ada control pun tak apa. Contoh nyata, dek kedegilan saya, cost yang terpaksa ditanggung besar juga impak. Saya kira-kira balik memang kosnya melebih benefitlahkan.
Tapi bos saya dan kawan-kawan dia tak tau bagi tau saya secara proper, kenapa tak perlu ada internal control ini. Saya boleh terima jika penerangannya seperti yang diterangkan oleh pensyarah saya semasa kuliah. Tapi saya memang tak boleh terima cara bos-bos dan kawan-kawan bos saya bereaksi terhadap kedegilan saya. Jadi perang besar gitu. Mereka tuduh saya macam-macam. Bos saya yang setakat diploma aje tu kata saya gunting dalam lipatan, saya pengelat, saya curi tulang, saya mengulau. Bos saya yang ada ijazah aje tapi kawan-kawan dia ada yang ada phd, master pula tak kata apa-apa. Tapi kawan ustaz dia yang tidaklah punya ijazah pun tapi selalu cakap dia handal jaga kewangan pula cakap, “saya budak benci agama, saya budak penghalang jalan agama”
Kawan bos saya yang master dalam bidang psikologi pula kata saya stress dan perlukan rehat. Dia ajak saya pergi ikut orang berkursus tapi tak payah kursus-kursus, rehatkan minda. Lagilah saya hangin satu badan. Saya mengamuk? Tak saya tak bukan jenis kaki hamuk pun. Saya buat batu, buat donno jah. Tapi dia yang mengamuk sebab dahlah saya tak nak ikut cakap dia supaya rehatkan minda, saya ntah saya pun tak ingat, apa dah saya buat sampai dia sangat marahkan saya, cuma saya ingat 2 kalilah saya kena marah, marah yang teramat. Worst, saya anak dara tua obsess yang gila nak jadi bini Perdana Menteri Malaysia bukan Melayu yang pertama. Saya gila, delusional, saya ganggu, saya mengaruk, saya harass boyfried orang, sampai kawan tu belum jadi-jadi kawen lagi. Habis semua orang saya kacau-saya maki hamun dan saya celaka-celakakan.
Saya fikir-fikir balik memang tak berbaloilah semua tengkingan, pulauan dan benda-benda yang terpaksa saya hadapi cuma kerana nak mempertahankan internal control ini. Dia orang pun satu hal juga, tak tau nak menerangkan menggunakan bahasa specific kepada saya. Cakap mereceh-receh, bukan-bukan, anak yahudilah, kawen besok tak solat subuh kena hempap selimut tebal, dapat anak mata buta mata sebelahlah, ntah apa-apa tah, cakap-cakap yang buat kita sakit hati dan benci.
Cuba cakap macam ini “We can’t afford to have/to exercise an internal control as required by the Treasury Instruction and relevant circular as we are of the opinion that the cost of implementing such control out weight it’s benefit due to the following reason:-
Apa reason? Tulislah apa reason sekali punkan. Oh ya, mampukah mereka berterus terang salah satu sebabnya ialah “pegawai saya tidak mahir/tidak ada pengetahuan dalam peraturan kewangan, saya kekurangan staff yang berkempuan atau warrant perjawatan yang pihak JPA luluskan tidak mencukupi bagi membolehkan pejabat ini melakukan pembahagian tugas seperti yang telah sarankan oleh pekeliling dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan”
Tak de pekdahnya saya nak sakit kepala meneka-neka itu dan ini. Cuti nanti baik saya ke Putrajaya tanyakan peluang saya sambung lagi cuti, sampai ijazah pula. Kalau buleh cuti lagi sampai siap complete ACCA ka, MACPA terus, sampai tak boleh cuti lagi. In hope by the time I come back to the office they already have sufficient resources to carried out an internal control.
No comments:
Post a Comment