Monday, September 6, 2010

Nikah Misyar???

Saya ada terbaca artikel yang sangat mengarut, tapi bila kita tengok pula sapa yang menulisnya, kita akan gelak-gelak saja dan kata “sah gila”. Ia ditulis oleh seorang penulis yang taklah hensem, tak taulah masa muda hensem kut. Muka mix mat sallehlah…kalu dia nak mengaku dia Syed, pun pasti ko percaya. Muka merekakan agak hampir-hampir sama. Mana tak sama mereka tu baik Yahudi, Nasrani semuakan berbapakan Ibrahim.

Berbalik pasal cerita gila ni. Penulis ni kata pernah satu ketika dia terdorong nak tukar nama dia pada Syed, atau nak menyamar jadi Syed sebab katanya orang melayu ada yang bodoh meng”offer” anak dara sendiri untuk ditiduri oleh Syed-Syed ini untuk mendapat keberkatan keturunan Syed ini. Aduh hampir nak terpecah perut juga mengenangkan cerita gila ini.

Adakah Melayu begitu gila dan bodoh? Adakah Syed ini terlalu rakus nafsu mereka, pantang di”tawar”kan dengan anak dara? Kalu macam itulah baik buang aje title Syed tuuuhhhh…alamak. Tak kisahlah yang tulis tu pun orang dah kata kaki fitna. Saya belum cerita hal ini lagi kepada kawan Cina saya yang bernamakan kristien tapi masih taat menganggkat colok menyembah roh nenek moyang. Tapi sebab dialah satu-satu teman-bual paling rapat dengan saya, saya dah boleh agak dah apa akan dia kata. Dia mesti percaya punya cerita penulis gila ni. Bukan, bukan sebab dia DAP toto’, bukan, bukan pasal itu.

Sebab dia selalu cerita pada saya pasal Maharaja Cina dan gundik-gundiknya. Kawan saya kata memang di Negara China sana, masa zaman fudal beraja dulu memang ada ibu bapa yang mau anak perempuan menjadi gundik. Bila dah ramai sangat gundik, mereka berperang sesama sendiri nak jadi permaisuri, itu pasallah Kerajaan Beraja China dapat dikalahkan oleh Kuasa Rakyat Komunis. Ntahlah tapi kita orang Melayu, kita orang Islam. Takkanlah sampai begitu sekali despratenya mak-bapak kita, takkanlah sampai begitu tipisnya iman tuan-tuan Syed kita? Ntahlah banyak sangat makan dan minum agaknya, walau setan dah kena belenggu, nafsu pula lebih jahat dari setan…tetibah jah datang pula fikiran merapik-meraban pula cerita pasal nikah misyar, nikah mutaah dan semua-semua sekali tu.

Ha ha ha….dunnu,….dunnu wat to think.

At one time memang saya sangat approve nikah misyar ni, tapi lately saya fikir mengarut aje. Macam manalah saya buleh termakan dengan hujah-hujah akan kewajaran nikah misyar itu? Kalau nak seronok-seronok, nak menghalalkan yang haram, bulehlah, tapi kalu sampai terbunting macam mana? Cepat-cepat buang as I believe kids need both mom and dad. Kids, especially girls need their father. What you gonna tell her is she start asking about her dad? I’m sure our future little princess will gonna be the very the upset, or even hate you if you tell her the truth, that she’s a product of nikah misyar.

I dunnolah yang menjuarakan nikah misyar ini mestilah seorang yang gila. Eh bukan, dia tak gila, tapi sebab dia lelaki, jadi dia tidak dapat berempati dengan perasaan budak perempuan. Dia fikir semua akan ok dengan wang dan ringgit. Dia tak tau budak perempuan tak perlu wang yang banyak, mereka hanya perlukan ayah dan ibu yang boleh dibanggakan untuk menemani mereka sebelum mereka bertemu mereka punya Mr Right.

ii)

Semasa dalam bilik persalinan kolam renang, masa saya ke kelas renanglah. Saya menyampuk cakap-cakap dua orang perempuan yang lebih tua dari saya, biji butir cakapnya begini:-

A: Rajin ko belajar lagi,
B: ala dekat sini aje, depan ni open U, boring, anak dah besar-besar
A: iya tak iye jugak ek, kalu zaman dulu kita tanya mak ko kije apa, budak ni jam dah pandai tanya mak ko ada apa?
Saya buat lawak, “nenek saya ada phd”
A: betul apa, kalu budak sebaya ko ni memang ada yang neneknya phdkan.

Mereka memang fikir saya baru berumur 20’an

No comments: