Saya pun tak ingat, saya baca ka, ayah cerita ka, saya dengar kuliah ka, pasal satu cerita ini. Tapi cerita ini memang sohih. Cerita dia macam ini:-
Masa tu baru tentera Islam baru lepas perang, dan ada ramai tawanan perang. Nabi dan sahabat pun berbincang-bincang tentang apakah yang nak dibuat kepada tawanan perang yang ramai ini. Abu Bakar mencadangkan agar menerima wang tebusan diri dan dilepaskan dengan sangka baik, nanti mereka berubah dan beriman kepada Allah dikemudian hari nanti. Umar pula mencadangkan agar dibunuh saja mereka jika mereka enggan menerima Islam.
Nabi suka dan setuju dengan Abu Bakar, namun Nabi melaksanakan cadangan dari Umar kerana Allah menegur nabi, saya pun tak ingat surah apa, tapi Allah berfirman sikit lebih kurang macam inilah eh, ntahlah tak ingatlah, tapi yang saya faham dalam bahasa brutel, sarkastik. i.e dalam lenggok, bahasa membebel makcik-kakak-lebar, yang tak pergi sekolah tinggi, bukan bahasa Quran, Allah bilang sama Nabi “kalu macam ni baik ko buat bisness perang-perang aje, ko tangkap tawanan perang banyak-banyak, pastu ko minta duit tebusan, kayalah ko Muhammad, Aku pilih ko jadi bisnessman ka, rasul?” Maknanya Allah mau mereka yang sudah berlaku zalim ini dibunuh saja.
Pada hari ini memang banyak kezaliman telah berlaku, bererti, memang betullah kalau ada Ayatollah yang keluar fatwa perang. Kita secara naturenya memang tak mau membunuh, tapi dah memang itu ketetapan yang Allah berikan kepada kita. Nabi-nabi yang ada mukjizat dan dapat pertolongan Allah secara direct pun tak boleh nak dakwah orang-orang macam tu, adakah kita ini lebih hebat dari nabi-nabi junjungan kita yang sebelum-sebelum ini?
Membunuh itu memang kejam, tapi membiarkan orang zalim untuk hidup, itu lagi kejam sebenarnya. Lalu saya teringatlah pula pengalaman saya sepanjang berkerja. Saya samakan surjac tu kunun membunuh lah eh. Korang ingat ada berapa ramai penjawat awam yang cuai sudah di surjac? Sepanjang saya berkerja tak ada sorang pun.
Saya nak cerita pasal seorang pegawai kat negeri saya berkerja yang kini dah pencen pun yang memang semua tau dia memang tak ikut peraturan pun. Belanja ikut suka dia aje, sampai dia beranilah beli kereta untuk kegunaan peribadinya pakai duit peruntukan untuk program budak-budak sekolah. Orang katalah. Orang kata lagi, orang siap dah kumpul satu fail dan serahkannya di SPRM sebagai bukti kereta itu dibeli dari duit budak-budak. Semua orang menyampah, dan berdoa cepatlah dia ni mampus kalau sebut aje nama dia. Tapi penghabisannya ntah lepas macam itu aje. Hari ini dia buleh eksen dengan kereta besar dia tu. Bila orang nampak jah kereta flat no sekian-sekian-sekian, tak sikit orang yang tau dan menyumpah sambil terberong-berong muka mereka dan kata “eeeiii beli kereta duit haram”
Apa yang saya nak cakap? Kita tak “bunuh” dia. Sebenarnya ramai lagi yang kita tak “bunuh” atau kawan saya suka istilah yang lebih menggerunkan “pancung”. Nah, apakah kesannya dari perbuatan kita yang tidak memancung ini? Tengoklah hari ini, tak sikit orang kata penjawat awam ini perasuah.
Saya teringat satu masa dulu bos saya cakap macam ini “Kamu jangan fikir cikgu-cikgu yang kaya-kaya tu semua rahsuah ye. Saya ada kawan yang ada tanah kat Melaka Raya sana. Sekarang ini dia jadi jutawan kerana kerajaan ambil tanah dia” Masa dia cakap tu, saya tengah tahan liur tengok nasi himpit kuah lodeh, sambal kacang kak Rose yang sedap itu…saya pun tak masuk port, walau saya terfikir gak, kenapa orang tua ni cakap macam tu. Out of contex betul, tak de kena mengena langsung dengan topic mesyuarat atau topic perbincangan. Tapi bos saya tu memang selalu tetiba cerita yang ntah apa-apa tah. Menyindir. Adalah yang tersindir tu. Itu kes mereka. Selalunya tak ada kaitan dengan kami. Kami masuk mesyuarat pun sebab nak penuhkan korum baca yasin dan berabih sarapan pagi jemahat yang sedap-sedap tu.
Agaknya dia panas telingalah kut orang mengata cikgu rahsuah. Dah kalu kita orang peringkat bawah ni pun berani mencebik bibir, peringkat mereka ntah apa lagilah kan. Bila kita tak hukum orang macam tu, kita menzalimi perasaan orang lain. Kita buat orang lain mengumpat dan rasa panas hati, menyampah. Itu peringkat awalan. Orang akan sibuk-sibuk tanya-tanya. Lama-lama memang dah jadi macam tredmark gitu, kalau penjawat awam “lebih” sikit aje akan dikata rahsuah, atau menggelapkan wang awam.
Saya pun pernah merasa tempias bila saya sekali gus mengrenovate rumah dan membayar deposit kereta yang agak besar jugalah jumlahnya. Fitna. Lepas tu orang mulalah cakap yang bukan-bukan. Itulah dia natijahnya jika kita tak bunuh dari dulu lagi. Saya cakap macam ini bukan pasal saya dah terkena, saya tak kisahpun apa orang nak kata sebab kita ni orang Islam kita percaya yang Allah tak pernah lepas pandang. Keadilan sentiasa ada. Tapi bagaimana pula orang yang kurang pengetahuan agama dan kurang kepercayaan mereka terhadap janji Allah, atau orang yang bukan Islam. Boleh gila, boleh bunuh diri pun ada, atau pakat-pakat pakai baju T-Shirt dengan gambar setan bertanduk dan tersenyum, setan tu cakap pula “Allah is Sleeping, wat can I do to help you”
Kita harus sedar, wang awam adalah duit cukai dari mereka juga. Yang menjaga wang awam majority orang Islam. Bila orang Islam pun tak boleh jaga dengan baik, salahkah kalau orang tak respek dengan Islam? Bila kita melepaskan benda yang tak patut, kita sebenarnya membiarkan ia berlalu dengan membayar harga yang sangat tinggi. Maruah, integrity kita dan kepercayaan awam.
)* *(
Aku terbang tinggi menuju pintu langit
Tak de sapa kat sana, semua lengang
Cuma ada Syaitan yang tersenyum, memandang aku
dan berkata
“Tuhanmu sedang tidur,
Ada apa-apa yang boleh aku bantu?”
Lalu aku kata
“ko terkehelkan lidah Obama,
Dari Afganistan kepada Israel,
Ko terkehelkan juga petugas-petugas Pantagon
Meniap Afganistan jadi Israel, boleh? ”
Lalu syaitan menjawab
“apa-apa untuk ko, aku sanggup buat
Kalau ko sudi nak jadi bini aku”
“Pergi mampuslah setan,
Ko tak hensem”
Jawabku marah
dan memberikan satu tendangan padu
ke arah syaitan yang hodoh itu
No comments:
Post a Comment