Raya ni saya tak balik ke Muar lagi, kalu balik pun mungkin kejap saja. Tak dapatlah saya membakau darah dan mengejek-ejek Abang L dan M saya. Kami memang macam itu suka menyakat-nyakat, tapi setakat itu sajalah. Abang L &M penyokong tegar partai pembangkang.
Abang G pula pun sama, tapi saya tak pernah sembang politik dengannya. Tapi saya tau abang G memang sangat bencikan orang UMNO. Semua abang-abang saya benci, menyampah, meluat terutama dengan geng gedik Puteri. Ha ha ha. Saya pun dulu macam itu juga, tapi bila saya jumpa surah Al Hujrat ayat 11, saya tak berani nak kondem-kondem orang. Sebenar bila saya dah dewasa, saya dah orang kata lebih terbuka, saya bulehlah membuat penilaian sendiri.
Mungkinlah juga jalan hidup saya ini sudah ketetapan Allah, masa saya dilanda kesempitan, manusia-manusia yang family kata tak serupa orang, gedik macam suweh (calon ahli neraka) inilah yang bikin saya lega dan yakin. Dan bila kita less judging, kita akan nampak kelebihan mereka, kekurangan kita. Kita mengisafi diri dan terasa diri amat kerdil, kurang dan hina. Kita bersemangat mau jadi orang yang lebih positif dan kurang bersungut dan mengondem-ngondem orang lain.
Ok berbalik pasal abang-abang saya…
Saya pasti ketiga-tiga mereka tengah pening sama ada nak pilih Azmin atau Zaid Ibrahim, walau ketiga-tiga mereka tak layak memilih pun. Ntah-ntah tak daftar jadi ahli PKR pun. Abang G saya tak taulah, tapi Abang L mesti cakap, “aku tak buleh daftar sebab aku kije POLIS”, Abang M plak kata, “aku tak boleh nanti ayah sedih aku masuk PKR instead of PAS, demi hati ayah aku rela tak memilih mana satu pun”. Ini jangkaan saya pun, sebab dalam bertekak-tekak memang tak pernah saya tanyakan no keahlian mereka, walau saya rasa “ala, mereka ni 2x5 macam saya gak”
Saya duduk sorang-sorang pun berempatilah dengan ahli PKR yang terpaksa memilih tu. Susah tu. Mana satu nak pilih. Pilih Azmin, tapi takut kalau big bro sabit liwat, tak kuar Sungai Buluh, tak brasap plak dapur PKR, pilih Zaid, karang takut lebih tonggang dari Zaidlah plak. Biasalahkan kami orang baik-baik ni, yang tak pernah minum arak, main seks luar nikah, makan duit rahsuah, tapi bila dan terkena, biasa orang baik-baik macam kami inilah lebih buas lagi dari yang memang dah sedia jahat tu.
Memang macam itulah masalah budak baik, budak takut dosa ini. Macam cerita barshisah kan. Itu pasal saya takut nak mengata orang sebelah sana yang sebelum ni dikata-kata menggedik mengalahkan pelacur tu. Nauzubillah. Ya Allah, takut, kalau dibalikkan pada kitalah pula, sebab bila kita dah kenal dan bercampur dengan mereka, ramai gak yang masih anak dara dan hanya pecah dara selepas nikah. Orang kata tau batas. Limit. Analoginya macam orang dah selalu pandu kereta laju, mereka pandai control, berbanding kita yang tak pernah, sekali laju terus masuk gaung. Hah!
Mestilah mereka peningkan. Kenapa pula saya sangat, macam yakin jah Anwar masuk sungai Buluh? He he he… Zaid tukan jahat. Orang katalahkan, orang jahat ni kalu tak dapat tanduk, telinga pun aku dapat pulas pun jadilah. Zaidkan ramai kawan kat Bar Council. Memanglah Anwar ramai kawan di Amerika, tapi sekuat-kuat kawan di Amerika, mereka tu jauh. Bar Council lagi dekat. Zaid plus Chua Jui Meng, bebila jah mereka boleh sumbat Anwar dalam Sungai Buluh, kalu tak sumbat dalam sungai buluh pun, saya yakin pengalaman Chua Jui Meng di Kementerian Kesihatan, boleh bikin Anwar jadi orang gila.
Apa-pun kita tengok sajahlah sapa yang menang nanti. Apa pendirian Anwar? Saya ini dispite jadi batu api bako darah abang-abang sepupu saya, dispite kebimbangan saya, kalau saya ada kuasa pun saya tidak akan sesama sekali akan bikin sesuatu yang merosakkan Pakatan Pembangkang. Inikan pula saya yang memang tak ada apa-apa pun, cuma ada minat suka-suka perhati dan menyakat abang-abang saya saja.
No comments:
Post a Comment