Thursday, November 28, 2019

ROSAK

Saya ingat hari ni nak cerita pasal kawan sepejabat yang stress, pi klinik pastu tambah stress dok pikir orang dok kata dia ni tak beriman. Ala haiiii----

Tapi pagi ni saya pula dok stress mengenang budak-budak dakwah geng-geng Mentot & Mufti yang kawan saya label sebagai Wahabi. Saya nak label geng ustaz-ustazah kalau dulu belum up sekarang dah up, apa apa pun saya tak pasti. Jadi saya label Mufti-Mentot ajelah dulu ea. Nanti kalu saya dapat terma yang tepat saya revise balik naaa---

Nak ceritalah pasal budak Mufti-Mentot ni, kan. Kan la ni depa dah dapat kuasa. Benda pertama yang derang buat saya pun tak pasti, tapi mu kalu kata geng-geng Mentot ni, derang gila glems, you all. Macam narsistik pun ada. Derang nak audiance dan kau taulah kan bila dah jadi menteri dah dapat kerajaan bule pulak kerajaan serupa haram-jadah, hah ceruk lagu mana lagi kau nak glemer. Dulu kau pembangkang kau bulelah, asal kau kutuk sikit orang mengilai-ngilai sokong kau. La ni kau kerajaan, kau yang kena kutuk. Adatlah aku heran Malaysia ni satu je. Politik dia politik benci pemerintah. Kalau pemerintah yang kira ok la bolehlah pun derang benci dan dok pakat kutuk, apatah lagi kalu Menteri yang jenis ntah-apa-apa-tah nak pegi kije pun malas, selalu ponteng sessi parlimen, haishhhh memang nak kena balun kaw-kaw PRU akan datang.

Geng-Mentot ni apalah dia nak buat lepas orang dah menyampah? Hah, satu lagi kuasa selain politik, dok nak pengaruh orang, ialah apalagi, hiburan,lah. Mai aaiiii la ni dah ada radio Zayan. Ntah macam mana saya boleh tersangkut kat radio tu ntahlah. DJ dia Mawi dengan Anas adik Faisal Tahir tu. Hari pertama oklah, hari kedua ok juga. Mai hari Jumaat ni, berjoget betul tahi telinga saya dibikinnya. Stress sekejap tau saya ni. Bukan saya stress dengan DJnya tapi dengan lagu yang diputarkan. Hai hai hai---mengarut jak geng-geng nak tarik pengaruh ni kan. Bule dia buat lagu pop jadi selawat Nabi Mediana-Medina??? gitu--

Terus teringat geng Kristian Evangelist Hannah Yeoh dan Gereja Subang Jaya dia tu--- heeeh rosaaakkkk derang ni. Follow habis template Kristian. Tak kreatif langsung,kan. Lantak koranglah. Orang-orang yang hok gian nak bersaing dengan Evangelist-evangelist ni derang mungkin baca tapi tak faham statement "Islam asal asing, berakhir asing"----kalu ghase-ghase Islam tu dah tak populer, sila masuk gua le--- kalu bersakit nak dapat popular, nak dapat pengikut cara muzik-muzik pop ni, Islam apa jenis le nanti yang akan terjelma.

Dia Islam ni agama paling simple---tak perlu banyak. Ini nak hiburan bagai, nak itu nak ini, sampai mempopkan selawat, lah itu lah ini haiiii boleh caca-marba Islam, tu nanti. Kita yang hat tua-tua ni pening kepala tengok. Boleh stress tau tengok pragai lagu tu. Dia nak Islam sangat, tapi Islam dia pelik. Macam mana kita nak join. Tak join depa nak kata kita tak Islamic, lantak pi apa dia nak kata. Aiiihhhh kalau Islam tafsiran depa bule nyanyi kalau kita tak nyanyi kita tak Islam, lantak. Yang penting solat, selawat, bukan nyanyi-nyanyi, kan?

Tuesday, November 26, 2019

Kapitalis 3

Kami yang hat mengaji sistem kapitalis ni kami ok jak. Tapi biasala tu, sistem buatan manusia ni ada cacat cela. Bila dah cacat tu kapitalis ni sentiasa upgrade apa cara mau baiki cacat. Ada campur komunis sikit, sosialis sikit, bagi memastikan keseimbangan dan kepincangan yang ada.

Kami idaklah taksub nak buang terus kapitalis aiihhh---- kalu buang nak bubuh apa? Hah hat macam Rusia tu, buang terus raja-raja, ganti komunis, apa jadi? Tengok hat Britain ada derang buang Raja mereka? Tak buang terus, walau la ni dengar khabar nak buang juga tu. he he---

Saya tak tau pengkapitalis lain, saya ni percaya satu hari nanti sistem ini akan runtuh juga diganti dengan satu sistem yang lagi kejam dan lagi buruk. Saya idaklah bermati-matian macam orang gila nak menyeru "wahai==wahai===wahai---- jangan tukaq, nanti pi tukaq lagi gila serupa Dajjal" idaklah, gitu. Pada saya kematian kapitalis, ni macam kita nanti kalau tak mati muda, eksiden, kena bunuh, jatuh pokok, kemalangan ka, bila dah tua renta, akhirnya mati, jua. Buat apa kita nak halang proses-penuaan, lalu mati, ni kan? Idaklah juga saya gigih nak melompat ke team pengganti, sebab tau yang ganti tu memang akan lebih teruk dengan yang sedia ada, ni pun.

Selagi ada nyawa boleh bertahan, ada apa benda boleh diandalkan untuk terus bernyawa, kita cuba. hah macam gitu. Ok kapitalis ni tadi dia dah menyerap unsur positif dalam komunis dan sosialis. Kalau dulu kapitalis taksub dengan pemodal-kaya yang punya wang ringgit, harta, lalu dimasukkan unsur kerajaan. Kerajaan boleh monitor pemodal kaya ni, jangan dia dok gila-meroyan menginya rakyat marhaen yang kerja dengan dia. Kerajaan pun buleh berniaga sama. Bahkan dalam perniagaan berbentuk monopoli dan diperlukan oleh semua rakyat, contohnya pembekalan air, elektrik, kerajaan boleh blok, bekal semua, tanpa membenar mana-mana orang kaya nak miliki hak-milik membekal, benda-benda alah ni, aiiihhh, tak dak masalah.

Bagi nak jadi nampak baik sikit, nampak tak rakus sangat, kapitalis juga benarkan puak pekerja yang tak bermodal ni, bersama-sama mengwujudkan persatuan pekerja. Dan kalau di Eropah sana wakil pekerja ni, memang akan dijemput sama dalam "decision making" syarikat. Jadi idaklah mereka nak kata, kebajikan mereka, suara mereka tak didengari---

hah gitu--- tapi kalau dah mati nak buat apa ya? hurmmm----nantilah kita fikir-fikir kemudian

Tapi itulah mana ada sistem yang cantik. Kalu budak-budak Islamis tu kata, Islam aje yang cantik dan nak bongkar, rombak, tukar kapitalis kepada Islam, ---kalau saya silalah---tapi badan-badan gergasi kapitalis dunia tu kau ingat nak menyerah jak dengan Islam.

Itu dulu saya kata silalah tukar, ----hah hat ni bila dah bertukar dah pun dan apa yang kita nampak ustaz-ustaz reformis ni kerja asyik ambik nama apa projek orang terdahulu mula, lepas tu dia kata dia mula--- hah memang saya tak percayalah akan Islam yang derang cuba nak bawa tu,kan.

Baik ambik je unsur-unsur baik Islam tu serap dalam kapitalis. Cara mana nak menyerap tu memang tak reti,lah he he---Nanti adalah Islamis-islamis yang lebih realistik dari ustaz-ustaz yang tengah kemaruk, dok ngaku sapi punya susu tu susu dia, datang mai, dok advocate model-model Islam yang lebih praktikal dalam menangani masalah dalam sistem kapitalis itu---

Kapitalis ni dia jenis menyerap sana-menyerap sini. Tak payah aiii nak terkinja-kinja bercakap pasal Islam, tapi bila diperingkat pelaksanaan, kau lebih tak senonoh, tamak dan rakus dari orang kapitalis,kan? Kalu berhutang tu tak reti bayar, bila diminta, dia marah pulak kita, kunun kita ni berkira. Aku bagi hutang, bukan bagi sedekah. Islam mana dok mengajar ko hutang tu tak payah dibayar? Awat mula-mula nak meminjam tak cakap kau nak minta sedekah. Apa benda Islamlah kalu perangai lagu, ni, kan?

Itu pasallah sambung balik cerita semalam yang hat kawan komplen, malu tertekan lepas gi spital orang dok tuduh dia tak beriman, tak beragama, itu punca dia kena pegi hospital tu saya tak tau nak cakap apa.

Sebab memang punca saya pegi hospital pun sebab saya mula-mula saya lebih tertarik dengan sistem selain dari agama saya. Lepas tu saya hat menyampah pula dengan dengan budak-budak, orang tua yang kunun dok nak angkat agama, tapi apa dia buat bukan nak mengangkat agama, tapi guna agama untuk pangkat dan nama.

Kita dok percaya,lah dia bawak Islam, tapi konsep sedekah dengan pinjaman pun dia tak boleh beza, projek hat orang dulu dia kata projek dia, macam manalah dia nak bawa Islam yang lebih besar-besar, seperti pengurusan risiko, pengubahan wang haram, terrorist funding dan sebagainya?

***

Ni ni nak mengata Menteri Mentot tu lagi.

Hat hari tu si Mentot ni dah mengaku dia dapatkan biasiswa dari Pak Arab untuk budak-budak sekolah, sedangkan biasiswa tu dimohon masa zaman kerajaan dulu. Semalam dia dok beralhamdulillah kunun dia dah  baiki 452 buah sekolah Daif.  82 jak lagi belum siap. Yang kita tau sekolah daif yang tengah baiki ni, dari 2016 lagi punya projek, tak siap-siap. Tak tahulah kut ada projek lain. Nanti saya tanya Pengerusi JKA ya. pi mintak tengok sikit list sekolah yang dia dok Alhamdulillah-alhamdulillah kan tu.

Kalau betul Mentot ni jenis suka ambik kredit orang, apa jenis Islamlah yang dia cuba bawak, kita tunggukan aje. Saya memang harap si Mentot ni dapat lama jadi Menteri. Tapi tu,lah kengkawan semua kata Kerajaan Menteri Mentot ni kerajaan sepenggal aje. Itulah kalau sepenggal mungkin Tuhan sayangkan Mentot dan mau Mentot kembali ke pangkal jalanlah mangkali tu---

Saya cakap, si Mentot ni ada baiknya dia tolong Prof saya advocate usaha menyerap nilai baik Islam dalam sistem Kapitalis yang ada ni. Memanglah Mentot tak belajar Akaun. Tapi kau jangan salah faham, dari Akaun, Kewangan, la ni dah berkembang ke Governance, Amalan baik etika kerja. Hah Mentot boleh tolong Prof saya dalam aspek governance dan etika.

Dari dia melalut-lalut nak buat apa kebendanya tah tu, kan yang langsung kita pun tak faham pun. Ntah apa tah dia buat kat KPM. Kita nampak kasut hitam je, tukan. Sampai ada macai yang merupakan kawan baik saya (sebab kawan le saya dapat baca. Kalau tak kawan, tak de bendanya saya nak tau atau terbaca) dah megarang cerita karut-marut menjustifikasikan--- "ala kasut hitam tu, bayangan bunga-bunga, gimmik jer, sebelum nak kuar intro sekolah Daif"---Apa gimmick Sekolah Daif, nya??? Kau janganlah nak mengaku naif sangat tak tau yang Sekolah Daif, Bekalan Air Bersih, Bekalan Gen Set, semua cerita lama. Adoii 2015-2016 lagi auditor dah dok study. Nak amik kredit cerita kunun semua idea, pembaharuan kau, agak-agaklah, kan. Baik kau semak balik sebelum kau nak mencacai benda yang bukan kau punya pun.

Haiihhh, kalau Sekolah Daif tu, laa--- hah aku punya bos, yang juga bos engkau jugak ni tengah gentang-genting KPI-LKAN dia. Aish macam tak tercapai dek gara-gara trafik di AG's Dashboard yang tak hijau-hijau lagi. 02 Disember ni, kalau masih tak hijau, masaklah Dato' Dr KSU kesayangan aku tu. Nasib baik aku pi spital, tau! Kalau tidak aku dah buat fitna, bahawa peminat fanatik Mentot yang duduk kat sebelah haku ni nak sabotaj KPI Dato' Dr sebab nak ganti KSU baru. Orang Perlis geng Mufti kawan baik Mentot yang ada kawan lain kata Mufti Wahabi gila, yang lebih sesat lagi menyesatkan tu, dari Abu Mayat Chen Peng, tue---

Nasib baik pi spital, kan. Kalau tak dah kuar cerita gila lagi bodoh, tu, (kalau gagal, tak capai KPI semua pasal ada konspirasi nak menjatuhkan, lepas nak menaikkan kawan-kawan yang kita suka aje) kan? Tak pepasal dapat dosa berat memfitna orang. Hadoooiiii aiiii.

***
Tu tadi dok tanya kalau mati kapitalis ni dan-dan ni jugak, saya nak buat apa? Dah nak masuk team baru, memang saya dah dan dan tau, dan dan Nabi dah dok kata, yang mengantinya tu hat makin teruk. Saya kata, silap hari bulan yang menggantikan tu ntah-ntah Dajjal Ori, aish, takkan kita nak masuk team Dajjallah pulak, kan?

Tapi rasa kapitalis belum nak mati lagi. Sekurang-kurangnya besok masih ada lagi kapitalis. Kalau mati pun jawatan kerja yang saya ada ni tetap dan berpencen. Ada lagi banyak tahun nak servis sampai umur 60 aiaiihhh. Hah buat macam biasa, bangun pagi, gosok gigi, mandi, pi kerja. Penat-penat kerja dapat gaji pi soping, pi cuti. Apalah yang dok pi sakit-sakit kepala memikio kalau kapitalis mati aku nak buat apa?

Kita buat rutin biasalah, ada ka kapitalis mati, kita ikut mati sama? Dok eeehhh---kita mati ikut mati kita macam catatan di Loh Mahfudzlah. Itula yang aku tak faham yang ada segelintir manusia ni sibuk dok memkio macam mana nak mampuskan kapitalis, yang lagi satu dok paranoid, dok nak perang sapa nak bunuh kapitalis. Weh kapitalis ni tak payah dibunuh pun, bila tiba ajal dia mati, dia matilah juga. Yang kita dok gaduh-gaduh, kapitalis, komunis, la, Islamislah dah kenapa,kan? Buat pening kepala, semak kepala.

Kepala otak saya ni dari dulu sampailah laaa ni memang tak reti nak semak-semak. Kalau kapitalis mati, sekolah kapitalis dah tutup semua, saya baliklah kampung, makan pencen, rehat-rehat. Hah lagi aman hidup. Idakle aku nak semak otak memikio besok anak-anak aku nak jadi apa? Aku bukan ada anak pun yang nak dok semak-semak kepala memikio besok dok tengah lenggang-lenggok nak masuk syurga, anak-anak dok mai tarik masuk neraka, kan?

Nak masuk syurga, solat jangan tinggal, puasa, zakat, haji bila dah mampu, jangan duk bergaduh dengan orang, mulut tu jaga sikit, jangan terfitna orang, terbuat cerita tak betul pasal orang, sudahlah,kan. Lagi kau banyak cakap, lagi kau banyak menyeru, silap cakap, silap seru, dapat dosa kering jak, lagi susah.

Hidup ni senang aje. Jadi janganlah nak disusah-susahkan dengan urusan yang tak pasti, dan urusan yang bukan urasan kita, pun. Hah hat tadi tu kalu kawan baik kita buat cerita macam Menteri Mentot tu sahaja dok perihatin pasal orang kampung, orang luar bandar, menteri lama dok gian mengejar anugerah dan bintang, hah hat tu kita kena perbetul dia. Jangan dia buat cerita bodoh---sampai nak make-upkan sangat si Mentot tu sampai dia sendiri nampak bodoh. Kalau dia nak buat juga cerita bodoh, tunggulah besok Penggal Pemerintahan Kerajaan Mentot berakhir, ntah apa cerita bodoh dia nak buat bagi cover line cerita bodoh semalam tak tahulah saya. Orang macam kawan baik saya tu no big deal,sebenarnya dia tu, bukan dia reti malu pun---Itulah dia bila ada kawan macam ni, kita pun kena juga ikut sama tampal kulit biawak kat muka kita telan, cerita-cerita bodoh mengampu-kipas bos yang memang aku sendiri tak ble nak brainla--- ape benda baru yang dia dah dok buat selain dari kasut hitam dia tu. he he

Monday, November 25, 2019

Kapitalis 2

Minggu ni ada kawan atau bos kat opis tu yang stress sangat pasal kije, pasal rakan sekerja, pasal anak buah, sampai bila dah tak tahan sangat, dia pegi jumpa Dr kat hospital. Lepas jumpa dia meroyan plak kunun orang dok ngata dia mental sebab tak kuat agama.

Hadoooiii masa ko nak pegi hari tu, awat kau tak tanya-tanya saya ni. Hah dah pegi meroyan memacam plak. Kalau dah jumpa Dr masih meroyan, baik tak payah pergi,kan? Tapi tu  dah kawan kita, dan dia dah dok meroyan lagu tu, saya pun sharelah dengan dia support group nun dok jauh kat Singapore sana. Haish kita Malaysia ni manalah ada support group lagu tu.

Ada tu memang ada, tapi didominasi oleh nonMuslim. Duduk kat tengah-tengah komuniti yang kuat mengamalkan agama Kristian. Tapi lain ceritanya dengan di Singapore sana. Memang ada support group yang dikendalikan oleh orang Islam. Itu beza kita dengan Singapore. he he----

Saya memang faham sangatlah kalau ada orang yang tahu dia tak boleh go-on, nak dapatkan bantuan, tapi dia takut, ragu-ragu nak buat demikian. Memang saya kesianlah. Itulah kalau dari awal dia tanya saya pasal ni, memang saya dah warning dah, kalau dia lebih risaukan cakap-cakap orang dari kesihatannya sendiri, baik dia suffer in silence je. Sebab kadang-kadang tu cakap-cakap orang sangat brutel dan boleh jadi lagi "membunuh"---

Tapi as far as I am concerned, saya rasa budak-budak ofis kita ni, taklah jahat sangat pun. Ok derang, terbuka. Yang saya dapatlah, team member, kawan semua tahu saya gi berubat hospital. Pegawai Penilai Pertama LNPT saya semua tau saya "tak betul" tapi Alahamdullillah markah LNPT saya ok je. Idaklah saya meroyan-royan bercerita markah saya kena slash pasal benda-benda yang tak sepatutnya berlaku. Pegawai Penilai tak betul, ka hapa ka, kan. Kita ni hidup tak lama, tapi kena pergi keja sebab nak duit. Pada saya orang nak kata kita apa, kata, lah. Kita pun mengata orang juga, bergossip, membawang juga. Jadi apalah sangat kata-kata manusia, ni,kan.

Tapi tulah kat tempat kije tu, saya tak pasti pulak bos kawan saya ni macam mana pulak. Betul kawan saya tu satu opis dengan saya, tapi bos dia tak sama dengan bos saya. Maksud saya Pegawai Penilai kami tak sama. Honestly saya memang tak berapa berkenan pun dengan Pegawai Penilai kawan saya tu. Ntahla---pada saya benda ni jadi sangat teruk pun sebab Pegawai Penilai kawan saya tu jugak. Kau tahu, bila kawan saya ni sedang berkonflik hebat hari tu, ada ka dia panggil kami semua buat makan-makan, tempah pulut kuning bagai, nak bincang apalah nak bikin dengan orang macam kawan saya tu yang dia labelkan sebagai virus. hadddoooiiii----

For kawan saya tu, saya rasa dia seorang yang kuat, itu pasal tuhan beri dia ilham untuk dapatkan pertolongan pakar. Orang yang kadang kita rasa patut jumpa pakar tapi tak pi jumpa tu, mungkin Tuhan tahu, kalau dia pi jumpa, boleh dia balik rumah bunuh diri terus he he----

Semuanya datang dari Tuhan. Apa tindakan keputusan yang kita ambil adalah ilham dariNya. Bila dah buat keputusan tu, tawakallah sahaja dan yakin dengan ketentuanNya.


Monday, November 18, 2019

Kapitalis

Kapitalis ni, walau saya belajar sistem dia sampai master, nak hurai rinci memang tak reti, sebab saya belajar bab rekod-merekod dan bab cari salah rekod, kut-kut ada unsur jenayah dan penyelewengan jer. Saya belajar bab ekonomi dan perdaganan aje. Bab-bab falsafah, sejarah yang besar-besar tu, saya tak berapa periksalah sangat.

Kat Malaysia kalau kita sebut kapitalis, orang ingat towkey besar yang jahat, lintah darat, bla bla bla----ramai tak berapa perasan yang urusan ekonomi, pentadbiran negara ni acuan kapitalis yang kita tempel-tempel, cedok-cedok, ikut kesesuaian kita. Kerangkanya kerangka kapitalislah. Kerajaan sebagai pemodal besar, yang ada kuasa besar dalam mempengaruhi iklim pertumbuhan ekonomi negara.

Sepanjang kerajaan dulu memerintah, ok-ok aje, tapi dah nama kapitalis dia mesti adalah sana sini tu, tiris, rahsuah, ketidakcekapan projek bla bla bla---(sebab tu universiti sana ada ajar Kriminologi Kewangan---Ada kapital/modal---Kriminal---Jenayah--Kolar Putih pun akan sibuk menyelit sama---pelik ni.Memang gitu---ada duit je manusia, mulalah gelap mata) sebab benda-benda macam ni ramai jadi tak berapa sukalah, sampai akhir kemuncak ketidak sukaan rakyat, kerajaan lama pun ditumbangkan bagi beri laluan kepada kerajaan yang lebih baik-jujur, lagi bersih. Bersih ke idak, itu tak tahulah kita sebab baru sangat, kita nak nilai,kan.

Lagi satu kerajaan baru ni kita tak nampak sangat apalah job yang mereka ada. Semua job, sambung dari job lama. Yang kita ada dengar kerajaan baru ni asyik buat hutang, pinjam-sana-pinjam sini, lepas tu jual aset negara. Itu ajelah yang kita dengar. Kadang tertanya-tanya juga, eh menteri baru ni reti buat kerja ka idak? Menteri baru ni, betul ka idak? Kalau tak reti cara orang lama, hah kau kata kau pandai sangat, rombaklah benda lama, tunjuklah benda baru. Ini tidak. Apa benda baru yang nak dia bawa tak tahulah kita. Setakat pergi luar negara, minta pinjam sana, pinjam sini, jual aset Negara, itu tak usah nak tunggu menteri, budak-budak pun dah lama tau dan boleh buat.

Hah! Bila tak de benda baru dibikin, menteri pun kata, "ala kita baru lagi, bagilah masa lagi" adooiii, masa dulu kau cakap kau kemain pandai lagi, itu nak bagi, ini nak bagi. Bila dah dapat----hurm---hampeh???

Haish! Tak tahulah kita. Mau tukar PM baru, PM-8 kut, baru ada apa-ape perubahan? Saya memang tak sabar nak tunggu PM-8 ni. Katanya tahun depan kita dapat PM baru. Eiii tak sabarnya. Bukan tak sabar nak tunggu dapat benda baru, PTPTN hapus, Tol hapus, Petrol harga RM1.50, tapi tak sabar nak cakap kat kau "see, I told you so, where got benda baru? Iyellek" he he----

****

Ni ada cerita kat opis ni tau--- cerita dia sikit lebih kurang gak macam cerita kat atas, tapi lain sikit. Cerita dia macam ni---biasa, dulu-dulu kita buat program ABCD. Tetiba baru-baru ni tak boleh buat sebab salah satu dari ABCD tak ada. Katalah B tak ada, padahah B lah agenda terbesar dalam program tu. Bos kata proceed tanpa B. Saya tanya kalau tak ada B nak ganti apa? ttuuuutttt----terus diam aje. Waih cakap kemain pung-pang-pung-pang-mengarah sana-mengarah sini. Bila kita tanya balik "ko nak buat program, B tak de, ko nak ganti apa?" terdiam terus.

Nampak macam saya celaka, kan? Spoiler. Tapi tulah what if kita proceed, tanpa perancangan teliti? Apa akan jadi nanti?

Ok apakah yang samanya dengan cerita di atas--- tak de samapun melainkan---apa eah---nanti aku balik, aku tidur dulu aku fikir.

Sunday, November 17, 2019

Kapitalis vs komunis

Kalau nak hurai secara rinci definasi, characteristic komunis dan kapitalis, ni saya bukanlah pakar. Saya cuma pandai catat apa orang layman or kebanyakkan orang di sekeliling saya yang umur baya saya dan mak saya faham pasal benda ni. Kapitalis derang mungkin tak pernah amik port sangat, tapi kalau komunis memang derang seriau. Takut derang. Pada mereka komunis tu bintang tiga yang banyak menyiksa orang kampung.

Kau cakaplah apa pun yang tetanam di benak mereka ialah bintang tiga. Bagi yang up sikit, komunis ni golongan tak percaya tuhan. Means to say idea komunis memang strictly No No to Malaysianlah. Ada yang kata DAP komunis. Buku road and belt adalah agenda mengkomuniskan kita. Kalau pihak pembangkang keep on spinning this story, boleh jadi modal politik yang ok juga, walau personally saya tak sokong politik benci-hasut menghasut, benda yang tak boleh 100% kita bukti secara ilmiahnya. Betul ka DAP komunis?

Tak kisahlah---

Yang pastinya bila PH yang didominasi DAP mengusai Putrajaya, ternyata prestasi mereka dalam mengurus ekonomi jauh lebih teruk jika berbanding prestasi team sebelum mereka. Dah nak dekat 2 tahun, takkan masih nak merengek kata masih baru? Berilah masa lagi. Masa kau nak gian nak berkuasa dulu, kau cakap macam kau pandai sangat. Bila dah dapat kuasa menangis kata tak pandai pulak. Adoooiii----

Sebab tak kepandaianlah menteri PH nila yang menyebabkan banyak janji yang dibuat tidak dapat mereka tunaikan. Kalau bagi masa 1000 tahun pun, kalau menteri Nobita tulah yang jadi menteri kewangannya, saya tak rasa PH boleh tunai semua janji. Pendek cerita menteri-menteri PH ni cuma pandai cakap aje rupanya---

Pun begitu, bagus jugalah mereka tak pandai, sebab ketidakpandaian sepatutnya dijadikan modal semangat untuk orang Melayu yang selalu rasa taksub yang Cina lebih pandai ekonomi dari Melayu. Naaa sekarangkan dah terbukiti yang CIna ni taklah pandai mana, pun. Pandai menipu je rupanya.

ok pa cer pasal kapitalis pulak? --- sambung lain masalah ya kalau ada mood.

Thursday, November 14, 2019

Consistent 4

Sambung sikit lagi naaa----

Ni kali mereceh, nak dok mengata orang sambil dok up up diri sendiri. Biasalah manusia zaman canggih, ni. Kalu tak de orang dok puji kita, kita up status siok sindri puji diri sendiri, kan? he he. Yang penting kita tak muuruuung. weeeh weeeh weeh, saya pi ceramah pendek pasal konflik, kaunselor pi bagi test kat saya na--- hah rupanya saya ni kendali konflik dengan melarikan diri. dok cerita bagusnya orang macam ni memang tak tak akan bergaduh, payah nak ada konflik dalam diri dia. Nak berkonflik macam mana belum start drama dia dah cabut dulu. Buruknya pulak, orang menyelesai masalah lagu ni lah selalu dapat kemurungan. Dia tak dapat lari dia murung. atau dia dah lari siap-siap, dia rindu menyesal tak sudah lah puloookkk. he he---

berbalik pasal nak puji diri sendiri ni dan merendah-rendahkan orang ni, hah tengok macam saya ni, tak de saya amik port nak ubah itu ini, fokus hat kerja jah. Bila dah fokus, kalu bos tak perasan, pun, sekurang-kurangnya bos tak memokak kat telinga kau kije tak siap--- lagi satu kalu kije dah siap, adalah ucapan-ucapan terima kasihnya. Kau tak seronok ka dapat emel bertela-tela macam saya ni?

jom tayang sikit emel naaaa---





Tuesday, November 12, 2019

CONSISTENT 3

Ingatkan hari ni dah nak buat cerita lain, tapi cerita semalam tak habis lagi. Ni nak cerita, saya dok bukak FB, terbacalah Ustaz Munga Mentot tu bermadah dalam sana. (aik kata tak suka, tapi awat follow? eeeh kenalah follow, bos besar kita tu, nanti orang kata tak support cerita bos dah cerita dalam FBpun tak tau lagi. Ketinggalan, tak update)

Hah ni apa cerita? Nak cerita, haaa nasib baik saya pi hospital, tak harus saya dah paranoid Ustaz Munga dok marah kat saya sebab mengata huduh kat GF dia he he he----- Buleh kau!!!! aku bukak-bukak FB si Mentot tu bersoal jawab sendiri. Dia soal, dia jawab baliklah--- dia soal Membaca untuk apa? Lepas tu dia jawab balik ntah apa tah dia jawab lupa la--- yang aku dok ingat baca untuk jadi pandai dan bina negara--- pasai pa hat tu yang dok ingat, sebab dok teringat peminat Mentot kat sebelah aku ni laaaa----bina negara, nak tegelak, aku aiiihhhh---- binala sangat, kan.

kalu hok kata tengok peminat dia pun kita dah tergelak, tengok bos aku tu, lagilah nak gelak. Tapi dah bos kita, takkan kita nak gelakkan bos sendiri,kan? Dalam kita dok gelak-gelak bos kita, rakyat kat bawah dok gelakkan kita. Dah duduk bawah dia, kalau orang gelakkan dia, makna hat kita-kita sekali pun kena gelaklah tu---

Lantak pi , aaiiihhh, nak gelak kat orang, nak gelak kat diri sendiri ka,---- tok sah dok ngata-ngata sangat, aiih, dia nak baca apa bacalah. Mu tu kalu kata kawan mu besok leka membaca, mu kena siapkan kerja dia, mu sabaq na--- sabaq tu separuh dari iman.

Adooiii aii tak habis-habis bos Mentot kena troll.