Tuesday, November 26, 2019

Kapitalis 3

Kami yang hat mengaji sistem kapitalis ni kami ok jak. Tapi biasala tu, sistem buatan manusia ni ada cacat cela. Bila dah cacat tu kapitalis ni sentiasa upgrade apa cara mau baiki cacat. Ada campur komunis sikit, sosialis sikit, bagi memastikan keseimbangan dan kepincangan yang ada.

Kami idaklah taksub nak buang terus kapitalis aiihhh---- kalu buang nak bubuh apa? Hah hat macam Rusia tu, buang terus raja-raja, ganti komunis, apa jadi? Tengok hat Britain ada derang buang Raja mereka? Tak buang terus, walau la ni dengar khabar nak buang juga tu. he he---

Saya tak tau pengkapitalis lain, saya ni percaya satu hari nanti sistem ini akan runtuh juga diganti dengan satu sistem yang lagi kejam dan lagi buruk. Saya idaklah bermati-matian macam orang gila nak menyeru "wahai==wahai===wahai---- jangan tukaq, nanti pi tukaq lagi gila serupa Dajjal" idaklah, gitu. Pada saya kematian kapitalis, ni macam kita nanti kalau tak mati muda, eksiden, kena bunuh, jatuh pokok, kemalangan ka, bila dah tua renta, akhirnya mati, jua. Buat apa kita nak halang proses-penuaan, lalu mati, ni kan? Idaklah juga saya gigih nak melompat ke team pengganti, sebab tau yang ganti tu memang akan lebih teruk dengan yang sedia ada, ni pun.

Selagi ada nyawa boleh bertahan, ada apa benda boleh diandalkan untuk terus bernyawa, kita cuba. hah macam gitu. Ok kapitalis ni tadi dia dah menyerap unsur positif dalam komunis dan sosialis. Kalau dulu kapitalis taksub dengan pemodal-kaya yang punya wang ringgit, harta, lalu dimasukkan unsur kerajaan. Kerajaan boleh monitor pemodal kaya ni, jangan dia dok gila-meroyan menginya rakyat marhaen yang kerja dengan dia. Kerajaan pun buleh berniaga sama. Bahkan dalam perniagaan berbentuk monopoli dan diperlukan oleh semua rakyat, contohnya pembekalan air, elektrik, kerajaan boleh blok, bekal semua, tanpa membenar mana-mana orang kaya nak miliki hak-milik membekal, benda-benda alah ni, aiiihhh, tak dak masalah.

Bagi nak jadi nampak baik sikit, nampak tak rakus sangat, kapitalis juga benarkan puak pekerja yang tak bermodal ni, bersama-sama mengwujudkan persatuan pekerja. Dan kalau di Eropah sana wakil pekerja ni, memang akan dijemput sama dalam "decision making" syarikat. Jadi idaklah mereka nak kata, kebajikan mereka, suara mereka tak didengari---

hah gitu--- tapi kalau dah mati nak buat apa ya? hurmmm----nantilah kita fikir-fikir kemudian

Tapi itulah mana ada sistem yang cantik. Kalu budak-budak Islamis tu kata, Islam aje yang cantik dan nak bongkar, rombak, tukar kapitalis kepada Islam, ---kalau saya silalah---tapi badan-badan gergasi kapitalis dunia tu kau ingat nak menyerah jak dengan Islam.

Itu dulu saya kata silalah tukar, ----hah hat ni bila dah bertukar dah pun dan apa yang kita nampak ustaz-ustaz reformis ni kerja asyik ambik nama apa projek orang terdahulu mula, lepas tu dia kata dia mula--- hah memang saya tak percayalah akan Islam yang derang cuba nak bawa tu,kan.

Baik ambik je unsur-unsur baik Islam tu serap dalam kapitalis. Cara mana nak menyerap tu memang tak reti,lah he he---Nanti adalah Islamis-islamis yang lebih realistik dari ustaz-ustaz yang tengah kemaruk, dok ngaku sapi punya susu tu susu dia, datang mai, dok advocate model-model Islam yang lebih praktikal dalam menangani masalah dalam sistem kapitalis itu---

Kapitalis ni dia jenis menyerap sana-menyerap sini. Tak payah aiii nak terkinja-kinja bercakap pasal Islam, tapi bila diperingkat pelaksanaan, kau lebih tak senonoh, tamak dan rakus dari orang kapitalis,kan? Kalu berhutang tu tak reti bayar, bila diminta, dia marah pulak kita, kunun kita ni berkira. Aku bagi hutang, bukan bagi sedekah. Islam mana dok mengajar ko hutang tu tak payah dibayar? Awat mula-mula nak meminjam tak cakap kau nak minta sedekah. Apa benda Islamlah kalu perangai lagu, ni, kan?

Itu pasallah sambung balik cerita semalam yang hat kawan komplen, malu tertekan lepas gi spital orang dok tuduh dia tak beriman, tak beragama, itu punca dia kena pegi hospital tu saya tak tau nak cakap apa.

Sebab memang punca saya pegi hospital pun sebab saya mula-mula saya lebih tertarik dengan sistem selain dari agama saya. Lepas tu saya hat menyampah pula dengan dengan budak-budak, orang tua yang kunun dok nak angkat agama, tapi apa dia buat bukan nak mengangkat agama, tapi guna agama untuk pangkat dan nama.

Kita dok percaya,lah dia bawak Islam, tapi konsep sedekah dengan pinjaman pun dia tak boleh beza, projek hat orang dulu dia kata projek dia, macam manalah dia nak bawa Islam yang lebih besar-besar, seperti pengurusan risiko, pengubahan wang haram, terrorist funding dan sebagainya?

***

Ni ni nak mengata Menteri Mentot tu lagi.

Hat hari tu si Mentot ni dah mengaku dia dapatkan biasiswa dari Pak Arab untuk budak-budak sekolah, sedangkan biasiswa tu dimohon masa zaman kerajaan dulu. Semalam dia dok beralhamdulillah kunun dia dah  baiki 452 buah sekolah Daif.  82 jak lagi belum siap. Yang kita tau sekolah daif yang tengah baiki ni, dari 2016 lagi punya projek, tak siap-siap. Tak tahulah kut ada projek lain. Nanti saya tanya Pengerusi JKA ya. pi mintak tengok sikit list sekolah yang dia dok Alhamdulillah-alhamdulillah kan tu.

Kalau betul Mentot ni jenis suka ambik kredit orang, apa jenis Islamlah yang dia cuba bawak, kita tunggukan aje. Saya memang harap si Mentot ni dapat lama jadi Menteri. Tapi tu,lah kengkawan semua kata Kerajaan Menteri Mentot ni kerajaan sepenggal aje. Itulah kalau sepenggal mungkin Tuhan sayangkan Mentot dan mau Mentot kembali ke pangkal jalanlah mangkali tu---

Saya cakap, si Mentot ni ada baiknya dia tolong Prof saya advocate usaha menyerap nilai baik Islam dalam sistem Kapitalis yang ada ni. Memanglah Mentot tak belajar Akaun. Tapi kau jangan salah faham, dari Akaun, Kewangan, la ni dah berkembang ke Governance, Amalan baik etika kerja. Hah Mentot boleh tolong Prof saya dalam aspek governance dan etika.

Dari dia melalut-lalut nak buat apa kebendanya tah tu, kan yang langsung kita pun tak faham pun. Ntah apa tah dia buat kat KPM. Kita nampak kasut hitam je, tukan. Sampai ada macai yang merupakan kawan baik saya (sebab kawan le saya dapat baca. Kalau tak kawan, tak de bendanya saya nak tau atau terbaca) dah megarang cerita karut-marut menjustifikasikan--- "ala kasut hitam tu, bayangan bunga-bunga, gimmik jer, sebelum nak kuar intro sekolah Daif"---Apa gimmick Sekolah Daif, nya??? Kau janganlah nak mengaku naif sangat tak tau yang Sekolah Daif, Bekalan Air Bersih, Bekalan Gen Set, semua cerita lama. Adoii 2015-2016 lagi auditor dah dok study. Nak amik kredit cerita kunun semua idea, pembaharuan kau, agak-agaklah, kan. Baik kau semak balik sebelum kau nak mencacai benda yang bukan kau punya pun.

Haiihhh, kalau Sekolah Daif tu, laa--- hah aku punya bos, yang juga bos engkau jugak ni tengah gentang-genting KPI-LKAN dia. Aish macam tak tercapai dek gara-gara trafik di AG's Dashboard yang tak hijau-hijau lagi. 02 Disember ni, kalau masih tak hijau, masaklah Dato' Dr KSU kesayangan aku tu. Nasib baik aku pi spital, tau! Kalau tidak aku dah buat fitna, bahawa peminat fanatik Mentot yang duduk kat sebelah haku ni nak sabotaj KPI Dato' Dr sebab nak ganti KSU baru. Orang Perlis geng Mufti kawan baik Mentot yang ada kawan lain kata Mufti Wahabi gila, yang lebih sesat lagi menyesatkan tu, dari Abu Mayat Chen Peng, tue---

Nasib baik pi spital, kan. Kalau tak dah kuar cerita gila lagi bodoh, tu, (kalau gagal, tak capai KPI semua pasal ada konspirasi nak menjatuhkan, lepas nak menaikkan kawan-kawan yang kita suka aje) kan? Tak pepasal dapat dosa berat memfitna orang. Hadoooiiii aiiii.

***
Tu tadi dok tanya kalau mati kapitalis ni dan-dan ni jugak, saya nak buat apa? Dah nak masuk team baru, memang saya dah dan dan tau, dan dan Nabi dah dok kata, yang mengantinya tu hat makin teruk. Saya kata, silap hari bulan yang menggantikan tu ntah-ntah Dajjal Ori, aish, takkan kita nak masuk team Dajjallah pulak, kan?

Tapi rasa kapitalis belum nak mati lagi. Sekurang-kurangnya besok masih ada lagi kapitalis. Kalau mati pun jawatan kerja yang saya ada ni tetap dan berpencen. Ada lagi banyak tahun nak servis sampai umur 60 aiaiihhh. Hah buat macam biasa, bangun pagi, gosok gigi, mandi, pi kerja. Penat-penat kerja dapat gaji pi soping, pi cuti. Apalah yang dok pi sakit-sakit kepala memikio kalau kapitalis mati aku nak buat apa?

Kita buat rutin biasalah, ada ka kapitalis mati, kita ikut mati sama? Dok eeehhh---kita mati ikut mati kita macam catatan di Loh Mahfudzlah. Itula yang aku tak faham yang ada segelintir manusia ni sibuk dok memkio macam mana nak mampuskan kapitalis, yang lagi satu dok paranoid, dok nak perang sapa nak bunuh kapitalis. Weh kapitalis ni tak payah dibunuh pun, bila tiba ajal dia mati, dia matilah juga. Yang kita dok gaduh-gaduh, kapitalis, komunis, la, Islamislah dah kenapa,kan? Buat pening kepala, semak kepala.

Kepala otak saya ni dari dulu sampailah laaa ni memang tak reti nak semak-semak. Kalau kapitalis mati, sekolah kapitalis dah tutup semua, saya baliklah kampung, makan pencen, rehat-rehat. Hah lagi aman hidup. Idakle aku nak semak otak memikio besok anak-anak aku nak jadi apa? Aku bukan ada anak pun yang nak dok semak-semak kepala memikio besok dok tengah lenggang-lenggok nak masuk syurga, anak-anak dok mai tarik masuk neraka, kan?

Nak masuk syurga, solat jangan tinggal, puasa, zakat, haji bila dah mampu, jangan duk bergaduh dengan orang, mulut tu jaga sikit, jangan terfitna orang, terbuat cerita tak betul pasal orang, sudahlah,kan. Lagi kau banyak cakap, lagi kau banyak menyeru, silap cakap, silap seru, dapat dosa kering jak, lagi susah.

Hidup ni senang aje. Jadi janganlah nak disusah-susahkan dengan urusan yang tak pasti, dan urusan yang bukan urasan kita, pun. Hah hat tadi tu kalu kawan baik kita buat cerita macam Menteri Mentot tu sahaja dok perihatin pasal orang kampung, orang luar bandar, menteri lama dok gian mengejar anugerah dan bintang, hah hat tu kita kena perbetul dia. Jangan dia buat cerita bodoh---sampai nak make-upkan sangat si Mentot tu sampai dia sendiri nampak bodoh. Kalau dia nak buat juga cerita bodoh, tunggulah besok Penggal Pemerintahan Kerajaan Mentot berakhir, ntah apa cerita bodoh dia nak buat bagi cover line cerita bodoh semalam tak tahulah saya. Orang macam kawan baik saya tu no big deal,sebenarnya dia tu, bukan dia reti malu pun---Itulah dia bila ada kawan macam ni, kita pun kena juga ikut sama tampal kulit biawak kat muka kita telan, cerita-cerita bodoh mengampu-kipas bos yang memang aku sendiri tak ble nak brainla--- ape benda baru yang dia dah dok buat selain dari kasut hitam dia tu. he he

No comments: