Sunday, November 10, 2019

CONSISTENT

Fuhhh hari ini keputusan Mahkamah pasal kes SRC Bossku. Hari ini Mahkamah akan putuskan sama ada Bossku bebas begitu sahaja atau perlu bela diri. Pada penyokong tegar Bossku, 1MDB haruslah saya mau Bossku bebas tanpa bela diri. Tapi kau taulah atuk Kutty tu,kan. Ko ingat dia nak mengalah macam itu-itu saja ka.

One thing for sure, hantaran kali ini ialah untuk memuji diri sendiri lelebih-lebih sikit. Betapalah saya ni consistent sangat dengan 1MDB dari dulu sampai sekarang. Saya percaya model 1MDB itu model yang benar, bukan model petik-petik atas angin, tahap babi terbang dapat wahyu dari langit. Masa Sarawak Post, Tony Phua dok kutuk-kutuk 1MDB, saya ok jak, sampaikan ada seorang kawan kata saya akan masuk neraka sebab sokong 1MDB.

Hari ini sudah terbukti, projek 1MBD berjaya. Bangunan Razak xChange dah mula menampakkan bunga-bunga kejayaan. Ruang-ruang pejabat, dah habis ditempah. Pendek kata, siap dan laku. Tak kedapatan satu pun projek bawah Bossku yang terbengkalai. Semua siap. Alhamdullilah. Tak de pulak kite dengar cerita-cerita projek mega yang lingkup semasa BossKu jadi PM. Semua ok-ok-ok aje.

Dan hari ini harapnya semua ok. Kalau kena panggil bela diripun tak apalah juga. Atuk pun bukannya lama lagi pun nak jadi PM. Besok lusa pejam-pelik, sampailah tempoh 2 tahun yang dia janji kat Abang Non. Atuk nak tipu Abang Non ka? He he----kita tengokkan ajelah. Sampai bila hidup nak menipu? Apa jadi kalau terlalu sangat suka menipu. Tipu orang yang lurus, tak pandai menyimpang, ko selamatla. Tapi kalau tipu orang yang sama naik liciknya dengan kau, belum tentu lagi ko boleh menang macam itu, saja----

****
Itulah kita ni kalau consistent, lelama Tuhan tunjuk kebenaran, tak payah kita nak bertegang-tegang urat dengan orang yang tak percayakan kita.

Lagi satu benda yang saya consistent ialah pasal barisan Menteri Mentot yang saya gelar, geng-geng ustaz baru nak up. la ni dah lebih dari 100 hari derang up, takkan nak panggil baru nak up. Saya upkan gelaran mereka pada Ustaz Bunga Ambitious. Geng-geng ustaz yang percaya semua masalah boleh diselesaikan melalui political will. Kami orang kampung ni semua cakap, ustaz kalau masuk politik, hancurlah jawabnya. Dah dapat kuasa apalah Mentot ni buat?

Ouish kalau ko cakap lelebih, nanti ada pulak orang yang marah. Macam manalah Mentot ni nak menang kalau bos dia sendiri pun tak berapa nak ke dia? Belum apa-apa dah kena libas kaw-kaw dengan tukang tulis tajaan Atuk. Taulah ada khadam balun balik tukang tulis Atuk sampai orang tua, tu kena lari masuk gua, but still----saya rasa Ustaz Ambitious, tiada substance, tiada skill untuk mewarisi dunia kapitalis rencam yang penuh dengan 1,001 satu macam tipu daya ini.

Nak menang perang kapitalis, you need another capitalist as well, not an over ambitious ustaz. Yang saya nampak boleh bersaing dengan yang kau kata-kata Pesuruh Dajjal Dunia, ialah orang-orang Melayu sempoi, yang bijak membaca percaturan kapitalis itu sendiri. Ini anak baru nak belajar Law, belajar accounting ko dah menjerit-jerit takut sebelah kaki anak kau dah masuk neraka, susahla,kan? Anak berangan nak jadi orang kaya, nak meniaga, kau dah syarah-syarahkan anak kau, orang kaya besok semua masuk neraka, payah nak cari orang kaya dalam syurga. Kalau tak reti ilmu kapitalis, macam mana nak jadi PM? Jadi PM Bayangan bulehlah. PM Puppet. Nak jadi PM Puppet, rasanya Ustaz PAN jadi pandai jadi Puppet, dari Ustaz Bunga Ambitious ni.

Abeh tu apalah nak jadi dengan girl-friend gila bayangkan Ustaz Bunga jadi PM satu hari nanti yang duduk kat sebelah saya tu? Saya rasa sampai tualah dia duduk kat Masjid lawan berdebat dengan paderi-paderi yang datang ke Masjid sebab nak test power. Kata dia, lah. Betul ka ada budak paderi datang masjid? Ntahlah manalah saya tahu. Saya manalah pernah pergi masjid pun! krik-krik-krik---

****
Lagi satu yang saya dok konsisten pasal KJ. Idaklah saya minat pun si KJ ni. Tapi dari Ustaz Bunga, baiklah KJ. Saya tau ramai orang UMNO yang geram jeerrr dengan KJ. Orang UMNO ni orang Melayu. Memang kita orang Melayu dok meluat aiiihhh tengok perangai manusia yang licik ni. Betuika licik ni? Saya nak kata opportunist, tapi tak tau apa ka nama dalam BMnya.

Saya nampak KJ kalau tak boleh jadi PM pun, dia boleh handle isu kapitalis dengan baik. Dia sendiri pun opportunist. Opportunist, sikap pandai licik, pandai mencari ruang dan peluang ni memang sikap kapitalislah tu. Dari ko dok harap Ustaz Bunga yang bukan dia tak reti ilmu kapitalis, tapi tak mau belajar ilmu kapitalis sebab takut mati besok masuk Neraka, baik kau berangan jadi gundik KJ. Itu pun kalau KJ ada selera kat kaulah. tapi tu KJ terpesona dengan libasan kain batik Nurul Izzah jak. jadi ada baiknya ko teruskanla berangan nak jadi Bini No 2 ustaz jer yaa----

Ok berbalik pasal KJ. Hari ni KJ melutut nak balik UMNO. Saya tau KJ tak berkenan UMNO kawen PAS, tapi nak buat macam mana KJ dah nampak penyatuan UMNO PAS akan bawa momentum baru yang bakal merubah landscape politik tempatan. Itu pasal dia cepat-cepat sokong UMNO balik.

*****

Rumusannya- nak sokong orang, sokonglah yang kita nampak boleh jadi winner. Sapa yang boleh menang? Like I said those yang ada pengetahuan dan faham sistem, selok-belok dan tipu-daya kapitalis. Ada masa orang yang kita sokong tu, jatuh rebah, jangan tinggalkan, teruslah sokong. Jangan ditinggal, cari yang menang. Kalau terus kalah sampai mati, pun. Apalah salahnya kita terus sokong. Orang bukannya kenal, kita, pun-----he he he

No comments: