Monday, November 18, 2019

Kapitalis

Kapitalis ni, walau saya belajar sistem dia sampai master, nak hurai rinci memang tak reti, sebab saya belajar bab rekod-merekod dan bab cari salah rekod, kut-kut ada unsur jenayah dan penyelewengan jer. Saya belajar bab ekonomi dan perdaganan aje. Bab-bab falsafah, sejarah yang besar-besar tu, saya tak berapa periksalah sangat.

Kat Malaysia kalau kita sebut kapitalis, orang ingat towkey besar yang jahat, lintah darat, bla bla bla----ramai tak berapa perasan yang urusan ekonomi, pentadbiran negara ni acuan kapitalis yang kita tempel-tempel, cedok-cedok, ikut kesesuaian kita. Kerangkanya kerangka kapitalislah. Kerajaan sebagai pemodal besar, yang ada kuasa besar dalam mempengaruhi iklim pertumbuhan ekonomi negara.

Sepanjang kerajaan dulu memerintah, ok-ok aje, tapi dah nama kapitalis dia mesti adalah sana sini tu, tiris, rahsuah, ketidakcekapan projek bla bla bla---(sebab tu universiti sana ada ajar Kriminologi Kewangan---Ada kapital/modal---Kriminal---Jenayah--Kolar Putih pun akan sibuk menyelit sama---pelik ni.Memang gitu---ada duit je manusia, mulalah gelap mata) sebab benda-benda macam ni ramai jadi tak berapa sukalah, sampai akhir kemuncak ketidak sukaan rakyat, kerajaan lama pun ditumbangkan bagi beri laluan kepada kerajaan yang lebih baik-jujur, lagi bersih. Bersih ke idak, itu tak tahulah kita sebab baru sangat, kita nak nilai,kan.

Lagi satu kerajaan baru ni kita tak nampak sangat apalah job yang mereka ada. Semua job, sambung dari job lama. Yang kita ada dengar kerajaan baru ni asyik buat hutang, pinjam-sana-pinjam sini, lepas tu jual aset negara. Itu ajelah yang kita dengar. Kadang tertanya-tanya juga, eh menteri baru ni reti buat kerja ka idak? Menteri baru ni, betul ka idak? Kalau tak reti cara orang lama, hah kau kata kau pandai sangat, rombaklah benda lama, tunjuklah benda baru. Ini tidak. Apa benda baru yang nak dia bawa tak tahulah kita. Setakat pergi luar negara, minta pinjam sana, pinjam sini, jual aset Negara, itu tak usah nak tunggu menteri, budak-budak pun dah lama tau dan boleh buat.

Hah! Bila tak de benda baru dibikin, menteri pun kata, "ala kita baru lagi, bagilah masa lagi" adooiii, masa dulu kau cakap kau kemain pandai lagi, itu nak bagi, ini nak bagi. Bila dah dapat----hurm---hampeh???

Haish! Tak tahulah kita. Mau tukar PM baru, PM-8 kut, baru ada apa-ape perubahan? Saya memang tak sabar nak tunggu PM-8 ni. Katanya tahun depan kita dapat PM baru. Eiii tak sabarnya. Bukan tak sabar nak tunggu dapat benda baru, PTPTN hapus, Tol hapus, Petrol harga RM1.50, tapi tak sabar nak cakap kat kau "see, I told you so, where got benda baru? Iyellek" he he----

****

Ni ada cerita kat opis ni tau--- cerita dia sikit lebih kurang gak macam cerita kat atas, tapi lain sikit. Cerita dia macam ni---biasa, dulu-dulu kita buat program ABCD. Tetiba baru-baru ni tak boleh buat sebab salah satu dari ABCD tak ada. Katalah B tak ada, padahah B lah agenda terbesar dalam program tu. Bos kata proceed tanpa B. Saya tanya kalau tak ada B nak ganti apa? ttuuuutttt----terus diam aje. Waih cakap kemain pung-pang-pung-pang-mengarah sana-mengarah sini. Bila kita tanya balik "ko nak buat program, B tak de, ko nak ganti apa?" terdiam terus.

Nampak macam saya celaka, kan? Spoiler. Tapi tulah what if kita proceed, tanpa perancangan teliti? Apa akan jadi nanti?

Ok apakah yang samanya dengan cerita di atas--- tak de samapun melainkan---apa eah---nanti aku balik, aku tidur dulu aku fikir.

No comments: