Monday, November 25, 2019

Kapitalis 2

Minggu ni ada kawan atau bos kat opis tu yang stress sangat pasal kije, pasal rakan sekerja, pasal anak buah, sampai bila dah tak tahan sangat, dia pegi jumpa Dr kat hospital. Lepas jumpa dia meroyan plak kunun orang dok ngata dia mental sebab tak kuat agama.

Hadoooiii masa ko nak pegi hari tu, awat kau tak tanya-tanya saya ni. Hah dah pegi meroyan memacam plak. Kalau dah jumpa Dr masih meroyan, baik tak payah pergi,kan? Tapi tu  dah kawan kita, dan dia dah dok meroyan lagu tu, saya pun sharelah dengan dia support group nun dok jauh kat Singapore sana. Haish kita Malaysia ni manalah ada support group lagu tu.

Ada tu memang ada, tapi didominasi oleh nonMuslim. Duduk kat tengah-tengah komuniti yang kuat mengamalkan agama Kristian. Tapi lain ceritanya dengan di Singapore sana. Memang ada support group yang dikendalikan oleh orang Islam. Itu beza kita dengan Singapore. he he----

Saya memang faham sangatlah kalau ada orang yang tahu dia tak boleh go-on, nak dapatkan bantuan, tapi dia takut, ragu-ragu nak buat demikian. Memang saya kesianlah. Itulah kalau dari awal dia tanya saya pasal ni, memang saya dah warning dah, kalau dia lebih risaukan cakap-cakap orang dari kesihatannya sendiri, baik dia suffer in silence je. Sebab kadang-kadang tu cakap-cakap orang sangat brutel dan boleh jadi lagi "membunuh"---

Tapi as far as I am concerned, saya rasa budak-budak ofis kita ni, taklah jahat sangat pun. Ok derang, terbuka. Yang saya dapatlah, team member, kawan semua tahu saya gi berubat hospital. Pegawai Penilai Pertama LNPT saya semua tau saya "tak betul" tapi Alahamdullillah markah LNPT saya ok je. Idaklah saya meroyan-royan bercerita markah saya kena slash pasal benda-benda yang tak sepatutnya berlaku. Pegawai Penilai tak betul, ka hapa ka, kan. Kita ni hidup tak lama, tapi kena pergi keja sebab nak duit. Pada saya orang nak kata kita apa, kata, lah. Kita pun mengata orang juga, bergossip, membawang juga. Jadi apalah sangat kata-kata manusia, ni,kan.

Tapi tulah kat tempat kije tu, saya tak pasti pulak bos kawan saya ni macam mana pulak. Betul kawan saya tu satu opis dengan saya, tapi bos dia tak sama dengan bos saya. Maksud saya Pegawai Penilai kami tak sama. Honestly saya memang tak berapa berkenan pun dengan Pegawai Penilai kawan saya tu. Ntahla---pada saya benda ni jadi sangat teruk pun sebab Pegawai Penilai kawan saya tu jugak. Kau tahu, bila kawan saya ni sedang berkonflik hebat hari tu, ada ka dia panggil kami semua buat makan-makan, tempah pulut kuning bagai, nak bincang apalah nak bikin dengan orang macam kawan saya tu yang dia labelkan sebagai virus. hadddoooiiii----

For kawan saya tu, saya rasa dia seorang yang kuat, itu pasal tuhan beri dia ilham untuk dapatkan pertolongan pakar. Orang yang kadang kita rasa patut jumpa pakar tapi tak pi jumpa tu, mungkin Tuhan tahu, kalau dia pi jumpa, boleh dia balik rumah bunuh diri terus he he----

Semuanya datang dari Tuhan. Apa tindakan keputusan yang kita ambil adalah ilham dariNya. Bila dah buat keputusan tu, tawakallah sahaja dan yakin dengan ketentuanNya.


No comments: