Tuesday, June 14, 2022

Day Seterus-seterusnya

Day seterus-seterusnya idaklah saya teruja sangat nak menganalisa-psiko kes cuit-mencuit kat pejabat tu, tapi nak cerita sikit, adalah day ke berapa tah, tak ingat, saya tetiba teringin nak makan roti sardin. So, saya pun beraturlah---tibeerrr, ko teka sapa beratur belakang ai? Hahhh! pandaaaaiii, betul tu sapa lagi, si kaki mencuit tu le. Terus kau, jantung mak tercopot-copot laju, terparanoid, kut la mamat tu baca saya tuleh kat dalam sini. Hah! kau tahu kau takut,kan? Mengata orang tak hengat doniaa, kan. Padan Muka. Nasib baiklah Q-tak panjang, aleh-aleh ada plak minah menyelet nak tambah kari,lah, dal, lah, dengan sela masa yang agak panjang. So terus degupan jantung back to normal.

Hari seterusnya, agak busy. Lepas tu saya busy dengan program Fat2Fit Putrajaya 3.0. so memang tak larat nak memikio hal orang. Sekarang ni tengah berhempas pulas nak maintain fit. Tetibeerr rasa macam nak buat second degree in sport science ka, pemakanan ka. Fefeeling nak jadi fitness coachlah pulak. Besok pencen bolehla jadi instructor poco-poco untuk achik-achik kampung tu. He he 

Aku ni memang masa sekolah tak berbakat sukan langsung. Tadi petang masa sessi fitness assessment, bila bebudak muda tak ble tahan buat Plank dan Hold Star Pose 2 minit, achik rasa tetiba bila masa datangnya all this strength, kan? Besemangatlah pulak rasanya nak cuba rebut hadiah yang ditawarkan dalam program ini. Iya ada hadiah---tempat pertama RM400, kedua ntah tak ingat berapa tah, lepas tu ada hadiah sagu hati. Memula masuk tu memang tak fikir pasal hadiah, pun. Tapi bila dah mula rasa why not kita all out,kan. aim kalau tak dapat tempat utama pun, saguhati pun jadilah,kan? 

Hah lagi satu nak cerita ni, weekend lepas, aku join le adik-adik sepupu aku mandi kat Air Terjun Asahan, ko tau geram negok sesampah, yang dibiar begitu je disiring-siring port kolam Air Mandi-manda tu. Memanglah tak de tong sampah sana. Ko dah buat sampah sana, ko bawaklah turun sampah ko, buang ditempat yang sepatutnya. Ini tidak dilonggok-longgok je di sana-sini. Mujurle hp tetinggal kat umah, tau.

Semalaman tak tido memikio sesampah yang tertinggal di port camping kat dalam hutan air terjun sana. Apa aku nak buat ek. Aku rasa aku nak ajak kawan NGO aku buat kutip sampah kat sanalah,kan? Pastu suruh anak dia masukkan dalam media sosial dia.Bebudak-muda dia derang ramai follower, biar bagi awereness sikit pasal menjaga alam ni,kan. Ko mandi-sesedap-makan-makan, sampah kau tinggal macam tu je, kau bawa le turun sama. Bukan payah benau. 

Kerajaan ni pun satu. Kalu port kat Putrajaya tu kemain ko jaga. Almaklumle, menteri kanan semua pakat riadah situ. Siap ada kontrak kebersihan dok kutip angkut sesampah situ. Ini kat ceruk Asahan sana, haiiii----harap YB Dira Abu Zahar ajak rakan-rakan retis dia jungle track, mandi air terjun tetiap minggu. Tak payah le---Dia YB Rim, bukan YB Asahan,kan? Tapi aku dengo dia Exco Pelancongan. Apa dia buat kat opis tu. Ni ramai orang dah datang Melaka ni. Orang Melaka memang terkenal dengan pembersihnya. Sapu Laman sehari dua kali. Jangan laman je bersih, bersapu, masuk hutan sikit dah macam beruk, sepah-sana-sepah sini.

Tuesday, June 7, 2022

Day 3 Challenge

Day 3 yang di minggu yang lalu le, tak dan nak tuleh----busy bebeno. Lom jadi PM dah busy ek. Sebab tu le Tuhan tak kasi jadi PM. Dia bagi setakat kuli-kuli je. Karang kalu jadi PM karang, punya le busy sampai sembahyang pun tak sompek. Tak ke haru, tu? Ceritanya berjaya ke idak? Rasa memang berjaya sungguh. Mana tak berjayanya----boleh terfren-fren plak dengan yang kena cuit tu. Memang le sebelum ni pun fren, tapi fren gitu-gitu je leeerrr---dia kan pempuan tercantik [(katanya) Menurut kata/di mata lelaki-lelaki laki orang berpangkat pegawai P&P kije kat Audit ni yang aku rasa ada prob mid life kut]. Dia,kan Santapan manja mata pegawai lelaki audit yang miang tu,kan. Aku nak cakap miang ni rasa tak patut, tapi aku cakap jugakla kalau dah kerekter derang tu macam haram jadah, kan? Apa kau ingat kat Audit ni tak de pegawai miang, ada. Miang tu satu hal, ni-ni-ni, kije ni suka main lempau-lempau je kat kita yang kuli-kuli ni. Itu yang hangin satu badan tu. Observation aku kat audit ni le, macam kualiti kije dengan darjah minag tu macam ada kolerasi jeeee---hehehe. Macam le pegawai yang tip-top tak miang ek. he he he---tak kose nak study ek, tak kose nak bangunkan rerangka teori---sebab rasa benda ni anomali, pegawai macam tu anomali. Berlaku kat pejabat aku je. Pejabat orang lain tak begitu.

Berbalik pasal fren-fren ni. Biasa aku tak fren dengan orang macam tu. Bukan aku yang tak fren, depa yg tak nak fren. Aku nikan achik Marhaban, aka/merangkap achik bawang, loooookkkk Hah. Musuh ketat geng ex-Ratu Kebaya. Mana ble fren, kan. Tapi tu macam mana nak jadi cerita tah---hari Jemahat lepeh, Putrajaya ni ada le buat program Fat-to-Fit Putrajaya. Aku dah memang daftar dah. Tapi Kames, malam Jemahat, lepeh baru deme buat group. Ada lak group nama "team audit" so aku pun pegile apa tu hah apa promote kat ada sorang budak tembun kat Aras 4. Aku kalau dia tak sibuk tanya macam mana aku kurus, idakle aku turun lif se ke Aras bawah tu nak promot-promot ni. Sebab dia tanya le senang aku promote meh ikut kalu nak kurus. Nak cerita memang tak de masa. Orang busy le kata, kan., Kan?

So masa nak mempromote tu, bulehle plak si tembun ni menyidai kat work-station si Cantik ni. So, gitulah ceritanya, macam mana aku ble fren dengan si Cantik. Dia minat le nak join walau dia BMI ok. Tak Fat, pun. Aku tanya "bos" - Bos ketua team audit tu le, dia kata ok je boleh je orang tak Fat nak join. So adakah si Cantik akan join tu, aku tak tau. Kau rasa larat ke dia nak train dengan kami. he he---

Well, dia join ke idak, itu cerita no 2, cerita no 1 ni aku dah fren dia, so, bila dah fren tak ble le nak ngumpat fren, kan? Tak ble le plak nak join kem/team "hate own fren" he he he--- Kita orang pempuan ni ginilah dek ek. Jangan kita hate-hate, kaum kita, walau kaum kita ni le yang macam haram jadah, tau. Hat lagi satu tu le penyelamat katanya. Tapi kalau kes-kes macam ni, tetap kaum kita gak yang betul. Jahat macam mana pun, kalau kaum lagi satu tu betul, dia boleh betulkan apa-apa yang tak betul. Kalau dah jadi isu, dah jadi gosip, memang sah hat lagi satu tu tak betul he he he---

He he he ini kem Amber Heard ke ni? Ko rasa? Idak le aku sokong memana retis tu, salah dak Amber gak dok kawen dengan lanun tu dah kenapa, kan? Dah ada sekian banyak lelaki hero kat dalam sana, Lanun gak dia nak. Apa dia ghase dia boleh tunduk kan lanun itu macam kawan dia "tundukkan playboy itu" dalam drama pepetang kat TV Malaysia tu ke he he he---gelihati achik nak, oiiii!

Nak kawen kaji dulu weh. tengok tangan dia tu macam mana? Berani tak singgah kat badan kau sesuka hati, dia, kan. Kalau jeneh tangan lepas laku ni, tak reti diam dok cuit sana-sini, tak payahlah kau nak buek laki ek. Time  dia mood baik, happy, dia cuit kau oklah . Time dia marah, nak merompak, nak  melanun, macam orang gila, dia cuit kau, mampus---le jawab nya.

Thursday, June 2, 2022

Day 2 Challenge

Hari Ke 2 apa khaber ek, adakah saya tewas. Ahlamdullilah berjaya juga. Tapi berjaya tu tak bererti saya nak menganilisa ek. Analisa tetap analisa, kan dah hobi saya tu. Tapi kawan analisa tu idakle bos no 2 atau no 1. Incase ko tak faham sangat ujian ni, ujian ni adalah ujian mengekang saya dari borak analisa-psiko konflik pejabat dengan bos no 1 atau 2 je. Selain tu I is ok. he he---

Kalau boleh jangan analisa terus,kan---sikit-sikitla aku mau buang hobi ni, kan? Susahlah kau nak buang benda ni. Paling-paling pun ai is kena ada satu kawan analisa, tau. So far kawan saya memang akan analisa benda ni dengan orang yang cetus-bawa-cerita tu. Itu memang wajib tu. Lepas tu derang nak quote and unquote benda ni kak Mar cakap, lantak pi, lah,kan. Kak Mar memang monster yang merebahaya he he, semua gosip opis dia tahu.

So apalah dapatan saya? Sebelum saya tulis dapatannya---saya tulis lagi sikit update, yang kena cuit dah mohon tukar, Bos dia dah sign, Bos no 1 opis pun dah luluskan juga. Tapi lulus dengan pengganti. Tapi tu, bos dia ada tanya kenapa---dia cakap bla bla bla---bos ok je sebab pada bos dia orang tak de agama, gurauan dia agak sikit pelik.

Kat sini timbul rasa tak puas hati plak pada pihak saya. Tak de agama tu maksud, pencuit adalah peribumi Sarawak sana---so kita orang semenanjung merumuskan sebab dia tak peluk any agama lazim rakyat malaysia, we consider them to be non-believer. So saya cakap sama kawan saya mustahil tak de agama, kalau tak de agama pun, mesti ada adat dan setahu saya adat mereka lagi ketat dalam bab cuit-mencuit ni.

Saya memang agak emo lah kalau orang semberono letakkan apa-apa perbuatan sumbang atas alasan kurang pengetahuan agama, atau tak de agama. I am a muslim, study ilmu sekular, ok generally orang kita kata penganut ilmu sekular tak de agama, so I agree with you, tapi dalam bab cuit mencuit ni, ilmu sekular yang saya belajar ada cakap, manusia dia ada ruang, best practice kalau kat pejabat ruang yang boleh kau cuit-cuit tu memang dah kira ruang peribadi dah tu. Tak boleh dicerobohi sesuka hati. Kalau kau buat juga, orang yang rasa ruang peribadi dia dicerobohi, boleh ambil tindakan, sampai report polis, turun naik mahkamah,lah gitu.

Tulah masalah orang kita ni, kata je beragama, tapi bab-bab macam ni derang tak cakna sangat. Lepas tu sesedap mulut kata orang gatal, lah, orang tak de agamalah. Macam-macam. Saya akhirkan gosip ni dengan pembawa cerita begini je "Akak rasa salah tu kalau kita kata dia jadi begitu sebab tak de agama, kalau dia tak de agama, dia ada adat. Dia dah sampai sini dah lupa daratan, tak berpegang kepada adat dialah tu, dia jadi macam gitu. Akak kesian je kat orang-orang kampung dia yang masih berpegang pada rukun negara ke lima kesopanan dan kesusilaan"

Yang orang kampung dengan rukun-rukun negara tu saya tambah je tu he he..- kita tulis cerita kalau tak de nasi tambah, tak sedaplah cerita kita,kan?

Saya memang tak nak panjang-panjangkan cerita ni, walau saya suka kalau kita create satu awareness pasa ruang-ruang peribadi, sosial dan sebagainya di pejabat. La ni, ada je cerita gangguan seksual, yang saya dengar, so far kami auditor, memang jarang dengar lagilah pasal ni. Satu bagusnya akauntan/ auditor ni kami ada by law, code of conduct bla bla bla----sampai ada satu tahap tu menyendiri itu memang best-practice demi menjaga "independent" Independent  ni dalam bahasa Melayu apa ek. Lupa plak lah saya. Tula kalau besok-besok meletup, masuk paper so and so kena saman sebab gangguan seksual di tempat kije---tolonglah ea---korang jangan senang-senang cakap "owh dia tak de agama-sebab tu dia macam tu" tolonglah ea, tolong ingat sikit, kita rakyat Malaysia, walau rukun negara no 1 suruh kita percaya pada tuhan, tapi ko degil, tolong pegang pada kesopanan dan kesusilaan, boleh tak.

Karang kena serang dengan bala tentera Jabatan Netizen Negara, baru padan muka kau.

Wednesday, June 1, 2022

Day 1 Challenges

Alhamdullilah hari pertama ujian berjalan dengan baik, bab mulut tu yang nak bergosip, kira berjaya cemerlang. Bab mengunyah memang fail,lah. Dah kawan sogok memacam. Nasi lemaklah, kueh guntinglah, kek lapis sarawaklah, ayam goreng, macam-macam ada. Ntah apa murahnya rezeki pada ujian hari pertama tu,kan?

Iyalah saya bawak lolipop sebalang kecik, dengan kerepek pisang sebalang, Allah gerakkan hati kawan-kawan yang lain pulak bawa macam-macam. Yang bagusnya hari tu saya dah penat menggoreng sambal goreng sekuali kecik, dari jam 4 lebih saya dah bersilat di dapur, jam rehat, saya tak larat nak duduk-duduk makan-makan lagi. so saya tertidur. Sebelum saya dibuai lena, sayup-sayup dengo juga derang membawang ntah pasal benda lain lah pulak. Ni pasal pompuan kena cuit jugak ka---ko bior betul takkan semua pompuan nak dicuitnya. Dicuit yang bekenan di hati leeerr---

Ni pasal pempuan kaki berontak plak. Hurrmmm kesian betul bos No 1 aku ni, orang dia memang lembut, soft spoken, baik bagai, tapi bila jadi bos kami, kali ni, aishhh macam-macam hal jadi. Hai memang kesian. Aku masa dia masuk hari tu aku ada gak bengang dengan dia ni. Iyalah yang hat aku kena campak kat unit ICT tu, kan? Tapi kejap je, kira aku dah redha le. 

Ko nak tau sapa auditor yang paling campin bab ngodit IT, ni, hah sapa sangka, orangnya OKU berkerusi roda. Kira itu yang aku rasa macam kena tampar jugaklah, kan? Dia OKU, cool jak master bebenda yang pada akulah macam terluar bidang sikitlah dari apa blaja kat Uni, kalau dia OKU boleh buat, takkan aku tak boleh. Owh dia ni kat HQ, Audit Negara sana. Kenal pun online je masa dia jadi penceramah kita orang. Offline memang tak pernah jumpa lagi. Nama dia En Khairul Anam. Eh dah kawen dah, kalau lom pun, dak Anam ni pangkat adik je dengan saya. Dia OKU memang sejak lahir-lahir dah OKU dah.

Ok berbalik pasal bos aku, tu hat yang memula aku bengang tu, tapi tidaklah aku bengang sampai aku nyumpah-nyumpah dia. Dak eh. Tapi macam aku bengang sensorang jelah macam tu. Bila lepas, satu, satu benda jadi, aku macam kesian plak dekat dia. Tula memula aku mengejek-ngejek je "ala, doakanlah bos dapat hidayah buat keputusan yang betul" gitu. Banyak keputusan dia yang orang tak brapa sukalah, ntah aku pun tak berapa ingat apalah sangat decision dia yang orang pot-pet-pot-pet tak pueh hati. Most of the time pasal duit, la. Duit dah ceciput,kan, so memang itu tak boleh, ini tak boleh, potong sana-sini--- ala bukan salah dia pun, dah 2 tahun kita tak ble kuar ngodit, dan bajet ni berdasarkan trend belanja kau tahun yang lepas-lepas, tu yang bajet dapat ciput-ciput je tu.

Dahlah bajet ciput, yang sekor tu dok buat hal mencuit bini orang, yang lagi satu yang sesayup ku dengar gossipanyanya, nak tunjuk terror, nak tunjuk dialah paling berilmu, antara yang berilmu. hai pening kepala bos, kan. Kesian dia.

Dalam keadaan gini memang kena tahan mulut mengomen, menganalisa,kan. Orang memang suka analisa orang, tapi kalau dia sendiri kena analisa, belum tentu dia suka. Kalau benda baik-baik, macam analisa FB tu, yang cakap anda cantik, anda kuat, anda bakal jadi jutawan pada tahun ini, derang sukalahkan. Cuba ko cakap gini, Anda overweight, sebab suka makan KFC, kuat hisap rokok, kena kurangkan berat kalau nak hidup lama. Ko rasa?  Baik diam-diam je kalau tak de benda muluk-muluk untuk diperkatakan. Bebenda buruk cukuplah setakat report dalam pemerhatian audit jak. Itu pun kalu ko baca status watsap auditi kau memasing tulis bebenda syukur kau dah bla dari premis mereka, sat lagi report kau nak kuar, memasing tuleh lagi makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.

Cukup-cukuplah buat auditi kita je yang sengsara,kan? Usahlah buat non-auditi, kengkawan, rakan sekerja ko kerjakan pulak macam auditi kau nak mandi tak basah tu, tu.  Pasal bos pulak memula memang aku ngejek, tapi rasa start dari besok, lepas orang baca doa pagi, aku nak sambung sikit doa supaya orang reda dengan apa saja keputusan yang BOS buat. Juga buat dia yang suka mencuit-sana-sini, tu diberi benda lain yang kalu dia cuit, tak menguit gosip, yang kita ni pulak lepas makan-makan-makan diberilah kelapangan bersenamlah pulak, kan? Asyik makan je, pastu berat naik risaulah pulak. Susun aktiviti riadah sampai nak memanjat Broga sana, tapi setakat la ni, tak de pun nak gi training apa-apa. 

Tuesday, May 31, 2022

Ujian Besar

Ko rasa apa ujian besar bagi orang pempuan ni dimusim-musin raya selain dari makan-makan-makan sampai nak naik penimbang pun ngeri? Ko rasa? Hakak tak tau korang apa, tapi bagi akakla ujian paling besar ujian mulutlah, selain dari menghindari mulut terlalu banyak sangat mengunyah, mulut juga ujian hahak. Nak tahan mulut dari menyembang. Sembang kencang memang best, tapi kalau silap sembang boleh bawa kita masuk neraka berjemaah.

So, mulut tu memang kena jaga bebetul. Mulut ni kau dia memang jahat, sejahat jejari yang kencang menekan kekunci lappy ka, smart phone, ka. sama je sebab sekarang kita sembang online pun boleh, kan. so, jari, mulut memang boleh membawa kepada kebinasaan yang abadi.

So, so banyak so, apa bendanya bebetul menguji ni, nile nak suruh diam, bila kita ni dah mengelitik nak bercerita, nak menanalisa kejadian yang sedang sok-sek-sok-sek berlaku di pejabat ni. Ko rasa kalu kat pejabat gomen yang bajet ceciput-ciput ni apa agak-agak yang hangat---- hah betul tekaan kau tu, iyalah dan bajet ceciput, isu hangat lain selain wang, sudah tentulah wanita, kan? hah apalah lagi, kan?

Tu le hakak nak kabo kepada bos-bos yang pangkat adik-adik ni, ko kalau nak menggatal cermin diri kau tu dulu, lah. Ni kalau kalu kije pun ala bahai, kije banyak past-sana-sini, report banyak spill over, 2021 dah lama berakhir dah masuk separuh 2022, masih ada hutang lagi, ko janganlah nak menggatal ea. Siapkan report tu dulu dari kau gegedik nak cuit bini orang sana-sini. 

Dia orang pempuan ni senang je, kalau dia suka, kau cuitlah banyak mana, pun, it's ok. Sebab dia suka. Tapi kalau dia tak suka, haish---kalau dia mau satu opis boleh porak-peranda dia bikin. Saya tak nak le jadi salah satu ejen yang memorakkan lagi opis, jadi saya memang kena tutup mulut rerapat. Iyalah saya ni kan, kawan sembang saya sapalah lagi kalau tak si Mak Hajjah, orang kuat no 2 kat opis ni. Kalau nak menyembang dengan BOs no 1 tu sebenarnya no hal. Tu na semalam tu Bos no 2 outstation, Bos No 1 ada terhegeh-hegeh datang kat workstation saya. Nak nyembang boleh je. Kan saya ni hobinya analisa-psiko orang... ieehhhshhh pandai le kau ngata aku ya. Geramnya, kan! Boleh je bebuat tanya gitu-gitu-gini, kebetulan dah sebelum tu pun Bos No 1 ada makan bubur semeja dengan saya, siap bagi advise jaga the so and so tuuu bebaik, bolehle kita sembang meleret-leret, kan, gitu...

Ya tu dia suruh jaga so dan so bebaik tu, sebab ada kemungkinan dia nak kacau so and so, sebab so and so lagi satu ni yang kena cuit-cuit tu, dah panas bontot katanya nak betukau. So so, kalau so and so yang bos suruh jaga bebebaik tu panas nak bertukau juga, (pasal apa dia panas akupun tak tahu), apalah lagi mutuallah ditukaukan, kan? Tula semalam tu, memang aku nak songket je bontot Bos No 1 ni, nak tanya betul ka analisa aku ni. Aish, nasib baik semalam aku banyak kije.

So, balik rumah semalam rasa memang aku nak songket hari ni pulak bila kije aku dah selesai. Tapi aku rasa hal opis baik aku jangan campur, dan untuk mengelak aku campur tangan, pepagi buta aku dah masak sambal goreng. Semalam, aku jalan pusing-pusing, letak kereta kat pasar malam, tapi pusing sampai ke HERO sana sebab nak penatkan badan takut malam tak ble tidur sebab nak begosip analisa psiko dengan Bos No 1 pasal isu panas bontot, nak tukau sana-sini, tu.

Bila aku dah memusing kat HERO aku pun beli gula-gula. Sebab so and so yang bos No 1 suruh jaga tu ada memokak kata gegula lolipop props hiasan gerai raya kami satu batang pun dia tak merasa habis kena kebas, so semalam bila aku dah sampai HERO aku pun beli gegula lolipop. Itu ajelah cerita aku. Kau yang baca coretan ni ko doa-doalah aku tak terdorong bergosip dengan Mak Hajjah, mau pun Tuan KUAD pasal benda yang memang best kalau kita sembang. Tapi cuba bayangkan kalau kita yang jadi subjek sembangan tu. Kau cuba sikit bayangkan diri kau sama ada yang kena cuit, atau yang mencuit tu, kan?

 

Sunday, May 15, 2022

DuniaKu Sepi Sendiri

Ada orang cakap orang macam aku ni jangan buat PhD sebab bla bla bla---ie tak berbaloi. Aku nak setuju pun rasa macam tak. Kenapa nak tulis kasar-kasar macam itu, but then again aku rasa mungkin juga dia nak reverse psiko kut. Personally aku rasa orang macam kita oranglah patut buat PhD, sebab kita lebih tau pasal kerja kita. Hurmmm Pensyarah kat Uni, tu nak tulis pasal penjawat awam, walau mereka memang menjawat, pun, tapi dia kerja mengajo, apa dia tau pasal urus tadbir negara? Yang arif ialah KSU, KSN dan konco-konco. Kalau KSU, KSN tak de masa nak nuleh, orang KUAD KSUlah yang selayaknya menulis pasal kawalan dalaman (internal control) sesebuah Kementerian itu. Tak gitu? Tapi di akhir tulisan tu dia ada cakap sikit lebih kurang yang aku faham, "kalau ko jenis loner, then PhD is for you" he he he. Memang sahlah tu dia nak reverse psiko jak, tu, kan? Tebibeerrr aku rasa, aku fefeling macam le aku ni dilahirkan untuk jadi Dr. Mardhiah,lah pulak he he---ok oklah enuf perasan tu, kan.

Hari tu kata ada nak share gambo orang segak, meh sini tunjuk dulu gambo-gambo ea---


Sekumpulan Orang-Orang KUAD KSU KPM yang segak

Orang-orang Segak dari Pelbagai Kementerian yang arif pasal internal control agensi gomen
 
Saya tak le rasa saya ni segak, tapi kalu ko tengok gambo tu, kira nampak idaklah saya mencacatkan gegambo tu, kan? Nampak manis dan harmoni je. Jadi kepingan foto yang cun. Haaa gitu.

Nak jadi normal macam tu, ko rasa senang, ka? hurm payah tau. Lebih senang jadi macam dulu. gemuk. Senang nak gemuk, tapi sebab tuntutan kerja terpaksa jugalah aku kurangkan berat badan tu. Kerja audit ni, kalau kau tahap kuli-kuli macam aku memang kena banyak berjalan. Dulu masa berat 100 kg, memang tapak kaki tu boleh jadi demam tau lepas seharian melakukan pemeriksaan fizikal audit. La ni alhamdulillah ok je rasa. Sebab nak kerja selesa, terpaksalah berkorban tekak sikit, kan.

Ok sambung balik pasal PhD tadi, apa ceritanya? ntahlah. Rasa macam nak sambung je, kan. Tapi tulah malas tu bertepek-tepek melekat sana-sini.

Saturday, May 14, 2022

Sekumpulan Orang-orang Segak

 Dah bersawang juga ek blog ni. Acik sibuk gila nak, ssjak dua menjak ni. Ntah macam mana tah 2022 ni lermasuk plak dalam sekumpulan orang-orang segak Putrajaya ni. Tang mana segaknya tak tahu lah. Acik je prasan segak kut. Gambo mana gambo? Alah tak sempat plak nak bergambo ek. eh ada gambo tapi dalam hp. Hp tengah caj. Nanti le next n3 achik upload.

Ko tahule dah jadi orang segak ni, kelam-kelibut, kehulu-hilir le kita jadi orang suruhan pejabatlah pulak. Macam mana jadi macam tu, tak tahulah, kan. Tapi dah tetua-tetua ni malas nak gaduh-gaduh. Kami sama-sama segak. Dah sama naik segak, ni payah juga. Ntah le aku pun tak tahu le agak orang segak ni lagu tulah mereka kut, nak maintain segak, jadi macam kekiwi kekwat pun ada jugak. Malas nak go with the flow jugak, tapi ikutkan aje sebab tak nak gaduh-gaduh.

So, apalah makcik kekwat ni sibukkan sejak dua menjak ni? Dia sibuk baking, lepas tu dia sibuk jadi babu to another orang segak, collect duit fund kat opis. Itu ajelah sibuknya dia. Selebihnya dia sibuk nak completekan 10,000 langkah sehari sebab nak mengejau target 300,000 langkah dalam celen yang dia sendiri cari pasal sebab nak jadi segak? he he---tak lah sebab hari tu dia kena anxiety attack, tu on call counsellor dia suggest langkah-melangkah untuk kurangkan anxiety. Orang Putrajaya ni gitulah gamaknya mereka kut, apa-apa semua main langkah-langkah je.

Kalau dulu kat kampung, pergi berendam dalam kolam Gadek. kat sini tak de kolam air panas, kita lagkah sana-sini. Gitulah cerita achik, Nak, Best lagi dulu masa jadi monster. Kita sengsorang je, beremdam dalam kolam air panas, semua orang takut dengan kita. Kita pun tak payah nak kisah-kisah sangat pasal orang. Tak de slogan kita jaga kitalah. Kau jagalah hal kau, kau tak jaga nanti monster attack kau, padan muka. Monster ni garang, tau!!!

Kisahkan pasal orang ni sebeno ea menyemakkan otak je. Best lagi jadi monster, attack orang. sebab apa best? ko tak payah attack pun, paranoid yang ada dalam otak derang akan spin cerita kena attack dengan monster kolam air panas. Monster just have to leave the imagination to spin the tale to be great. Give human a space for the imagination to stay alive. 

Tapi nak buat macam mana dah tetua-tetua nak pencen, tetiba termasuk plak dalam kumpulan orang yang sebegitu, Orang segak yang kengkununlah boleh diharap begitu-begini achik tak mintak? Rasa tak de mintak pun. Tapi tu rasa masa anxiety hari tu ada kut termintak korang doakan achik dapat team yang baik-baik. tula kut berkat doa dari one of you kut tu, dapat team hat hari ni. Nak cerita lebih sikit, tapi sebab tak de gambo, kan. Besoklah bila ada gambo kita cerita ek.

Nak cerita, tambah sikit aje lagi. Ko rasa aku suka tak nak jaga, nak ambik tahu pasal segerombolan orang-orang, manusia paranoid yang tak habis-habis jaja cerita ada monster sana-sini mau attack deme? Sampai orang buat bidio nyanyi tunggang terbalik pun dikata monster nak rosakkan keturunan dia? Putuii. memang achik rasa nak ludah je muka derang tu semua, tapi like achik said before, dah tetua, malas nak bising-bising, nak cepat-cepat pencen, nak balik kampung tanam pokok senduduk, je he he---