Alhamdullilah hari pertama ujian berjalan dengan baik, bab mulut tu yang nak bergosip, kira berjaya cemerlang. Bab mengunyah memang fail,lah. Dah kawan sogok memacam. Nasi lemaklah, kueh guntinglah, kek lapis sarawaklah, ayam goreng, macam-macam ada. Ntah apa murahnya rezeki pada ujian hari pertama tu,kan?
Iyalah saya bawak lolipop sebalang kecik, dengan kerepek pisang sebalang, Allah gerakkan hati kawan-kawan yang lain pulak bawa macam-macam. Yang bagusnya hari tu saya dah penat menggoreng sambal goreng sekuali kecik, dari jam 4 lebih saya dah bersilat di dapur, jam rehat, saya tak larat nak duduk-duduk makan-makan lagi. so saya tertidur. Sebelum saya dibuai lena, sayup-sayup dengo juga derang membawang ntah pasal benda lain lah pulak. Ni pasal pompuan kena cuit jugak ka---ko bior betul takkan semua pompuan nak dicuitnya. Dicuit yang bekenan di hati leeerr---
Ni pasal pempuan kaki berontak plak. Hurrmmm kesian betul bos No 1 aku ni, orang dia memang lembut, soft spoken, baik bagai, tapi bila jadi bos kami, kali ni, aishhh macam-macam hal jadi. Hai memang kesian. Aku masa dia masuk hari tu aku ada gak bengang dengan dia ni. Iyalah yang hat aku kena campak kat unit ICT tu, kan? Tapi kejap je, kira aku dah redha le.
Ko nak tau sapa auditor yang paling campin bab ngodit IT, ni, hah sapa sangka, orangnya OKU berkerusi roda. Kira itu yang aku rasa macam kena tampar jugaklah, kan? Dia OKU, cool jak master bebenda yang pada akulah macam terluar bidang sikitlah dari apa blaja kat Uni, kalau dia OKU boleh buat, takkan aku tak boleh. Owh dia ni kat HQ, Audit Negara sana. Kenal pun online je masa dia jadi penceramah kita orang. Offline memang tak pernah jumpa lagi. Nama dia En Khairul Anam. Eh dah kawen dah, kalau lom pun, dak Anam ni pangkat adik je dengan saya. Dia OKU memang sejak lahir-lahir dah OKU dah.
Ok berbalik pasal bos aku, tu hat yang memula aku bengang tu, tapi tidaklah aku bengang sampai aku nyumpah-nyumpah dia. Dak eh. Tapi macam aku bengang sensorang jelah macam tu. Bila lepas, satu, satu benda jadi, aku macam kesian plak dekat dia. Tula memula aku mengejek-ngejek je "ala, doakanlah bos dapat hidayah buat keputusan yang betul" gitu. Banyak keputusan dia yang orang tak brapa sukalah, ntah aku pun tak berapa ingat apalah sangat decision dia yang orang pot-pet-pot-pet tak pueh hati. Most of the time pasal duit, la. Duit dah ceciput,kan, so memang itu tak boleh, ini tak boleh, potong sana-sini--- ala bukan salah dia pun, dah 2 tahun kita tak ble kuar ngodit, dan bajet ni berdasarkan trend belanja kau tahun yang lepas-lepas, tu yang bajet dapat ciput-ciput je tu.
Dahlah bajet ciput, yang sekor tu dok buat hal mencuit bini orang, yang lagi satu yang sesayup ku dengar gossipanyanya, nak tunjuk terror, nak tunjuk dialah paling berilmu, antara yang berilmu. hai pening kepala bos, kan. Kesian dia.
Dalam keadaan gini memang kena tahan mulut mengomen, menganalisa,kan. Orang memang suka analisa orang, tapi kalau dia sendiri kena analisa, belum tentu dia suka. Kalau benda baik-baik, macam analisa FB tu, yang cakap anda cantik, anda kuat, anda bakal jadi jutawan pada tahun ini, derang sukalahkan. Cuba ko cakap gini, Anda overweight, sebab suka makan KFC, kuat hisap rokok, kena kurangkan berat kalau nak hidup lama. Ko rasa? Baik diam-diam je kalau tak de benda muluk-muluk untuk diperkatakan. Bebenda buruk cukuplah setakat report dalam pemerhatian audit jak. Itu pun kalu ko baca status watsap auditi kau memasing tulis bebenda syukur kau dah bla dari premis mereka, sat lagi report kau nak kuar, memasing tuleh lagi makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.
Cukup-cukuplah buat auditi kita je yang sengsara,kan? Usahlah buat non-auditi, kengkawan, rakan sekerja ko kerjakan pulak macam auditi kau nak mandi tak basah tu, tu. Pasal bos pulak memula memang aku ngejek, tapi rasa start dari besok, lepas orang baca doa pagi, aku nak sambung sikit doa supaya orang reda dengan apa saja keputusan yang BOS buat. Juga buat dia yang suka mencuit-sana-sini, tu diberi benda lain yang kalu dia cuit, tak menguit gosip, yang kita ni pulak lepas makan-makan-makan diberilah kelapangan bersenamlah pulak, kan? Asyik makan je, pastu berat naik risaulah pulak. Susun aktiviti riadah sampai nak memanjat Broga sana, tapi setakat la ni, tak de pun nak gi training apa-apa.
No comments:
Post a Comment