Day 3 yang di minggu yang lalu le, tak dan nak tuleh----busy bebeno. Lom jadi PM dah busy ek. Sebab tu le Tuhan tak kasi jadi PM. Dia bagi setakat kuli-kuli je. Karang kalu jadi PM karang, punya le busy sampai sembahyang pun tak sompek. Tak ke haru, tu? Ceritanya berjaya ke idak? Rasa memang berjaya sungguh. Mana tak berjayanya----boleh terfren-fren plak dengan yang kena cuit tu. Memang le sebelum ni pun fren, tapi fren gitu-gitu je leeerrr---dia kan pempuan tercantik [(katanya) Menurut kata/di mata lelaki-lelaki laki orang berpangkat pegawai P&P kije kat Audit ni yang aku rasa ada prob mid life kut]. Dia,kan Santapan manja mata pegawai lelaki audit yang miang tu,kan. Aku nak cakap miang ni rasa tak patut, tapi aku cakap jugakla kalau dah kerekter derang tu macam haram jadah, kan? Apa kau ingat kat Audit ni tak de pegawai miang, ada. Miang tu satu hal, ni-ni-ni, kije ni suka main lempau-lempau je kat kita yang kuli-kuli ni. Itu yang hangin satu badan tu. Observation aku kat audit ni le, macam kualiti kije dengan darjah minag tu macam ada kolerasi jeeee---hehehe. Macam le pegawai yang tip-top tak miang ek. he he he---tak kose nak study ek, tak kose nak bangunkan rerangka teori---sebab rasa benda ni anomali, pegawai macam tu anomali. Berlaku kat pejabat aku je. Pejabat orang lain tak begitu.
Berbalik pasal fren-fren ni. Biasa aku tak fren dengan orang macam tu. Bukan aku yang tak fren, depa yg tak nak fren. Aku nikan achik Marhaban, aka/merangkap achik bawang, loooookkkk Hah. Musuh ketat geng ex-Ratu Kebaya. Mana ble fren, kan. Tapi tu macam mana nak jadi cerita tah---hari Jemahat lepeh, Putrajaya ni ada le buat program Fat-to-Fit Putrajaya. Aku dah memang daftar dah. Tapi Kames, malam Jemahat, lepeh baru deme buat group. Ada lak group nama "team audit" so aku pun pegile apa tu hah apa promote kat ada sorang budak tembun kat Aras 4. Aku kalau dia tak sibuk tanya macam mana aku kurus, idakle aku turun lif se ke Aras bawah tu nak promot-promot ni. Sebab dia tanya le senang aku promote meh ikut kalu nak kurus. Nak cerita memang tak de masa. Orang busy le kata, kan., Kan?
So masa nak mempromote tu, bulehle plak si tembun ni menyidai kat work-station si Cantik ni. So, gitulah ceritanya, macam mana aku ble fren dengan si Cantik. Dia minat le nak join walau dia BMI ok. Tak Fat, pun. Aku tanya "bos" - Bos ketua team audit tu le, dia kata ok je boleh je orang tak Fat nak join. So adakah si Cantik akan join tu, aku tak tau. Kau rasa larat ke dia nak train dengan kami. he he---
Well, dia join ke idak, itu cerita no 2, cerita no 1 ni aku dah fren dia, so, bila dah fren tak ble le nak ngumpat fren, kan? Tak ble le plak nak join kem/team "hate own fren" he he he--- Kita orang pempuan ni ginilah dek ek. Jangan kita hate-hate, kaum kita, walau kaum kita ni le yang macam haram jadah, tau. Hat lagi satu tu le penyelamat katanya. Tapi kalau kes-kes macam ni, tetap kaum kita gak yang betul. Jahat macam mana pun, kalau kaum lagi satu tu betul, dia boleh betulkan apa-apa yang tak betul. Kalau dah jadi isu, dah jadi gosip, memang sah hat lagi satu tu tak betul he he he---
He he he ini kem Amber Heard ke ni? Ko rasa? Idak le aku sokong memana retis tu, salah dak Amber gak dok kawen dengan lanun tu dah kenapa, kan? Dah ada sekian banyak lelaki hero kat dalam sana, Lanun gak dia nak. Apa dia ghase dia boleh tunduk kan lanun itu macam kawan dia "tundukkan playboy itu" dalam drama pepetang kat TV Malaysia tu ke he he he---gelihati achik nak, oiiii!
Nak kawen kaji dulu weh. tengok tangan dia tu macam mana? Berani tak singgah kat badan kau sesuka hati, dia, kan. Kalau jeneh tangan lepas laku ni, tak reti diam dok cuit sana-sini, tak payahlah kau nak buek laki ek. Time dia mood baik, happy, dia cuit kau oklah . Time dia marah, nak merompak, nak melanun, macam orang gila, dia cuit kau, mampus---le jawab nya.
No comments:
Post a Comment