Sunday, May 15, 2022

DuniaKu Sepi Sendiri

Ada orang cakap orang macam aku ni jangan buat PhD sebab bla bla bla---ie tak berbaloi. Aku nak setuju pun rasa macam tak. Kenapa nak tulis kasar-kasar macam itu, but then again aku rasa mungkin juga dia nak reverse psiko kut. Personally aku rasa orang macam kita oranglah patut buat PhD, sebab kita lebih tau pasal kerja kita. Hurmmm Pensyarah kat Uni, tu nak tulis pasal penjawat awam, walau mereka memang menjawat, pun, tapi dia kerja mengajo, apa dia tau pasal urus tadbir negara? Yang arif ialah KSU, KSN dan konco-konco. Kalau KSU, KSN tak de masa nak nuleh, orang KUAD KSUlah yang selayaknya menulis pasal kawalan dalaman (internal control) sesebuah Kementerian itu. Tak gitu? Tapi di akhir tulisan tu dia ada cakap sikit lebih kurang yang aku faham, "kalau ko jenis loner, then PhD is for you" he he he. Memang sahlah tu dia nak reverse psiko jak, tu, kan? Tebibeerrr aku rasa, aku fefeling macam le aku ni dilahirkan untuk jadi Dr. Mardhiah,lah pulak he he---ok oklah enuf perasan tu, kan.

Hari tu kata ada nak share gambo orang segak, meh sini tunjuk dulu gambo-gambo ea---


Sekumpulan Orang-Orang KUAD KSU KPM yang segak

Orang-orang Segak dari Pelbagai Kementerian yang arif pasal internal control agensi gomen
 
Saya tak le rasa saya ni segak, tapi kalu ko tengok gambo tu, kira nampak idaklah saya mencacatkan gegambo tu, kan? Nampak manis dan harmoni je. Jadi kepingan foto yang cun. Haaa gitu.

Nak jadi normal macam tu, ko rasa senang, ka? hurm payah tau. Lebih senang jadi macam dulu. gemuk. Senang nak gemuk, tapi sebab tuntutan kerja terpaksa jugalah aku kurangkan berat badan tu. Kerja audit ni, kalau kau tahap kuli-kuli macam aku memang kena banyak berjalan. Dulu masa berat 100 kg, memang tapak kaki tu boleh jadi demam tau lepas seharian melakukan pemeriksaan fizikal audit. La ni alhamdulillah ok je rasa. Sebab nak kerja selesa, terpaksalah berkorban tekak sikit, kan.

Ok sambung balik pasal PhD tadi, apa ceritanya? ntahlah. Rasa macam nak sambung je, kan. Tapi tulah malas tu bertepek-tepek melekat sana-sini.

No comments: