Saturday, February 16, 2013

Don't underestimate (part 2)


Sambungan…

Hari Khamis saya tak masuk offis, saya cuti sebab pegi ambil BR1M 2.0. Orang lain semua kata ambil BR1M ok, cepat, ambil time-off, tak payah cuti pun ok, tapi itu tidak berlaku di tempat saya, di DUN, saya di JEPERUN saya. Saya mai 8.00 pagi, 12.45 baru dapat duitnya. Itu pun sebab saya terbernasib baik, nasib saya.  tengah orang berebut, datang polis bantu kawal keadaan dan usher saya kebarisan yang sepatutnya, terus saya masuk barisan dan lepas lebih kurang 45 minit saya pun boleh pulang. Semasa saya pulang, saya nampak orang yang beratur lebih hadapan dari saya, pun masih berbaris untuk ambil cash pula.

Dah 12.45, ambil cuti hajeleh…dah letih beratur, lenguh kaki, rasa macam tak larat nak drive jauh-jauh, masuk Bandar Melaka, so pergi Bandar Alor Gajah, bayar cukai, balik rumah. Baring-baring, baca-baca apa-apa nota yang patut, tengok TV. Hai, tak masak? Masak-masak ni rugi. Beli nasi bungkus lebih ekonomikal.

Rupanya tuan penasihat pun tak sihat, MC pada hari itu. Kami masuk ofis hari Jumaat. Kedua-dua penasihat saya ada. He he he… Kerja memang banyak mau disiapkan. Tapi sempat juga tengok kalau budak slenge tu mai. Saya dengar CC kecoh-kecoh dengan intonasi suaranya yang nyaring “muka ko, muka ko bla-bla-bla…pergi specialistlah” apa kena muka dia? Ntah jerawatnya sangat teruk. Merah sangat.
Saya bisik-bisik pada tuan penasihat. “eish muka dia buruk sangat, takkan aku nak kata dia hensem, tak sanggup aku. Nanti nampak tak real”

Tuan penasihat kata “tak pe, walau hati bohong, mulut teruskan cakap”

Memandangkan saya, teramat sibuk, saya biarkan dia berlalu pergi macam itu sahaja. Alah dia, masuk opis saya satu hari bukannya sekali, kadang tu berkali-kali hantar fail. Petang dia turun lagi. Petang mungkin cuaca sudah agak redup, mukanya kurang menyala.Saya sedang menampal-nampal apa yang patut di sudut tempat kami makan-makan. Kebetulan ada orang belanja Pizza Hut, bertingkat kotak Pizza atas meja, di sisi saya. Saya yang sedang menampal-nampal kertas, berkata “Makan???”

Dia balas balik “hah, tak pe terima kasih”

Mesti dalam hati dia kata….kuatnya makan, tak cukup gaji aku nak kasi dia makan Pizza banyak macam itu.

Wednesday, February 13, 2013

Don't underestimate perempuan tua yang tak cantik ini, ok


Saya tak berapa ambil port sangat pasal apa orang, especially orang lelaki bujang nak fikir pasal saya. To me, I believe mereka fikir saya annoying.  Saya sarkastik, mulut saya jahat bikin mereka sangat sakit hati sama saya. I think mereka pula annoying, tak ada apa-apa sudah pandai-pandai menegur itu dan ini. Teguran yang paling buat saya marah ialah pasal suara saya dan pasal selera makan saya.

Saya rasa sangat tersinggung as if saya ni sangat rakus, serakah dan teruk, until one day ada kakak tu mai khabaq kat saya pelan2 next time, kalu ada lelaki macam itu, watch outla beb, dia mungkin ada hati kat saya, katanya. Hmmm…biar benar beb. Next time, sebab that time, I’ve already hurt him badly, that things pun jadi sangat tidak enak untuk dikenang.

Dan sudah bertahun dia berbisik, baru hari ini ada mamat bujang slenge yang berani menegur saya semacam itu lagi. Dan seperti biasa, saya buat dia marah. Marah sungguh dia. Tipikal orang bujang, baik yang sekolah pandai, inikan pula yang sekolah tak berapa pandai. Bila marah dia akan menyerang peribadi saya. Ego, tak boleh kena kritik. Psiko. Yup psiko, tikaman yang dia rasa paling tajamlah yang boleh ditikamnya.

“ai itu aje ka bom yang paling kuat, yang ko ada” he he he…”psiko-psiko aku pun, pegi blajar dapat dean list, ko ada” itu sekarang. Kalau dulu “psiko-psiko aku pun, hukum nun mati, tanwin, min-mati dalam otak aku, ko ada? Makhraj pun ntah-ntah berterabur”

Hari ini saya pun mengadu eh ceh…mementang ada orang nak layan aduanku.

Saya cakap, saya mau ajar budak tu bercakap. Saya tanya dia apa ayat perlu saya cakap agar mamat tu rasa happy. Dia kata “eh hensem ko hari ni”

Tak lama lepas tu budak tu turun semula menghantar fail. Saya tanya kawan “if I can ayat him now” kawan kata, “eh nanti dulu, tunggu esok”

He he he….
Saya hanya ingin mengajar dia. Kalau dia concern pasal hal makan saya, saya pun concern pasal cara dia bercakap yang sangat teruk. Perempuan manalah yang tahan dengan jantan macam itu,kan. Harap muka aje lawa, muda, tapi desperate sangat, sampai orang tua pun nak diayatnya. Kan, kat mahkamah ni ramai sungguh budak-budak peguam yang cantik-cantik, boleh dicuba. Tapi kalu macam itulah cara dia bercakap….memang susah, nak dapat date pertama memang dia tak ada masalah, tapi nak mengekalkan orang itu sanggup keluar date untuk kali-ke2, payahlah. Kirim salam.

Dulu, zaman-zaman saya dulu. Ya kami perempuan rasa macam terpaksa kahwin, tak kisahlah dengan sapa saja, tapi hari ini, bila stigma masyarakat terhadap andartu, Andalusia, tidaklah lagi seteruk dulu, kita pun ada pilihan juga. 

Mana satu yang patut diuruskan sebenarnya?


“sumber adalah terhad. Nafsu, kehendak manusia tiada batasnya, maka sumber mestilah diurus dengan sebaiknya”

Ungkapan di atas bukanlah satu benda yang baru saya terjumpa.  Masa A-level lagi dah jumpa dalam subjek ekonomi. SRP, atau kini PMR pun rasa dah ada terjumpa dah dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Kali terakhir jumpa masa belajar ekonomi untuk diploma beberapa tahun yang lepas. Tapi tu cikgu/pensyarah ajar, saya masuk, saya ingat, saya muntahkan kembali jika ada keluar exam, seolah itulah sebenar-benar fakta yang sudah tidak boleh disanggah-sanggah lagi.

Pun begitu tika masuk e-forum masa buat degree ni, ntah macam mana tah saya teringat orang-orang tua, nenek-nenek cakap yang “setiap anak ada rezkinya” bila orang-orang muda mencebik saudara, jiran, kenalan yang giat beranak tiap-tiap tahun, walau mereka taklah kaya mana, pun.

Dan seperti macam betul aje cakap nenek-nenek ni, biasanya, lazimnya orang anak ramai, semua berjaya. Orang anak tak ramai, macam-macam masalah. Buat kata mak pun, ko sorang, umpama 10 anak. Susahnya mak saya nak menjadikan saya orang, sama aje susahnya macam orang anak ramai nak menjadikan anak mereka, orang.

Berbalik semula pada sumber yang dipercayai oleh pakar-pakar sebagai terhad ini, adakah ia benar-benar terhad?

Oklah saya mau rephrase ayat di atas:-

“Sumber memang terhad, tapi cukup untuk semua, jika manusia pandai mengurus kehendak/nafsu mereka”

Note:-
Dalam blog aku, suka akulah apa aku nak tuleh, tapi dalam e-forum aku senyap aje, dalam exam nanti, saya akan ikut jawaban dalam modulelah….. 

Tuesday, February 5, 2013

Low Class, low classlah, janji hati suka


Bulan lepas saya pergi Lab atau kalau biasa-biasa kita kata kursus aje. Apapasal nak tukar Lab-lablah pula, tak taulah. Tapi input yang didapat dari segi kemahiran pembentang taklimat, disokong pula oleh data dan seni  visual IT yang digabungkan dengan harmoni sekali,(siap dengan grafik-grafik, graf-graf yang ber warna-warni  yang menarik perhatian, memang macam professional asuk rencana Wallstreet journal,  jah ), jadi memang tak salahlah, taklimat/kursus bajet tempoh hari dipanggil LAB.

Bukan saya sahaja, tapi saya kira semua orang terpaku dengan kepetahan pembentang taklimat yang merupakan Penolong Ketua Pengarah  pada hari itu. Wow memang memukau. World class he he he…ke aku aje yang prasan.

Ntahlah sepanjang saya kerja dalam gomen ni, saya lebih slot taklimat/kursus yang penceramah-penceramah yang memukau. Memang ada gak penceramah-penceramah yang asal boleh aje, tapi orang kata yang memukau itu memadamkan yang biasa-biasa, asal boleh sahaja itu. Jadi di situlah persepsi saya tentang pemerintah yang ada, dibentuk dan sukar diubah.

Ko bawalah cerita dari Jerman, Turki, Mesir, apa-apalah yang ko rasa lebih baik dari Malaysia, saya tetap akan kata so far apa yang depan mata aku taklah seteruk mana, pun. So, apa aku gatal garit yang menyahut ko punya seruan,kan? Apa aku nak sakit-sakit hati, jelous dengan cerita ko. Aku rasa ko yang jeles, meluat dan sakit hati dengan kami tuh…he he he.

Memang pengalaman saya belajar di university yang majoritinya bukan Melayu, saya dapat tengok budak-budak bangsa lain memang lagi hebat, lagi keras kerjanya dari Malay. Memang kalau ikut merit, kami orang Melayu ni tak layak dapat peranan, jawatan, tugasan seperti yang kami dapat pada hari ini. Kadang-kadang saya tertanya juga. Apalah istimewanya kami ini, ya Allah hingga orang yang lebih bijak, lebih berdisiplin, lebih rajin, tak dapat perintah Negara ni, tapi ko beri limpah kurnia amanah pada kami yang orang kata sebagai bangsa yang  bodoh,lembab,  pemalas, banyak penyakit hati, tikam-menikam dari belakang, cantas-mencantas, kaki makan rahsuah ini? Low class??? Tak ada kelas???

Tuhan tak akan jawab pertanyaan saya, tapi saya fikir, despite segala usaha, kerajinan, kaum, bangsa lain, ketinggian darjah IQ mereka, keindahan, kekacakan, kecomelan  rupa-paras fizikal, mereka. Allah memilih kami yang biasa-biasa aje ni kerana itulah yang terbaik untuk kita semua buat masa ini. Jadi pada kamu yang masih belum terpilih-pilih lagi tu, selagi belum terpilih, redho, dan sabar sahaja dengan segala benda tindak-tanduk, gelagat, cara urustadbir kami yang kamu rasa sangat geram, lagi bako darah itu  ye. 

Janganlah mengugut-ugut nak bakar-bakar itu, bakar ini. Tentu kamu tak mau pada masa hadapan nanti anak cucu kamu malu nak ngaku kamu tu moyang mereka sebab sikap ganas lagi tak bertamadun kamu itu.
Apa?Ugut see you in court? Pun rasanya kalu asyik ngugut aje, tapi akhlak, pencapaian akademik kamu tidak sehebat/setinggi mana pun, lelama orang akan naik meluat juga.

Kita tak suka diugut-ugut, dipsiko-psiko, walau ugutan, psikowan itu is for our own benefit, untuk bangsa kamu juga agar lebih gemilang cemerlang terbilang di masa hadapan. Tak terpandang, tak terbilang, tak terkenal pun tak apa, asal hati rasa senang dan tenang. Please ignore ayat kedua dalam para ini. Ini hanya khas untuk bujangan senang macam saya. For you guys yang sudah berpunya, beranak-pinak...anggaplah ugutan itu sebahagian dari buah kasih/cinta dari yang tersayang. 

Monday, February 4, 2013

Sekadar mengupdate

Dah lama tak buka FB, sibuk memanjang. Sibuk dengan sambutan Birthday adik sepupu, lepas tu dah dapat tempahan buat baju kurung si anak dara sunti yang dapat offer (setelah merayu) masuk asrama, belajar aliran agama. Nak masuk asrama kena pakai baju kurung banyak-banyak. Dia memang tak ada baju kurung yang jenis bahasan. Yang pun baju raya yang lip-lap-lip-lap, penuh labuci dan manik, tak sesuai nak bawa ke asrama. Jadi off computer, on mesin jahit, on periuk belanga, kuali serba mak nenek dia.

Sekadar nak cerita bila buka-buka aje berjuju invitation dari adik-adik MMU ajak main game. Game bahasa Cina tuh, pun ada. nak tergelak pun ada. Ya ya ya...budak2 comel ni selalu syak yang saya tahu bahasa Cina dan Tamil ha ha ha...Hai memang rindu kat bebudak tu semua.

Okla bebs and boys, nanti kakak ko kalu senang pi masuk kelas bahasa Mandrin. bior benar betul bule faham bahasa korang.

Thursday, January 24, 2013

Politik Pejabat

(emel perempuan skitzo)

1st of all, Assalamualaikum, kak, apa khabar mu di sana?

Aku nak mai kecek kat ko, dakAAA kite tu la ni tengah paranoia. Nak roya’ yg dia paranioakan as if ada konspirasi memburuk-burukkan dia, menjatuhkan dialah or buat kata dia sendiri, pun nak padankan muka dia.

Aku tak tau le pula si XXX tu ada satu floor dengan korang. Si YYY kalu gi ke 12345, tidur umah XXX. XXX mungkin dia tak heran, sapalah XXX, kerani cabuk janda anak 3 yg geteks..Tapi dia risau ZZZ. Nama ko pun naik skali, kalau nama ZZZ disebut2, ko favour dakBBB sebab dakBBB, senegeri denganmu. Aku ni pun dengan menulis-nulis bergosip dengan ko ni, kalau dia tau, faham2 ajelah kan, aku pun sama favour dak BBBlah. Rasionalnya, negeriku berjiran dengan dakBBB, dan nenek-nenekku memang bercakap dalam loghat negeri dakBBB. Aku sendiri pun kadang2 terkucil lidah bercakap dalam bahasa itu juga. Tapi aku saja gatal nak cerita kak ko jugak. Ha ha ha…

Aku sebona eh pun ada buat dia sakit hati. Aku tak sengaja, aku tak tau dia ni anak orang kuat BULAN. Masa tu heboh2 pasal Haji Hadi nak masuk TV, pasal amanat Puaka tu. Aku cakaplah aku ringkas, sikit lebih kurang macam ini, “mana bule bagi dia masuk TV, as we don’t want to get sick just like him”. Yang berteori macam ni pun kenalan aku kat pejabat agama gak. Deme dah tau budak2 yg dihantar ke Mesir ramai yang obsess, sampai jadi disorder, sampaikan, apa namake namanya tu? Mengkafirkan sesama Islam? Menfitna orang itu ini, memutuskan hubungan silaturahim, dan macam2 lagi. Tapi tak taula kenapa mereka diam aje. 

Betullah tu tuduhan puak-puak BULAN tu semua orang kat pejabat agama ni dah jadi setan bisu, dah.  Berani cakap belakang-belakang aje. Depan-depan tak berani.  Kalau aku ustazah kat Pejabat agama pun, aku rasa aku pun 2x5 jadi macam tu jugak tu. Blakang jah berani, depan tak berani. Dlm kes ni, pun kalau aku tau dia tu BULAN...Sumpah, mati idup balik aku tak berani nak cakap lagu tuh. Betullah tuduhan deme tu lagi, bila dah makan duit gaji, campur2 duit denda pelacur, duit denda VCD lucah, duit cukai arak tulah dah jadi pengecut, tu.

Ok sambung balik pasal dakAAA 

Dia macam terpatung gitu. Stunt. Aku pun dah nak balik, aku kemas barang aku, aku chow,lah. Bila aku dah tak de…hah dia cakap. “he  budak tu, berani dia ngata Haji Hadi tu macam tu, dia tak tau Haji Hadi tu wali. Satu hari nanti tergeliat juga lidah dia tu nanti” dan yang proBULAN kata, salah-satu tanda kewalian Haji Hadi ialah dia sumbing, tapi tak sengau. Itulah dia kuasa kebesaran Allah katanya.adalah orang sampaikan kat aku. Masa tulah baru ku tau dakAAA tu BULAN. Yang tak berapa pro, plak kata... "Dak Mar  tu budak lagi,  tengok Haji Hadi pun tak pernah, manalah dia tau Haji Hadi tu WALI, kalau dia tau dia tak akan cakap macam itu"

Tapi so far dia macam baik aje dengan aku, mungkinlah dia mengambil kira pandangan staff dia yang tak berapa pro-kan BULAN sebab selama ni BULAN asyik attack SPY MAT BOND dan yang bercakap itu isteri MAT BOND….tapi dalam pada itu aku bet dia mesti akan buat kenduri besar if one day lidah aku benar-benar tergeliat. I sincerely hope tak ada benda yang tak baik akan berlaku pada saya. Aku pun tak nak gaduhkan berhala-berhala politik ni. La kum di nu kum waliadin.


Kalau deme percaya dengan mengagungkan Haji Hadi boleh masuk syurga, aku memang tak berani nak kata deme tu sesat. Sebab aku sendiri pun ada berhala aku.dalam ertikata lain aku pun 2x5 macam deme jugak. Pada aku, kita tak nampak Tuhan dan ada diantara sesetengah kita yang buta ini memerlukan sosok-sosok dalam tubuh manusia yang kita percaya dapat menghampirkan diri kita dengan Tuhan yang sebenar-benar Tuhan, yang patut disembah, tiada lain, melainkan DIA.

Aku pun dah tak dek benda nak story lagi dah. Take a good care. 

Ta ta
note:     i) siXXX hater dakAAA
ii)dakBBB pesaing (nemesis)dakAAA. DakAAA hate dakBBB pada pandangan dakAAA dakBBB dah rampas siYYY dari dia.

Sunday, January 20, 2013

Sahabat

"Kelemahan lelaki ialah wanita, dan kelemahan wanita adalah pangkat dan harta" terimalah mereka seadanya, terkadang mereka kuat, ada kala mereka lemah...bersabarlah  


Orang kata kalau perempuan lelaki duduk berdua-duaan di tengahnya syaitan. Kalau perempuan dengan perempuan, ok tak, tak ada syaitan ka he he he…jangan melalut fikir yang bukan-bukan ya. Kami perempuan Melayu zaman 70’an tak tau lesbian-lesbian ini ya.

Bila kami berdua-duaan, memang ada syaitan. Duduk ramai pun syaitan juga, duduk sorang pun syaitan juga. Syaitan ada di mana-mana. Ok kita cerita pasal perempuan yang berdua-duaan, bertiga ditemani anak salah seorang dari mereka. Mereka hanya bertiga, sebab hari itu sabtu, mereka aje yang rajin mai buat OT.

Maka dek terhasut dek syaitan, yang dah membujuk mereka kunun cakap-cakap mereka adalah sekadar refleksi diri, muhasabah, atau terapi minda, maka dua wanita ini pun memakanlah bangkai saudara mereka sendiri.

Mereka mengumpat-mengumpat-mengumpat dan mengumpat. Actually mereka memikir dan memutus atas satu kes kawan bergaduh. Kasilah chance mereka berangan sekejap jadi hakim mahkamah Malaya, sedang hakim-hakim, Majestret semua tengah cuti rehat hujung minggu ini. Ok Kita cut short cerita, kita renung akan benda yang ada sorang wanita tu tak habis-habis lagi nak memikir dan membincang. Nanti dia nak bincang dengan kawan dia yang lain pula, nak tanya akan apa pula pendapat kawan yang lain itu, sampai balik rumah lawan blues dengan menulis di sini:-

Kesnya macam ini, 2 sahabat sedang bergaduh, isunya sudah disepakati dipandang sebagai tiada keserasian dalam kerekter. Rata-rata mata yang memandang  akan menjatuhi penilaian yang persahabatan mereka itu adalah memberati sebelah pihak aje, tak ada give and take. Tak sikit juga yang rasa, kalu dah macam itu carilah rakan lain, usahlah disayang sangat dengan persahabatan itu, tak rugi kalau tak bersahabat pun.

The question is, is is is is…. Aku tak sampai hati nak cakap macam itu, walau aku pun dah macam nak 100% nak kata lebih baik putus. Ha ha ha….

Sanggup kah korang bagi nasihat…”lebih baik break aje, korang tak ada chemistry, selama ni pun kawanmu itu hanya mempergunakan kamu. Nah, sekarang terimalah hakikatnya yang kamu di sini, di tempat ini, kamu sudah jatuh, dan tidakkah kamu faham, dia adalah seorang sahabat yang tak suka benda-benda yang dah jatuh!” J

Kejam sungguh bunyinya…

I would rather advise her like this
“jangan terlalu fikirkan sahabatmu itu, sebaliknya perbaiki dirimu, burulah kecemerlangan diri (go back to school, or try mngorat mamat kategori jerung hensem lagi berjaya dalam karier). Insyaallah sahabatmu akan kembali semula ke pangkuanmu, seperti dulu.”

Next nanti saya akan cerita my very own story of mylife…dan persabahatan saya.