Sambungan…
Hari Khamis saya tak masuk offis, saya cuti sebab pegi ambil
BR1M 2.0. Orang lain semua kata ambil BR1M ok, cepat, ambil time-off, tak payah
cuti pun ok, tapi itu tidak berlaku di tempat saya, di DUN, saya di JEPERUN
saya. Saya mai 8.00 pagi, 12.45 baru dapat duitnya. Itu pun sebab saya
terbernasib baik, nasib saya. tengah
orang berebut, datang polis bantu kawal keadaan dan usher saya kebarisan yang
sepatutnya, terus saya masuk barisan dan lepas lebih kurang 45 minit saya pun
boleh pulang. Semasa saya pulang, saya nampak orang yang beratur lebih hadapan
dari saya, pun masih berbaris untuk ambil cash pula.
Dah 12.45, ambil cuti hajeleh…dah letih beratur, lenguh
kaki, rasa macam tak larat nak drive jauh-jauh, masuk Bandar Melaka, so pergi Bandar
Alor Gajah, bayar cukai, balik rumah. Baring-baring, baca-baca apa-apa nota
yang patut, tengok TV. Hai, tak masak? Masak-masak ni rugi. Beli nasi bungkus
lebih ekonomikal.
Rupanya tuan penasihat pun tak sihat, MC pada hari itu. Kami
masuk ofis hari Jumaat. Kedua-dua penasihat saya ada. He he he… Kerja memang
banyak mau disiapkan. Tapi sempat juga tengok kalau budak slenge tu mai. Saya
dengar CC kecoh-kecoh dengan intonasi suaranya yang nyaring “muka ko, muka ko
bla-bla-bla…pergi specialistlah” apa kena muka dia? Ntah jerawatnya sangat
teruk. Merah sangat.
Saya bisik-bisik pada tuan penasihat. “eish muka dia buruk
sangat, takkan aku nak kata dia hensem, tak sanggup aku. Nanti nampak tak real”
Tuan penasihat kata “tak pe, walau hati bohong, mulut
teruskan cakap”
Memandangkan saya, teramat sibuk, saya biarkan dia berlalu
pergi macam itu sahaja. Alah dia, masuk opis saya satu hari bukannya sekali, kadang tu berkali-kali hantar fail. Petang dia turun lagi. Petang mungkin cuaca sudah agak
redup, mukanya kurang menyala.Saya sedang menampal-nampal apa yang patut di
sudut tempat kami makan-makan. Kebetulan ada orang belanja Pizza Hut,
bertingkat kotak Pizza atas meja, di sisi saya. Saya yang sedang
menampal-nampal kertas, berkata “Makan???”
Dia balas balik “hah, tak pe terima kasih”
Mesti dalam hati dia kata….kuatnya makan, tak cukup gaji aku
nak kasi dia makan Pizza banyak macam itu.
No comments:
Post a Comment