Minggu lepas masa saya pergi tutorial, benda yang paling
saya ingat adalah pasal membuat keputusan dalam organisasi, secara formal. Namun
bolehlah juga kita gunakan dalam kehidupan seharian. Yang menariknya tutor
telah membuat saya sedar yang selama ini bila buat keputusan kita selalu
bersandarkan kepada gerak hati dan pengalaman-pengalaman lepas.
Elemen yang terakhir, jarang sekali orang pandang. Elemen
itu ialah rasionalisasi. Tutor kata lagi sebabkan kita selalu ambil 2 yang
dalam para pertama itu sahaja, maka keputusan kita selalunya berbentuk “self
interest”. Buat keputusan adalah sesuatu yang penting dan topik ini sangat luas
dan akan bersambung nanti, kata tutor saya.
Topik ini sangat mengujakan, walau sebagai muslim sebenarnya
kita tak perlupun belajar macam mana nak buat keputusan, sebab ustaz-ustazah
ada ajar keadah yang lebih simple iaitu melalui solat istikhorah.
Dan mesti ada yang mencebik ni agaknya “mesti PAS dah buat
istikhorah tika nak bergabung dengan DAP” ya saya yakin mereka buat yang itu.
Dan kita tengok keadaan jadi macam teruk sangat. Ikut rasional akal, kita
sendiri pun akan cakap, PAS lebih mulia sendirian dari bergabung tapi kenapa
Allah dorongkan mereka untuk bersama dan nampak teruk? Jawabnya, itulah yang
Allah mau.
Anda mungkin bertanya lagi, kalau ada istikhorah, kenapa
buang-masa-buang-duit pergi belajar pengurusan dan cara-cara orang kafir buat
pengurusan? Jawaban saya kepada yang ini ialah Islam adalah agama yang
menggalakkan umatnya agar mengambil tahu dan mencintai ilmu.
Jawaban sebenar saya ialah bila umur saya dah semakin
meningkat, saya sudah cepat mengatuk jika pegang jarum crochet. Saya dah tak boleh duduk berjam-jam mengait
seperti zaman-zaman remaja saya. Itu pasal saya pergi belajar, jumpa
kawan-kawan, berfikir, menulis dan membuat assignment dari terlelap depan
benang dan jarum crochet. Saja nak buang duit dan nak buang rasa mengantuk.
Satu hal lagi....tunggu next entri....makcik dah mengantuklah pula ni.
Satu hal lagi....tunggu next entri....makcik dah mengantuklah pula ni.
No comments:
Post a Comment