Thursday, December 23, 2010

Misteri tuala Merah



Hari ini celik mata jah pi buka internet cari history page yang saya baca semalam. Blogger tu janji hari ini bola Kristal dia cakap ada lagi cerita sensasi pasal Drama cinta KTMB Malaysia dari S’pore-Tumpat. Saya dah terbayang-banyang dah gambar ADUN hensem bersepende jah dengan pasangannya yang bertuala Merah (macam mana pose dia bule google “red towel untuk mendapatkan imejan-imejan kalu anda semula jadinya memang tak pandai berimaginasi.” aik mau tipun mama I yang kat S’pore minta mama belikan tuala Merah jugalah. Seumur hidup I tuala biru tua memang I dah ada, tuala merah, memang tak pernah tengok lagi.

Ya ya ya S’pore memang syurga tuala mandi.

Itulah saya teringat tulisan bapak frinjan saya yang cakap dia sering dikecewakan oleh ekspetasi dia sendiri yang tak kesampaian. Saya kira hari inilah antara hari yang mengecewakan. Iya saya kecewa kerana kerana ekspektasi yang saya bikin sendiri.

Untuk mengurangkan rasa kecewa, sebagai yang saya kata, saya akan minta mak saya pusing satu S’pore cari gak tuala merah dan saya nak mengoceh sikit kat sini, pasal apa yang saya dapati instead of tuala Merah. Apa cerita sensasi yang dia nak paparkan. Ala, cerita pasal suami yang tangkap isteri tu kena tetak dengan parang. Itu aje ceritanya. Sekian, wassalam. Terima kasih.

Wednesday, December 22, 2010

ADUN Hensem terkantol dalam Keretapi



Ceritera kali ini pasal seorang suami mengadu pada Tuan Guru bahawa isterinya digoda ka, mengoda ka, yang penting tergodalah sampai tak balik rumah selama 3 hari dan dijumpai oleh suaminya sendiri dalam keretapi, koc VIP lagi bersama seorang ADUN yang hensem dalam keadaan yang mencurigakan. Dia minta Tuan Guru hududkan isterinya tapi Tuan Guru suruh dia balik dulu sebab Tuan mau istiqarah dulu, suruh mai esok. Maka pada keesokkan harinya, datanglah suami tersebut ke kediaman Tuan Guru. Tuan Guru memberi tahu bahawa Allah telah ampunkan dosa zina. Suami yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Guru berceramah menceritakan pengalaman ini. Ceramah tersebut telah dirakamkan dan dimuat naik ke dunia maya.

Tak taulah mana satu nak percaya sebab dua-dua pun orang yang berimejkan Islam. Ops bukan dua, 4. Keempat-empat mereka orang PAS yang kita tau sangat taat dalam menjalankan ibadah. Bila sudah jadi begini, mau apa? Mengata Tuan Guru silap, menghakis kepercayaan dan baik sangka kita terhadap Islam dan Istiqorah. Mana mungkin orang macam Tuan Guru silap Istiqorahnya, melainkanlah orang macam kita yang selalu lalai dengan tipu duniawi ini. Tuan Guru sembahyang pun tak tinggal, tahajjud, qiamulalainya konsisten berterusan, bukan macam kita berqiamulail masa kursus, masa bina semanga aje.

Tak taulah heh, senang cerita kita cakap jah suami itu dah dibayar UMNO untuk menjatuhkan PAS he he he. Atau suami tadi dengki, dia tak dapat jadi calun, suruh bini dia goda ADUN hensem tu, pastu gitu2lah ceritanya, itu pasal Tuan Guru dapat alamat yang Allah dah ampunkan dosa ADUN tadi. Kira-kiranya ADUN tadi mangsalah gitu. Atau mau tingkatkan darjah imaginasi anda, Suami dan isterinya itu tu Trojan Horse UMNO. Orang UMNO jah kat Malaysia ni banyak sangat melantak duit haram, sampai sanggup lacurkan isteri sendiri sampai sanggup merancang konspirasi tahap tertinggi ala-ala Dajjal the Messiah sebab takut kebulur kalau hilang kuasa. Uish kete suami tadi toyota you, jangan marah. Muka tak hensem, tapi keta dia hensem. Tapi ADUN hensem lagi naik kenderaan yang lagi best, Keretapi Koc VIP, real lagi fantastic lagi romantik yang mengujakan tahap felem cintan-cintun bollywood gituhhh.

Wat do I think? Ntahlah. Yang I tau ADUN tu hensem, mengacam, ada potensi mengugat keimanan kita terhadap perintah Allah dalam surah An Nur ayat 30, 31 (dok negedit gambar tu berapa lama tah I dah belek tu...pandang sekali tapi pandang lama-lama ye ustadz ahaks)hik hik hik….Sesungguhnya kehenseman kamu itu ujian buat kami yang tak berapa cantik ini….hik hik hik lagi.

Monday, December 20, 2010

Zuriat sapa pun I follow, janji U ada ILMU.

Saya fikir cakap-cakap mengata kawan FB saya itu Panglima Angkatan bala tentera Iblis dah sampai ke telingannya agaknya. Zaman internet ini kita panggil sebagai “viral”. Kalau dulu memang kita malas nak menyampai-nyampai sebab nanti yang lunyainya tukang sampai bila yang mengata berpaling tadah atau buat bodoh. Zaman sekarang apa takut, kita linkkan aje apa yang ditulis atau fowardkan apa yang diemelkan. Hanya dengan satu click. Kita cakap dalam hati, “kalu aku tak sampaikan ada orang lain sampaikan juga. Biarlah dia tahu aku pun dah tau dan tujuan aku menyampai tak lain tak bukan nak sampaikan massage yang anak iblis ka, anak setan ka, anak jin ka, aku tak kisah aku tetap hormatinya atas kapasiti keilmuan yang dia ada.”

Bab mencari ilmu kita jangan pilih sangat sapa cikgu kita. Ni zaman moden, tak kiralah dia gay ka, dictator ka, penjual/pelacur agama ka, apa ilmu dia yang baik kita ambil dan kita amalkan jika kita tak mau ketinggalan. La ni yang menguasai dunia adalah orang yang tahu. Orang yang tahu itu memang pada persepsi kita ini memang macam setanlah, suka masuk campur hal orang, suka mencatur hidup orang dan macam-macam lagilahkan. Saya merujuk pada Amerikalah. Tapi bangsa Amerika itu banyak benda positif yang kita boleh ambil contoh, seperti kegilaan mereka menjaga tahap kesihatan dan kecergasan, kegilaan mereka terhadap kebersihan dan yang paling penting, sikap mereka yang menghargai masa, sampaikan “if you made me wait, you have to pay, the longer I wait, the more you have to pay, aboden?” ini cerita saya di Andersen menguruskan permohonan pegawai daganglah ni. Saya kena tunggu lama di Imigresen berjam-jam dan saya chargakan masa menunggu itu untuk bos saya bilkan kepada pelanggan.

Ok berbalik pasal kawan FB yang anak iblis ni, ada sorang tu melenting, sorang lagi senyap. Ya personalitilah tu. Memang kedua-duanya berbeda, tapi saya lebih takut yang senyap tu. Orang kata macam api dalam sekam, sukar nak padam. Yang kuat menceceh tu, macam sayalah habis menceceh, habis kat situ, teda simpan-simpan. Orang yang mendengar ocehan dia pulalah yang semput. Dia mengoceh, marahlah, kita ni zuriat manusia bukan zuriat iblis.

Saya cuma mau share apa yang saya pernah dengar. Ada orang fikir dan percaya manusia dan iblis memang boleh menghasilkan zuriat bersama-sama. Iblis akan menumpang setiap aktiviti manusia yang lalai tak ingatkan tuhan. Bukankah ustaz, ustazah kita ajarkan pada kita masa kita kecil-kecil dulu, makan tak baca bismillah, makan dengan setan, berbagai-bagailah lagi aktiviti harian kita yang disertai iblis dan setan sebab tak baca bismillah sebab lalai tak ingat Allah. Bila kita nak kawen kita pigi kursus kawen, ustaz tak bagi tau ka bersetubuh tak baca doa, setan pun ikut sama-sama bersetubuh?”

Orang Amerika, orang yang taksub dengan Amerika ada tau, ada kisah pasal doa-doa ini semua? Tak payah orang Amerikalah, orang kampung yang memang benak, tak reti mengaji, tak suka campur orang alim ko ingat dia ada reti baca-baca ini semua ka? Saya sendiri yang dah tau ni pun kalau perut tengah berkeroncong, balik rumah mak masak sedap giler, pun terlupa baca bismillah, makan dengan dengan setanlah tu. Tapi tak kisahlah buat kata pesan Siti Djuhari kepada anak-anaknya “urang nan tuo usah disesali” tak manis benar kita menyalahkan orang tua kalau kita berselisih faham.

Pada mereka yang suka mengata itu dan ini, itu memang dah sifat mereka. Usah nak buang masa bertekak-tekak dengan orang macam itu. Tak de pakdahnya, kalau mereka dah berani antar emel sana, emel sini kata awak tu panglima turus setan, sampai mati pun mereka tetap anggap awak tu setan. Anak setan ka, anak iblis ka, anak Raja, anak keturunan Nabi ka, Allah itu maha pengasih dan maha adil. Tugas kita menyembah Allah, bukan bersusah hati memikirkan apak mak kita dulu masa nak dapat kita dulu otak mereka kemana, ada baca doa tak?

Sunday, December 19, 2010

The "cikgu" in Me

Kawan saya minta tolong kirakan ROI, ada foreigner nak bagi dana pada suaminya katanya. Pada saya ROI, business plan memang perkara sulit. E mel, internet bukanlah method pilihan komuniskasi yang bagus. Kalau anda bercadang nak minta saya tuliskan business plan untuk anda, saya lebih suka bersemuka saja. Calling-calling, internet-internet ini susah. Saya lebih suka menulisnya ditempat anda. Itu cara saya berkerja. Saya memang jenis tradisional. Internet-internet juga tapi bersemuka, tengok sendiri, experience sendiri itu lebih meyakinkan bagi pihak saya sendiri, sebagai penulis.

Lagi pun kawan sebenarnya lebih nakkan legal paper untuk mem”bind” dia dengan pemodal. Itu kena cari lawyerlahkan. Kita background accounting memang boleh “ayat” tapi yang kasi laku ayat dan pengiraan kita ialah lawyer juga akhirnya. Itu pasal Akauntan dan Peguam walau macam kutub utara, kutub selatan. Sorang penguin, sorang lagi Beruang kutub kalau bertemu, mesti berebut ikan dan silap2 hari bulan berperang berbunuh saling makan memakan antara satu sama lain, kami sebenarnya bagaikan aur dengan tebing tak boleh dipisahkan. (sapa kata penguin kecik tak boleh makan beruang kutub??? Panguin banyak, sekali attack berkumpulan mesti boleh tumbang beruang yang besar itu)

Pendek cerita saya dah berlagak cikgulah, sebab dah memang saya tak faham kenapa nak ikut telunjuk orang luar dan gian sangat nakkan duit orang luar sedangkan modal berbayar sebagai syarat nak dapat lesen bahan bakar dari kementerian kewangan Malaysia hanya RM100,000 sahaja. Susah sangat ka nak raise a capital banyak itu. RM100k kita tak ada ka. RM100k pun nak tubuh syarikat ka. Kan membazir namanya tu. Baik bikin partnership aje.

Saya tau apa yang ada dalam kepala pelabur. Dia tak mau partnership sebab unlimited liability. C’onlah guy kalau tak mau risiko jangan melaburlah, pigi taruh RM100k itu sana dalam trust fund atau sukuk. Tak kisahlah pasal pelabur Bengali yang tak de telur tu. Dah dia tak de telur tapi kawan saya nak juga RM100k tu, itu saya tak boleh nak buat apalahkan, walau saya kesal nak mampus RM100k eguity dah terlepas kat orang luar. Hey RM100k tu banyak weh, kalau buat syarikat authorized capitalnya satu juta pun dah 10% dah bagi kek orang luar. Saya fikir ada baikknya RM100k tu bagi-bagi among us kawan-kawan sini sorang RM1,000. Tapi tulah kita, tak taulah saya kenapa nakkan juga duit si bay tu ntahlah.

Macam yang saya cakap tadi, kawan saya yang gian dengan duit si Bay itu dia punya pasallah, tapi pasal saya inilah yang paling menyesalkan. Tak pasal-pasal saya dah mengecikkan ati kawan saya dek kerana lagak saya yang lorat dan macam cikgu. Iyalah ko suruh aku kira ROI on line, ko kira sendirilah. Lagi satu saya menagajar, apa jadahnya ko nak duit si Bai tu? Ko laki bini dah tak de duit ka? Setakat RM10k saya kita mesin Fax, dia, sebahagian dari rumah dia, computer peribadi, baik lap top, mau pun desktop, printer, blue barry, black barry orang ghumah dia, kereta dia, kalu dia bawa masuk “into” business, senang-senang aje setakat RM20k dah ada dalam tangan. Fast cash Micro kredit melambak. Kat semanjung ni pun kawan ada asset yang memang tak datangkan untung pun pada dia, jual ajelah, bawa semua ke Miri sana, apa nak simpan asset2 yang tak mendatangkan pulangan, tapi mengopakkan duit poket nak membelanya pulak. Memang saya kesal sangatlah dengan kawan yang lebih nampak duit bai dari duit sendiri tu.

Saya lebih kesal lagi dengan keceluparan jari-jemari saya menulis berlagak cikgu tu. Tak kisahlah heh, nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh undur, terlajak jari tak bleh nak buat apa. Penyudahnya kawan macam merajuk aje. eh merajuklahkan dahlah berlagak macam cikgu, tulis macam menghalaulah pula dia dari bumi Melaka ni. Dah saya suruh dia lupuskan asset kat Melaka, tak ka macam menghalau namanya tu. Saya bukan halau dia, wat apa nak ada rumah kat Melaka ni, rumah saya pun ada. Kalau balik Melaka boleh duduk sama saya apa. Saya bukan duduk sangat rumah saya ni, saya lebihkan duduk rumah mak saya. Apasalahnya jadikan rumah yang ada sekarang ni sebagai pelaburan hari tua.

Tapi tulah kita tak boleh spell out apa yang kita rasa. Kita kena tahan lidah kalau nak berjaya dalam dunia business. Saya ini dalam proses belajar untuk tak jadi cikgu. Saya fikir bukan satu perkara yang mustahil untuk berubah. Lesson learned. Jangan jadi cikgu, nanti prospek lari.

Saturday, December 11, 2010

Emansipasi Wanita Memang satu MITOS

Kisah ini berlaku right before saya cuti trimester yang lepas. Umum kena faham akan sensitivity masyarakat kita pasal polygamy. Kita tak suka polygamy. Kita orang Melayu polygamy itu hanya untuk orang kaya-kaya dan berharta dan juga ustaz-ustaz kuat iman, ramai pengikut dan ramai peminat wanita. Kami sangat mengimani ayat Quran yang maksudnya “jika kamu tidak yakin dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang” Rata-rata orang Melayu isterinya satu. Kenapa mau bakar perasaan kita kalau dah tau benda ini.

Saya pun tak faham kenapa pensyarah Company Law suka cakap pasal bini 2, 3, 4. Saya tidak kisah kalau ustaz yang sentuh isu ini. Ustaz memang bidang dan tugas dia untuk memahamkan kita yang polygamy adalah satu yang dibolehkan. Lawyer nak cakap pasal polygamy apa halnya? Sebab ada undang2 civil yang melarang terus polygamy? Dia tak puas hati? Nak cakap pasal polygamy pergi cakap sama “house of loard” sanalahkan. Ubah sana punya Law. Sebab cakap dalam kuliah Company Law tak akan bawa apa-apa faedah melainkan menyebabkan saya rasa benci dan muak. Kalau saya hasut satu kelas, bagi midterm kali ini semua dapat 0, assessment semua-semua jom pakat kasi markah 3 macam mana? Jangan buli, jangan cabar saya yang lemah. Hey, kamu dibayar untuk memandaikan saya, bukan menyakitkan hati saya ok. Got that!

Memang sakit hatilahkan kalau dapat lecturer sengal macam itu. Nak buat macam mana dah lecturer kita. Yang saya marah sangat bukan pasal polygamy pun, tapi hujah untuk berpoligamy itu sangat bodoh tahap boleh kasi kita sakit kepala. Ada ka dia cakap sebab ramai perempuan sekarang tidak segan silu mengejar lelaki, maka penyelesaian kepada masalah perempuan mengejar lelaki ini adalah polygamy. Berapa ramai lelaki yang kena kejar? Kat kampung saya ini ramai lelaki bujang, tak ada perempuan nak kejar pun. Perempuan pun tak hingin. Katanya lagi kejadian perempuan mengejar lelaki adalah natijah dari ratio lelaki perempuan di Negara ini sudah 3 perempuan, satu lelaki.

Ratio 3 perempuan, satu lelaki ini yang saya hangin satu badan. Saya marah. Iya memang benar sekarang wanita sudah hilang malu sanggup bergaduh berebut kan seorang lelaki, tapi adakah mereka bergaduh dan berebut sebab perempuan sudah ramai dari lelaki? Itu kena semak dululah. Jangan cakap ikut sedap mulut aje. Adalah sangat memalukan seorang pensyarah yang juga seorang law practitioner membuat satu kesilapan yang maha semberono lagi tak senonoh, lagi menghina keilmuan yang ada pada pelajar walau mungkin hanya senipis kulit bawang.

“Do I tell you that Lawyer can’t count? God know ntah2 no 2, no 3 pun tak buleh beza, FiGURE FOBIA” Wahai lawyer2 sekelian, buanglah rasa fobia kamu terhadap angka dan statistic sebelum kita semua hilang kepercayaan kepada kamu. Betulkah kalau tak lulus matematik pun boleh jadi Lawyer?

Itu taklah sakit hati sangat pun, lagi sangat sakit hati sebab sebenarnya saya rasa saya sorang aje yang marahkan lecturer tu tahap nak hantar surat pada presiden suruh ditamatkan aje kontrak pensyarah tu. Tak lah acah. Lecturer tadi memang bagus,dan patut dikekalkan. Saya belum cukup gila untuk membakar sebuah kelambu hanya kerana seekor nyamuk yang nakal. Saya cuma tak faham kenapa dia suka nak menegakkan benang basah yang perempuan lebih ramai dari lelaki. Mungkin masalah peribadi kut. Masalah dia yang sering dikejar perempuan2 gila. Ya Lecturer Company Law saya memang hensem, dan dah lawyerkan ko faham2lah memang pandai bercakaplah, tak mustahil dia ini antara lelaki-lelaki yang menjadi buruan ramai, sehingga sasau??? Sasaulahkan, sebab mana tau perempuan yang dia suka takut nak dekat, yang tergedik-gedik mengeledang-mengeledut, meliuk melentuk, berduyun-duyun datang menggesel. Masuk kelas Company Law pun masih lagi terawang-awang merasakan kelas perundangan Keluarga Islam tak habis lagi.

Ok pasal statistic tu masih lagi saya tak hangin sangat pun, sebab memang sah once naik cuti ni saya tunjukkan kat dia statistic tu pasti dia senyap punya. And if I tell him baik-baik, saya pasti dia cukup dewasa, cukup akal dan sedar dia tak patut cakap lagi pasal polygamy sebab dia mengajar Company Law bukan undang-undang keluarga Islam.

Yang saya marah, dan saya rasa tidak akan ada jalan penyelesaian ( the only solution that I can think of now, is migrating to China) bila ada pelajar perempuan sendiri yang marah sama saya dan tuduh saya kacau lawyer kacak ini. Hah! Saya kacau lecturer saya? Hah! Amboi, excuse me sapa yang kacau sapa dulu? C’onlah pelajar perempuan sengal eh kita orang Islamkan kita tak kisah sapa dia tu, lecturer ka, sapa ka, kalau hujah dia menyeleweng dari kebenaran dan fakta, tak kira sapalah kita, jika kita punya maklumat betul wajib menegur yang salah.

Dalam kes ini, lecturer sengal itu telah menyinggung perasaan dan sensitivity saya bukan pasal polygamy sangatlah, tapi pasal hujah dia yang menyeleweng dari fakta sebenar. Ratio lelaki perempuan di Malaysia ini agak sihat, satu lelaki satu perempuan, bahkan lelaki sememangnya melebih perempuan. Lelaki kena lebihlah sebab kasi rizab untuk qouata rumah juvenile, penjara dan Pusat Serentikan. Karang orang Pusat sana tak de kerja lah pula. Ratio is 1:1 perfect. Kalau ko sorang pulun sampai 2, 3,4… yang lain gigit jari???? Kalau kena rogol, kalau Negara ini bersepah pelacur dari Negara Luar, jangan salahkan kerajaanlah pulak. Realistiklah sikit kalau benar2 dah cinta dan sayang pun.. Tak kuasa aku nak kacau Lecturer ko tu. Cikgu debat saya lagi hensemlah. Pendebat terbaik ASEAN semasa di Universiti Malaya lagi. Cuma dia tak major dalam bidang Perundangan aje. hmmm kalau dia major Law, Perlembagaan Persekutuan pun dia boleh GORENG kasi hangus tau tau tua!!! Marah ni. Tolonglah weh!!! eiih geramnya akuhhhh

Friday, December 10, 2010

Hey, pi balik kampunglah

Peristiwa ini berlaku lama dulu, saya pun dah tak ingat trimester yang mana satu agaknya. Saya berehat di Masjid sementara menunggu kelas. Biasa Masjid ini milik budak-budak usrah. Kita non-member pun ramai gak lepas di sana, tapi setakat gitu-gitu, baring-baring sikit melepas lelah gitu. Kalau ahli masjid adalah segalanya untuk mereka, termasuklah tempat sessi kaunseling dan mengadu hal, waima memuji-muji mana pelajar lelaki yang ngetop gitu. Alah budak-budak, memang biasa tak tahan hati melihat jejaka yang mengancam beraksi, mesti mau bercerita.

Cerita yang mau saya umpatkan ialah pasal sessi kaunseling minah usrah. Saya anti usrah. Saya tidak meninggal usrah dengan rasa benci, tapi saya mula membenci institusi usrah bila kat opis dulu kalu usrah, ustaz macam dah tak de hadis dari perawi selain dari Ali. Saya Anti Ali, saya anti-Syiah? Tak saya cuma anti nikah Muta’ah. It happen to be ustaz penggemar Ali serta tongkat-tongkatnya sekali ini memang saya rasa macam ada something wrong. Opis mate sayalah yang kuat menekankan yang ustaz tu sememangnya mentel, tapi takut bini. Ustaz ini pandai berlakon. Sesama pegawai memang dia alim. Kurang ajarnya hanya berani dipamerkan depan kami pekerja rendah saje, sebab dia tau kalau kita kata dia mentel, dengan mudah orang akan percaya jika dia pusing cakap balik kata kitalah yang sebenarnya tergila-gilakan dia, dia tak layan, kita gila meroyan, kata dia gatal sebab kita sakit hati nak balas dendam.

Ok berbalik pasal minah usrah ini, terderalah dia. Iyalah ini MMU memang bukan tempat untuk orang macam mereka. I look at her attire, my god, I tak nak buat dosa kering, menambah benci lagi pada orang usrah ala-ala ahli Arqam kelas kasta rendah punya gaya tau. Selekeh. Aish, aku rasa mau rendam dalam kolam kasi mandi bersih-bersih, kasi sabun wangi-wangi aje rasanya. Saya sendiripun selekeh, but feel that I have the right to be slekeh dan berpenampilan macam Einstain because am good in Maths and calculation. But if you’re only good at poetry and reciting quran, pleaselah be propa sikit, be laram-laram sikit, if not, you married esok, your ustaz will end-up scribing website lucah without your notice, and yet you still think your ustaz maksum and menjerit-jerit memaki hamun perempuan-perempuan solid molid yang hobinya beraksi jalang depan web cam dalam rumah, bila tetiba ustaz minta izin nak kawen dengan budak muda sebaya anak sulung kamu.

Saya pun sebenarnya tak dengar apa biji butir percakapan minah2 usrah ini, tapi teruknya masalah minah ini sampai dia tak boleh focus study dek kerana telatah rakan sekeliling yang ahli-ahli maksiat, tak ingat dosa pahala, tak mendirikan solat, ingkar perintah tuhan, lagi berani mendedah-dedah aurat gitu-gitulah. Iyeka? Ntah saya kata saya tak dengar biji butir dia, saya dengar dia tak boleh focus study, puncanya? Saya reka sendirilah. Saja-saja buat fitna nak tambah dosa, tak moh taubat. Saja nak melepaskan sakit hati saya pada orang PAS, yang suka memfitnah orang. Ops tak fitnahlah, dia dapat wahyu tuhan kata ko ini dajjal . Prekselah sikit diri ko tu dulu Mardhiah, weh kot-kut memang ko ada ciri2 zionist agaknya tu. Ntah, orang kalu stress pi baca Quran, menangis ini ko pigi makan Mc Donald, pigi makan ice-cream Baskin Robin, pergi poco-poca, pergi swimming, pergi gym, pi karoeke, memang sah zionistlah tu”

Ntah saya rasa budak tu patut dandan dirinya, bersukan, beriadah, jalan-jalan, shopping, instead of crying and menuduh dunia ini kejam. Yes, dear kami di sini memang kejam dan tiada belas kasihan. Tidak ada tempat untuk orang lemah macam kamu. Taulah Melaka inikan dah jadi negeri Maju. Pergilah balik cari university kat Kelantan, Kedah, Sabah ka, Sarawak. Kat Sabah sana, mereka lebih rela tengok anak Sabah sendri tak de tempat penginapan, janji kamu orang semenanjung dapat tempat. Kat MMU ni, ya ya ya Hostel kita yang dalam proses renovation tu untuk anak-anak orang kaya Arab, orang kaya Afrika sana. Mau kemanusian, mau belas kasihan, kasih sayang, masuklah university kerajaan ya adik -adik ye. Sini tempat private mengeram anak Zionist. Itu pasal orang sini jahat-jahat, tak ada peri kemanusian.

Monday, December 6, 2010

Kalau tak suka bunuh aje

Saya terpanggil menulis pada hari ini selepas say abaca satu blog tu. Pasal Ku Li yang dah ditarik darjah kebesarannya oleh Sultannya sendiri. Sultan mana satu ahaks, you alls patut tau la ni Kelantan ada 2 Sultan. Yup si Sultan tua itu indeed sudah minta federal court masuk campur dan indeed keputusan Federal Court is in favor of Sultan tua.

Hmm tak kisahlah tu, ini pasal Ku Li yang ditebak2 sebagai kunun-kunun tengah marah pasal bintang darjah kebesarannya ditarik Sultan. Ya ya ya juak-juak UMNO mesti sedang menari kegirangan sebab mengharapkan Ku Li akan naik minyak. Buatnya Ku Li ambil contoh Pak Lah, buat malu jah sapa yang meramal Ku Li akan hangin satu badan dan mengamuk.

Memang ramai kata Abdullah Ahmad Badawi itu penidur dan bodoh, namun saya rasa ntah saya rasalah Pak Lah ikut sunnah nabi, tak melawan dan dia bila Tun M murka dan menghukum Pak Lah kerana join Team ntah A ka B kah. Tak sama team dengan Tunlah tu. Dari jawatan Menteri Pak Lah tak diberi apa-apa pun. Pak Lah tak membantah, berdecit pun tidak. Mungkin kamu kata macam itu sebab kamu rasa Pak Lah diam sebab Pak Lah tak punya kemapuan berfikir yang tinggi untuk membalas dendam.

Mungkin. Tapi katalah Pak Lah itu pembesar/pemimpin PAS, pasti sudah ada buku yang menyanjung dan memuji-muji beliau, mengangkat taraf beliau sebagai pemimpin anugerah, pilihan langit. Beliau akan dipuji sebagai lelaki yang penyabar dan pandai menguruskan kemarahan. Lelaki yang apa ek, lelaki yang ada kuasa, daya dan upaya tapi lebih suka memaaf…macam-macamlah kan. Tak cukup dengan itu pasti ada yang menyelongkar salasilah keturunan Pak Lah, silap hari bulan tak kalau tak dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain pun, keturunan Katurah, isteri no 3 Nabi Ibrahim. Ish, keturunan Fatema Zahra’ tak mungkinlah kut sebab nama Pak Lah tak Syeid, Syeikh, Nik, atau Wan. Tapi sebab Pak Lah orang UMNO, kita kata Pak Lah pondan lagi bodoh.

Apa yang saya merapik meraban nih. Saya cuma nak tulis, woth it ka kalau Ku Li nak mengamuk. Pada saya Ku Li hanya merendahkan kredibiliti beliau kalau nak berlawan dengan anak Sultan yang jahat dan derhaka lagi gila pangkat itu.

Kenapa eh Sultan yang ada hari ini sanggup mendera bapanya sendiri sebab nak jadi Sultan. Tak buleh ka tunggu Ayah dia mangkat dulu? Ala orang macam tu Ku Li, jahat dan busuk macam itu, akan jatuh dengan sendirinya. Tak payahlah Ku Li nak sibuk-sibuk mengamuk. Biar orang lain yang mengamuk. Biar Allah aje yang ajar anak kurang ajar macam Anak Sultan Kelantan yang jahat itu. Tok sah Ku Li tercucuk dengan budak-budak politik yang memang suka tengok orang bergaduh ini. Yang bergaduhnya Melayu, India dengan Cina tepuk tangan.

Perlembagaan kita pun ada, bagi menjamin Sultan dan Raja-raja tidak boleh dijatuhkan dengan sesuka hati. Have faith in it. Ku Li pi solat hajat aje betulkanlah hati mika-mika yang duduk kat kerusi Judiciary dan Legislative tu.. Ku Li nak ngamuk, (take the matter in his own hands) nak wat pe, macam le Negara ni Negara tak ada undang-undang. Tak lama lagi nyahlah Sultan Budak yang, tak sabar tunggu bapak sendiri mati, awat tak bunuh aje bapak tu. Macam dalam felem Ceaser tu. Bunuh bapak sendiri pastu pura-puralah apa-apa yang patut dipura-purakan.