Kawan saya minta tolong kirakan ROI, ada foreigner nak bagi dana pada suaminya katanya. Pada saya ROI, business plan memang perkara sulit. E mel, internet bukanlah method pilihan komuniskasi yang bagus. Kalau anda bercadang nak minta saya tuliskan business plan untuk anda, saya lebih suka bersemuka saja. Calling-calling, internet-internet ini susah. Saya lebih suka menulisnya ditempat anda. Itu cara saya berkerja. Saya memang jenis tradisional. Internet-internet juga tapi bersemuka, tengok sendiri, experience sendiri itu lebih meyakinkan bagi pihak saya sendiri, sebagai penulis.
Lagi pun kawan sebenarnya lebih nakkan legal paper untuk mem”bind” dia dengan pemodal. Itu kena cari lawyerlahkan. Kita background accounting memang boleh “ayat” tapi yang kasi laku ayat dan pengiraan kita ialah lawyer juga akhirnya. Itu pasal Akauntan dan Peguam walau macam kutub utara, kutub selatan. Sorang penguin, sorang lagi Beruang kutub kalau bertemu, mesti berebut ikan dan silap2 hari bulan berperang berbunuh saling makan memakan antara satu sama lain, kami sebenarnya bagaikan aur dengan tebing tak boleh dipisahkan. (sapa kata penguin kecik tak boleh makan beruang kutub??? Panguin banyak, sekali attack berkumpulan mesti boleh tumbang beruang yang besar itu)
Pendek cerita saya dah berlagak cikgulah, sebab dah memang saya tak faham kenapa nak ikut telunjuk orang luar dan gian sangat nakkan duit orang luar sedangkan modal berbayar sebagai syarat nak dapat lesen bahan bakar dari kementerian kewangan Malaysia hanya RM100,000 sahaja. Susah sangat ka nak raise a capital banyak itu. RM100k kita tak ada ka. RM100k pun nak tubuh syarikat ka. Kan membazir namanya tu. Baik bikin partnership aje.
Saya tau apa yang ada dalam kepala pelabur. Dia tak mau partnership sebab unlimited liability. C’onlah guy kalau tak mau risiko jangan melaburlah, pigi taruh RM100k itu sana dalam trust fund atau sukuk. Tak kisahlah pasal pelabur Bengali yang tak de telur tu. Dah dia tak de telur tapi kawan saya nak juga RM100k tu, itu saya tak boleh nak buat apalahkan, walau saya kesal nak mampus RM100k eguity dah terlepas kat orang luar. Hey RM100k tu banyak weh, kalau buat syarikat authorized capitalnya satu juta pun dah 10% dah bagi kek orang luar. Saya fikir ada baikknya RM100k tu bagi-bagi among us kawan-kawan sini sorang RM1,000. Tapi tulah kita, tak taulah saya kenapa nakkan juga duit si bay tu ntahlah.
Macam yang saya cakap tadi, kawan saya yang gian dengan duit si Bay itu dia punya pasallah, tapi pasal saya inilah yang paling menyesalkan. Tak pasal-pasal saya dah mengecikkan ati kawan saya dek kerana lagak saya yang lorat dan macam cikgu. Iyalah ko suruh aku kira ROI on line, ko kira sendirilah. Lagi satu saya menagajar, apa jadahnya ko nak duit si Bai tu? Ko laki bini dah tak de duit ka? Setakat RM10k saya kita mesin Fax, dia, sebahagian dari rumah dia, computer peribadi, baik lap top, mau pun desktop, printer, blue barry, black barry orang ghumah dia, kereta dia, kalu dia bawa masuk “into” business, senang-senang aje setakat RM20k dah ada dalam tangan. Fast cash Micro kredit melambak. Kat semanjung ni pun kawan ada asset yang memang tak datangkan untung pun pada dia, jual ajelah, bawa semua ke Miri sana, apa nak simpan asset2 yang tak mendatangkan pulangan, tapi mengopakkan duit poket nak membelanya pulak. Memang saya kesal sangatlah dengan kawan yang lebih nampak duit bai dari duit sendiri tu.
Saya lebih kesal lagi dengan keceluparan jari-jemari saya menulis berlagak cikgu tu. Tak kisahlah heh, nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh undur, terlajak jari tak bleh nak buat apa. Penyudahnya kawan macam merajuk aje. eh merajuklahkan dahlah berlagak macam cikgu, tulis macam menghalaulah pula dia dari bumi Melaka ni. Dah saya suruh dia lupuskan asset kat Melaka, tak ka macam menghalau namanya tu. Saya bukan halau dia, wat apa nak ada rumah kat Melaka ni, rumah saya pun ada. Kalau balik Melaka boleh duduk sama saya apa. Saya bukan duduk sangat rumah saya ni, saya lebihkan duduk rumah mak saya. Apasalahnya jadikan rumah yang ada sekarang ni sebagai pelaburan hari tua.
Tapi tulah kita tak boleh spell out apa yang kita rasa. Kita kena tahan lidah kalau nak berjaya dalam dunia business. Saya ini dalam proses belajar untuk tak jadi cikgu. Saya fikir bukan satu perkara yang mustahil untuk berubah. Lesson learned. Jangan jadi cikgu, nanti prospek lari.
No comments:
Post a Comment