Monday, December 27, 2010

Perpustakaan Digital Siti Hasmah dan Isinya

Hari ini saya ketika menunggu waktu kelas yang selanjutnya saya ke perpustakaan. Wah hari ini pemeriksaannya agak ketat dari hari-hari biasa. Berfacebook pun kena tegur. Kawan saya membuat 2 jangkaan:-

I) Ada VIP melawat
II) Ada kecurian buku berlaku ha ha ha

Tak kuasa nak memikonya, tapi den keno tego 3 kali sepanjang den mengunokan perkhidmatan perpustakaan untuk baca cerita bola pada hari ini sekali sebab berfacebook, kedua sebab selambak berk tak ingat dunia berheboh exactly depan tempat exit (tempat exit perpustakaan kami macam stesen LRT, Putra tu, touch n go) ketiga, melalui lorong masuk, untuk keluar (walau tempat exitnya macam LRT, tapi tak berfungsi, buleh lolos macam itu aje tanpa menyentuh ID card, jadi manalah saya tau mana satu keluar, mana satu masuk)

Keselamatan yang agak terlebih sikit dari kebiasaan ini membuatkan classmate saya yang merupakan regular Siti Hasmah Digital Library patron’s rasa jengkel . I’m not a regular, saya masuk library pun sebab nak tunggu between class dan selalunya saya menghabiskan masa di sana dengan membaca majalah atau akhbar harian. Jadi saya taklah rasa jengkel sangat.

Pasal diri saya, perkara yang menarik yang ada dalam library bukanlah pasal tahap keselamatan yang lebih ketat dari hari biasa, tapi yang menginspirasikan saya untuk mengupdate catatan pada hari ini ialah cerita pasal berita, informasi yang saya dapati dari Berita Harian. Berita cerita nisbah lelaki di Putrajaya adalah terendah iaitu 88 lelaki untuk 100 orang wanita, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Negara di mana 105 lelaki bagi setiap 100 orang lelaki. Nah, ini konsisten dengan data yang saya baca dalam laman sesawang Jabatan Statistik Negara.

Saya juga telah men”dera” beberapa orang kawan saya dengan soalan yang berbunyi begini “adakah kamu rasa yang kini bilangan perempuan melebihi lelaki?” jawaban mereka adalah iya, mereka rasa memang perempuan sudah melebih bilangan lelaki. Bila saya beritahu informasi yang saya dapat di Jabatan Statistik Negara, mereka jawab lelaki memang ramai, tapi lelaki yang berkualiti itu kurang.

Perempuan jangan mudah terpedaya dengan hujah lelaki mau kawen lebih sebab nak menyelamatkan dunia dari kiamat. Dapatkan Berita Harian pada hari ini, gunting, laminate atau framekan cantik-cantik untuk tatapan bersama. Bukan saya anti poligami bukan, macam saya tulis sebelumnya ini, jika sorang dah pulun sampai 2, 3, 4 yang lain tu apa cerita? Dan jangan bising, jangan komplen kalau ada yang kreatif menangguk air yang keroh dengan menjalankan perniagaan haram tak bermoral, natijah dari paten tabiat, budaya yang sedang cuba dipopularkan oleh cendikia white colar-white colar kita yang hensem-hensem lagi menjadi rebutan ramai. Anwar Zain yang lebih hensem dan lebih kaya tu tak kisah pun nak kawen waima sorang pooon. Beri laluan pada korang kuttt.

Yang Melayunya boasting, satu rumah duduk 4 isteri tak bergaduh, aman damai, yang cinanya pulak tak mau kalah jagak, duk cerita tuk dia dulu 7 bini satu rumah, Raja dia kat tanah Cina sana 1,000 gundik lagi. Apalah sangat yang nak dimegah-megahkan dengan bilangan isteri yang melebihi seorang tu, saya pun tak faham.

Saya rasa itu ajelah ochen saya pada hari ini.

ii)

Oh cerita pasal ADUN Zina dah makin memeningkan. Pelaporan saya semakin salah, salah, salah…maka yang betulnya seperti laporan Utusanlah iye. Ustadz Saidi bekas pengawal peribadi kepada Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, pernah menangkap isteri orang dalam KOC VIP bersama seorang ADUN dalam keadaan mencurigakan. ADUN tersebut hanya berseluar dalam dan pasangannya hanya bertuala merah. Bukan Ustad Saidi tangkap bini dia, tapi dia tangkap bini orang. Aduh aduh…. Mengapalah jadi macam kesasaran yang amat jauh begitu sekali???? Saya rasa saya patut menceduk bahan dari internet hanya selepas berita yang saya baca sudah keluar dalam surat khabar.

1 comment:

Anonymous said...

Baguslah dah boleh belajar dengan tenang di Libary Melaka sebab orang yang buat kecoh dah tak boleh masuk lagi. Yang nak belajo jer boleh masuk. Bergossip gi kat Rimbun Ilmu tu ...hehehe nice poss madihah!