Saturday, December 25, 2010

I know it was a set up, but the tempatation is too great

Saya saja google ADUN Selingsing nak tau apa yang keluar, dan ternyata cerita pasal tuduhan zina. Itu bermakna, ADUN tadi dia memang tak de apa-apa yang signifikan dalam hidup dia. Hah cuba pula google nama sapa-sapa yang korang suka. Adakah benda yang tertera di google search itu diatur oleh jejari gemuk atau Dajjal? Wallahuaalam.

Tak usahlah nak pening fikir itu semua, yang pasti kalau korang tak bikin sensasi, jejari gemuk dajjal tak boleh linkkan kamu dengan benda-benda yang sensasi. Masalah ADUN Selising ini dia tak ada significan sumbangan dalam dunia maya, namanya meledak hanya dengan isiden koc VIP Tumpat-KL, dah KL lah pula, hari tu baca macam S’pore, sayalah yang silap dan rabun tu.

Dalam kes ADUN PAS ini dia bukan berdepan dengan Ustaz pengawal, tapi geng blogger yang menggelarkan diri mereka Team Nadi Rakyat. Siapa mereka kita pun tak tau. Tapi memang nampak Team ini memang boleh menyusahkan PAS dalam pilihan raya kecil Tenang nanti. Orang Johor memang amat skema dan tak sukakan hankie pankie, havoc gedeba, kecoh, emosional gaya sanguine lorat. Kalau betul benar saluran alternative ini berkuasa mencatur pilihan rakyat semasa membuang undi, “ I would say Team Nadi Rakyat has done a very good job.” Memang good joblah sebab berjaya membuat saya yang taksub percaya HENSEM itu benar, Hitam hodoh itu salah dan cemburu dan marah dan hanya tau chah keting, rasa loya baca kenyataan balas ADUN HENSEM dalam Utusan.

Anda Hensem, anda ada gelaran intelek yang mengujakan di pangkal nama anda namun anda pada hari ini sudah kelihatan seperti nak kalah ditangan seorang pengawal yang hodoh yang mengaku ustadz. Anda diserang oleh sekumpulan blogger yang kita tak kenal sapa pun mereka yang diketuai oleh sesorang yang menggelarkan dirinya PAPA GOMO. Ntah apa jantinanya, apa orientasi seksnya pun kita tak tau. Kalau benar-benar anda kalah juga akhirnya, adakah Tuhan tidak adil? Anda terinaya? Andalah yang masuk tempat perangkap. (He knows it was a set up and yet he walk into it).

Analoginya orang politik muda yang masuk politik tanpa kemahiran berblog yang mantap, (that ADUN barely 45, and sebelum masuk politik tak delah pula pernah jadi apa-apa ikon, baik business, sukan, atau seni, tak de tak pernah, juara Debat Asean pun tak de. Cuma ada Drs aje pada pangkal nama, itu pun belajar kat Indonesia sana. Bukan, bukan Gajah Mada, ntah tak pena dengar nama university tu, kita pun tak tau Dr tu Dr perubatan ka, Drs falsafah) macam sayalah yg gemuk gedempol, satu benda pasal military pun tak tau, aleh-aleh bangkit bertakbir, bilang sama emak mau pi jihad tembak Zionis di Palestin, sah-sah mak I kasi makan ubat penenang dulu dan angkat kasi pergi jumpa doktor sakit mental dulu. Dan Doktor pun rasanya tak teragak-agak tahan saya buat seminggu dua dalam wad psychiatry.

II)
Oh ya, last n3 saya ada cakap nak cerita apa yang ditakutkan oleh Messiah Kanak-Kanak. Messiah kanak-kanak takut untuk menerima kenyataan bahawa tak ada lagi Messiah selepas Muhammad. Kanak-kanak ini bukan saja merujuk kepada mereka yang rendah umur, umur tinggi tapi masih percaya ada Messiah macam Wan Azizah dan Ummu Jah yang percayakan suami mereka itu Messiah pun kira boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak jugalah tu. Messiah kanak-kanak takut nak terima fakta bahawa yang mereka tunggu-tunggu itu tidak akan kunjung tiba. Masa dah banyak dibazirkan dengan menunggu. Next I’ll talk akan perihal menunggu dan tertunggu-tunggu.

No comments: