Wednesday, December 30, 2020

Gossip lagi---

 Mok cik x ble move dengan si Loopa ni, lah.

Mana nak move on nya, bos kat opis pun membawang sama. Gitulah dia hebatnya Loopa. Bos kata ada orang tuleh kat internet yang Loopa narsistik-mental. Saya bukan pro-Loopa, tapi ntah ngapa tah mulut ni boleh bacul sungguh dok back-up-Loopa. Boleh saya cakap yang secara ringkasnya Loopa tu dulu kat MRSM Imam pempuan tau! Kau Hadooooo? MRSM Loopa tu plak MRSM Super bukan MRSM. Terendak tu!---

Idakle saya tembak direct macam tu, tapi ringkasnya gitu-gitulah.

Kalau nak kata si Loopa ni narsistik, Mak Cik saya kat rumah tu dah lama perasan yang Neloopa ni tak selesa share pentas MELETOPS dengan retis pempuan baru yang up lebih sikit dari dia, kalau retis lelaki kemain mengedik lagi dia. Pendek-cite, tak payah hurai, orang boleh perasanlah, ko tu jenis kalau boleh, attention tu bagi kat kau sorang aje--- tapi kita apprieciatela---dalam orang takut nak berniqab, Loopa berani pilih jalan yang begitu. Kita dah memang muak le tengok selebriti asyik-asyik keluar internet gaya Kardashian Family- bosan sudah tu. 

Kita nak tengok something yang fresh---- Comel jugak kalu Loopa dengan PU Riz tu. Sajak je derang dua tu. Tapi pakar analisa psiko internet yang mengaku dia sndri kena skodeng dan tulis pasal Loopa kalau tak bule dia bule mereng, kata Loopa mengidam Al-Sultan Kelantan. Dengan bersemayam di atas takhta je boleh puaskan Narsistik dia---- walluaalam. Kita tunggu Mac nanti.

Honestly saya memang tak de masalah bekerja dengan Narsistik ni----

Derang ni senang ko cakap ajelah "you are the best"---kita kuli kalau kita tak angkat bos sendiri, sapa lagi nak ngankat bos kita, kan? Andainya kita jadi makanan ego si Narsistik? Buat bodo dah fokus pada benda which we good at. Macam saya, saya masak. Anda pula bagai mana? Tok sah sakit-sakit kepala, sakit hati dengan manusia-manusia mental ni, tulis itu tulis ini, analisa itu, analisa ini pasal mereka. Kasihani mereka. Mereka terpaksa bergelut melawan sakit sendiri sampai terpaksa makan orang lain yang level noob lagi naif itu.

Monday, December 28, 2020

Gossip-Gossip, Dulu, naaa

Hari ini break dululah cerita pasal Diet ya, kita membawang sikit pasal retis-retis negara. Oh btw, diet telur tu memang berkesan walau takle macam diiklankan, buleh turun 10kg dalam masa 2 minggu. Saya dapat turun 4.1kg je. Kira okla, jika diambil faktor umur dan juga dengan ujian makan-makan yang terpaksa dilalui. 

Ok berbalik pasal cerita retis ni--- retis manele lagi kalau tak retis popular Neloopa dan tunang dia si PU RIZZ tu. Tak payah citer panjang, surele korang dah tau punya cerita dia. Cuma la ni memasing berdebo jadi ka idak retis dua tu kawen bulan Mac ni. Cincin kat jari dah tanggal katanya--- 

Wallah hu. Kalau tak jadi memang as expected, akan ada dua puak, puak 1 penyokong PU akan kan kata Neloopa berkira, puak-puak dak Loopa kata PU Rizz ustaz gold digger. Ini akan jadi makin hangat. PU Rizz tak de masalah nak cari anak dara cun-melecun, lepas tu akan tayang GF/Bini baru yang lagi cun dari Loopa. Loopa hurmmmmm---susahlah Loopa nak cari lelaki sama-kaya-sama padan dengan dia. 

Kalau jadi kawen, dua retis ini berjaya jual produk memasing. Dan paling utama deme berjaya jual produk yang abstrak sifatnya, bukan tudung, bukan kuliah agama, tapi sesuatu yang memang tak nampak yang bolehlah saya tuliskan sebagai "ikatan kekeluargaan-cinta-ukhuwah-semangat-tolak-ansur". Inilah satu produk yang akan buat deme dua ni bertambah-kaya-lagi-kaya-hingga anak cucu. Kira Keluarga-Loopa-PU Rizz akan jadi macam keluarga "Kardashian" versi Islamik. Macam-macam fesyen line boleh mereka cipta nanti- dari niqab, baju-baby-baju-budak kecik-permainan budak kecik, waima senduk-kuali kalau ada tulis nama Rizz-loopa, berebut orang nak beli nanti. 

As a fan I memang dah muak cerita retis gaduh-gaduh ni dan memang hope for the second out-come, tapi tak taulah, kalau tengok perangai akak-adik tiri Loopa ni, macam deme plak lebih kuah dari sudu, kalau otak decision making dalam family tu aras-aras otak si Nabila dan si Ameera jer memang alamat punah kesudahannya. 

 Tak kisahlah apa kesudahan ceritanya nanti, sama-sama kita tunggu bulan Mac nanti.

Tuesday, December 22, 2020

Ujian part 3

 Sambung lagi cerita semalam---

Hari ini timbang---yeay berjaya turun 0.8kg. Wah ini sudah melepasi target saya. Penurunan berat badan sebelum dan selepas ujian makan-makan ialah 0.5kg setelah 2 hari mengamalkan diet telur dan Salad Garden. Besok cheat day? Nope I still took it as ujian. Kali ini lagi mencabar. Menu dia apa? 

Sarapan           :  Meehon goreng, Roti Puri Sardin, Keropok Ikan

Lunch              : Nasi Tomato, koktail

Minum Petang : Cake Red Velvet (ye guys cake guys), Chicken Floss popia, Cream Horn, Rojak Buah

tooo dia, kan.

Gambar ops tak dek gambo---

kita tunjuk gambo lunch. Breakfast tadi dah makan, terlupa pulak nak snap gambornya. Hari ini telur dah habis, lupa nak beli, saya ganti ayam rempah air-fried je.

tuudia, penuh ayam je, salad dok bawah dah x nampak

Resepi ayam rempah ni mudah je, jintan manis, jintan putih, black pepper tumbuk kasar. Bawang putih cincang halus, halia mayang halus, garam sikit, madu sikit, lumur kat ayam tu--- perap lepas tu masukkan aje dalam air-fryer, suhu 190 darjah, selama 25 minit. Separuh jalan, balikkan ayam.

Salad tu macam semalam, sama je, lettuce, lada bangala, timun dan tomato. Dressing dia macam semalam juga, (separuh biji jus lemon+sesudu teh madu+ sesudu teh minyak) tapi saya bubuh secubit cube tomyam, untuk bagi kelainan rasa pada dressing tersebut.

Senang je nak sedia salad garden ni.

Monday, December 21, 2020

UJIAN (part 2)

Hah kali ini saya nak sambung ujian makan-makan yang saya cerita minggu lepas. Apalah kesudahannya? Adakah saya berjaya? Sudah tentulah berjaya. Berjaya menokok 0.7 kg. Hai hai hai nak sekilo juga tu,kan? Tapi tak mengapalah ia tidak naik berkilo-kilo macam minggu makan-makan yang sudah.

Hari Isnin, saya puasa dan amal diet telur yang lebih sikit. Semalam saya berpuasa sunat Isnin-Khamis. Sahur saya ambil 2 biji telur rebus dan buah oren sebiji. Buka saya makan Garden salad + 2 biji telur rebus dressing yogurt. Malam lepas Isyak buat aerobik low impat sikit dan Alhamdulillah turun 400gram. 

Selasa ni ulang benda sama, yang beza lunch hari ini garden salad saya guna kunun lemon-olive, dah tak de olive oil saya pakai olive bijik jeruk dan blasah jak minyak masak carotina barang sesudu teh.---Harap esok turun sekurang-kurangnya 300 gram, nak set-offkan yang naik 0.7kg tu. Petang kalau tak hujan dan jika kolam dah bukak saya ingat nak berenang. 

Minggu ni memang kena intensif sikit diet ni sebab 24/12 nak makan besar, 30/12 nak makan besar lagi. Lepas tu balik kampung offkosle makan-makan-makan-makan je kerjanya. Hadoiii aaiii memang berat betul ujian hujung tahun ni.

Saya kira ujian final master pun tak seberat ini. 


Thursday, December 17, 2020

UJIAN

 Hari ini, besok dan besok, saya ada ujian. Ya. Ujian apa? Ujian mengekalkan calorie deficit intake dalam environment yang sangat mencabar. Kenapa pula. Hari ini ada jamuan perpisahan kawan-kawan yang bertukar. Besok pula hari jadi uncle saya. Dah nama hari jadi, tentulah ada makan-makan. Besoknya lagi makan lagi sebab family saya sewa homestay sampai Ahad tu. Ko ingat? kalau dah ramai-ramai tu, tak de lain le kijenya melainkan makan-makan. 

Harap saya berjaya menjalani ujian ini-----

Wednesday, December 16, 2020

BUKU BARU 2

 Ok kita sambung cerita semalam---


Saya mula berdiet 7 Oktober yang lepas. Approach saya tak de lain, selain dari calorie deficit intake lah kan. Saya secara umumnya tidakla kira sangat apa yang saya makan, tapi saya guna pukul rata rule suku-suku separuh. Kira akhir bulan tu dapatlah turun balik sikit. Kira oklah boleh lah tu. Ada progress, kan.

Kirannya masa dalam bulan berikutnya tu juga saya dapat buang berat lebih sebanyak 6kg tu. Kita pula masa tu PKPB, kan. Saya duduk rumah, pi ofis patutnya seminggu sekali, tapi kalau ada kije saya datang ajelah. Masuk jam 9 pagi, jam 12.30- 1.00ptg dah balik. Saya memang ada banyak masa nak masaklah. Memang saya tak makan kat kedai sangat pun. Masa akhir PKPB tu, saya turun lagi 4kg. Wah seronok rasanya.

PKPB berakhir 6 Disember hari tu, kita semua pun masuklah opis baliiiikkkk. Sebab teruja,kan jumpa kengkawan, kengakawan pulak tu ada yang sambut hari lahir,lah---dia belanja kita makan. Ada pulak yang bernikah, jemput kita makan, petang sebelum dia nikah, saya dah datang umah dia buat sireh junjung, sambung malamnya tengok dia berinai. Orang seronok berinai, saya seronok makan-makan. Apa lagi, pergh naik balik 2 kg. Haaa Hambik kau!!!

Lepas tu mak saya telefon, minggu pertama dibenarkan rentas Negeri, jangan balik kampung. Kata dia. Hurm pelik juga mak itu, kan. Bukanya apa, dia pulak nak merentas ke negeri lain ropenya. Mak, mak. Lagi pun mak kata "ko balik minggu depan ajelah, Pak Ngah punya birthday, nak buat kat homestay ada swimming pool, nak makan bakar-bakar" Hadooooiiii makanlah lagi.

Saya fikir begini " ini tak boleh jadi ni, kalu bajet seminggu hilang sekilo, naiknya 2 kilo macam mana tu?"

Saya tak fikir banyak, melainkan kena exercise lebih. Itu ajelah fikir saya. Dalam saya browse internet pasal exercise, dia kelua jugalah diet itu, diet ini. Saya memang tertarik dengan satu diet ni. Dia kata diet telur. Idaklah kita jadi biawak makan telur dari pagi sampai malam----hurm menarik tu. So saya pun cuba diet tu mula dari 11 Disember yang lalu. Iklan dia cakap 2 minggu boleh hilang 10kg. Tapi idaklah begitu jadinya pada saya ni. Setakat semalam, hari ke 6, hilang 2kg yang naik sebab melantak sakan pada minggu lepas. Oklakan sebab kalau diet suku-suku separuh tu, paling banyak boleh hilang pun 1kg je. 2kg pun memanglah sangat mengembirakan hati. 


Tuesday, December 15, 2020

Buku Baru---

 Hadooiii aii dah bersarang blog ni tak berupdate---

Nak update, membawang /bergocoh/bergaduh pasal benda yang saya suka dah tak kick lagi la ni. La ni seperti semua saya memang betul dari dulu, lagi. he he so dah macam tak de benda nak cakap/nak tulis dah. Lagi satu ada benda yang saya belajar sepanjang membina rumah online ni, tak guna kita nak betulkan orang sebab orang akan hanya percaya dan mahu dengar benda yang mereka mahu. Buang habis karan je lah ko mereceh,kan.

Baik saya cerita/cari benda lain yang lebih menarik untuk diceritakan. Apalagi makananla. Orang Malaysiakan suka makan. Saya memang suka makan, tapi jenis badan yang metabolisma slow ni tak boleh makan banyak-banyak, cepat naik mendadak. Dah selama ni pun saya gemuk/obes apa? Makan juga. Tapi tu bila umur dah nak senja ni, tenaga kudrat dah ditarik sikit-sikit saya memang tak larat nak bawa berat terlebih-lebih ni.

Mau tak mau saya kena juga jaga makan. Dulu pun bukan tak de ilmu pasal makan memakan ni---teori memang tepu, planning sikit punya cantik, tapi bila bab pelaksanaan, hancuuuusss--- sembang teori jak kencang, practicalnya yilleekkkk---

Tapi tu dah dek kerna terpaksa, saya pratikkan juga.

Apa yang trigger saya berdiet ni? Ceritanya begini. Saya pergi outstation beberapa bulan yang lalu. Kerjanya lepas buat site visit, tak de le kerja lain, melainkan jalan-jalan cari makan. Semua benda haku makan--- dari nasik kerabu, nasi dagang, somptam. kerabu meggi, cendawan/udang/ikan/kerang/sotong celup tepung. chicken chop, lamb chop, mee udang, nasik lemak viral, dim sum, mee kari, omputeh kata you name it, I got it all. semua saya belasah. 

Last saya outstation ke Pangkor Perak. Saya extend stay di sana sehari sebab family saya mau ikut. Offcoursele yang sehari ni, family sayalah bayar. So Jumaat saya kerja, derang explore Pulau, the next day saya off, (weekend) kami Island hopping. Lepas tu memang saya nak ronda shopping coklat, cari ikan bilis, ikan masin, sotong masin. Tapi tu saya rasa macam tak boleh berjalan dah, saya nak naik kerusi roda aje. Saya tinggal seorang diri dalam bilik resort. Terbaring jak. Masa tulah saya tekad, sampai Putrajaya besok aku kena timbang berapa dah berat aku ni.

Balik timbang-timbang, orang Kedah kata bak haaaanggggg----- amboi 6 kilo naiknya, patutlah nak bawa diri sendiri pun rasa tak bermaya. So saya mulalah berdiet.

Tapi tu kau taulah diet-diet ni mana nak jalan. ada je cobaannya.... ok stop dulu ceritanya. Kita sambung besok.





Wednesday, October 14, 2020

Bang Non (the series)?

Eceh ni nak nyambung cerita n3 lepas ka? Dah jadi idak abang kome PM? Pst psst, dak jadi laiiii, apsal tak jadi? Bila YDPA minta Bang Non senarai nama yang menyokong tu, Bang Non tak bagi, alahaiiiii mesti YDPA cakap dalam hati, kan "orang tua ni betul tak betul? Nak kelentong Beta, ka dia ni?"---- apa lagi riuh le netizen ngutuk orang tua tu. 

Tapi YDPA ni baguih na, baginda idaklah macam kome-kome yang berteriak kata Bang kita tu dah giloooo, idak, tak gitu. Baginda terus tanya ahli politik Melayu Islam yang paling tua, paling berpengalaman mengadap Baginda minta advise, lepas tu dengo cite depa dok panggil ketua-ketua politik yang ada ni ngadap sama katanya. Bermula dari Presiden UMNO pada petang semalam----

Apa kesudahannya hurrm tak tahula kita---

Tapi tu, kan kita boleh buat kesimpulan yang dalam PN tu sndri dah ada yang menyampah dengan ABAH kau. hah apa ko rasa? Apa ko rasa orang yang menyampah dengan AbahKau tu pendengki, jeles? Abah kau tu serupa Nabi, dan pembenci Abahkau tu Abu Jahal, Abu Lahab?--- hurm---

Kau tau tak aku pun dah naik meluat plak dengan abah kau pasal eco-world. Hai apa jadahnya abahkau nak selamatkan taikun cina tu? Dulu Tun selamat kroni, anak-menantu-cucu, bangsa Melayu. Yang Abahkau ni dah kenapa? Eh aku ni pun buat-buat bodoh lurus bendullah pulak, dah menantunya Cina, dengo citerrr berskandal pun dengan pempuan Cina, mana tak digadainya rete nak nolong syarikat Cina bangkrap?

Itu pasallah orang-orang Melayu ni marah, dan kemarahan orang Melayu disuarakan oleh UMNO. Konon-konon katanyalah tu---

Ni aku nak pesan kat BBNU politik yang berlagak nak mampus kunun parti BUNGA kau tu nak nganti UMNO, kalau Abahkau gigih nak myelamatkan kengkawan, sahabat handai bini anak menantu Cina dia tu, kau sndri mau ingat-ingatla,kan. Yang BUnga kau tu level bunga jenis apa? Aku heran satu jak dekat budak-budak BNU ni, hadoooiii ko kalau nak masuk politik, ko analisa psikolah dulu sapa ketua kau tu. Kalau ada skandal dengan pempuan cina, gigih mengumpul lukisan-lukisan Picasso---kau fikir?

itu BBNU yang nykong abahkau--- besok aku nak membawang nak kata dia ni BBNU, rasa dah tua, ganyut jugalah yang nyokong adik Non kau.

Tetiba aku teringat geng opis lama yang pakcik dia sanggup mati, lari bersama Bang NON ke Kedutaan Turki pada satu masa dulu. Hi apa khaboooo---lepas pakcik dia tinggalkan Bang Non, sokong Abah, dan terbukti Abah plak sokong taikun Cina, ko rasa? Apa ko rasa?



Thursday, October 8, 2020

Abang Non (the siries)

 Ceh ya ya je tulis tajuk "the series" gitu, macam nak tulis novel la pulak, kan. Nasibla sebab Covid-Covid, ni, tersadaila kami kat opis tak dapat outstation. Ada le sikit masa nak merapu dalam sini.

Apa pulaklah cerita Abang kita ni? Hah tulah cerita dia dari dulu, gigih nak jadi PM. Minggu lalu, lalu yang lalu, tarikh tepat tak rekod sebab masa tu ai is busy kije luar. Ok apa cerita minggu-minggu nan telah berlalu itu? Abang kata YDPA sudi jumpa dia. Tapi tu YDPA keracunan makananlah pula. Jadi tangguh, dengo cerita minggu depan, hari Selasa akan berlakulah majlis hadap-mengadap tu.

Oit dalam group watsap ai, pergh ramai le meroyan ngata Bang Non berangan, la, bermimpi la macam-macam orang mentertawakan Bang Non kita ni. Saya pun heran, kalau Bang Non tu nyanyuk, apa ke barangnya YDPA dok layan juga. Well well well, sesamalah kita tunggu Selasa ini ya.

Inilah kita nak ajak kawan sembang pasal ni, cepat-cepat dia kata "aku tak minat politik"--- padahal kita tau bukan dulu dia aktif ikut orang MENO gi sana gi sini ka? Itulah dia manusia,kan. Bila MENO kuat, banyak duit, dia ikut, bila musuh MENO berkuasa, terus pusing cakap tak minat politik. 

Aku nak balit kampung nak berborak pasal Bang Non dengan satu-family-geng-karas-sokong-Bang-Non pun tak jadi sebab aku tengok dalam FB family dia la ni dah gigih jadi penjilat tegar AbahKau. Sure kawan tu pun jawab "aku tak minat politik juga"

Aku pun heran, dulu kemain sanggup lari ke kedutaan Turki bersama-sama, la ni, bila YDPA layan Bang Non, awat tak pi sama-sama mengadap di Istana. Awat semua la ni pakat "dah tak minat politik" ni? 

Itulah dia kesian kat aku, kan rata-rata geng sembang politik aku akan cakap "aku tak minat politik" walau sebelum ni bersepah fotobomb derang dengan ahli politik. 

"sigh"


Tuesday, October 6, 2020

PRU? PRN? Covid-19

 Adooii aai busynya saya ni, sampai tak sempat nak menulis, walau ada banyak benda nak ditulis. Apa nak tulis pun dah tak ingat dah---

Cuma yang ingat, hari ini, hari semalam, orang Putrajaya tak de air. Masalah di Empangan Semenyih sana. Kes Covid makin meningkat--- orang macam dah menyampah pula dengan Abah kau. he he dulu kemain puji, kan. Melambung-lambung. Itulah nasib pemimpin politik ni, tak pernah kekal puji-pujian itu. Masyarakat kita kemain kritis lagi dalam hal ini.

Abah kau pun bukan sahaja warga net macam dah tak suka, tapi dengo khabo dah nak kena guling dengan Abang Non. Nasib baik le hari tu YDPA keracunan makanan. Kalu tak dah mengadap dah dia depan Baginda. 

Rata-rata orang kata Bang Non dah sasau, dia sengaja mencari sensasi murahan. Tapi ada sorang kawan maya saya percaya Bang Non mungkin tak sasau. Sebab Presiden UMNO sndri kata "dia tak halang kalau ada ahli UMNO nak melompat"--- lepas tu diikuti adalah ahli parlimen UMNO sndri yang dah tunjuk meluat kat Abah kau secara terang-terang. Itu juga petanda ada kemungkinan Abang Non bercakap benar yang he go the numbers--

Tak kisahla tu, lantak demelah, ko katalah Abang Non tu begitu-begini, tapi kau kena ingat, wakil rakyat yang ko pangkah hari tu, tu pun 2x5 begitu-begininya jugak. Itu pasal Abah kau tak leeerrr selamat mana, pun. 

Tapi dalam kalut-kalut ni, adalah berita yang aku kira bolehlah aku rasa bukan aku sorang jak rasa macam nak berjoget, kawan-kawan aku pun ada yang dah berjoget dah tu. Ni dengo khabor, lepas balik kempen Sabah itu hari, Abang Jemin, kau dah sakit. Semua tertanya-tanya apa sakitnya si Jemin tu? Ada juga yang dah mengaminkan doa minta-minta si Jemin jatuh sakit kelamin----

Gitulah cerita serba-sedikit politik kita buat masa ni.

Banyak nak tulis tapi kerja hakiki lagi menimbun, minta diselesaikan. Juga la ni tak ramai kengkawan aku suka nak dengar cerita politik sebab semua hero-hero pujaan derang semua dah kena kutuk kaw-kaw. Kawan ku yang taksub kan si Sadiq dah terkuciwa, yang memuja-muji Jemin, juga sama, banyak lagilah hero-hero Malaya yang mereka harap dapat buat perubahan, semuanya bikin sakit hati saja. 

La ni orang dok puji BossKU, nak puji sama malulah weeeehhhh, sebab itu hari kemain benci lagi dia kat BossKu

Erk---, Cucu atok apa khabar? he he aku dengar dia sendri dah suruh atuk dia berehat-rehat kat rumah saja.



Monday, September 14, 2020

Hai Apa Khabor part 2

 Aduhai seminggu keluar luar stesyen memang tak update langsung pasal politik. Pung pang pung pang dok PRN Sabah sana pun saya tak amik port. Sebab tula bila dah nak masuk 5 series, baru berpeluang jalan sana sini, memang lenguh. Balik bilik hotel dah terbongkang le kita tido he he--- sosial media bagai memang tak sempat nak intai.

Balik opis kengkawan dah naik flight ke Sabah sana. Saya yang kejelesan sebab tertinggal, akan skroll laju-laju update derang, so yang tinggal hanyalah kisah Rizal Mansor. The truth is kisah Rizal saya dah lama tahu sebab awalnya, team kat opis kami le yang spot baucar-baucar hantu si Rizal ni. Zaman tu masih panggil baucer sekarang dah panggil Arahan Bayaran. Sampailah jadi berita dalam akhbar kes rahsuah Datin Seri Rosmah Mansor - Projek Solar di Sarawak. 

Saya tak pastilah apa yang korang faham, tapi sure korang percaya DSRM belanja sakan dengan duit Solar ni untuk kepentingan peribadinya. Yang saya pula rasa Si Rizal itu pun turut berbelanja juga. Campur juga Mantan Menteri Pendidikan yang tumpang semangkuk.

So Datin tak bersalahlah? Ntah, pada saya Datin pun ada salah dia. Dia nak sangat duit untuk GENIUS atau masa tu kita panggil PERMATA, so geng solar (Jepak Holding) sponser bebudak genius pegi buat konsert luar negara--- Jepak inilah yang claim baucar-baucar hantu tu. Saya percaya Rizal dan koncu-konculah yang sapu habis bersih lebih banyak apa yang bos Jepak bagi kat GENIUS. Saya juga macam nak percaya kemungkinan si Rizal ni RBA. 


Ada juga kata dia trojan horse Atuk tapi bila Datin sendiri dah berkias begini, saya rasa si Rizal itulah sendiri yang bercita-cita tinggi tapi malas nak kerja keras. Memang ada orang yang begini, pandai mengendeng kat orang-orang besar untuk besarkan "tekak" dia. Pada saya tak kisah kalau kau nak membesarkan diri kau dengan jalan membodek. Yang penting kau, asal kau ikhlas, tapi kalu kau sendiri pun tamak, gelap mata, apa yang patut kau salur pada yang berhak, kau sapu masuk poket kau, jadilah mega-Drama yang tak ada penghujung. Dalam cerita Solar-Sarawak ni, yang jadi mangsa budak-budak dan cikgu-cikgu kat pendalaman sana yang tak dapat bekalan elektrik yang sepatutnya mereka dapat.

Tuesday, September 1, 2020

APO KHABOOOO----Post PRK-Slim

 Pergh punya lah lama tinggalkan blog ni, nak naik hutan kecik. Apa tah yang sibuk sangat pun tak pasti---- Time covid-covid dok kampung busy masak-masak. Post covid, kije opis memang bertimpa-timpa banyak, sampai ai is jadi rebutanlah. Al Maklum, naik covid, beberapa staff opis ni "kena cuplik" ibu besar kami. Alasan apa tah, iyala covid hari tu, plus kerajaan PH yang nak kurangkan staff gomen, jadi orang hat dah pencen-pencen, naik pangkat bagai, tak de beganti, dicupliknya staff di sini. Alahai---

Ini baru ada masa sikit nak membawang, di sini---banyak nak tulis sebeno eh, tapi tak sempat.

Apa lagilah nak kita bawangkan kalau tak pasal politik, kan? Baik politik negara, mau pun politik tempat kije---ok kita cita politik negaralah ya. Al-maklumle baru balik ikut kawan bekempen PRK Slim hari tu, hah. Ini first time ikut orang MENO-MELAYU pi kempen. Ntahlah, ko rasa? Honestly aku rasa Parti MENO ni ada lagi hayatnya despite ko dok meratib "MENO dah Mati, B-ENDlah, itulah, ini, lah. Susah Parti Sadik Sigaraga orang kita nak terima. Tapi satu je aku nak cakap pasal MENO ni, rasa muka-muka yang aku jumpa tu semua dah lemau. Yang mude-mude ntahla, mata aku macam tak nampak. Tak nampak tu bukan bereerti tak ada, ada, tapi nak kata muda sebaya Sadiq-Sigaraga tu macam kelam jak.

Hah ni makcik bawang nak citeee ni. Hah ini adale satu nak kata baya Sadiq, tua sikit kut. Uit beso suda pangkat eee--- Nama dia Puteri Sara---Sara whooo??? Ala, anak Raja Petra tu. Tapi itulah, mata aku ni idaklah bekenan sangat dengan si Sara tu. Geng yang aku ikut-ikut tu pun setuju dengan aku. "Apalah Sarah, ni? Naik atas tiket bapalah tuuuuu" komen kawan-kawanku. Derang tak berapa follow bapak Sarah rupanya. Maksud aku walau pada akulahkan tulisan bapa Sarah dan Sarah sendiri agak okla, bolelah, Sarah lack of something yang ada pada MENO-MENO veteran. Pemimpin MENO dolu-dolu like Sharizat Lembu Feedlot yang ko benci sangat tu pun langsung dak Sarah ni tak ble nak lawan. Be like pokok doyan musang king di tanah ceroboh kat Pahang tu dengan rumput lalang semak-samun-hutan kecik tinggalan tanah pusaka arwah atok-moyang kau tu aje.

Let me tell you a bit about pemimpin MENO ka, exMENO ka, PAS ka, MAC ka MIC ka, waima Abang Non-laki bini anak beranak bersama Zuraidah Mak-Lampir (yang korag dok kutuk-kutuk peluhnya bau masam tu) pergh betapa ko meluat pun tengok mereke online, TV bagai, bila ko berdepan face to face, dia memang macam ada magnet, aura gitu tau. Bikin kau mau pergi datang dekat, begambar, bejabat tangan bagai. Gitu.

Pemimpin yang baru-baru nak up hari ni, macam si Sarah tu lah--- haram kau tak terasa teringin waima  nak datang dekat, pun. Gitulah--- 

So apa aku nak cakap kat sini, pemimpin-pemimpin MENO yang paling muda pun aku rasa dah tak muda mana pun, dah baya-baya aku ni, muda ke hapa, kan? Tok sah nak sebut MENO, lah kita sebut pemimpin muda bangsa Melayu jak---termasuklah waima yang ada dalam DAP pun, memang kalau nak sampai level Bang Non, Atok, apa tah lagi BossKU DSN memang jauh panggang dari api.

Tapi tu aku terperasan geng-geng MCA block "kawan-kawan Nicole" kata mereka --hah! memang  muda belia---pergh macam sekumpulan retis K-POP turun ke Slim masa penamaan calon hari tu. Hah muda-muda comel-comel yang gitulah yan aku nak cakap aku tak nampak dalam muka-muka Melayu-sawo-Matang. 

Agaknya aku, ini zaman, zaman K-Pop rasanya. Kalau betul nak MENO ni terus relevan, buat kata budak ni jaman, nak "fofulerr" pemimpin yang ada kini kenalah cari muka K-Pop untuk jadi pengiring. Ini buat kata kawan aku "muka-muka dah menopause dok krumun ko",  aku nengok gambo wifie korang, bagai nak pecah perut gelak, aku dibuatnya. he he

Gambar mana? kang kutunjuk tak fefasal aku kena samanlah pulak.  Apa? Nak gambo k-POP. Lupa plak nak snap hihi---


Tuesday, May 26, 2020

Hai APA KHABO

Dah bersawang blog ni, sebab kat kampung PKP, kan. Dah duduk kampung apa lagi asyik masak makan je la. Tapi bab politik ni dah memang kita minat,kan, memang ai follow, lah. So far kengkawan saya idaklah ada nak komplen sangat, sebab ok je, logik je gomen hari ni. Cuma derang tak gemo mamat semburit Sheraton, tu je. Aish takut depa kalu dapat mamat macam tu jadi PM. Seriau, katanya.

Marah depa, pasai pa PM dok bela sangat mamat tu. Ai pun memula dulu masa kuar bidio Sheraton tu memang menyampah le kat dia. Rasanya Ai is memang dari dulu tak berapa gemo mamat tu. Macam bagus jak, tapi tak le bagus mana pun. Dulu lah. Tapi lepas Sheraton PJ, bukan Sheraton Sandakan, ya, ai is rasa is dia ni not bad, lintang pukang, huru-hara Atok Dinasor dikerjakan. Dahsat. Dulu Ai is kata Atuk jak yang paling licik, powerful, no one can lawan Atuk, termasuklah abang Non, but after Sheraton PJ, ceh, ceh, ceh, Atuk is bertemu his ruas, already.

Masa dalam PKP ni terserlah lagi kedahsatan Mamat tu---Atok tak pueh ati dengan PM, Atuk lancar gerakan undi tak percaya pada PM, aleh-aleh si Boboi Atok yang tergolek... Pergh tak ke dahsat tu? Tapi ramai gak heran, kenapa Atuk meratibkan Najib-Najib-Najibon----

Aha, saya ada teori kenapa--- Sebab Atok harap Mamat semburit, rasa selesa dan dapat pengganti baru, ada bidio baru, dengan anak ikan sado baru. Tapi ko rasa? he he---- ini kalilah, Atuk memang bertemu buku dan Ruas. Ntah-ntah boleh jadi Atok mati keras meroyankan Najib-Najib-Najib sehingga dihembusan Nafas Terakhirnya, kempunan nak tengok bidio baru kuar.

Eh ko tak takutkan Semburit jadi PM? Pada saya orang macam tu ok kut, sebab dia tak pernah ngaku dia semburit pun, kalu tengok dia ok look ok, look normal, ada family, anak-anak, semua ok. Tak pernah pulak turun padang atau menyokong usaha kumpulan semburit. Yang kita seram, orang yang macam bini Nabi Lut. Dia tak songsang, tapi dia menyokong/mengiktiraf perbuatan songsang kaum dia.

Lagi, pun kalau ko suka tengok filem Hollywood, tak semestinya yang lawan penjahat tu minah-mamat hero macam Avenger, ada jugak cerita watak jahat dikalahkan oleh watak jahat yang lain---contoh paling popular, bila nak berlawan dengan Alien, Hollywood tak panggil Otomen, derang panggil Predator---he he---Dah zaman ni dah tak de Nabi, nak lawan Atuk Firaun, takkanlah Imam Mahadilah pulak. Imam Mahadi kan lawan Dajjal je---dan kita ada satu je Imam Mahadi, yang banyaknya Dajjal-dajjal kecil, sehinggallah the real Dajjal muncul. Oleh itu, yang lawan Atuk Dinasor sudah tentulah Dinasor yang lagi "besar" kan?

Tapi saya lebih percaya yang Allah akan sentiasa memelihara negara ini. Cuma kita ni selalu atau lebih suka percaya yang Tuhan dah tak sayangkan kita lagi bila Allah berikan kejayaan gemilang buat orang macam tu. Kita mula gelabah, berkeluh-kesah dah meroyan-royan marah sana, marah sini. Tapi tu, nak marahpun marah le---tapi jangan sampai kita putus harap dari minta tolong, minta doa sama Allah.

Lagi satu marah kita tu, jangan le sampai kita membuka-buka, memviral-viralkan benda aib orang yang tak sepatutnya  dibuka. Dia sesama dinosor yang bukak kain, nak londeh-melondeh tu, lantak pi deranglahkan. Dok diam-diam, makan pop-corn sudahlah, ya.

Monday, March 9, 2020

Cerita Abang Mat

Abang Mat ni bab jelajah menjelajah ni memang dialah sifunya--- his forte???--- Kita memang kagum usaha dia. ko tengok ajelah poster kat bawah tu, Sabtu kat Klang, Ahad kat Durian Tunggal lah pulok. Ala-ala retis buat konsert keliling Malaysia, kan?




Rasa dalam masa dua tahun ni pasti sana-sini Bang Mat akan lead the tour. Dan bila dah buat tour tu mestilah ada cerita yang akan disampaikannya, kan. Macam retis buat konsert, ada lagu-lagu yang dinyanyikan untuk peminat.

Saya taklah pergi ke siri Jelajah Abang Mat ni, sebab minggu tu pulak balik kampung. Kalau tak harus saya dah melangut ke sana. Adoiii yang kat Melaka ni, tak ada publisiti ka, atau saya kat kampung tak bukak watsap, bila message dah beratus-ratus saya deleta tanpa baca.

Tapi saya ada baca sort of laporan/liputan lah yang ditulis oleh warga netizen pasal jelajah ini. Dia kata Abang Mat makin meyakinkan dan matang. Cerita Abang macam saya tulis semalam leerrr---tu la rasa kalau weekend ni derang ada buat jelajah kat sini-sini, area Putrajaya, memang saya nak pergi dengo hihi---nak dengor dan lihat pastu baru boleh komen, kan?


Sunday, March 8, 2020

Post Demo (kisah kawan-kawan RIMAU)

Rimau ingat kawan-kawan dah rilek-rilek kupi-kupi jak lepas kita dapat PM baru ni, tapi rupanya mereka melaskar di Batu Pahat saaannnaaa---aik Rimau tak ikut ka? Tobatt--- tak mau RImau, cukup la berbelas tahun dulu jadi laskar tak tersengaja lagi tak berbayar. Aish jadi laskar ni kalau derang tak gila kau yang gila. Aim dia memang macam itu---koyakkan emosi dan mental kau sampai kau terduduk. Memang kalau kau berkumpulan chances kau nak gila tu sangat kecil. Dan I tell you geng yang berkumpul kat Batu Pahat tu bukan calang-calang laskar.


Tengok gambo-gambo kengkawan dalam FB melontong kat Batu Pahat sana, rasa myesal plak hari tu tak hantar nama tapi tu saya pernah sakit gila, saya tau betapa azabnya hilang akal, jadi saya tak mau saya sendiri mau pun  orang lain gila gara-gara perbedaan politik. Baik kita tumpu kegiatan yang menenangkan fikiran dan minda. Jaga minda sendiri dengan menjaga minda orang lain. Puak-puak Pakatan Kencing tu, derang nak kencing lagi, kencing lah heh!

Dengo citer kencing derang setelah terguling jatuh ni, mula dapat sambutan. Ntah berapa ribu ntah orang datang tengok. Saya dengar Abang Mat kata dia kena highjack lepas baru saja berjaya memulihkan kerajaan. Tol dah jatuh, minyak dah nak jatuh, tapi hanya terjatuh setelah Abang tergolek jatuh. Macam-macam dia cerita. Dia memang lagend. Kau nak lawan lagend macam Abang Mat? Rentikanleerrr----- kalau setakat berdemo, tengah panas lit-lit-tengah hujan, bulehlah juga. Kalau nak berlaga dengan team kuat kenching ni, saya memang awal-awal lagi angkat "bendela putih'

Friday, March 6, 2020

Post DEMO si RIMAU

Rimau sejak dua menjak ni busy tak de masa nak menghapdate blog ni sebab Rimau sibuk berfotobomb dengan dengan YB-YB yang dulu pembangkang tapi sekarang dah bentuk kerajaan baru kah? Al Maklum le hari ni Melaka dapat KM baghuuuuuu---tengah beratur kat Istana TYT Melaka nak berselfie dengan KM baru tuuu, ka?---  Aish idaklah mana ada Rimau kenai YB-YB tu semua. Kita ni kuli-kuli aje pendek kata keadaan kami macam pantun ini:-

Yang di bawah, membaja akar
Yang di perdu, menyisik jangat
Yang di dahan, memangkas ranting
Yang di atas, menui buah

Kita yang di bawah ni, tak ubah macam ranting-ranting yang pasti akan di pangkas untuk membolehkan yang di atas menuai buah dengan selesa. Kita ni kalau yang di atas turun di bawah, barulah dapat kita tengok derang tu, itu pun dari jauh ajelah. Dah kalu turun masa demo, orang berempit-impit berasak-asak manalah dapek kita begambo ea---si Rimau ni yang dok pung-pang-pung kunun berdemo, berapa banyak demo dah Rimau turunnya? Hah kau ingat? berapeee??? he he aish malu nak tulis, mengaku pendemo, tapi sempat turun Demo 2 kali aje he he---- bole ngaku pendemo ka?

kau nak gelak, gelak lah ea--- ada aku kisah? sekurang-kurangnya dalam hidup saya ni ada jugak saya turun di jalanan menuntut keadilan. Bukan macam kau bising aje komplen-sana-komplen sini, memokak dalam internet, hasut sana-hasut sini, kata kunun berjuang untuk rakyat, tapi tak pernah nampak kau bersama rakyat pun. Yang penuhnya gambo kau dengan YB-YB. Kalau YB kem A kalah, kau begambo dengan YB kem B--- besok A memang balik, ko begambo dengan A balik he he--- lalang macam kau memang banyak. Tapi iayalah kita ini yang penting periuk nasi, kita, kan? 

Yang penting anak bini kita cukup makan. Apa guna berjuang mati-matian, tapi anak bini kat rumah tak dihirau, tunggang langgang. But then again, most of kawan demo saya semua baya-baya saya, kami memang dah tiba masa banyak masa singgang. Jadi bila orang ajak turun ke jalan, kami on aje.

Bila dah habis turun di jalanan ni, saya tak taulah kawan saya buat apa, tapi saya pi turun pantai kutip sampah--- terinspirasi betul saya dengan Abang yang sorang ni---he he---



Abang Non kau nak kata apa-katalah. Dia sangat konsisten dengan cita-cita nak jadi PM. Dia jadi inspirasi saya sebab ada satu ketika dulu saya sakit sampai ada orang nak Medical Board (MB)kan saya. Saya jadikan Abang Non sebagai Inspirasi. Kalau Abang NOn gila nak jadi PM, saya gila nak pencen gomen pencen umoq 60, kauuuu!!! ha ha gila kan? Ada aku kesah? Janji bulan-bulan gaji aku gomen bayar penuh. Aku tak kena MB.

Ni gambar saya kutip sampah dengan kawan-kawan---


----
eh lupa nak update apa cer rebut-rebut PM 8--- he he sungguh ironi keputusannya. Abang Non dengan Atuk yang berebut, aleh-aleh--- TSMY yang jadi. Unsangkereble, kan?


Tuesday, February 25, 2020

POST demo siRIMAU

Semalam saya ada cakap kalu nak beli saham belilah sekarang, tak lama lagi market nak pulih---well saya update balik eeehhh---

Market mungkin tak pulih gara-gara hal semalam---Puncanya Atuk suci tula jugak. Haiiii dah baik-baik pakat-pakat nak buat kerajaan gabungan sama pembangkang, tetiba pembangkang kensel sebab asalnya derang kata derang boleh gabung dengan syarat tak de DAP. Tetiba Atuk nak masukkan juga DAP----hah! jadi derang kata dari cium molot dengan DAP baikla derang tak jadi gomen dan kekal pembangkang---

Apsal plak saya kata market takkan pulih sebab pembangkan (BN-PAS) tak nak gabung? Sebab yang berotak tu semua duduk dalam BN-PAS atau nama sekarangnya Muafakat Nasional (MN). Yang dalam PH tu semua bukan tak berotak, tapi derang clueless macam mana nak pulihkan ekonomi negara. Kunun kata nanti Tok Pa Klate boleh pulih, ntahlah---kita tunggu dan lihat ajelah,kan. Mungkin boleh mungkin tidak---

Lagi satu ia bukan pasal orang tu boleh bawa ekonomi, atau tidak, market ini gabungan baaaaanyak faktor. Sorang je hebat tak cukup juga. Kalau dua, ATUK SUCI + Tok Pa Klate, ntahlah. Sebab yang lain semua berpolitik je kerjanya pandai. Maksud saya bukan langsung tak boleh buat kerja, tapi fokus utama mereka nantinya ialah berpolitik. Sebab Kalau gabungan kerajaan jadi mati hidup semula, pergeseran perebutan kuasa antara ATUK dan Abang Non akan berlangsung sampailah ABang Non jadi PM. Dan Atuk pulak seperti yang kita nampak dia takkan mengalah begitu sahaja. Kalu asyik gaduh Bang Non dan ATUK, bila masalah derang nak focus bina Negara. Pelabur pun cuak kalau keadaan terus-terusan begitu.

Apapun kita tunggulah apa keputusan AGONG hari ini. Saya yakin MP-MP ex gomen yang baru telucut jawatannya akan sekali lagi angkat ATUK jadi PM walau dalam pakse-rela. Jadi Atuk terpaksalah rujuk balik dengan dengan MP-MP ni tadi. Tapi kita tak tahu apakah ini akan berlaku di hujung hari ini. Bang Non pun dakwa dia cukup korum nak jadi PM... meh kita buat sikit calculation.

Total seat 222, tolak 60 MN, tinggal 162--- kalu separuh ATUK; separuh Bang Non 81---
Tengok ajelah nanti apa kesudahannya.

latest update----

Tengok gayanya, kalu penuh satu bas, ada harapan Bang Non kalahkan Atuk. hu hu hu

Monday, February 24, 2020

POST DEMO si RIMAU

Hari ni turun Demo--- beberapa hari lepas tu Atuk suci and the gang semua letak jawatan he he---Punyala power si RIMAU and de gang ni, kan he he---well actually rasa kebetulan jak tu. Tak de kene mengena dengan perhimpunan nyamuk tu. Sebelum tu pun dah berkeriuk-keriuk derang ni nak bentuk satu pakatan baharu bagi menggantikan pakatan yang ada pada hari ini.

Satu hal yang saya rasa, saya rasa macam psiko-psikik-perasan-penganalisa-psiko-tersohor dunia ialah, saya rasa, hah, berapa banyak aku nak rasalah, kan--- Saya rasa Atuk suci dan penasehat dia dah putus akal nak memikio macam manala nak pulihkan semula pasaran saham yang dah jatuh teruk ni. Tak de lain caranye melainkan buang si Apek Cina blajar akaun sekerat jalan tuh----

Jadi Atuk pun buat stunt yang mengejutkan pada hari semalam. Atuk letak jawatan, dan Pakatan Atuk pun terkubur sama---Lepas ni bolehlah lantik orang yang betul untuk pulihkan pasaran. Hah hang kalau pandai, pakat-pakatlah pilih mana saham blue chip yang dah murah-murah tu, kompem lepas ni naik balik he he sekian---

hah cer tengok ni,  baru sehari rakan-rakan Atuk suci direhatkan, market pun naik he he

Gambo demo? alah pi carik sendirilah malas nak tepek kat sini.

Thursday, February 20, 2020

RIMAU nak Turun Berdemo---

Rimau seronok sangat sebab nak bersama-sama kengkawan pi turun berdemo kat Dataran Merdeka besok ni. Dengo cite ramai nak pegi sampai bersewa-sewa bas, gitu. Permit berhimpun pun dah dapat. DBKL dah bagi. Maknanya Polis dan Dewan Bandaraya percaya perhimpunan itu nanti akan berlaku tanpa menimbulkan huru-hara dan kekacauan di Ibu Kota.

Dia sebeno ea kami minta nak berarak dari Masjid Jamek ke SOGO, tapi sebab nanti bikin sesak jalan, time orang nak besoping, DBKL cadang kami dilonggokkan di Dataran. Ok la bolehlah kan, janji dapat kumpul ramai-ramai.

Tapi yang tak sioknya dalam semua dah setuju, semua dah happy-happy, ni hada pulak puak yang tak senang hati pasal benda ni. Dia marah, kenapa kami nak bekumpul dapat dia bekumpul tak dapat. Bule baca sini for detail. Hai hai hi---- Lenkali kalu orang rejek tu, bawak-bawak le cermin diri tu kenapa, kan----

Saya tak moh mengata derang tu, lah, tapi tengoklah kami, masuk ni dah 3 kali berdemo, tak de gaduh-gaduh, tak de pecah-pecah, tak de hempas-hempas----aman je. Lagi satu lepas berdemo, pekerja Bandaran tak komplen sampah bersepah, macam orang tak bertamadun---

Sekian---

Wednesday, February 12, 2020

The RIMAU in Me

Masa pi kursus hari tu penceramah suruh rank kan lima jenis haiwan ikut kesukaan kita. Haiwan paling saya suka kucin tak dak dalam list, yang ada Rimau. Tapi saya bubuh kuda sebab Rimau ganeh sangat. No 2 Rimau.

Bila orang baca hal Rimau, rasa Rimau lagi tepatla dengan diri. Nasib baik pilih kuda sebab penceramah yang aku rasa feeling-feeling ahli nujum ni nak menilik si Rimau. Biasala ramai kaunselor perasan ahli makrifat. Honestly saya memang malas nak pegi kursus-kursus yang dikendalikan kaunselor. Tapi dah kawan saya, yang merupakan bos juga kat sini, tapi bukan bos saya dok-ngajak-ngajak, saya layan ajelah. Saya lebih percaya Dr je, sebab nak belajar kaunseling, tak perlu IQ tinggi sangat. Beshe-beshe pun bule. I note (my observation) orang IQ yang tak berapa tinggi ni kadang perasan lebih.

Kadang letih nengok orang yang beshe-beshe tapi berlagak luar beshe ni. Nasib baikla saya ni Rimau. Sensorang pun saya boleh jalan. Mak memang risau dengan keRimauan saya. Pot-pet-pot-pet dia marah. Dia risau saya tak de kawan. Dulu lah sekarang ni dia macam ok jak. Tak de lagi komplen-komplen me being kera sumbang bla bla bla he he----

Saya memang tak amik port kalau mak pot-pet-pot-pet tu. Cuma rasa serba-salahlah kalau kita sorang-sorang, apa-apa berlaku orang attack kita. Paranoid jak tu sebenarnya. Itu cerita dulu jugak. Dulu saya paranoid, kalau ada kecurian ka hapa ka, orang dok tuduh kita, sebab kita sensorang, kita tak de alabi, gitu he he---

La ni ok je. Sebab saya dah ada satu prinsip, ada aku kesah. The Rimau in Me makin membesar, I guess. Lagi pun lagi lama kita kije kewangan/auditan ni, dah macam ada satu kepercayaan yang kita boleh buat. Kerjaya itu sendiri memberi satu perlindungan yang kita ini orang yang boleh dipercayai dan kepakaran, kebolehan kita diperlukan. Alah, biasalah kalau sebut duit, ni semua orang percaya.

Dari dulu lagi orang dah percaya, saya je yang kurang percaya pada diri sendiri. Iyalah saya ni Rimau, saya bukan peduli apa orang fikir pasal saya, pun. Yang penting saya fikir apa. Ada satu ketika, kawan-kawan kata saya boleh menulis. Berbakat dalam bidang penulisan leerrr---Tapi saya percaya bakat penulisan tak akan bawa saya ke mana-mana pun, walau nanti dok menang hadiah sastera.

Tengok aje kengkawan yang pernah menang hadiah sastera, terpaksa juga dia kerja engineer, mengajar sebab gelaran sasterawan tu tak boleh sustain keperluan ekonomi mereka. Itu pasal saya terus pilih bidang kewangan ini, walau kuli-kuli aje. Kuli pun gaji kuli aku ni aku rasa lagi besar dari menulis. Lain la kalau kau tulis novel cintan-cintun, antum, antuma enti. Saya mana le reti tulis cintan-cintun tu.

Ok berbalik pasal Rimau, ni, si Rimau pun teruslah belajar akaun, sampai dapat master. Lepas ni Rimau nak buat PhD kalau dia dapat jadi pegawai. Tapi dia tak kisah pun dia dapat kerja pegawai tu. Sebab hari ini Rimau rasa ok jak kalau Rimau jadi kuli-kuli je. Dia kije Audit, kije menyiasat ni, kan kuli-kuli yang turun padang menyiasat? Pegawai duduk opis mengarah dari jauh---he he---

Rimau ada la nampak lubang mana Rimau nak siasat ni. Kalau Rimau jadi pegawai, nanti Rimau kena pegi opis lain, tak dapatlah Rimau nak nyisat benda yang Rimau dah nampak ni. Tak bestla, kan. he he----

.

Tuesday, February 11, 2020

BOS KITE

Sebelum membawang pasal BOS KITE, aku nak sambung sikit bawang pasal Undi Percaya Atuk. Memang le haku harap Atuk kalah, tapi rasa besar kemungkinan speaker tak benarkan sebab Abang Non pun tak yakin Atuk kalah dan gossip kata Speaker tu ohghang Abang Non. Sebab apa? Kita ni kalau dah nama Islam tu, busuk-busuk jahat-jahat, seahli-ahli maksiat kita pun kalau ada orang bawa usul "ni kita kena angkat tangan ni, sebab demi Islam" idak beranila kita tak nak angkat tangan.

Lagi satu, aku rasa yang rajin memonteng dewan tu geng-geng karas Abang Non-DAP. Buatnya semua pakat tak masuk dewan dan yang tecongok geng-geng pak Lebai PAS, haruslah yang ada dalam dewan semua akan pakat angkat tangan-angkat tangan. Maka musnahlah impian Abang nak jadi PM dalam tahun ni jugaaaakkkkk.

***
Moh kita sambung cerita bos kite. Mula 3 hari bulan hari tu kami dapat bos baghu---semalam dia nak kami kuli-kuli ni ngadap dia. Hallamark, aku memang tak bekenan sangatlah bos ni, sebab cakap-cakap oghang. Oghang kata masa dia jadi Penolong Bos Besar, dia pernah buat surat layang bos dia sendiri sebab tak pueh hati dengan bos tu.

Puas jugalah haku ni nak pujuk hati, yang lepas tu lepas lah, tapi aisshhh, susahlah, bila kena kat batang idung sndri. Susah juga kita nak suka, respek kat oghang macam ni. Itu satu ceghite, lagi satu ceghite, yang dia ni sekarang dok sakit, kimo betepek-betepek. Memang tak sihat dia. Kalu akulah, Aku amik jak amik cuti kenser tunggu pencen je. Aku pencen pun tahun depan. Buat apalah nak gi kije, lepas tu nyusahkan oghang bawah. Tapi dia nak kije jugok, kita nak wat cam nerrr....

Pastu, ini part yang paling aku tak ble blah, bila dia hadap kami kuli-kuli ni, benda pertama dia cakap ialah suruh kita baca quran, kenal Tuhan. Hey kau dah nak mati, ko pegi mati sorang-soranglah, tak payah nak dakwah kat oghang laeennn, leeerrr. Dah tau sakit, gatal ngela nak jaga kementerian besar, lepas tu nak tunjuk power dok mereceh kunun ilmu agama dia mantap bebeno. Bule dia cakap gini "saya kalau ustaz-ustaz ni saya tengok juga ustaz macam mana. Ustaz saya cucu-cicit Nabi, bukan macam ustaz glemer yang suka buat orang gelak-gelak tu". Sikit lebih kurang-tokok tambah apa yang saya ingat dan faham. Kau dah sakit, jangan nak mereceh banyak. Jangan nak buat persepsi macam kau ada kuasa sakti bagai, kan sebab cikgu kau anak-keturunan Nabi? Malas aku nak layan orang macam ni. Tapi nak buat macam mana kita ni kuli-kuli aje. Hadaplah dengan hati terbuka. Lagi pun dia tu sakit, besok lusa mana tau kita pulak sakit, so layan ajelah orang sakit, semacam kita nak orang layan kita kalau kita sakit.

Bos Paling besar aku ni pooonnnn satu, dah tau oghang tu sakit, letaklah dia kat Kementerian yang hat kekecik, ni pi bubuh kat Kementerian supper gempak macam KPM, ni.Aishhhh!!! buat malu AG je. Kau ingat segala tok nenek Dr, Professor, PM, Datuk, Dato kat KPM ni tak ada mulut ka. Hurmmm derang sukalah dapat Auditor sakit. Kalau aku Dato' KSU, Ketua Akauntan pun aku suka auditor aku sakit, idaklah dia kuat sangat nak myiasat haku. Bule lek-lek sikit sebab ala auditor tak sihat.

Tapi tulah sikit dalam hati aku mestila girang tak terkata---"apalah AG ni orang sakit dihantar kat Kementerian Super Duper, ni" Hadoooiii rosak. Dah lah tak de menteri, menteri dok pangku-pangku, Auditor sakit, KSU nak pencen. Masaaaakkk KPM.

Personally rasa nak tukar Kementerian lain, tapi dalam zaman PH ni, rasa Kementerian lain lagi teghuk kut. Kau kata Atuk teghuk, tapi rasanya Atuk sorang ajelah dalam PH tu yang terbaik. Kau kata bos kau sakit, ntah-ntah kat luar sana ada yang lebih sakit dari yang ini. Sekurang-kurangnya yang ini memang sah sakit. Buatnya dapat bos yang sebenar sakit tapi tak nampak sakit, lagi haru jadinya, kan. So baik aje bertabah dengan yang ada ini. I still think, my Minister, my Bos is stilll the best in Malaysia. hah gitu---- Sapa the best, Kak Mar punya, mestilah the best.

Sunday, February 9, 2020

BOS-BOS KITE

Minggu lepas memang saya penat betul dok layan bos kat opis tu buat kije luar pejabat. Ceritere bermula ada dua ekoq bos begaduh, habis terpalit kami semua. Saya ada citer dulu rasanya tapi malas nak cari link-lah---

Pendek cerita big bos rasa patut buat program geder-geder untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka. 

Tapi bos kata nak buat lagi program yang gaytu gaytu---

Aku rasa bos siok sendiri sebab dapat update insta bagai geder-geder dengan anak buah sebab, dua ekoq yang begaduh tu, sorang tak mai langsung, sorang mai sekerat jalan jak. Pada akulah kalau bos nak siok sendiri, tetiap bulan pun dia boleh buat sebab kami tinggal pun sini-sini aje. Maksud aku kami-kami yang rajin ni. Kami bukanya ramai pun, tak sampai 30 orang pun. Masak nasik lemak, beli kueh sikit, panggil kami baca yasiin, solat zohor berjemaah kat opis. Kalu nak panggil family, solat maghrib, buat je kat umah dia. Jimat-pun-jimat.

Tak kisahlah big bos nak apa pun sebab sebagai kuli, aku kena layaaannn je lah. Bos dah percaya kita, kita bagi habis terbaik untuk bos. Yang penting program berjalan lancar, bos pun happy. Kepercayaan yang orang beri, jangan kita persia,kan.

Aku faham susah jadi bos ni. Nak satukan anak buah, walau tak le ramai mana pun anak buahnya, bukannya kerja mudah. Kita jadi kuli bolehle sedap mulut nak mengata, kan? Cubalah jadi bos. Dapat anak buah yang ntah-apa-apa tah, tukan, boleh sewel kepala memikiokannya.


On saperate note---

Ini cerita pasal komuniti maya pulak, pergh riuh bercerita pasal Atuk dan Muafakat nak cium-molot dan tukar nama dari Muafakat Nasional, jadi Pakatan Muafakat. Lepas tu Atuk selambe je kata, dia tak hingin pun, Muafakat yang terhegeh-hegeh cari dia.

Lepas tu salah satu geng Muafakat nak buat undi percaya pada Atuk. Atuk pun apa lagi,  "Rasa nak melayang" kata Atuk. Tak tahulah nak melayang ke Laut ka ke Bintang. Dalam politik tak boleh percaya sangat pun sebab undi percaya boleh bertukar jadi undi tidak percaya.---- gitulah ceriteranya---

Yang aku tak boleh belah langsung, atuk boleh cakap Muafakat terhegehkan dia sebab Muafakat tahu, Muafakat lemah--- tengkorak hatuklah, kan.

Aku rasa dalam dua tiga minggu ni, atuk mungkin steady jak sebab dia dah delusi tahap dewa, tak mungkin dia sedar---aku rasa kalau tak Atuk, pemerhati Atuk, mesti geleng-geleng kepala kata Atuk dah gila sebab, dah ada bunga-bunga laskar Abang Non akan buat rally tak percayakan atuk.

Aku dengan kawan-kawan aku plak tak fasal-fasal boleh semacam senada dengan laskar Bang Non, bila kami juga nak buat perhimpunan Kuasa Rakyat pada 22.02.2020 nih. Hadoooiii. Ini kalilah kalau Atuk nak kata Muafakat tak kuat, itu dia orang politik punya pasallah. Tapi kalau dia nak kata rakyat mau kan dia, Atuk memang gila bayang.

Masalahnya maukah rakyat pada Abang Non? Kalau kau tanya aku, aku kata tak kisahlah. Aku dengan Atuk ni dah  sampai tahap ABUK dah "asal bukan Atuk"---hantu pun yang nak ganti Atuk tu, aku terima je he he he---Kalau akulah, kalau Rakyat? nanti aku risik-risik kengkawan masa perhimpunan tu nanti ya.

Monday, February 3, 2020

1MDB 2

Kami kenal dah lama dah, dari zaman sekolah dulu. Pernah juga bergaduh dan dia marah-marah sama saya. Dia kata saya twisted her word. Tapi tu tak tahulah gaduhnya tak lama, sebab orang pandai-pandai level genius macam kami ni kat kolej tu bukannya ramai pun. Pendek cerita dia terpaksa gak "stuck" dengan saya untuk sikit lebih kurang 4 semester, atau 18 bulan tempoh pengajian.

Jodoh persahabatan kami tak panjang sebab saya cuti sakit, selama setahun, tapi lepas tu saya langsung berhenti terus. Saya pun tak berapa ralat sangat pun tentang hal ini. Dia budak paling rajin di kolej, sedangkan saya budak paling malas he he--- Letih kalau nak ikut study method dia. Dan saya memang tak ikut pun. Dia ada study buddy dia. Saya pula jenis langsung tak study. Ikut-ikut dia time makan-makan, membawang, dan sopping jer.

Tapi itulah teknologi menemukan kami semula di FB. Boleh jadi geng-karas lah pula. Time orang dok kutuk-kutuk 1MDB, boleh kami sekepala. Masa tu orang dok pung-pang-pung-pang pasal utang 1MDB. Kunun 1MDB nak lingkup pasal utang tu,lah, itulah, inilah. Tak tahu sapa yang mulakan cerita itu----bodoh ka hapa, dah baca ka belum Financial Statement (FS) 1MDB, atau kalau baca, pun langsung tak faham. Kami rasa yang banyak memekak tu memang tak reti akaun langsung. Atau dia tahu, tapi saja buat onar. Sebabnya? Sebabnya dia memang nak 1MDB lingkup, lepas tu dia boleh take-over.

Tak kisahlah apa motif pun dia buat cerita begitu. Yang bikin kami rapat gile babi, ada satu mamat tu yang belajar satu tempat gak. Kami kenal dia, kemungkinan dia kenal kami tu mungkin tak adalah. Kami kenal mamat ni sebab dia dok bercouple dengan kawan serumah kami. Kami ni jeneh budak pempuan baik, tak mainla couple-couple masa study. Jadi couple dua urang memang kami tak amik port sangat. Lagi pun dengar citer derang bercouple pun masa budak pempuan tu dah kuar dari kolej kediaman kami. Tak betah dia duduk dengan makcik-makcik Marhaban macam kami ni. Kami budak baik, dia pulak jenis tetiap minggu kuar dengan ntah macam-macam jantan kat kolej tu. Semua jantan ajak dia keluar dia keluar. Tapi dia cakap yang betul dia berkenan ialah budak yang bakal saya bawang dalam paragraph seterusnya ini,lah.

Ok budak tu masa dalam internet ni, kenalkan dirinya sebagai Sat Dee di FB dan Pure Shittee di Blogland. Kerja dia menghentam Najib dan 1MDB. Dah kami ni support 1MDB, memang apa si Pure Shit (PS) ni tulis memang betul-betul menyakitkan hati,lah kan. Kau bayangkan dia tu dulu ngaji Sains Aktuari, kemain lagi dia nuleh, pasal 1MDB. Apa dia tau pasal akaun dan Kriminologi Penyata Kewangan? Walau saya belum buat master pun saya dah tau this mamat is fulll of shit. Dia tulis nama dia Pure Shit, pun peminat-peminat dia telah bulat-bulat shit yang dia hidangkan. Pernah juga terlintas di hati saya PS ni jadi macam orang gila sebab tak dapat kawen dengan kawan serumah yang saya ceritakan tadi. Kau nak tau, kawan serumah tu tadi dah puas semua jantan dia pi dating, akhirnya dia pilih Tuan Syed. Kalau ada Syed, buat kawen dengan PS,kan? Tak kisahlah ko nak bawak carta family tree, ka, kau PS jak, depan nama kau tak Syed, pooonnnnn. Kalau ko ble tulis money trail yang tak pernah dibicarakan dalam mahkamah, family tree tu small matter jak. Mana ada badan bertauliah kijenya memverified family tree ohghang,kan?

Kira dia herolah masa tu. Masa tu. Bila dia dah menang, dia pun tau, benda-benda taik yang dia tulis tu tak boleh masuk court pun. Dia senyaplah. Tak de update pun baik di FB atau di Blogland. Dia dah jadi orang besar di SC dan Petronas. Kira sibuklah tu. Memang patut sibuk pun sebab hari-hari Bursa makin jatuh-jatuh dan terus jatuh. Hurm peninglah kepala dia tu. Itu pasal dia tak de masa nak merapik di internet agaknya. Atau dia tau apa dia tulis semua bull shit. dan sekarang ni dia tengah ketawakan kita ramai-ramai sebab termakan dengan tulisan dia, dan dia tengah kenduri di Bursa yang merudum jatuh tu. Masa jatuhlah aku beli. Dia tahu, gomen Madey, gomen sepenggal. Besok habis penggal Madey, orang lain amik alih, pulihlah balik Bursa dan masa low ini dia dah beli banyak besok lusa naik balik la semua saham-saham tu. Orang cerdik memang begitu. Takkanlah dia bodoh tak tahu kebenaran. Mungkin hidup dia sangat sunyi jadi dia buat benda-benda macam ini for his own amusement. Orang pintar ni memang pelik.

Itulah antara intipati pembawangan saya dan kawan saya. 1MDB, penulis, yang saya panggil pure shit, instead of Pure Shittee, tapi sebenarnya Pure Genius tu merapatkan saya dan kawan saya itu. Sapa bodoh, sapa pandai. ntahlah. Yang penting si PS tu, makin kaya-raya. Kawan saya memang sedia kayalah sebab laki dia kaya, saya jugalah yang jadi kuli-kuli aje.

Tapi tak kisahlah, yang pentingnya kita ada kawan untuk berbual-bual dan membawang. Nanti Raya tahun ni saya nak bagi kad hari raya nak minta maaf kawan Ketua SC kita sebab membawang-bawangkan dia. Saya dah minta maaf, dia kena maafkan---tak gitu. Kalau tak habislah semua pahala saya yang ciput-ciput tu dapat kat dia. Tak sanggup rasanya nak jadi muflis kat akhirat nanti. Dah lah kat dunia ni, cukup-cukup makan aje saya ni. What if si PS tu memang betul-betul Pure, mampus koooo, Nabi marah, usahkan nak masuk sorga, nak cium bau sorga pun tak dapat he he he----

Sunday, February 2, 2020

1MDB

Sapalah yang lebih layak ulas pasal 1MDB kalau tak pelajar Forensik sendiri, kan? Tapi sapalah saya ni dalam bidang penulisan. Dah dapat gelaran Psiko Kuat Berangan dan saya memang masih tak boleh move-on, walau benda ini telah lama berlaku.

Tapi tidaklah ejekan, kejian dan kata-kata busuk, tersebut membuatkan saya koyak. Sebab saya tahu dalam bab-bab kewangan ini kalau saya silap pun, saya tak akan silap banyak. Lagi pun dalam kes 1MDB ni saya ada kawan yang sekepala dengan saya right from the begining. Kawan saya tu kau nak tahu, kalau matematik tambahan ni dia memang tak pernah tak dapat 100%, walau dia kerja surirumah je dan kau tu ada Phd. Dia jadi surirumah pun sebab laki dia duit banyak. Kalau dia kerja dah jadi tak Ketua Audit Negara, bawah sikit, Akauntan Negara agaknya dia tu. Bukan macam kau namanya ada PhD, tapi besok kalau kawen, dapat anak, harus, bini kau terpaksa tong-tong duit susu anak, lampin, upah jaga anak kau.

Tapi tulah sebab kita tak ada PhD, kan. Suka-suka hati dia nak neraka-nerakakan kita. Tapi ada saya kisah? Apakah PhD itu lesen untuk menerakakan orang yang tak sependapat? Dah dia kata kami ahli neraka, kami tunggu juga kununlah jejak-wang-audit yang mereka dok pung-pang-pung, kunun sampai ke Cayman Island sana dibicarakan di Mahkamah. Sampai hari ni nama Pulau tu tak pun disebut. Yang ada hanyalah seorang James Bond Perempuan yang dah dapat jadi Datuk.

Mati-matilah aku ingat si James Bond ni ketua pasukan audit yang merantau sampai ke Pulau sana, pi masuk court bawak chart money and audit trail 1MDB. Rupanya dia macam aku jugak, urusetia Mesyuarat je, bawa tape recorder, rekod percakapan ahli Mesyuarat. Lepas tu simpan satu salinan draf Penyata Kewangan 1MDB. Draf je pun nak kecoh. Tak cerita/ulas pun draft tu ada element jenayah, salah-nyata Penyata Kewangan. Jenuh gak kita menunggu penjelasan pakar kriminologi penyata kewangan tentang penyata 1MBD. Tertunggu-tunggu apa cer-apa-cer? Tak de cer, alih-alih dengar cer Perempuan tu dah dapat Datuk je.

Gitulah cerita saya dan 1MDB. Kadang-kadang tu terfikir juga adakah watak Psiko Kuat Berangan tu saja dicipta agar saya tak menulis? Kalau saya tak tulis, pun hari ini ada ramai lagi orang lain yang tulis, ulas 1MDB dengan lebih baik dari saya. Iyalah mereka tu tetiap hari masuk court follow the case dan kita follow dari luar dok tunggu drama Cayman Island, carta jejak wang dan audit. Tu je. Kalau ko dapat tunjuk betul duit dari 1MDB bertukar jadi felem porno anak Bossku, jadi beg tangang, jam, cincin Bini BossKur, then kami oklah. Dulu heboh cincin pink, aleh-aleh rupanya cincin pinjam. Heboh beg tangan mahal, bila hakim minta bawa masuk court tunjuk kat dia, tak mau pula.(ai dulu gagah jer memasing usung tilam masuk court, takkan hari ni jinjing beg tangan pempuan dah tak larat?) Banyak alasan. Macam manalah kau nak menang kes? Kecualilah Atuk tak sedar diri tu suruh menang juga.

Saya nak pergi lawan bawang balik dengan orang yang dah menerakan-kan saya tu? Buek abeh boreh, iyo, ada banyak lagi benda lain nak dibuat. Lagi pun kalau lawan gaduh dengan orang macam ni, tak mustahil di uek-uekkannya saya, dikata-kata saya "sakit"/"berpenyakit" dan sebagainya. Orang macam ni cepat koyak. Emosi mereka bukannya stabil sangat pun. Orang yang stabil tidak meletakkan hukum syurga neraka di hujung lidah.  To me, walau BossKur masuk jel, pun. Show me your audit and money trail first. Show me how, where, when the financial statement has given the wrong impression about 1MDB financial affairs. Kalau 2 benda itu langsung tak dibicarakan di Mahkamah, kau (AG's Chamber) bawak kes apa sebenarnya ini, hah?

Thursday, January 9, 2020

Isteri Terpuji---

Arwah makcik saya pernah mengomen begini "dia tu tak tau marah laki dia". Dia komen macam tu kat isteri anak sedara dia sebab anak sedara dia malas ya amat. Anak sedara dia tu "dok umah goyang telur jak kerejanya. Ada ka, anak sedara dia problem dia marah bini anak sedara dia, kan. Macam gitulah kita orang Melayu ni, laki problem, bini yang salah---

Tak kisah,lah,kan. Itu bererti, dalam masyarakat Melayu, kampung macam saya tinggal ni, kalau tak reti nak tegur-tegur laki, laki boleh jadi jahat. Hah begitulah persepsinya---Dulu tu saya ni jadi macam nak naik angin juga dengan isu, persepsi yang begini. Ada, ka semua salah kita,kan? Hat lelaki tu buat apa? Ala, mitos jak makcik ni. Bule dia kata gitu. hurmmm---tapi tulah pempuan-pempuan dalam family Ai semua dominan, you! Garang, tapi orang kampung tak taulah, depa nampak family pempuan Ai Mak Hajjah, makcik Marhaban contoh jak. Pakcik-pakcik Ai, atuk Ai pulak  Suami Misali. he he---kami je yang tau, sebenar dalam family, karekter isteri Solehah contoh macam Kak Wan tu, bini anak sedara, dok malas kije sorang tu ajelah yang sebenar-benar contoh. Lenlain semua serope bini Saidina Omar. Kalau ada bikin barang yang tak berkenan,  di hati, surinya sure kena bebel, one!

Ni dah buang tebiat ke dok cerita pasal laki-bini, ni? Tu lah nak cakap ni, Ai is terpengaruh dengan audio klip laki-bini betengko yang kak Tipah SPRM viralkan, minggu ni. Hah, kan. Terpikee pulak. Najib yang dok kena marah-marah bini, idakla lagi kita jumpa gambo dia, bidio dia telanjang dengan pempuan lain, hok bini yang alim warak, laki dia besepah gombo tak elok, berderet darai ngaku sumpah burit koyak dikijekan laki Kak Wan warak tu.

Saya memang tak amik port sangatlah hal ni, saya berangan kalau kawen besok memang nak jadi macam Kak Wan je, aish huduh weh, orang pempuan marah-marah kat laki, kan. Teruk beno rupanya. Nasib baiklah tak kawen,kan. Kalu kawen, buatnya laki aku pun seropa laki Kak Wan, tu. Mak aiii Ai is ngeri, you.

Laki Kak Wan ok la juga, dok pi tibai burit jantan, jak. Kalu jadi laki Nek Semah, hah lagi gila---Nek Semah punya laki, walau tak telanjang, Timbalan-timbalan dia habis dia telanjangkan--- Paling teruk ditelanjangkan ialah laki Kak Wan dan Laki Kak Ros ko le. Kalu laki Kak Wan, kuar muka depan surat khabar telanjang bulat, laki Kak Ros pula kuar audio kena Queen Control dengan Kak Ros. Apa pekdah le ya dok bukak-bukak aib orang lagu tu, kalau ko tak ngam dengan orang kanan kau, ko pecat ajelah. Kau kan PM. Geram sungguh la eh tengok kelaku laki Nenek ni, apa ke gilanya dia, tak tahulah kita. Tak guna kau baik kalau kau bunuh kerekter orang kanan kau sendiri yang menviralkan aib mereka.

Nenek ni apa jenis bini lah pulak dia ni? Ntah, orang kata, lah Nenek ni jenis bini takut laki/King Kontrol. Kena tengking, kena herdik laki jak Nenek ni. Tulah,kan syukur juga kita yang tak berlaki ni. Kalu ada laki, apa ropenya laki aku ek? Marah salah, tak marah salah, kena marah, lagi salah. hurmmm---

Tuesday, January 7, 2020

Kisah Orang Baik-baik 3

Hari ni kita membawang pasal pegawai Khas, atau SU Akhbar exMenteri Pendidikan plak. Orang baik jugalah dia. Dahlah baik, bijak pandai pulak. Tapi macam yang saya argue dengan kawan-kawan saya, orang baik ni tak pandai berpolitik. Mungkin pandai belajar, tapi nak idup, nak nampak "wow" di mata orang genius macam saya derang tak pandai. Sudahnya dia nampak bodoh sangat.

Sebelum dia jadi pegawai gomen pun dah nampak bodoh dah. Dia niaga buku. Buku tak laku dia meroyan, minta bantuan dalam FB untuk selamatkan dia. Nasib baiklah dia ni jenis ramai kawan-kawan yang ada kuasa beli tapi tak kuasa beli buku dia yang ntah-apa-apa-tah tu. Jadi terselamatlah syarikat dia tu walau yang membeli tu sekadar beli lepas tu simpan saja.

Perkara bodoh terbaharu yang dia dah bikin, ialah bila dia dak tak de kerja ni, benda pertama dia buat ialah menyerang Siti Kassim. Apalah yang dia dengki sangat dengan si Siti tu pun tak tahu,lah. Si Siti ka yang bikin Boss dia dan Boss saya jadi exBoss aje---


Hai sian Siti.

Yang pasal siBoss tu pulak, dan melalut berangan yang dia Hang Tuahlah pulak. Gila apa? Adooiii gasak dialah. Kita tok sah cakap banyak-banyak, kita tunggu ajelah betul idak dia Hang Tuah 2020. Saya takut kalulah, idak dia dipanggil kembali masuk kabinet, Tanjung Rambutan jualah tempat dia menghuni. Sian. Delusional dia tu. Kat sini memang aku puji sangat-sangat Atuk sebab cepat nampak ada anak buah dia yang mental dan cepat-cepat dia kasi keluar orang itu dari kabinet dia.

SYABAS ATUK---

Sunday, January 5, 2020

Kisah Orang Baik-Baik 2

Hari tu saya cerita pasal orang baik-baik UMNO. Hari ni kita cerita plak pasal orang baik-baik musuh UMNO. Sapalah yang baik tu. Sapa lagilah kalu geng-geng Ustaz baru nak up tu. Apa ea saya gelarkan mereka, sebab dah nak dekat 2 tahun up takkan baru nak up lagi---apa tah, alah saya tulis jelah bos saya. Atau bermula dari tarikh hari jadi saya bos saya dah jadi ex-Boss je. Hah bos saya dah pecat dari jawatan Menteri. Hai hai hai---tapi dia tak nak mengaku, dia kena pecat, dia cakap dia akur arahan bos laaagii besar.

So apalah kesudahan budak-budak baik baru nak-up ini ea. ntahlah----

Yang saya tahu dalam group geng karas saya tu, saya sorang je yang biasa-biasa, tak terkesan dengan pemecatan boss tu, yang satu berkecuali, 3 lagi memang down giler dengan pemecatan tersebut. Derang minta komen saya. Saya pun tak tau apa ekspektasi mereka, saya cakap yang sejujurnyalah---, ntahlah derang boleh terima ka idak, rasanya bulehlah tu kut---

Komen saya senang aje, ustaz baik, harapan Negara ni, mungkin baik, mungkin pandai, tapi tak pandai berpolitik. Ustaz baik bila dapat jawatan, gian nak perang penjahat, tanpa ustaz usul-periksa siapa penjahat yang dia mau perangi itu. Atau mungkin ustaz sesesuci hatinya ingat yang big boss dia tu baik macam dia juga. Saya fikir balik, tak terlintas ka di fikiran. bahawa ada orang yang dia dah "pancung kepala"nya tu kawan-kawan big boss dia. Ko sapa kau baru jak nak up, orang tu dah berkurun taja big-boss kau. Pendek kata kau pancung orang yang bagi kau makan, memang kau nak kena makan, baliklah namanya.

Apa pun saya memang happylah ustaz-ustaz baru nak up ni big-boss pancung terus, itu mungkin Tuhan mau sembunyikan aib dia, atau future aib mereka. Tuhan itu maha adil, Dia takkan uji kau dengan ujian yang kau tak tertanggung. Anggap sajalah kau memang tak akan tertanggung ujian sebagai orang besar-besar Negara.

About my fren---apa dia fikir pasal saya, adakah pandangan saya mengecewakan derang, itu saya tak amik port sangat, sebab kalau true fren, mula-mula kita upset sikit bila fren kita tak sekepala, tapi kita cakap "wat de hack, tang situ je tak sekepala, bab lain banyak lagi yang sama" so  fren still fren la walau kadang tu ada banyak juga benda yang kita tak sekepala.

And with true fren, kita tak ragu-ragu cakap apa kita nak cakap, apa padangan sebenar kita sebab kita tau true fren will terima kita no matter how absurd pemikiran kita.