Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Sunday, November 27, 2022

Antara Pintu dan Al Gojo

Ok berbalik kita pasal lagu tanya sama itu Hud Hud, ada orang tafsirkan begini, 73 pintu itu PN sebab PN dapat 73 kerusi, Hud-Hud BN sebab BN dapat 30 kerusi Al Gojo itu PHlah he he itu yang mereka gambarkanlah. DIa PH jadi Al GOjo sebab Lolok dalam Tanya Sama Itu Hud-Hud cuma sebaut 30 dengan 73 je, kan? So yang 82 tu tu Al Gojolah.

Kenapa Hud-Hud tak pilih pintu, tapi pilih AL-Gojo, macam aku cakap, itu BN semua tu dah sembahyanglah tu. Dapat alamat gitu dia pun pilih macam itulah. Allahlah yang gerakkan hatinya untuk memilih AL Gojo. Pasal PN pulak kenapa pilih pembangkang? Dalam masa ekonomi post-Covid yang huru hara ni tentulah senang jadi pembangkang. Kau bangkang je banyak-banyak. Lagi satu kerja membangkang lagi senang dari mencadang.

Apa jadi 5 tahun depan kita tak tahu, adakah BN akan mati? Mungkin juga jika Abang Non buat perangai pelik-pelik. Kalau ekonomi x booming, nak cari telur pun susah, memang orang akan pilih PN. PN akan jadi BN satu ketika dulu. Menang 2/3 majoriti kerajaan. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, Orang akan kekal terus mengundi PH-BN.

Bagi orang Putrajaya ni sapa nak jadi wakil Parlimen dia senang je, kena rajin ikut program komuniti orang sini. Gerenti menang. So ko rasa sapa calon Putrajaya pada masa akan datang? BN nak letak Ku Nan lagi ka? Rentikanlah.

Ok let saya Abang Non buat perangai pelik, ko rasa sapa bakal PM, muka mana paling Cun dalam PN. Tentulah muka Mat Jargon WAF tu. lagi sapa yang Cun dalam PN ek. Dr Razif Jidin pun ok jugak. Sapa calon PM, Muhyidin ka? Aku rasa kalau DSAI cerdik, benda pertama dia buat ialah penjarakan Muhyidin macam Muhyidin penjarakan Najib. Kalau Najib sangkut pasala 3,6billion, Muhyidin lagi besar 600billion. hah gila besar bak Hang. Tudiiaaa----

Buat masa ni terlalu awal aku nak buat apa-apa ramalan. Menteri pun tak lantik lagi, corak pemerintahan Bang Non pun kita tak boleh baca lagi dalam masa 2, 3 hari ni. Tunggulah lagi 100 hari. Baru boleh mereceh lagi panjang-panjang.

Apapun aku memang langsung tak risau pun. Cuma bila kawan-kawan ofis risau, aku pun ikut risau sama. Sian, kalau Bang Non buat pragai laennnn machiem, kesian kat kawan-kawan le. Derang tu risau takut kena buang ramai-ramai dari perkhidmatan awam je. Aku rasa macam tak logik je. Kalau deme risau ambilan baru besok semua masuk Cina, India yang CGPA bagus-bagus, itu baru patut risau kau kerja dengan bangsa bukan Melayu ni. Macam kau kije private. Itu memang patut derang tu risau. Aku tahun depan dah umur 50, kalau aku tak ble keep-up dengan rentak kerja orang private aku brenti pencen awal je. 

Aku ingat kat kampung besok aku nak kije tukang masak-masak je. Cemuihlah kije gomen ni, kan. Kijenya tak seberapa, tapi politik je lebih. Macam opis aku la nila---apalah dah merasuk bos aku tu, ntah apa pembaharuan yang dia nak bawa tah dengo-dengo nak merombak opis katanya. Berombak-berombaklah kau. Aku cakap aku tak nak lobi-lobi bos, tapi lusa aku kena juga lobi, aku nak cakap gini je. "Hajah, nak rombak pejabat-rombaklah, nak letak saya bawah sapa letaklah asal jangan letak saya satu team dengan xoxo" ko rasa, patutka aku cakap dengan Hajah macam itu? 

Tapi ku rasa tak payahlah kut, biar je ajelah. Letak segala urusan sama Tuhan. Doa sama Dia bagi aku team yang baik-baik dan dapat buat kerja dengan baik, gembira lagi ceria. Kau bayangkanlah betapa jahatnya Bos aku tu,kan. Ini ni pasal dia nak merombak itu ini, bukan aku sorang je yang risau, ramai lagi yang risau. Dekat berbulan dia siksa kita orang. Dari bulan 10 lagi hari tu. Bila nak dirombaknya tak tahu. Kata bulan 1 tahun 2023. Bulan 10 sampai bulan 12 baru nak tau apa cer. Macam tulah kami duduk risau pasal rombakan ni. Celakalah sama bos. Memang aku doa dia celaka. Jahat? 

Aku tak suka nak doa orang celaka, tapi kalau begini, buat orang semua susah hati, memang bila terfikir pasal rombakan, kemungkinan dapat satu team dengan orang yang mengerikan memang terlintas perkataan celaka di benak fikiran. Sebab itu aku ni pergi berenang, bersenam, berpuasa, masak-masak pot luck opis sebab itulah tak nak fikir kan sangat pasal pengsturuturan opis ni.

Nama nak nungunya Bulan Januari 2023 ni memang rasa siksa ya amat. Bulan 12 ni aku ingat aku nak cuti. Malas nak terserempak dengan muka bos tu. Kalau terserempak mulalah aku risau. Risau betul aku kalau penyelia aku yang aku ngam sekarang ni kena tarik tempat lain, aku kena masuk team penyelia kekwat yang fefeeling pandai tu sebab dah tak de penyelia. Itu yang aku risau sangat-sangat tu.

ok la tunggu 100 hari pemerintahan PH ek. Kalau tak ok ko rasa? ko rasa----eh aku pulak rasa seram kalau tak ok.

Tuesday, May 26, 2020

Hai APA KHABO

Dah bersawang blog ni, sebab kat kampung PKP, kan. Dah duduk kampung apa lagi asyik masak makan je la. Tapi bab politik ni dah memang kita minat,kan, memang ai follow, lah. So far kengkawan saya idaklah ada nak komplen sangat, sebab ok je, logik je gomen hari ni. Cuma derang tak gemo mamat semburit Sheraton, tu je. Aish takut depa kalu dapat mamat macam tu jadi PM. Seriau, katanya.

Marah depa, pasai pa PM dok bela sangat mamat tu. Ai pun memula dulu masa kuar bidio Sheraton tu memang menyampah le kat dia. Rasanya Ai is memang dari dulu tak berapa gemo mamat tu. Macam bagus jak, tapi tak le bagus mana pun. Dulu lah. Tapi lepas Sheraton PJ, bukan Sheraton Sandakan, ya, ai is rasa is dia ni not bad, lintang pukang, huru-hara Atok Dinasor dikerjakan. Dahsat. Dulu Ai is kata Atuk jak yang paling licik, powerful, no one can lawan Atuk, termasuklah abang Non, but after Sheraton PJ, ceh, ceh, ceh, Atuk is bertemu his ruas, already.

Masa dalam PKP ni terserlah lagi kedahsatan Mamat tu---Atok tak pueh ati dengan PM, Atuk lancar gerakan undi tak percaya pada PM, aleh-aleh si Boboi Atok yang tergolek... Pergh tak ke dahsat tu? Tapi ramai gak heran, kenapa Atuk meratibkan Najib-Najib-Najibon----

Aha, saya ada teori kenapa--- Sebab Atok harap Mamat semburit, rasa selesa dan dapat pengganti baru, ada bidio baru, dengan anak ikan sado baru. Tapi ko rasa? he he---- ini kalilah, Atuk memang bertemu buku dan Ruas. Ntah-ntah boleh jadi Atok mati keras meroyankan Najib-Najib-Najib sehingga dihembusan Nafas Terakhirnya, kempunan nak tengok bidio baru kuar.

Eh ko tak takutkan Semburit jadi PM? Pada saya orang macam tu ok kut, sebab dia tak pernah ngaku dia semburit pun, kalu tengok dia ok look ok, look normal, ada family, anak-anak, semua ok. Tak pernah pulak turun padang atau menyokong usaha kumpulan semburit. Yang kita seram, orang yang macam bini Nabi Lut. Dia tak songsang, tapi dia menyokong/mengiktiraf perbuatan songsang kaum dia.

Lagi, pun kalau ko suka tengok filem Hollywood, tak semestinya yang lawan penjahat tu minah-mamat hero macam Avenger, ada jugak cerita watak jahat dikalahkan oleh watak jahat yang lain---contoh paling popular, bila nak berlawan dengan Alien, Hollywood tak panggil Otomen, derang panggil Predator---he he---Dah zaman ni dah tak de Nabi, nak lawan Atuk Firaun, takkanlah Imam Mahadilah pulak. Imam Mahadi kan lawan Dajjal je---dan kita ada satu je Imam Mahadi, yang banyaknya Dajjal-dajjal kecil, sehinggallah the real Dajjal muncul. Oleh itu, yang lawan Atuk Dinasor sudah tentulah Dinasor yang lagi "besar" kan?

Tapi saya lebih percaya yang Allah akan sentiasa memelihara negara ini. Cuma kita ni selalu atau lebih suka percaya yang Tuhan dah tak sayangkan kita lagi bila Allah berikan kejayaan gemilang buat orang macam tu. Kita mula gelabah, berkeluh-kesah dah meroyan-royan marah sana, marah sini. Tapi tu, nak marahpun marah le---tapi jangan sampai kita putus harap dari minta tolong, minta doa sama Allah.

Lagi satu marah kita tu, jangan le sampai kita membuka-buka, memviral-viralkan benda aib orang yang tak sepatutnya  dibuka. Dia sesama dinosor yang bukak kain, nak londeh-melondeh tu, lantak pi deranglahkan. Dok diam-diam, makan pop-corn sudahlah, ya.

Monday, March 9, 2020

Cerita Abang Mat

Abang Mat ni bab jelajah menjelajah ni memang dialah sifunya--- his forte???--- Kita memang kagum usaha dia. ko tengok ajelah poster kat bawah tu, Sabtu kat Klang, Ahad kat Durian Tunggal lah pulok. Ala-ala retis buat konsert keliling Malaysia, kan?




Rasa dalam masa dua tahun ni pasti sana-sini Bang Mat akan lead the tour. Dan bila dah buat tour tu mestilah ada cerita yang akan disampaikannya, kan. Macam retis buat konsert, ada lagu-lagu yang dinyanyikan untuk peminat.

Saya taklah pergi ke siri Jelajah Abang Mat ni, sebab minggu tu pulak balik kampung. Kalau tak harus saya dah melangut ke sana. Adoiii yang kat Melaka ni, tak ada publisiti ka, atau saya kat kampung tak bukak watsap, bila message dah beratus-ratus saya deleta tanpa baca.

Tapi saya ada baca sort of laporan/liputan lah yang ditulis oleh warga netizen pasal jelajah ini. Dia kata Abang Mat makin meyakinkan dan matang. Cerita Abang macam saya tulis semalam leerrr---tu la rasa kalau weekend ni derang ada buat jelajah kat sini-sini, area Putrajaya, memang saya nak pergi dengo hihi---nak dengor dan lihat pastu baru boleh komen, kan?


Wednesday, August 21, 2019

Paranoid

Saya mungkin paranoid, tapi saya sikit pun tak bimbang dengan situasi Melayu hari ini. Melayu diancam? hurmmmm--- bukan saya seorang sahaja yang cakap macam ini, tapi nak kata kalau kau keluar statement begini "kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hari, sangat menjaga kebajikan Melayu" memang kau kena booo, la.

Saya rasa pula, kerajaan yang ada pada hari ini lemah. Bukan Melayu sahaja terancam, semua-semua pun sama juga. Pakatan yang didominasi tok-tok Imam, Mak Imam Kristian DAP ni ternyata tak pandai mana pun rupanya dalam bab urus-mengurus ni. Berbakat dalam kepimpinan, tapi hal-ehwal pengurusan ekonomi memang bebal. Saya rasa tak bebal mana sebab ilmu pengurusan ini tidaklah susah mana pun untuk kita pelajari. Tapi ntahlah, sebab bila semua dah pangkat Mak Imam, Tok Imam hal ekonomi tak payah fikir dah. Besok kalau Negara ni bertukar jadi Negara Kristian, Tuhan Jesus akan turun dari langit merahmati semua.

Saya fikir baik Kristian, mau pun Islam, 2x5 je kut pemikirannya. Kalau yang Islamnya percaya Malaysia Amal Hudud, Negara jadi kaya, yang si Kristian pula percaya kalau Malaysia jadi Kristian, Tuhan Jesus boleh kasi makanan turun dari langit.

Mereka tak percaya yang Kroptkin (1924) man are homini lupus, itu wujud sebab percaya dibawah pimpinan pemimpin pilihan Tuhan, pemimpin ini berjaya memimpin insan jadi good steward, Davis, Schoorman & Donaldson (1997). Ya bila dah Jesus sendiri dah turun dari langit, sapa ada berani buat perangai homini lupus, kan?

Tapi tu kalau kita baca sejarah semula, kalau tak de manusia homini lupus ni, idaklah Jesus diangkat kelangit, kan? Kalau baca sejarah Islam homini lupus ni lagilah banyak ceritanya. Bertela-tela dari zaman Nabi Adam, sampailah akhir zaman, itula ceritanya hal anak manusia ini.

Itu pasallah mana-mana pemimpin pun kena cakna dengan ilmu pengurusan supaya homini lupus ini tidak bercakaran sehingga melingkupkan Negara dan bumi ini satu masa nanti. It doesn't mean kalau ilmu pengurusan ini boleh mengelak dari berlakunya kehancuran, Kehancuran, Kiamat pasti datang, tu janji Tuhan. Tapi janganlah kita jadi puncanya berlaku kehancuran ini kerana tidak mengendahkan ilmu pengurusan sumber.

Ok berbalik pasal paranoid, Melayu diancam---- saya berfikiran begini. Ya betul bangsa saya sedang diancam, tapi Melayu tak terancam. Nah tengok ajelah Utusan. Apadah jadi? Tak jadi gulung tikar dia. Hadoiiiii meloncat-loncatlah Lutong sikur tu balik masuk gua Jelutung.

Kita Melayu ni bukannya sengkek, mana pun jika mau dibanding masa zaman lepas Merdeka dulu. Melayu mungkin hilang kuasa politik, tapi masih ada kuasa beli/ kepengunaan yang kukuh jika dibanding dulu.