Wednesday, August 21, 2019

Paranoid

Saya mungkin paranoid, tapi saya sikit pun tak bimbang dengan situasi Melayu hari ini. Melayu diancam? hurmmmm--- bukan saya seorang sahaja yang cakap macam ini, tapi nak kata kalau kau keluar statement begini "kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hari, sangat menjaga kebajikan Melayu" memang kau kena booo, la.

Saya rasa pula, kerajaan yang ada pada hari ini lemah. Bukan Melayu sahaja terancam, semua-semua pun sama juga. Pakatan yang didominasi tok-tok Imam, Mak Imam Kristian DAP ni ternyata tak pandai mana pun rupanya dalam bab urus-mengurus ni. Berbakat dalam kepimpinan, tapi hal-ehwal pengurusan ekonomi memang bebal. Saya rasa tak bebal mana sebab ilmu pengurusan ini tidaklah susah mana pun untuk kita pelajari. Tapi ntahlah, sebab bila semua dah pangkat Mak Imam, Tok Imam hal ekonomi tak payah fikir dah. Besok kalau Negara ni bertukar jadi Negara Kristian, Tuhan Jesus akan turun dari langit merahmati semua.

Saya fikir baik Kristian, mau pun Islam, 2x5 je kut pemikirannya. Kalau yang Islamnya percaya Malaysia Amal Hudud, Negara jadi kaya, yang si Kristian pula percaya kalau Malaysia jadi Kristian, Tuhan Jesus boleh kasi makanan turun dari langit.

Mereka tak percaya yang Kroptkin (1924) man are homini lupus, itu wujud sebab percaya dibawah pimpinan pemimpin pilihan Tuhan, pemimpin ini berjaya memimpin insan jadi good steward, Davis, Schoorman & Donaldson (1997). Ya bila dah Jesus sendiri dah turun dari langit, sapa ada berani buat perangai homini lupus, kan?

Tapi tu kalau kita baca sejarah semula, kalau tak de manusia homini lupus ni, idaklah Jesus diangkat kelangit, kan? Kalau baca sejarah Islam homini lupus ni lagilah banyak ceritanya. Bertela-tela dari zaman Nabi Adam, sampailah akhir zaman, itula ceritanya hal anak manusia ini.

Itu pasallah mana-mana pemimpin pun kena cakna dengan ilmu pengurusan supaya homini lupus ini tidak bercakaran sehingga melingkupkan Negara dan bumi ini satu masa nanti. It doesn't mean kalau ilmu pengurusan ini boleh mengelak dari berlakunya kehancuran, Kehancuran, Kiamat pasti datang, tu janji Tuhan. Tapi janganlah kita jadi puncanya berlaku kehancuran ini kerana tidak mengendahkan ilmu pengurusan sumber.

Ok berbalik pasal paranoid, Melayu diancam---- saya berfikiran begini. Ya betul bangsa saya sedang diancam, tapi Melayu tak terancam. Nah tengok ajelah Utusan. Apadah jadi? Tak jadi gulung tikar dia. Hadoiiiii meloncat-loncatlah Lutong sikur tu balik masuk gua Jelutung.

Kita Melayu ni bukannya sengkek, mana pun jika mau dibanding masa zaman lepas Merdeka dulu. Melayu mungkin hilang kuasa politik, tapi masih ada kuasa beli/ kepengunaan yang kukuh jika dibanding dulu.

No comments: