Sunday, August 18, 2019

Abang NON PM Tepi

Saya kesian betul dengan Abang Non hari ini walau saya bukanlah peminat dia pun. Saya rasa, rasa kesian yang berlebih-lebih ni sebab pada satu ketika dulu sampai sekarang pun ada yang mengejek-ejek saya macam-macam. Saya Paranoid kut? Ada paranoid, ada yang tidak. Tidak tu sebab diberitahu depan-depan. Tapi tak kisahlah itu mulut dia. Ikut suka dia nak cakap apa. Kita bercita-cita agar dapat berjodoh dengan orang kaya, hensem, dan berpindidikan tinggi. Kalau boleh Professor. Gitu hi hi. Peliknya jadi jenaka, lelucon pula hasrat hati saya ini. Saya tak de kacau sesapa, pun. Saya doa minta kat Tuhan je. Yang derang dok gelak dan ejek-ejek tu, ada saya kisah. Buat bodoh, terus doa dan baiki diri, sudah, kan? Apa pening-pening memikir umpat keji dan ejekan orang?

Saya feeling-feeling, apa yang saya lalui sikit lebih kurang aje ceritanya macam cerita Abang Non. Kalau saya orang gelakkan gila sebab nak kawen orang kaya, Abang Non pula diejek kerana nak jadi PM tapi sampai hari ini tak jadi-jadi juga. Apalah salah dia nak jadi PM pun. Memang Tun M sendiri dah janji tahun depan Abang Non akan jadi PM, tapi kenapa ada cerita-cerita, hari tu Azmin pulak bakal jadi PM? Bila keluar video semburit lelaki yang menyerupai Azmin, keluar pula cerita Tok Pa MITI pulak bakal jadi PM. Kenapa pula ramai yang mengeji, mengejek pasal gambar ini?

What's wrong with the CAKE???? Makan, ajelah. Kekkan dibikin untuk dimakan? Bukan dijadikan alat untuk mengejek atau mencemuh orang
Saya tak faham. Yang saya faham tahun depan Abang Non PM saya. Saya sudah bersedia nak dapat PM yang orang kata begitu-begini. Yang pernah jadi ikon porno di muka depan akhbar arus perdana satu masa dulu. Kau yang ramai-ramai undi PH dan Tun janji Abang akan jadi PM kalau PH menang, kenapa kau ramai-ramai balik tak nak Abang jadi PM. Saya yang tak undi pun redha nak berPM kan Abang, kau pula yang tak mau? Dah kenapa, ya. Rakyat Malaysia ini memang pelik, kan? Tak faham, tak fahammm... sungguh saya tak faham.

Betul ka Tun M tak nak Abang NON? Abeh janji dia tu bagaimana pula? Tak faham saya bila bukak internet, media social, rata-rata orang mengejek Abang Non gila bayang berangan PM8. Sampai ada yang meramalkan Abang Non akan jadi gila kalau tak dapat jadi PM. Ape kenalah orang yang begini,kan? Mungkin juga ejekan gila itu salah satu punca saya jadi kesian berlebihan sama Abang Non dan Kak Wan. Saya pernah hilang kewarasan, saya tahu betapa sakitnya kehilangan itu. Betapa sakitnya ibu saya menjaga saya sepanjang saya kesakitan.  Orang yang dok gelak-gelak tu, tak pernah rasa bagaimana azabnya kehilangan akal, ahli keluarga dia tak ada yang gila, sebab itu derang boleh suka-suka hati ejek-ejek orang supaya gila. Kalau dia pernah gila, atau ada ahli keluarganya berdepan dengan masalah mental, saya rasa Insya Allah derang takkan ejek-ejek orang lain begitu, kan?

Punyalah benci pada Abang Non ada yang sanggup mengejek suruh Abang doa Tun M mati cepat. Geram pula saya dengan saranan yang sedemikian. Lalu saya komen je saya akan doakan Tun cepat mati he he... saya tau Tuhan tak akan makbulkan pun doa-doa jahat macam itu. Lagi pun Tun tak menunjukkan apa-apa tanda nak mati, pun. Baru ni dia kayuh basikal 11 kilometer jalan-jalan pusing Putrajaya. Takkanlah dek kerana doa saya Tun mati tergolek he he....

Tapi tak salahkan kita doa. Minta ajelah sama Tuhan terima ka idak itu urusan Tuhan, bukan manusia. Like I said before, saya bukanlah peminat fanatik Abang Non, tapi Insya Allah saya akan doa Tun cepat mati agar Abang Non boleh jadi PM. hihi....

Usai solat Zohor dan doa ringkas, saya doakan Tun cepat mati, Abang Non dapat jadi PM ke 8, walau hati saya rasa saya tak patut minta benda yang begitu. Lama jugalah saya duduk atas sejadah, lalu terlintas di fikiran untuk doa, agar Abang Non happy dan kenang sebagai individu yang bersemangat kental, berjuang bermati-matian nak juga dia PM, walau macam-macam orang dok kata, kutuk dia, walau sampai mati pun dia hanya PM tepi jer, seperti sekian banyak ejekan netizen. Saya juga doa dia mati sebagai seorang lelaki yang waras dan dikasihi pengikut-pengikut sampai akhir hayatnya.

Like I said before, saya taklah minat dia pun, tapi beliau memberikan inspirasi, semangat untuk saya terus istiqomah minta sama Tuhan satu hari nanti saya dapat akhirnya berjodoh dengan bujang senang yang hensem he he...tak kisahla cerita saya ni nanti jadi macam cerita Abang Non PM tepi hi hi hi....

No comments: