Hadooiii aii dah bersarang blog ni tak berupdate---
Nak update, membawang /bergocoh/bergaduh pasal benda yang saya suka dah tak kick lagi la ni. La ni seperti semua saya memang betul dari dulu, lagi. he he so dah macam tak de benda nak cakap/nak tulis dah. Lagi satu ada benda yang saya belajar sepanjang membina rumah online ni, tak guna kita nak betulkan orang sebab orang akan hanya percaya dan mahu dengar benda yang mereka mahu. Buang habis karan je lah ko mereceh,kan.
Baik saya cerita/cari benda lain yang lebih menarik untuk diceritakan. Apalagi makananla. Orang Malaysiakan suka makan. Saya memang suka makan, tapi jenis badan yang metabolisma slow ni tak boleh makan banyak-banyak, cepat naik mendadak. Dah selama ni pun saya gemuk/obes apa? Makan juga. Tapi tu bila umur dah nak senja ni, tenaga kudrat dah ditarik sikit-sikit saya memang tak larat nak bawa berat terlebih-lebih ni.
Mau tak mau saya kena juga jaga makan. Dulu pun bukan tak de ilmu pasal makan memakan ni---teori memang tepu, planning sikit punya cantik, tapi bila bab pelaksanaan, hancuuuusss--- sembang teori jak kencang, practicalnya yilleekkkk---
Tapi tu dah dek kerna terpaksa, saya pratikkan juga.
Apa yang trigger saya berdiet ni? Ceritanya begini. Saya pergi outstation beberapa bulan yang lalu. Kerjanya lepas buat site visit, tak de le kerja lain, melainkan jalan-jalan cari makan. Semua benda haku makan--- dari nasik kerabu, nasi dagang, somptam. kerabu meggi, cendawan/udang/ikan/kerang/sotong celup tepung. chicken chop, lamb chop, mee udang, nasik lemak viral, dim sum, mee kari, omputeh kata you name it, I got it all. semua saya belasah.
Last saya outstation ke Pangkor Perak. Saya extend stay di sana sehari sebab family saya mau ikut. Offcoursele yang sehari ni, family sayalah bayar. So Jumaat saya kerja, derang explore Pulau, the next day saya off, (weekend) kami Island hopping. Lepas tu memang saya nak ronda shopping coklat, cari ikan bilis, ikan masin, sotong masin. Tapi tu saya rasa macam tak boleh berjalan dah, saya nak naik kerusi roda aje. Saya tinggal seorang diri dalam bilik resort. Terbaring jak. Masa tulah saya tekad, sampai Putrajaya besok aku kena timbang berapa dah berat aku ni.
Balik timbang-timbang, orang Kedah kata bak haaaanggggg----- amboi 6 kilo naiknya, patutlah nak bawa diri sendiri pun rasa tak bermaya. So saya mulalah berdiet.
Tapi tu kau taulah diet-diet ni mana nak jalan. ada je cobaannya.... ok stop dulu ceritanya. Kita sambung besok.
No comments:
Post a Comment