Monday, December 21, 2020

UJIAN (part 2)

Hah kali ini saya nak sambung ujian makan-makan yang saya cerita minggu lepas. Apalah kesudahannya? Adakah saya berjaya? Sudah tentulah berjaya. Berjaya menokok 0.7 kg. Hai hai hai nak sekilo juga tu,kan? Tapi tak mengapalah ia tidak naik berkilo-kilo macam minggu makan-makan yang sudah.

Hari Isnin, saya puasa dan amal diet telur yang lebih sikit. Semalam saya berpuasa sunat Isnin-Khamis. Sahur saya ambil 2 biji telur rebus dan buah oren sebiji. Buka saya makan Garden salad + 2 biji telur rebus dressing yogurt. Malam lepas Isyak buat aerobik low impat sikit dan Alhamdulillah turun 400gram. 

Selasa ni ulang benda sama, yang beza lunch hari ini garden salad saya guna kunun lemon-olive, dah tak de olive oil saya pakai olive bijik jeruk dan blasah jak minyak masak carotina barang sesudu teh.---Harap esok turun sekurang-kurangnya 300 gram, nak set-offkan yang naik 0.7kg tu. Petang kalau tak hujan dan jika kolam dah bukak saya ingat nak berenang. 

Minggu ni memang kena intensif sikit diet ni sebab 24/12 nak makan besar, 30/12 nak makan besar lagi. Lepas tu balik kampung offkosle makan-makan-makan-makan je kerjanya. Hadoiii aaiii memang berat betul ujian hujung tahun ni.

Saya kira ujian final master pun tak seberat ini. 


No comments: