Adooii aai busynya saya ni, sampai tak sempat nak menulis, walau ada banyak benda nak ditulis. Apa nak tulis pun dah tak ingat dah---
Cuma yang ingat, hari ini, hari semalam, orang Putrajaya tak de air. Masalah di Empangan Semenyih sana. Kes Covid makin meningkat--- orang macam dah menyampah pula dengan Abah kau. he he dulu kemain puji, kan. Melambung-lambung. Itulah nasib pemimpin politik ni, tak pernah kekal puji-pujian itu. Masyarakat kita kemain kritis lagi dalam hal ini.
Abah kau pun bukan sahaja warga net macam dah tak suka, tapi dengo khabo dah nak kena guling dengan Abang Non. Nasib baik le hari tu YDPA keracunan makanan. Kalu tak dah mengadap dah dia depan Baginda.
Rata-rata orang kata Bang Non dah sasau, dia sengaja mencari sensasi murahan. Tapi ada sorang kawan maya saya percaya Bang Non mungkin tak sasau. Sebab Presiden UMNO sndri kata "dia tak halang kalau ada ahli UMNO nak melompat"--- lepas tu diikuti adalah ahli parlimen UMNO sndri yang dah tunjuk meluat kat Abah kau secara terang-terang. Itu juga petanda ada kemungkinan Abang Non bercakap benar yang he go the numbers--
Tak kisahla tu, lantak demelah, ko katalah Abang Non tu begitu-begini, tapi kau kena ingat, wakil rakyat yang ko pangkah hari tu, tu pun 2x5 begitu-begininya jugak. Itu pasal Abah kau tak leeerrr selamat mana, pun.
Tapi dalam kalut-kalut ni, adalah berita yang aku kira bolehlah aku rasa bukan aku sorang jak rasa macam nak berjoget, kawan-kawan aku pun ada yang dah berjoget dah tu. Ni dengo khabor, lepas balik kempen Sabah itu hari, Abang Jemin, kau dah sakit. Semua tertanya-tanya apa sakitnya si Jemin tu? Ada juga yang dah mengaminkan doa minta-minta si Jemin jatuh sakit kelamin----
Gitulah cerita serba-sedikit politik kita buat masa ni.
Banyak nak tulis tapi kerja hakiki lagi menimbun, minta diselesaikan. Juga la ni tak ramai kengkawan aku suka nak dengar cerita politik sebab semua hero-hero pujaan derang semua dah kena kutuk kaw-kaw. Kawan ku yang taksub kan si Sadiq dah terkuciwa, yang memuja-muji Jemin, juga sama, banyak lagilah hero-hero Malaya yang mereka harap dapat buat perubahan, semuanya bikin sakit hati saja.
La ni orang dok puji BossKU, nak puji sama malulah weeeehhhh, sebab itu hari kemain benci lagi dia kat BossKu
Erk---, Cucu atok apa khabar? he he aku dengar dia sendri dah suruh atuk dia berehat-rehat kat rumah saja.
No comments:
Post a Comment