Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Monday, February 3, 2020

1MDB 2

Kami kenal dah lama dah, dari zaman sekolah dulu. Pernah juga bergaduh dan dia marah-marah sama saya. Dia kata saya twisted her word. Tapi tu tak tahulah gaduhnya tak lama, sebab orang pandai-pandai level genius macam kami ni kat kolej tu bukannya ramai pun. Pendek cerita dia terpaksa gak "stuck" dengan saya untuk sikit lebih kurang 4 semester, atau 18 bulan tempoh pengajian.

Jodoh persahabatan kami tak panjang sebab saya cuti sakit, selama setahun, tapi lepas tu saya langsung berhenti terus. Saya pun tak berapa ralat sangat pun tentang hal ini. Dia budak paling rajin di kolej, sedangkan saya budak paling malas he he--- Letih kalau nak ikut study method dia. Dan saya memang tak ikut pun. Dia ada study buddy dia. Saya pula jenis langsung tak study. Ikut-ikut dia time makan-makan, membawang, dan sopping jer.

Tapi itulah teknologi menemukan kami semula di FB. Boleh jadi geng-karas lah pula. Time orang dok kutuk-kutuk 1MDB, boleh kami sekepala. Masa tu orang dok pung-pang-pung-pang pasal utang 1MDB. Kunun 1MDB nak lingkup pasal utang tu,lah, itulah, inilah. Tak tahu sapa yang mulakan cerita itu----bodoh ka hapa, dah baca ka belum Financial Statement (FS) 1MDB, atau kalau baca, pun langsung tak faham. Kami rasa yang banyak memekak tu memang tak reti akaun langsung. Atau dia tahu, tapi saja buat onar. Sebabnya? Sebabnya dia memang nak 1MDB lingkup, lepas tu dia boleh take-over.

Tak kisahlah apa motif pun dia buat cerita begitu. Yang bikin kami rapat gile babi, ada satu mamat tu yang belajar satu tempat gak. Kami kenal dia, kemungkinan dia kenal kami tu mungkin tak adalah. Kami kenal mamat ni sebab dia dok bercouple dengan kawan serumah kami. Kami ni jeneh budak pempuan baik, tak mainla couple-couple masa study. Jadi couple dua urang memang kami tak amik port sangat. Lagi pun dengar citer derang bercouple pun masa budak pempuan tu dah kuar dari kolej kediaman kami. Tak betah dia duduk dengan makcik-makcik Marhaban macam kami ni. Kami budak baik, dia pulak jenis tetiap minggu kuar dengan ntah macam-macam jantan kat kolej tu. Semua jantan ajak dia keluar dia keluar. Tapi dia cakap yang betul dia berkenan ialah budak yang bakal saya bawang dalam paragraph seterusnya ini,lah.

Ok budak tu masa dalam internet ni, kenalkan dirinya sebagai Sat Dee di FB dan Pure Shittee di Blogland. Kerja dia menghentam Najib dan 1MDB. Dah kami ni support 1MDB, memang apa si Pure Shit (PS) ni tulis memang betul-betul menyakitkan hati,lah kan. Kau bayangkan dia tu dulu ngaji Sains Aktuari, kemain lagi dia nuleh, pasal 1MDB. Apa dia tau pasal akaun dan Kriminologi Penyata Kewangan? Walau saya belum buat master pun saya dah tau this mamat is fulll of shit. Dia tulis nama dia Pure Shit, pun peminat-peminat dia telah bulat-bulat shit yang dia hidangkan. Pernah juga terlintas di hati saya PS ni jadi macam orang gila sebab tak dapat kawen dengan kawan serumah yang saya ceritakan tadi. Kau nak tau, kawan serumah tu tadi dah puas semua jantan dia pi dating, akhirnya dia pilih Tuan Syed. Kalau ada Syed, buat kawen dengan PS,kan? Tak kisahlah ko nak bawak carta family tree, ka, kau PS jak, depan nama kau tak Syed, pooonnnnn. Kalau ko ble tulis money trail yang tak pernah dibicarakan dalam mahkamah, family tree tu small matter jak. Mana ada badan bertauliah kijenya memverified family tree ohghang,kan?

Kira dia herolah masa tu. Masa tu. Bila dia dah menang, dia pun tau, benda-benda taik yang dia tulis tu tak boleh masuk court pun. Dia senyaplah. Tak de update pun baik di FB atau di Blogland. Dia dah jadi orang besar di SC dan Petronas. Kira sibuklah tu. Memang patut sibuk pun sebab hari-hari Bursa makin jatuh-jatuh dan terus jatuh. Hurm peninglah kepala dia tu. Itu pasal dia tak de masa nak merapik di internet agaknya. Atau dia tau apa dia tulis semua bull shit. dan sekarang ni dia tengah ketawakan kita ramai-ramai sebab termakan dengan tulisan dia, dan dia tengah kenduri di Bursa yang merudum jatuh tu. Masa jatuhlah aku beli. Dia tahu, gomen Madey, gomen sepenggal. Besok habis penggal Madey, orang lain amik alih, pulihlah balik Bursa dan masa low ini dia dah beli banyak besok lusa naik balik la semua saham-saham tu. Orang cerdik memang begitu. Takkanlah dia bodoh tak tahu kebenaran. Mungkin hidup dia sangat sunyi jadi dia buat benda-benda macam ini for his own amusement. Orang pintar ni memang pelik.

Itulah antara intipati pembawangan saya dan kawan saya. 1MDB, penulis, yang saya panggil pure shit, instead of Pure Shittee, tapi sebenarnya Pure Genius tu merapatkan saya dan kawan saya itu. Sapa bodoh, sapa pandai. ntahlah. Yang penting si PS tu, makin kaya-raya. Kawan saya memang sedia kayalah sebab laki dia kaya, saya jugalah yang jadi kuli-kuli aje.

Tapi tak kisahlah, yang pentingnya kita ada kawan untuk berbual-bual dan membawang. Nanti Raya tahun ni saya nak bagi kad hari raya nak minta maaf kawan Ketua SC kita sebab membawang-bawangkan dia. Saya dah minta maaf, dia kena maafkan---tak gitu. Kalau tak habislah semua pahala saya yang ciput-ciput tu dapat kat dia. Tak sanggup rasanya nak jadi muflis kat akhirat nanti. Dah lah kat dunia ni, cukup-cukup makan aje saya ni. What if si PS tu memang betul-betul Pure, mampus koooo, Nabi marah, usahkan nak masuk sorga, nak cium bau sorga pun tak dapat he he he----

Sunday, February 2, 2020

1MDB

Sapalah yang lebih layak ulas pasal 1MDB kalau tak pelajar Forensik sendiri, kan? Tapi sapalah saya ni dalam bidang penulisan. Dah dapat gelaran Psiko Kuat Berangan dan saya memang masih tak boleh move-on, walau benda ini telah lama berlaku.

Tapi tidaklah ejekan, kejian dan kata-kata busuk, tersebut membuatkan saya koyak. Sebab saya tahu dalam bab-bab kewangan ini kalau saya silap pun, saya tak akan silap banyak. Lagi pun dalam kes 1MDB ni saya ada kawan yang sekepala dengan saya right from the begining. Kawan saya tu kau nak tahu, kalau matematik tambahan ni dia memang tak pernah tak dapat 100%, walau dia kerja surirumah je dan kau tu ada Phd. Dia jadi surirumah pun sebab laki dia duit banyak. Kalau dia kerja dah jadi tak Ketua Audit Negara, bawah sikit, Akauntan Negara agaknya dia tu. Bukan macam kau namanya ada PhD, tapi besok kalau kawen, dapat anak, harus, bini kau terpaksa tong-tong duit susu anak, lampin, upah jaga anak kau.

Tapi tulah sebab kita tak ada PhD, kan. Suka-suka hati dia nak neraka-nerakakan kita. Tapi ada saya kisah? Apakah PhD itu lesen untuk menerakakan orang yang tak sependapat? Dah dia kata kami ahli neraka, kami tunggu juga kununlah jejak-wang-audit yang mereka dok pung-pang-pung, kunun sampai ke Cayman Island sana dibicarakan di Mahkamah. Sampai hari ni nama Pulau tu tak pun disebut. Yang ada hanyalah seorang James Bond Perempuan yang dah dapat jadi Datuk.

Mati-matilah aku ingat si James Bond ni ketua pasukan audit yang merantau sampai ke Pulau sana, pi masuk court bawak chart money and audit trail 1MDB. Rupanya dia macam aku jugak, urusetia Mesyuarat je, bawa tape recorder, rekod percakapan ahli Mesyuarat. Lepas tu simpan satu salinan draf Penyata Kewangan 1MDB. Draf je pun nak kecoh. Tak cerita/ulas pun draft tu ada element jenayah, salah-nyata Penyata Kewangan. Jenuh gak kita menunggu penjelasan pakar kriminologi penyata kewangan tentang penyata 1MBD. Tertunggu-tunggu apa cer-apa-cer? Tak de cer, alih-alih dengar cer Perempuan tu dah dapat Datuk je.

Gitulah cerita saya dan 1MDB. Kadang-kadang tu terfikir juga adakah watak Psiko Kuat Berangan tu saja dicipta agar saya tak menulis? Kalau saya tak tulis, pun hari ini ada ramai lagi orang lain yang tulis, ulas 1MDB dengan lebih baik dari saya. Iyalah mereka tu tetiap hari masuk court follow the case dan kita follow dari luar dok tunggu drama Cayman Island, carta jejak wang dan audit. Tu je. Kalau ko dapat tunjuk betul duit dari 1MDB bertukar jadi felem porno anak Bossku, jadi beg tangang, jam, cincin Bini BossKur, then kami oklah. Dulu heboh cincin pink, aleh-aleh rupanya cincin pinjam. Heboh beg tangan mahal, bila hakim minta bawa masuk court tunjuk kat dia, tak mau pula.(ai dulu gagah jer memasing usung tilam masuk court, takkan hari ni jinjing beg tangan pempuan dah tak larat?) Banyak alasan. Macam manalah kau nak menang kes? Kecualilah Atuk tak sedar diri tu suruh menang juga.

Saya nak pergi lawan bawang balik dengan orang yang dah menerakan-kan saya tu? Buek abeh boreh, iyo, ada banyak lagi benda lain nak dibuat. Lagi pun kalau lawan gaduh dengan orang macam ni, tak mustahil di uek-uekkannya saya, dikata-kata saya "sakit"/"berpenyakit" dan sebagainya. Orang macam ni cepat koyak. Emosi mereka bukannya stabil sangat pun. Orang yang stabil tidak meletakkan hukum syurga neraka di hujung lidah.  To me, walau BossKur masuk jel, pun. Show me your audit and money trail first. Show me how, where, when the financial statement has given the wrong impression about 1MDB financial affairs. Kalau 2 benda itu langsung tak dibicarakan di Mahkamah, kau (AG's Chamber) bawak kes apa sebenarnya ini, hah?