Sunday, February 2, 2020

1MDB

Sapalah yang lebih layak ulas pasal 1MDB kalau tak pelajar Forensik sendiri, kan? Tapi sapalah saya ni dalam bidang penulisan. Dah dapat gelaran Psiko Kuat Berangan dan saya memang masih tak boleh move-on, walau benda ini telah lama berlaku.

Tapi tidaklah ejekan, kejian dan kata-kata busuk, tersebut membuatkan saya koyak. Sebab saya tahu dalam bab-bab kewangan ini kalau saya silap pun, saya tak akan silap banyak. Lagi pun dalam kes 1MDB ni saya ada kawan yang sekepala dengan saya right from the begining. Kawan saya tu kau nak tahu, kalau matematik tambahan ni dia memang tak pernah tak dapat 100%, walau dia kerja surirumah je dan kau tu ada Phd. Dia jadi surirumah pun sebab laki dia duit banyak. Kalau dia kerja dah jadi tak Ketua Audit Negara, bawah sikit, Akauntan Negara agaknya dia tu. Bukan macam kau namanya ada PhD, tapi besok kalau kawen, dapat anak, harus, bini kau terpaksa tong-tong duit susu anak, lampin, upah jaga anak kau.

Tapi tulah sebab kita tak ada PhD, kan. Suka-suka hati dia nak neraka-nerakakan kita. Tapi ada saya kisah? Apakah PhD itu lesen untuk menerakakan orang yang tak sependapat? Dah dia kata kami ahli neraka, kami tunggu juga kununlah jejak-wang-audit yang mereka dok pung-pang-pung, kunun sampai ke Cayman Island sana dibicarakan di Mahkamah. Sampai hari ni nama Pulau tu tak pun disebut. Yang ada hanyalah seorang James Bond Perempuan yang dah dapat jadi Datuk.

Mati-matilah aku ingat si James Bond ni ketua pasukan audit yang merantau sampai ke Pulau sana, pi masuk court bawak chart money and audit trail 1MDB. Rupanya dia macam aku jugak, urusetia Mesyuarat je, bawa tape recorder, rekod percakapan ahli Mesyuarat. Lepas tu simpan satu salinan draf Penyata Kewangan 1MDB. Draf je pun nak kecoh. Tak cerita/ulas pun draft tu ada element jenayah, salah-nyata Penyata Kewangan. Jenuh gak kita menunggu penjelasan pakar kriminologi penyata kewangan tentang penyata 1MBD. Tertunggu-tunggu apa cer-apa-cer? Tak de cer, alih-alih dengar cer Perempuan tu dah dapat Datuk je.

Gitulah cerita saya dan 1MDB. Kadang-kadang tu terfikir juga adakah watak Psiko Kuat Berangan tu saja dicipta agar saya tak menulis? Kalau saya tak tulis, pun hari ini ada ramai lagi orang lain yang tulis, ulas 1MDB dengan lebih baik dari saya. Iyalah mereka tu tetiap hari masuk court follow the case dan kita follow dari luar dok tunggu drama Cayman Island, carta jejak wang dan audit. Tu je. Kalau ko dapat tunjuk betul duit dari 1MDB bertukar jadi felem porno anak Bossku, jadi beg tangang, jam, cincin Bini BossKur, then kami oklah. Dulu heboh cincin pink, aleh-aleh rupanya cincin pinjam. Heboh beg tangan mahal, bila hakim minta bawa masuk court tunjuk kat dia, tak mau pula.(ai dulu gagah jer memasing usung tilam masuk court, takkan hari ni jinjing beg tangan pempuan dah tak larat?) Banyak alasan. Macam manalah kau nak menang kes? Kecualilah Atuk tak sedar diri tu suruh menang juga.

Saya nak pergi lawan bawang balik dengan orang yang dah menerakan-kan saya tu? Buek abeh boreh, iyo, ada banyak lagi benda lain nak dibuat. Lagi pun kalau lawan gaduh dengan orang macam ni, tak mustahil di uek-uekkannya saya, dikata-kata saya "sakit"/"berpenyakit" dan sebagainya. Orang macam ni cepat koyak. Emosi mereka bukannya stabil sangat pun. Orang yang stabil tidak meletakkan hukum syurga neraka di hujung lidah.  To me, walau BossKur masuk jel, pun. Show me your audit and money trail first. Show me how, where, when the financial statement has given the wrong impression about 1MDB financial affairs. Kalau 2 benda itu langsung tak dibicarakan di Mahkamah, kau (AG's Chamber) bawak kes apa sebenarnya ini, hah?

No comments: